Rabu, 31 Mac 2010

Ini Manis

Sesak dada diselaputi banyak masalah. Mujur ada sisa semangat kawan-kawan yang ada disekeliling yang mampu memulihkan motivasi aku. Yang turun. Yang naik. Yang besar. Yang kecil.


Serabut.


Semalam aku terbaring. Mengenangkan masalah aku. Jadi murung. Jadi risau. Jadi lemas. Menyebabkan solat maghrib aku lajak sedikit.


Selepas solat. Telefon berdering.


Sebisik 'assalamualaikum' itu membawa semua beban di dada lebur menjadi debu-debu yang berterbangan entah ke mana.

Isnin, 29 Mac 2010

Berulang-alik setiap minggu hanya untuk menonton rancangan masakan

Gua dah tak sabar tunggu bulan 5. Abis praktikum. Gua nak stay rumah diam-diam. Gua telah merancang aktiviti gua. Gua ingin mempertingkatkan skil masakan gua. Gua ingin memenangi hati bakal mertua gua. Hebatnya gua kerana gua telah merancang segalanya. Hatta, Rancangan Pengajian Harian pun gua jarang buat. Memang hebat.


Gua semenjak dua menjak ni amat terpengaruh dengan rancangan masakan. Paling gua ketagih adalah Rancangan Chef Bob Kelong. Budak area Melaka dan ke atas mesti tak tau. Sebab ini adalah rancangan televisyen Singapura di saluran Suria. Siapa beli Estro, dia loser. Di sini banyak siaran. Indonesia dan Singapura. Apedehal brader?


Rancangan ini memang menarik kerana masakan tertumpu kepada hasil laut segar. Lokasi pengambaran juga A kerana dijalankan di kelong-kelong serata Singapura. Apa yang lebih menarik, Chef tangkap je haiwan itu dan segar-segar terus masak! Ini memang menarik dan menggiurkan. Paling sadus tengok dia bunuh udang kara atau lobster. Tikam kepala. Kpriakkk!!! Settled. Terus masuk kuali. Kalau di Malaysia mungkin ia adalah rancangan masakan pertama bagi kategori 18SG.


Apa yang membimbangkan, gua telah berulang alik dari lokasi penyembunyian gua ke kampung setiap minggu semata-mata untuk menonton rancangan masakan ini. Gua fikir, ia sangat berbaloi kerana pada hari kehadapan banyak hati-hati yang dapat gua menangi. Terutamanya, hati lu..sayang. Tangkap leleh syial...

Sabtu, 27 Mac 2010

Siapa kata seorang mat rock tiada unsur RnB dalam kamus hidupnya?




Pernah aku ke tempat ini. Ini salah satu tempat yang nostalgik bagi aku ketika belajar-belajar hidup di Kuala Lumpur disamping beberapa kelab lain yang mendendangkan alunan kugiran secara langsung. Kadangkala, urat-urat ini tidak perlukan irama berat untuk melonggarkannya. Cukup sekadar muzik santai dan vokal yang memukau. Suasana yang nyaman dan rileks serta gadis-gadis manis sudah cukup meredakan ketegangan tekanan hidup.


Untuk awak, kalau saya ada vokal yang baik dan muka yang tak malu. Akan saya nyanyikan lagu itu untuk awak.... Pastinya bukan miming ala drag queen.


Ya, dengan showmanship yang sama macam Nadia Aqilah (yang tengah). Peh..feel brader feel!

Jumaat, 26 Mac 2010

Khamis, 25 Mac 2010

metal kasih sayang

Tak tau la. Kenapa dengar lagu-lagu Plague of Happiness ni marah dan kecewa jadi reda. Memang nama kugiran ni pun membawa erti kebahagiaan tersendiri agaknya.


Ada lagi dua kelas tengahari ni. Pagi tadi agak cun. Budak kelas bijak. Kerjasama sangat cun. Ini membuatkan aku sayang budak-budak.


Apa? Budak-budak?


Aku teringat anak kecil sekecil umur 2 atau 3 tahun yang terjatuh di kedai makan Siam malam tadi. Comelnya..... Dah jatuh pun boleh senyum-senyum lagi dengan aku dan kawan-kawan. Masih terbayang-bayang sampai sekarang.



Kenapa tiba-tiba suka dengan budak-budak kecik ni? Kenapa?! Ini persoalan yang masih tak terjawab sehingga pagi ni.

Rabu, 24 Mac 2010

Kepingin Soda Gembira

Macam Rembo. Aku pun tengah down. Apakeharam jiwa aku sangat kacau bilau. Bila kacau bilau maka akan sakit belakang badan. Bila sakit badan belakang akan ganggu frekuensi tidur. Ini yang paling aku tidak gemar. Dan, kemuncaknya adalah sakit perut. Mintak dijauhkan.


Bila difikir-fikir ramai dugaan orang lain lagi berat. Tapi kadang-kadang macam tak larat menghadapi dugaan. Apatah lagi dengan kekurangan sokongan moral kawan-kawan. Hanya ada Borhan dengan Syahril. Masalah pun lebih kurang sama. Jadi beban dada itu hanya berputar di situ. Semangat jadi luntur.


Macam nak lari dari masalah. Tapi tak boleh. Ini sangat tidak jantan. Ada tak ada aku naik motor pusing-pusing waktu petang. Tu pun waktu terlalu singkat berjalan. Mata pun dah mula lebam kerana kurang tidur. Letih tak usah nak cakap.


Dzul pernah cakap aku ni suka mengadu. Ye, memang lah. Mengadu, mengeluh, merungut. Mana lagi kot aku nak buang semua cas-cas negatif ni kalau tak kat sini. Sabar. Sabar dan sabar. Tapi kalau pendam-pendam masalah ni jadi lebih berat dada ni. Ye tak?


Jadi ini memang blog mengeluh dan seangkatan dengannya. Aku harap blog ini akan bertukar menjadi blog paling romantis pada suatu hari nanti. Sarat dengan gambar sisa makanan di restoran mahal, gambar genggaman tangan, gambar kaki aku dan seorang perempuan. Atau paling ekstrim sekali gambar hantaran atau majlis pertunangan.



Kan senang bila ada sentiasa ada orang di sisi mendengar keluh kesah tangis tawa seorang lelaki ini? Ewahhh......


Kalau Rembo nak meniaga, ada band dan ntah apa benda lagi.. Kalau aku, aku hanya nak satu. Set manusia yang tahu menghormati dan memahami antara satu sama lain. Hidup dalam keadaan yang cukup-cukup harmonis. Itu pun sudah memadai.

Sabtu, 20 Mac 2010

Berbicara Mengenai Revolusi







Bila bercakap soal punk apa yang terlintas di fikiran adalah kemarahan atas kerakusan sistem kehidupan yang menindas. Seorang punk setidak-tidaknya perlu melakukan satu revolusi terhadap masyarakat disekelilingnya bagi mengaplikasikan pemahaman dan teori mengenai anarkism untuk melihat sejauhmana ia boleh digunapakai. Seperti di sekolah. Kadang-kadang aku terfikir untuk melakukan satu revolusi. Seperti meng-hi jack kantin lalu memberikan makanan percuma kepada pelajar. Ini memang betul-betul Food Not Bombs. Tapi apa pula risiko yang bakal aku terima kalau buat macam tu?


Tapi aku rasa tak lah dasyat sangat.


Paling-paling makcik kantin suruh aku mop lantai, basuh ayam dan angkut barang-barang basah yang baru dibeli dari pasar.