Rabu, 10 Jun 2009

Satu Lagu Singgit eh! Jangan nak ngengada..cubit peruk awak. Comelnyerrrr..


Di daerah Batu Pahat jarang sekali ada gig. Pusat hiburan yang memainkan alunan jazz apatah lagi. Ini semua menyebabkan kitaran hidup hujung minggu aku sudah berubah sepenuhnya. Tidak seperti empat tahun lepas. Hujung minggu pasti diisi dengan kegiatan riadah berbentuk muzikal. Tidak henti-henti.


Tiada pilihan lain. Aku menguatkan tekad dan keazaman untuk menjadi penagih karaoke jamban tegar. Tak perlu sofa empuk. Tak perlu hidangan minuman atau makanan. Tak perlukan satu sistem bunyi yang terlalu boombastik. Tak perlu satu skrin besar. Yang pastinya, tak perlu beberapa orang gadis untuk menemani aku langsung menuangkan minuman di dalam gelas. Cukup sekadar bilik kecil yang boleh memuatkan tiga orang dewasa bersaiz sederhana. Satu lagu singgit. Yeh!


Namun begitu, aktiviti karaoke jamban ini nampaknya sudah menjadi kegilaan anak-anak remaja sekolah menengah. Ini adalah masalah besar bagi aku. Biasanya aku akan membuat tinjauan awal agar kegiatan serakah aku ini tidak dapat dihidu anak-anak didik aku. Setelah semua dapat dipastikan keselamatannya maka aktiviti ini akan bermula dengan kadar berhati-hati.


Namun begitu, karaoke jamban dilihat menerima persaingan apabila warung-warung di kampung mula memasang tivi besar dengan sistem bunyi rabak untuk aktiviti karaoke. Walaupun telah diberi amaran oleh penduduk sekeliling, karaoke adalah karaoke. Tak peduli semua itu. Yang penting, satu lagu singgit.


Berikut adalah set list kegemaran/dijangka akan dimainkan di dalam "jamban" tersebut.

1) Sekeping Kertas Bermaruah- Wings
2) Heavy Chain(Loudness)- Ali ex-XPDC
3) Kasih Laila - Jinbara (rabak gila nyanyi lagu nih. Tekak boleh jadi perit)
4) Pelayaran - May (baru sekali try test tengok power)
5) Axl's - Andai dapat ku undur masa
6) Axl's - Akulah kekasihmu
7) Gemuruh-Wings/search
8) Guns N' Roses - Sweet Child O' Mine
9) Blink 182 - All The Small Things ( babi, jangan rampas mic boleh tak?)
10) Enter Sandman - Metallica (bapak bosan video klip dia. Takda langsung perempuan jalan-jalan kat taman ke apa. Gelap je. Cuma ada lirik. Layan je ah)


Kebanyakan pilihan lagu adalah lagu-lagu rabak yang boleh membuatkan tekak jadi perit. Tapi tak apa. Puas hati dapat menjerit-jerit dan bergaya macam Awie dalam "jamban". Lu dulik apa?


Hah, kalau sampai kat engkau punya turn lagu apa yang kau nak tekan? Sila laporkan di petak komen. Tak nak lapor sudah. Mampus tak layan.


Sekian.
Oleh : Juna (yang baru balik karaoke kat BP Mall petang tadi)

22 ulasan:

hegira berkata...

1st!


Erm. Sebenarnya aku tahu kau ada list lagulagu simpanan lain cth: lagu scoin dan budak kacamata kannn!!

TashadeNatasha berkata...

aku nak karoke smpai tak ingt dunia esok!

Rajuna berkata...

hegira-pehhhhhhhh....ini mesti daniyal pecah lobang nih!!!(lagu scoin adalah lagu kenangan gua "kles" dengan awek gua masa tingkatan 6 atas).


tasha-i nak joinnnnn...

Huzai Mansor berkata...

tak nyanyi Om Pra Ma Pood ke? heheh.

kecik berkata...

semestinya the killers. dulu suka layan mr brightside dengan somebody told me.

sekarang kalau nak pergi pun kena cover line.mana tau bakal bertemu jodoh di situ.

p/s: dulu pernah jumpa seorang budak laki nyanyi lagu rindu-rinduan jadi kenang-kenangan sambil nangis2. maybe dia baru lepas 'kles'. ahaha

Rajuna berkata...

huzai-oi tu lagu siam ke apa? yang aku penah dengar yang"oh ok oh..oh oh oh oteh" je.


kecik-jangan cari jodoh kat tempat karaoke. cari lah di surau2 berdekatan cewah. mak ai..menangis ke? kira macam xbf kepada xgf i la tu. nangis2 pe jadah siap hidung berdarah!x

S.YanaZ berkata...

*Andai dpt Ku Undur Masa*
Cet!
Ini menjatuhkan maruah suku sakat David Cooperfield!!!

Rembo berkata...

ha ha. Nasib yang sama satu tika zaman gelap gua dulu! gua bet lepas ni lu jadi taik PS2 kat kedai game Prt Raja.

Basuh Baju berkata...

lu patut layan alleycats..haha

Airinar anastasia berkata...

faq..dulu time ko dok bista..slalu dgr sore melalak2 menyanyi ke..bg ceramah ntah..dr arah rumah ko tu..tu sore ko ke??macam merdu je..muakakak..

sejak bile member aku tasha ni bole layan blog ko ntah???

Rajuna berkata...

s yanaz-gua tak dulik. gua bertukar jaddi mat jiwang 90 an bila dalam jamnban itu


bo-lu jangan nak menyayat hati gua. gua haram gem tep pun tak ada kat rumah. ps apatah lagi. gua tak tahu men gem seh :(

syore-ye ke? itu suara adi lah. suara aku macam awie je. tak sedap mana pun. kim salam tasha. i nak masuk minang! hahaha

Danielle_Corleone berkata...

ada satu lagi lagu lu lupa!

Ku Kunci Rindu Buat Mu!

Izzla nyanyi kat parking kete je. gua rasa dia cuak nak shoot selain daripada situ. hahahaha!

Airinar anastasia berkata...

woi..lupa nak btau..lagu Axl's tu..lagu2 aku gak..tak sangka kita sehati sejiwa kan?ada jodoh nii..u tanak masuk meminang i keeee???hahaha

iyan berkata...

cilakak lu juna!
AXL tuh list gua jugak...
kite berduet ok?

Zulfadli Zainal berkata...

haa.
aku kalau karoeke terpaksa ambik sixth sense.
sebab yang lain x muda sgt.haha.

Rajuna berkata...

daniel-peh. siak. lagu memori tu. tak izla segan sebenarnya. elok buat isteri dia ni.

syore-lu dah mula merapek meraban. pegi jumpa mana2 ustaz lah.

iyan-cantek. lagu ni boleh buat duit ni. tak pun buat demo vcd la macam band ko dulu ha ha ha ha

Rajuna berkata...

melon-apa barang muda2? otai kasi up skit...ha ha ha

Rajuna berkata...

basuh baju-ceh. lagu tak mencabar tekak!!! ha ha ha

iyan berkata...

band gua dulu2?
(buat-buat tak paham)

Rajuna berkata...

iyan-macam nak kena lempang.

Si Pekik A.K.A Si Pekak berkata...

Axl's ade takpe bro..no hal

a.z.n.e.e berkata...

huhuhhu.. saya pun suke melalak gak.. kat karaoke jamban.. tiada pilihan lain.. kerna arus idup sudah berbeza.. namun, minat masih ada...

salam perkenalan..