Isnin, 29 Mac 2010

Berulang-alik setiap minggu hanya untuk menonton rancangan masakan

Gua dah tak sabar tunggu bulan 5. Abis praktikum. Gua nak stay rumah diam-diam. Gua telah merancang aktiviti gua. Gua ingin mempertingkatkan skil masakan gua. Gua ingin memenangi hati bakal mertua gua. Hebatnya gua kerana gua telah merancang segalanya. Hatta, Rancangan Pengajian Harian pun gua jarang buat. Memang hebat.


Gua semenjak dua menjak ni amat terpengaruh dengan rancangan masakan. Paling gua ketagih adalah Rancangan Chef Bob Kelong. Budak area Melaka dan ke atas mesti tak tau. Sebab ini adalah rancangan televisyen Singapura di saluran Suria. Siapa beli Estro, dia loser. Di sini banyak siaran. Indonesia dan Singapura. Apedehal brader?


Rancangan ini memang menarik kerana masakan tertumpu kepada hasil laut segar. Lokasi pengambaran juga A kerana dijalankan di kelong-kelong serata Singapura. Apa yang lebih menarik, Chef tangkap je haiwan itu dan segar-segar terus masak! Ini memang menarik dan menggiurkan. Paling sadus tengok dia bunuh udang kara atau lobster. Tikam kepala. Kpriakkk!!! Settled. Terus masuk kuali. Kalau di Malaysia mungkin ia adalah rancangan masakan pertama bagi kategori 18SG.


Apa yang membimbangkan, gua telah berulang alik dari lokasi penyembunyian gua ke kampung setiap minggu semata-mata untuk menonton rancangan masakan ini. Gua fikir, ia sangat berbaloi kerana pada hari kehadapan banyak hati-hati yang dapat gua menangi. Terutamanya, hati lu..sayang. Tangkap leleh syial...

4 ulasan:

ainfazrin berkata...

lama tak singgah sini.

dan dah lama aku tak balik JB. tapi dekat umah sini pun aku tak melanggan siaran bagai. lagi loser rasanya tgk Inspirasi Koko kat rtm1. isk.

faqhrule berkata...

lu tengok masak-masak rtm ala bufet.itu program abang sepupu gua buat.

cimon berkata...

bile lg ko nak msak sup sayur kat rumah?

heheh (^v^)

Rajuna berkata...

ainfazrin-aku pernah tengok. tak fun langsung. boring. walaupun yang mengacara tu anak chef terkenal tapi rancangan itu boring.


rul-apa tajuk program tu?


cimon-siak. aku rindu dapur rumah tu.