Selasa, 9 Jun 2009

Lantak kau lah nyet!

Aku tengok budak sekarang macam dah 'berlemak'. Walaupun kurus keding masih ada lemak di situ. 'Berlemak' perangai maksud aku.



Mak aku dulu menceceh. Dari pagi sampai keesokan pagi. Gara-gara aku beli sepasang kasut papan luncur berjenama Converse pada harga RM129.90 pada usia aku 13 tahun. Mak marah aku, tapau sekali marah ayah. Ini kerana ayah macam manjakan aku sangat. Bagi pakai baju sukan mahal-mahal. Jeans yang berharga tidak sepatutnya untuk aku yang berusia 13 tahun pada ketika itu. Padahal, bukan mahal sangat pun.


Sejak dari hari tu aku jadi panas. Aku tak mahu pakai kasut lagi. Pernah ayah paksa aku beli kasut untuk hari raya. Aku capai Pallas Jazz. RM20 tak silap aku. Selepas itu, aku hanya memakai sandal. Ayah belikan t-shirt Nike sekalipun, hanya sekali je aku pakai. Aku hanya memembeli kasut Converse semula pada usia 17 tahun ketika aku membeli belah dengan orang yang tersayang. Mungkin pada masa tu aku dah mula berlembut hati dengan semua orang. Tiada imej radikal lagi barangkali. Yelah, bila bercinta hati jadi macam bunga-bunga lah. Ada taman dalam hati orang kata.


Ah, kalau menulis mesti nak cerita pasal kenangan-kenangan lama. Siak betul. Aku bukan nak cerita hal bekas kekasih aku. Aku nak cerita lain. Tak guna!


Derek(direct) je lah.


Aku tengok budak sekarang pergi sekolah pakai kasut Converse. Bukan murah. Tak mati RM 70 jugak tu. Tak kisah lah kau nak melaram pergi sekolah. Masalahnya bapak kamu-kamu tu dah belikan kasut mahal, beg mahal tapi kenapa tak tau menghargai duit orang tua? Nak masuk sekolah, bayar duit buku lagi. Pergi sekolah bapak bagi duit lagi. Belikan motor. Power-power pulak tu. Lepas tu kamu-kamu ni malas belajar. Buat lekkkkk je. Jadahnya pergi sekolah macam tu? Aku suruh berhenti sekolah cari kerja, tak nak pulak.


Apa kau nak lagi ni setan?


Lantak kau lah. Janji kau tak kacau kerja aku sudah. Tak nak belajar duduk diam-diam sudah. Hidup kau pilihan kau. Lantak.

11 ulasan:

kecik berkata...

hum betul2.
kadang2 dimanjakan sangat. dulu waktu sekolah ada je jenis manusia mcm ni.yang selalu main2 ni budak2 kaya. bila tanya apa plan lepas spm pun dorang selalu akan jawap,
"aku jadi manager company bapak aku. lulus ke tak lulus ke sama je".

lain pulak yang memang melaram pergi sekolah, tapi guna duit sendiri. kerja sambilan, pastu belajar sungguh2, yang tu saye respect ah

Leman Cintan berkata...

hahahahah..nih mesti pasal anak murid ko yerk?

hzrh berkata...

yeap bangJuna!
bdk2 skrg mentaliti lain..duit nak lebih,gaya nak lebih..belajar tknak lebih!
>.<

Rembo berkata...

sabar juna sabar.

nti belanja aku cendo pak O. amacam?

tasekM berkata...

kamu kasi didik sikit la juna...

:)

FAZ berkata...

sejahat jahat gua pon dulu gua belajar pasal gua tau bapak gua tadi syarikat besar nak letak gua jadi manager ke hapa.

S.YanaZ berkata...

Cik Nyet pon ada kat skolah lu...
Dasat ekk.
Cik 'Jah dan Cik Mau xde?


ho.ho.

H berkata...

awww...
juna marah2 lagi.
sepsi lah.
miaw!

apek terror berkata...

ini lah yang en najib cakap malaysia tak terjejas dengan kegoyahan ekonomi....percaya kan..kan... hehe...

cimon berkata...

time sek dulu,aku bli kasut kat kilang BATA on d way blk kg mak kat negorhi sombilan...bli 2 pasang...1=saiz semasa 2=saiz besar sikit (mak ckp senang, xyah dtg lg)

aku....xkesah...ko?

heheh (^v^)

Rajuna berkata...

kecik-situasi pertama banyak ditemui di bandar2 besar. situasi kedua biasanya terdapat di sub2 urban seperti di pekan2 kecil lantaran mula terpengaruh dengan gaya hidup ala urban masyarakat bandar cewaaaaah!


leman-eh tak ah. pasal aku ah. aku malas ah belajar nape ah?

hazirah-ini yang bang juna panas. teh o ais satu!

rembu-balik parit raja pun jarang ada hati nak lepak basten. cit!

xfazx-gua tau lu anak yang soleh walaupun jarang semayang subuh hihihi

tasik-lantak!

syanaz-jangankan cik jah dan cik mau, cik BI pun ada har har har har

H- tap tu tap tu da da....(buat gaya tarian seksi)


apek-mi no spik enklish. our fundametal is strong kah kah kah kah

cimon-bertahun-tahun lamanya aku tak pakai produk kapitalis. ko apa tau? cit!

haha