Rabu, 3 Jun 2009

Napsu!

Kalau ikutkan hati gua yang barai ni dah lama gua bela rambut panjang paras lutut. Perut kasi buncit lagi. Telinga kasi subang kanan kiri. Tambah kat hidung lagi. Arghh!


Kalau ikut amarah gua yang berpanjangan ini dah lama gua bikin tatoo. Lengan kanan. Lengan kiri. Satu masing-masing di siku kanan dan kiri. Ini baru gore! Ini baru mat-mat Singapore. Jadah! Selama ni gua maki diorang kerana gua jeles akan kebrutalan mereka! Dem. Muzik ganas imej liar. Gua suka. Kalau begini baru lah dibenci awek seksi yang memakai barangan tiruan!-Gua akan bikin tatoo ular di bawah pusat, amacam?


Kalau diikutkan kebencian gua yang sentiasa mengalir di jiwa. Gua malas nak fikir-fikir pasal kerja tetap. Gua malas kerja. Gua punya suka. Gua mahu buat apa. Tapi yang nak suap nasi ni sapa? Tak gua jugak? Dem. Gua nak main muzik. Orang nak dengar, dengar. Tak nak sudah. Gua jual cd seposen dua posen dapat jugak gua beli jajan! Gua suka makan jajan yang ada gambar budak meniarap tuh! Keropok ikan ke apa tu? Arghhhhh..gua tak peduli gua nak jajan!!!


Kalau diikut jiwa yang kosong, mahu saja semua benda gua telan. Botol arak gua nak kunyah. Tembakau gua nak nyonyot. Segala macam jenis dadah gua lebur buat cekodok! Gua nak gigit perempuan cantik-cantik sampai terselit di celah gigi. Arghhh.. Ini sangat gore-grindcore bunyinya!



Arghhh.. Ini semua napsu brutal gua!!!


Tapi itu semua khayalan gua. Gua saja cari nahas pikir bukan-bukan. Ini semua mengelakkan dari gua tak boleh tidor. Esok kena bangun awal. Gua kena jaga budak bola keranjang 5 hari berturut-turut. Ini bermakna gua tak boleh pergi gig di MCPA Hall minggu depan.


Binatang!






Terbaik dari abang-abang Singapore. Jahat gilarghhhh!!! Bakal awek I mesti cubit peha I bila tengok video nighhhh!

12 ulasan:

kecik berkata...

mati2 ingat ni entry pasal lin lagi.
ala bang juna. buleh cuci mata apa.

p/s: profile pic bang juna. wiwit

H berkata...

owh, owh...
juna sangat ganas.
i like, i like.
:)

tapi part nak kunyah botol arak tu takleh blah.
hehehehe...

p/s: kalau ikot kan ati yang rebel ni, nak aje buat tatoo tengkuk. argggggh!!!!

hzrh berkata...

hah!
tatoo ular bawah pusat??
seksiiiiii~~
auwww~
xD

Darkkadabra berkata...

jiwa dalaman keras kental,

tapi luaran,

kena juga budak-budak. Ha-Ha

FAZ berkata...

tu belum tambah cat muka hitam putih cacah tatu pentagram kat dada lepas tu sembelih kambing hitam depan pentas....perghhhh!!!

Huzai Mansor berkata...

bila lu nak ajar gua pig squeal ni??

faqhrule berkata...

jaga budak bola keranjang pun gore jugak what!

Airinar anastasia berkata...

bang juna..jom tgk surga cinta..we olss ramai2 nak tgk..you nak jowen taakkk??

cimon berkata...

jaga budak2?

perghh....gerekk sehh...

heheh(^v^)

(p/s:wei,jom laa ikut kami teman si buncit g bertunang kat Jengka Ahad nih)

S.YanaZ berkata...

Gua nak komen dua;
Tatoo-gua ponnn mmg teringin nak bertatoo.
Aghhh!

Jajan budak meniarap-ha.ha.tak boley bla.Cilakak Juna.Err, che gu Juna.

Yana Ismail berkata...

bukan yana dh cubit ke?kah kah..

sbr ek bang juna, jangan stress..nnti budak2 tu dibola keranjangkan ;P

Rajuna berkata...

kecik-alamak. tade lin lin lagi sayang.

H- ahhhh seksi gila ada tatoo kat leher. rasa macam nak cari gamba2 lama pamela anderson agrhh.


hazirah- you tau tak i boleh gelek macam kak mas idayu tau?


darkk-gua kental!

xfazx-gua dah tau IP adress lu. gua dah forward kat jaga balai.

huzai-jadah!

faqhrule-paling gore bila tengok bulu ketiak dak pempuan arghh!!

syore-anda lari tajuk.

cimon-gua ingat lu yang nak tunang. duit banyak gaji besar takkan buat beli nasi ayam goreng berempah je?


syanaz-nama jajan tu Po Po.

liyana-liyana cubit tu ari macam rasa masak lemak cili api.