Rabu, 24 Mac 2010

Kepingin Soda Gembira

Macam Rembo. Aku pun tengah down. Apakeharam jiwa aku sangat kacau bilau. Bila kacau bilau maka akan sakit belakang badan. Bila sakit badan belakang akan ganggu frekuensi tidur. Ini yang paling aku tidak gemar. Dan, kemuncaknya adalah sakit perut. Mintak dijauhkan.


Bila difikir-fikir ramai dugaan orang lain lagi berat. Tapi kadang-kadang macam tak larat menghadapi dugaan. Apatah lagi dengan kekurangan sokongan moral kawan-kawan. Hanya ada Borhan dengan Syahril. Masalah pun lebih kurang sama. Jadi beban dada itu hanya berputar di situ. Semangat jadi luntur.


Macam nak lari dari masalah. Tapi tak boleh. Ini sangat tidak jantan. Ada tak ada aku naik motor pusing-pusing waktu petang. Tu pun waktu terlalu singkat berjalan. Mata pun dah mula lebam kerana kurang tidur. Letih tak usah nak cakap.


Dzul pernah cakap aku ni suka mengadu. Ye, memang lah. Mengadu, mengeluh, merungut. Mana lagi kot aku nak buang semua cas-cas negatif ni kalau tak kat sini. Sabar. Sabar dan sabar. Tapi kalau pendam-pendam masalah ni jadi lebih berat dada ni. Ye tak?


Jadi ini memang blog mengeluh dan seangkatan dengannya. Aku harap blog ini akan bertukar menjadi blog paling romantis pada suatu hari nanti. Sarat dengan gambar sisa makanan di restoran mahal, gambar genggaman tangan, gambar kaki aku dan seorang perempuan. Atau paling ekstrim sekali gambar hantaran atau majlis pertunangan.



Kan senang bila ada sentiasa ada orang di sisi mendengar keluh kesah tangis tawa seorang lelaki ini? Ewahhh......


Kalau Rembo nak meniaga, ada band dan ntah apa benda lagi.. Kalau aku, aku hanya nak satu. Set manusia yang tahu menghormati dan memahami antara satu sama lain. Hidup dalam keadaan yang cukup-cukup harmonis. Itu pun sudah memadai.

5 ulasan:

dzul berkata...

hahaha..letakle gamba sisa makanan, jari kepit rokok, pompuan tutup mulut. kalau tak mampu semua tu gamba selipar pun jadi dah.

cimon berkata...

si tempe & keling(panggilan manja oleh sibuncit) kat rumah tuh da xsabar2 nak kawen...depa bilang tahun depan...tahun nie depa buat loan dgn bank pijan kot...peram dlm ASB dulu-lps byar interest-kawen!

ko kawen je laarr ek!

heheh (^v^)

FAZ berkata...

Parah dah lu ni!!

Rajuna berkata...

dzul-kau buat aku tambah sedih. selipar tuuuu...


cimon-pekejadahnya. mana calon? mana duit? mana? semua2 mana?!!! waurghhhfhhzzzt!


faz-kau diam! sadap yuh!

Rembo berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.