Khamis, 31 Julai 2008

Makhlok jahanam 666

Kita selalu dengar adanya makhluk perosak yang kerja merosakkan tanaman atau perabot. Kita juga biasanya mendengar akan perihal makhluk haram. Iaitu spesis makhluk yang tak boleh disentuh sebarangan dan dimakan sesuka hati bagi yang beragama Islam. Kadang-kadang binatang tak haram pun aku labelkan sebagai haram sebab aku geli atau rupanya hodoh. Tapi pernah ke engkau dengar perihal makhluk jahanam? Aku bilang kau, ini makhluk jahanam memang macam sial punya ciptaan.


Aku tak ada tafsiran spesifik mengenai spesis makhluk jahanam yang biasa aku ketemui ini. Apa yang pasti makhluk jahanam adalah ciptaan Tuhan yang paling menyebalkan dan menyusahkan manusia. Kehadiran makhluk ini sebenarnya kalau dipandang pada sudut rasional adalah pelengkap kitaran psikologi manusia. Kalau tak ada makhluk jahanam, tak menyumpah seranah lah kita. Tak ada perasaan geram dan marah-marah. Kalau gembira seumur hidup pun tak best jugak, apa?


Makhluk seperti ini, biasanya kita akan jumpa waktu kita sedang menjalani ujian temuduga. Datang sengih-sengih sebagai calon untuk ditemuduga dan pesaing dengan diri kau. Dia akan duduk antara calon lain dan bukan main bangga bercerita yang pakcik dia, mak dia, abah dia, tok saudara dia ada berkerja di pejabat/ jabatan berkenaan. Hal ini biasanya terjadi di kantor sektor-sektor awam atau badan berkanun.


Engkau,


Sekiranya sebagai manusia perengus macam aku. Orang kampung berbau lumpur. Tak punya kontak besar-besar. Tak ada surat sokongan. Bukan dari ahli parti tertentu. Hanya bersandarkan keputusan peperikasaan kau dan sijil kegiatan-kegiatan bongok sewaktu di sekolah dan kampus. Sudah tentu terang-terangan engkau cikai di mata mereka kan? Jadi apa harapan kau selepas sesi temuduga?


Engkau akan balik semula ke kampung mengharungi perjalanan berjam-jam, membayar tol, membayar duit minyak, bersengkang mata dan terpaksa menjegilkan mata ketika memandu semasa hujan. Pulang dengan tangan kosong dan harapan yang punai, eh punah. Sepanjang jalan memaki hamun mencarut marut. Sampai di rumah, terus cari kaset dan cd berkonsep unholy Black Metal atau Punk dan sambung maki hamun carut marut sumpah seranah ikut lirik sampai kau letih dan tertidur dengan baju temuduga kau. Ini memang terapi yang baik.


Aku secara tak langsung memandang makhluk jahanam dan makhluk haram adalah dalam kategori yang sama. Najis dan menyusahkan orang. Yang susah makin susah yang senang makin senang. Baguslah. Teruskan dengan agenda kamu. Ya. Yang macam kamu lalak-lalakkan di kaca televisyen bermula setiap jam lapan malam tu.



Agenda menyatukan…BZZZTTTTT..BZZZZTTTT..BBZZZZTT…apa? BZZZZTT…ZTTTTT..Tak dengar la..apa? ZTTTT..ZTTTTTT


(video ini amat mujarab sekiranya dipasang sambil membaca entri kali ini. Marah betul abang-abang ni. Bang Juna tak suka la marah-marah macam gini. Seram!)

Selasa, 29 Julai 2008

Ragam Bang Juna: Bila Bang Juna Berceloteh

Nak dikesahkan la kan, semalam memang hari penting buat Bang Juna. Bang Juna bangun awal. Tidur semalam pun tak nyenyak. Memandangkan hari ini merupakan antara hari penting dalam kehidupan abang. Bang Juna nak ambil baju Batman sempena meraikan tamatnya kesah loka Bang Juna di kampus. Sebelum pukul 6 pagi Bang Juna dah bangun. Senam-senam sikit, pastu terus capai tuala lusuh Abang. Walaupun kepala Bang Juna masih senoneng, Bang Juna gagahkan jugak nak mandi pagi. Ini juga yang menyebabkan Bang Juna tersepak pasu kaktus di balkoni rumah Bang Juna. Berterabur tanah. Bang Juna biar je. Tak sempat nak sapu.


Selesai mandi, Bang Juna capai t-shirt Lacoste biru belang-belang dan seluar jeans dari Perancis yang Bang Juna kirim dari kawan di Eropah. Lepas Bang Juna sembahyang Subuh, Bang Juna terus capai kunci motor kawan Bang Juna iaitu si Edy Kulim. Sejak semalam Bang Juna terus mengancam kehidupan Edy supaya dia bagi Bang Juna pinjam motor. Tapi, yang tak bestnya motor Edy tak ada cermin sisi. Dah kena curi. Bang Juna terus pulas throttle menuju ke kedai mamak. Teh tarik dan 2 keping roti kosong sebagai alas perut. Diet paling cocok untuk orang ramping macam Bang Juna.


Bang Juna tahu, memang hari ni Bang tak stylo. Kelam kabut. Rambut Bang Juna pun dah semakin panjang. Macam Adam AF. Tebal. Kusut sikit. Kata rock? Takkan naik Kriss kot? Kurang-kurang Gilera sebijik. Ah, Bang Juna peduli apa. Yang penting hari ni, Bang Juna perlu ke kampus yang tak lain tak bukan adalah Universiti Malaya.


Sampai di kampus iaitu di kawasan Bangunan Peperiksaan manusia dah ramai ya amat. Bang Juna selitkan motor Edy Kulim di celah-celah motor lahabau lain. Cantik punya parking. Kelihatan orang dah beratur kira-kira sepanjang tak kurang 50 meter. Semua mempunyai tujuan yang sama dengan Bang Juna. Pada mulanya Bang Juna bajet Bang Juna lah yang paling awal. Rupanya sangkaan Bang Juna meleset macam ekonomi Negara Dot Dot Dot. Bang Juna mula memaki-maki dalam hati. Pukul 7 dah ramai orang? Makhluk-makhluk jahanam ni datang pukul berapa? Bang Juna terus memaki dan menyebut-nyebut binatang haram tanda protes dan kecewa. Lagak orang putus kasih.


Bang Juna sms Syore. Ntah mana jibraun ni pergi. Cakap nak saing Bang Juna tapi dia pulak hilang. Rupanya dia sedang melantak. Disebabkan Bang Juna seorang pelajar lebih masa (tambah semester) Bang Juna tak ada geng. Adik-adik junior Bang Juna semua tak boleh harap. Masih membuta. Siak. Bang Juna buat-buat tengok jam dan berjalan di tepi barisan sikit-sikit. Sesekali kepala Bang Juna buat-buat pusing kanan-kiri konon nak cari orang. Ada pulak waktu yang kadang-kadang Bang Juna jingkit-jingkit kaki konon nak tengok kawan Bang Juna yang di barisan depan. Sikit-sikit Bang Juna potong dan menuju ke barisan paling hadapan. Akhirnya, Bang Juna ternampak segerombolan makhluk bermuka rabak seperti tak mandi pagi yang agak familiar.


Sah. Mereka warga kolej Bang Juna sebelum Bang Juna membuat keputusan untuk tinggal bersama sebuah keluarga korporat (bakal bapa mertua tak jadi) di Petaling Jaya. Ya. Mereka adalah Wan Jari, Asrul Mentakab, Najib Ganu, Khairul Jambu, Ustaz Pah Rengit, Puan Mazlina Nilai, Khai Benut, Liza, Atik dan Aini Tangkak (wah ramai geng Johor ni apasal?). Mereka kelihatan seperti tahanan perang. Bang Juna naik hairan. Apa yang berlaku sebenarnya, kan? Ha…ni yang Bang Juna nak cerita ni. Diorang dah tercangak kat situ kat situ seawal 3.30 pagi. Wow! Gila semangat. Sah tak mandi dari malam semalam ni, ha ha ha. Bang Juna pun macam biasalah. Salam ala-ala kenduri doa selamat. Dari hujung ke hujung semua Bang Juna salam. Buat-buat sembang dan terus masuk barisan. Ha ha ha …Bang Juna berjaya memotong kira 347 orang di belakang. Ha..ha..ha..Bang Juna gembira.


Terdengar juga suara-suara sumbang. Tapi Bang Juna buat dek je. Kira Bang Juna macam otai kat situ lah kan..Buat relaks tapi dalam goyang seh! Ha ha ha…Lama-kelamaan keadaan makin tegang. Wan Jari sendiri kelihatan bertikam lidah, berpatah arang dengan seorang gadis Cina yang mempersoalkan Wan kerana membawa terlalu ramai orang ‘kampung’nya masuk barisan. Bang Juna malas nak layan. Lebih baik Bang Juna senyum-senyum dengan awek dari fakulti Perubatan. Tapi, dengan kuasa cincin pertunangan Aini Tangkak masalah ini dapat diselesaikan dengan kuasa mistik. Ha ha ha…


Bila sampai giliran, Bang Juna pakai sauk je segala macam aksesori di situ. Malas nak test. Sebab ada mat-mat dan minah cakap, “badan lu ni saiz L bro,” dan Bang Juna percaya bulat-bulat. Topi rambu tu pun sama. Pakai sauk dan tak test langsung. Lepas selesai semua, Bang Juna terus berdesup chow. Langsung tak cakap terima kasih pun pada Wan Jari dan geng-geng yang datang sebelum Subuh tu tadi kerana diorang lah Bang Juna dapat potong barisan. Bukan apa, kepala Bang Juna dan berdenyut-denyut. Malam semalam Bang Juna tidur lewat sebab main sms dengan ex-girlfriend yang nak nikah bila entah (tak amek port). Dalam kepala Bang Juna hanya ada tilam dan bantal yang mak Bang Juna bawakkan. Bang Juna ngantok giler ni dek… Start motor dan balik ke rumah sewa Bang Juna.


Tempe masih terkangkang tidur. Bang Juna kejut dia. Paksa dia tengok Bang Juna melaram dengan baju Batman Bang Juna. Mula-mula Bang Juna pakai baju Batman tu. Untuk melengkapkannya mestilah ada topi rambu.


Kaedahnya, apasal topi ni kecik sangat? Asal Bang Juna headbanging sikit dah jatuh. Tak selesa! Itu la, padah potong barisan. Dapat topi kecik. Padan muka Bang Juna. Hati Bang Juna punyalah berasap kan..Eiii sabar je la waktu tu. Very de geram tau tak? Terpaksa lah Bang Juna start motor pergi kampus semula berlaga dengan manusia-manusia ni nak tukar topi. Tengok, dah kena buat kerja dua kali. Benci betul. Sebagai implikasi buruknya, Bang Juna lewat ke gelanggang bola jaring. Member-member Bang Juna pun tarik muka. Okelah, Bang Juna nak pergi berlatih ni. Perlawanan bola jaring peringkat Blok Rumah Pangsa KL pun dah dekat. Baii...



(P/S: Thanks pada uols yang selitkan Bang Juna dalam barisan kamu. I lurve uols, muah!)

Sabtu, 26 Julai 2008

Kuang assam!

Aku tau. Mesti ada mulut-mulut celupar yang mengata aku. Tak ada kehidupan. Apa barang update blog hari Sabtu petang? Kurang asam kau. Malam tadi aku dah berpesta tonggang langgang la dengan kawan bukan melayu aku..Arghh! Daripada kau, apa barang hujung minggu pergi Masjid India? Jalan TAR? Apa kellas oi?!! Hahahaha..

Bila tengok orang galak berpuisi, aku pun nak gak. Apa ingat Daniel je ke hero puisi? Aku pun boleh la oi!! Lagi garang la...(nak jugak....hmpkhh). Berikut adalah puisi tak tentu arah aku. Nak jugak...


Yang Mana Akan Berubah, Yang Mana Akan Abadi?

Nah
Kini sudah tersurat
Apa yang pernah tersirat
Hamburan kata sumpah semangat

Setia apa dikota?
Taat apa yang bersyafaat?
Dusta kan ini kan dusta?

Mudah kau menggampangkan janji?
Begitu senang janji kau aborsi
Pada mereka yang setia menanti?

Kebuasan serakah mengasap kebencian
Bara panas membara bakar kesucian
Najis sumpah bernanah kebendaan
Kau biarkan mereka dalam keseksaan

Tersepit dicelah kehinaan
Meneruskan keterpaksaan
Dalam setia janji dipertahankan
Sedang engkau lali dibuai bidadari
Kesialan!

Tidak aku tidak akan tidak
Ya aku akan mengiya
Hempas aku pastikan menghempas
Segala kelas yang engkau peras
Agar tidak lagi bertembok
Antara sang pemeras dan yang diperas

Mengapa engkau mula menjarak?
Sedang aku kini menginjak
Ke dasar mulut puakamu kelak
Engkau dan aku pasti kan beradu

Undang atur sedia berubah
Setia tunduk hanya yang akur
Sedang keadilan tertiarap bersepah
Apakah ini tanda bersyukur?


(p/s: Engkau jangan nak kompelin. Aku tau tak best. Babab kang?!)

Rabu, 23 Julai 2008

Sukar bagiku menolak lamaran mu. Sayang, izinkan aku meludah muka mu sekali lagi?


Bila mengingatkan zaman dahulu, kadangkala aku akan berbangga pada apa yang telah aku lakukan. Walaupun nampak bodoh ketika itu, namun pada hakikatnya segala perbuatan aku adalah rentetan dari pemberontakan yang ikhlas dari hati yang suci aku ini.


Nenek aku pernah menghadiahkan sebuah motosikal pada usia seawal 15 tahun. Namun, sejak usia meningkat ke alam menengah atas, aku tak peduli pada motosikal itu. Aku biarkan berkarat di garaj. Aku naik basikal. Ke mana-mana sekalipun. Ke kelas tambahan yang terletak sejauh 3 atau 4 kilometer, misalnya. Kalau diikutkan ketika itu, ia adalah lambang penolakan yang total kepada produk kapitalis(pengusaha petrol) dan sekaligus menyelamatkan alam sekitar. Bayangkan kalau ada 40 ratus orang yang terpengaruh dengan gaya hidup aku yang ala-ala aktivis nih? Kau rasa ada nampak bayang-bayang stesyen minyak akan mengalami kemerosotan jualan tak?


Aku benci pakaian berjenama di usia remaja aku. Ayah pernah bawa aku ke butik Nike. Dia suruh aku pilih mana-mana barang yang aku mahu. Akan tak mau. Sebab banyak baju Nike cetak rompak di pasar lambak hari Jumaat di Rengit. Di belakang Ayah, mak cubit aku. “Jangan jadi baik sangat. Ambik je mana-mana.” Akhirnya, aku tewas. Aku ambil satu jersi Nike berharga yang agak mengerikan juga bagi seseorang di usia 16 tahun. Aku pakai 2 atau 3 kali. Lepas tu humban entah ke mana. Tak cool dan tak rare. Orang semua tahu brand ni. Jadi takkan ada orang tanya mana aku beli baju tersebut.


Mak aku sekali lagi cubit aku sewaktu aku berusia 17 tahun dikhalayak ramai di sebuah pusat membeli belah. Gara-gara menolak pelawaan ayah untuk menikmati makan malam di sebuah restoran makanan segera terkemuka. Ini amat bertentangan dengan prinsip aku. Pada aku, makanan di restoran makanan segera adalah penyumbang kepada kegemukan. Berminyak. Berajinomoto hingga boleh mengurangkan tumbesaran bulu kaki kau tau tak? Lagipun, mereka ni. Mana fikir pasal kebajikan? Mau untung je. Makanan tak abis pun dia humban tak kasi staff makan. Mana boleh? Sesekali buatla sedekah. Kenduri doa selamat ke? Open house ke? Ada pernah kau tengok? Tak ada kan? Abis tu yang kau terhegeh-hegeh beratur macam soldadu tu kenapa? Bengong? Haha.


“Kau nak kena penampar?” Itulah ayat mak aku ketika di depan sebuah kedai telefon bimbit sewaktu aku berusia 18 tahun di saat-saat mahu melanjutkan pelajaran di UiTM Segamat. Aku tak mau guna telefon bimbit. Walaupun dipaksa oleh mak aku. Aku tak suka. Sebab pada aku ketika itu, ia membebankan. Hanya akan menguntungkan sebelah pihak semata-mata. Ini adalah penindasan! Mungkinkah ini satu propaganda kapitalis? Ah.. Aku juga tak mau diri aku diganggu oleh panggilan-panggilan gatal atau sms berbunyi, “nak kenal leh?”. Akhirnya aku akur. Beli jugak telefon. Dengan telefon itu jugaklah akhirnya aku mengugut kedua orang tua aku supaya mengambil aku semula pulang ke rumah atau aku lari ke Myanmar, Laos atau Kemboja. Ini kerana tak setuju dengan peraturan di kampus UiTM. Tiada kebebasan. Aku bosan.


Tapi,


Sejak semalam selepas menghadiri sesi temuduga dengan institusi kewangan terkemuka di Jalan Ampang. Ada sesuatu yang tak kena. Tidur tak nyenyak. Diganggu mimpi.


Otak aku bagaikan ada layar besar lengkap dengan projector. Menggambarkan pakaian berkualiti tinggi ala abang-abang. Pastinya bukan buatan Siruba, Kiko atau Tollyjoy. Di tangan aku da seperti telefon yang agak bagak besar, tapi siap ada pen dia lagi. Ini hi-tech punya mimpi ni? Kadangkala menayangkan kereta mewah buatan Jepun dan Jerman. Kejap-kejap skuter buatan Itali. Pastu pulak, ternampak restoran makanan Perancis. Tak cukup dengan itu, hidung terbau kopi import Amerika. Paling tak best sekali, ada nampak bayangan gadis gebu berambut kuning, beralis halus lengkap dengan tumit tinggi dan sepersalinan suit merah berskirt terbelah di peha. Tersenyum manja. Siap lentok belah kanan lagi. Peh!


Siak punya HR Department. Kenapa kau cakap aku gaji yang kau tawarkan? Aku tak nyenyak tidur, douhh! Berdebar-debar aku dibuatnya.

Ahad, 20 Julai 2008

Kisah Luka

Simpanan semakin menyusut. Aku perlu cari jalan. Apa cara lagi perlu aku hidup tanpa mengharap belas orang tua disamping terus nampak cool berbelanja tanpa batas. Ya. Aku seru diri aku ke pejabat pos. Lantaran cukai jalan skuter aku sudah diperbaharui. Ini adalah masa yang tepat untuk memeras ugut petugas pejabat pos supaya memberikan aku duit minyak yang dijanjikan.

Aku beratur. Berbaju saiz besar. Seluar rabak. Berselipar lusuh. Rambut tak berminyak. Kaki berdebu. Sumpah kampungan gila. Ada perempuan mencelah di sebelah aku. Potong barisan. Perangai macam orang tak sekolah. Bangang.

"Setem 30 sen. Minta 25." Katanya lagi.


Budak kelas aku. Tahun 2003. Tingkatan enam. Jadi, aku tegur. Supaya dia tak tegur aku dulu. Kalau dia tanya kerja aku, kan naya?


"Apa kat tangan kau tu?" Kata aku kepada dia tanpa dimulai salam.


"Kad jemputan. Aku nak kawin. 2 haribulan 8 ni. Eh, datang tau."


"Eh, alamak....tak boleh. Aku tak sempat. Aku ada hal la. Kena pergi kampus." Aku tolak. Biasalah. Dengan nada yang paling lembut.


"Oh...takpela.." Dia capai setem yang dihulur oleh abang kerani pos. "Okla..aku jalan dulu. Kalau sempat datang tau."


"Okeh"

Dan hati aku berkata,

"Kau ingat aku sanggup datang rumah kau jumpa budak-budak kelas yang macam jibraun punya berlagak tu? Kau ingat aku sanggup jumpa bekas teman wanita yang sudah berkerjaya sebagai guru tu di hari perkahwinan kau? Datang berpimpin tangan dengan teman lelakinya? Kalau diorang datang salam kat aku apa nak jadi? Kau ingat aku suka tengok kau bersanding kat atas pelamin tu?"





"Lagu ni, untuk kau dan bekas teman wanita aku (Peh, boleh tahan jiwang taste aku kan? Kehkeh)."

Dan korang.


Yang membaca tu. Karaoke. Nyanyi kuat-kuat sikit. Tau?

Khamis, 17 Julai 2008

"Kan aku dah cakap. Bila Juna cakap, kau potong cepat-cepat. Tengok, dia dah membebel," - Jali Suzuki GP100(jipang)

Dalam meniti usia yang semakin tua kita sebenarnya berhadapan dengan banyak rintangan. Aku rasa tak perlu mengulas dengan lebih lanjut akan hal itu kerana diantara kita, semua sedia maklum. Aku sendiri berhadapan dengan banyak konflik dalam kehidupan aku. Ia bukan berpunca dari sesiapa dan ia berpunca dari diri aku sendiri disamping keadaan sekeliling yang ada. Pada ketika ini, semua keputusan di tangan aku. Kedua orang tua aku kini memberikan sepenuh kepercayaan kepada diri aku untuk membuat keputusan kerana mereka percaya pada ketika ini aku sudah mampu berfikir secara matang walaupun raut wajah masih kelihatan seperti anak-anak liar. Berseluar pendek lusuh. Rambut tak terurus. Jarang mandi. Mendengar muzik bingit 24 jam sehari. Kepala semakin hari semakin berserabut. Fikiran pun semakin celaru. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Semata-mata untuk meneruskan kehidupan aku dan hati-hati mereka yang pernah berjasa pada aku selama ini. Maz, kau ingat otak orang macam aku ni, ada ruang lagi ke nak fikir pasal cinta? Hahaha.


Rintangan, dugaan dan cabaran sebenarnya mampu mematangkan kita. Itu pun setelah dapat ditangani dengan waras. Pengalaman diri sendiri dan orang disekeliling kita mendidik kita untuk berhati-hati membuat keputusan. Biarpun keputusan yang dibuat tidak melibatkan individu lain, kadangkala kita harus memikirkan bahawa adanya hati-hati lain yang perlu kita jaga. Dalam hal ini, sebarang keputusan yang diambil tidak perlu lagi disesali. Kekuatan dalaman amat penting dalam menerima nasib dan ketentuan dari Nya. Berserah. Mungkin itu yang terbaik. Setelah usaha dilakukan sehabis dan sebaiknya.


Dalam kehidupan hari ini, aku terlalu banyak bersemuka dengan persoalan yang dikaitkan dengan pilihan. Ya. Pilihan yang mana menentukan hala tuju kehidupan aku. Kemewahan atau kemasyhuran tiada langsung dalam kamus hidup aku. Kerana aku percaya, kehidupan ini harus dihargai. Pengorbanan yang dilakukan seharusnya sama nilai dengan apa yang diperolehi.

Masa sangat berharga. Aku menyangkal pendapat dan cakap-cakap yang berkata masa itu emas. Ini sebenarnya secara tidak langsung mendekatkan unsur materialistik dalam kehidupan kita. Pengaruh materialistik yang keterlaluan inilah yang akhirnya menjadikan manusia itu tamak, mementingkan diri sendiri dan sanggup berbuat apa sahaja semata-mata untuk memenuhi kehendak material. Jangan sesekali masa dihargai dengan unsur material. Ini akan menyebabkan kita semakin jauh dengan unsur kemanusiaan dan kasih sayang.

Ada antara rakan kepada rakan kepada rakan kepada rakan punya rakan yang berpendapat. Sekiranya terdapat peluang dan kuasa. Pasti. Antara kita akan mengambil kesempatan. Menarah. Memijak. Menipu. Menindas. Segalanya demi harta. Kita sememangnya tak dapat melawan nafsu dan pasti akan berpinar biji mata bila nampak duit(?). Oi. Sawan ke apa kau ni? Mana agama kau? Untuk apa dan sampai ke mana semua ni? Terkenal dengan harta yang melimpah ruah tapi dikenali dengan seseorang yang busuk hati? Kemegahan? Ini tujuan hidup? Mana perginya akal fikiran yang sihat? Mana perginya unsur kemanusiaan dan kasih sayang dalam diri? Apa mak bapak mereka terkangkang menganga ketika anak-anak mereka bergelendangan di tengah kota pada waktu malam? Apakajadahnya semua ini? Apa kau dah nak mampus ke apa, lahanat? Sedang mak kambing pun tau kesian anak kambing yang lain ini kan pula manusia? Apa ke babi sangat mereka ini? Setan atau kerbau landau? *Bercakap sambil duduk atas meja dan kaki goyang-goyang. Ala Wan Kamaruddin.


Aku cukup rimas mendengar impian-impian bodoh seperti ingin kereta yang maha mewah, rumah serba mozek, isteri dari golongan model/selebriti atau lainnya. Sedang pada hakikatnya, kita kian tersepit untuk mencari arah hidup. Apa hilang jiwa apa mereka ini? Aku memberi contoh diri aku sendiri. Dengan pendidikan dan pengalaman yang tak seberapa ini, harus aku sedari apa sangatlah yang aku boleh buat. Pada mereka yang sama situasi macam aku, toksah la kau nak gebang tahi dengan aku. Kau pun dah macam sial haram jadah. Berpijaklah pada bumi yang nyata. Sampai bila kau nak jadi puaka? Jalan atas angin.

Jali,

sekali lagi kau cerita pasal angan-angan cilanat kau, aku tak teragak-agak membocorkan ubun-ubun kau. Kau buat aku hilang mood beratur beli setem nak antar resume kau tau? Lembu!

Selasa, 15 Julai 2008

BING!!!

"Loh, lo apa-apaan ni Sya. Pagi-pagi sudah di kamar gue? Emang siapa yang bilang gue di sini?"Gua terkejut. Bukak-bukak mata, Tasya ada di depan.


"Nyokap lo yang bilang. Benernya, gue nelpon lo pagi tadi. Nyokap lo yang ngangketin. Terus, dia bilang lo di sini. Ayoh dong, mas. Bangun. Ntar kita jalan-jalan ke mall yuk?" Pelawa Tasya sambil meniarap. Beralaskan bantal panda gua.


Lu tau. Gua punya la bersyukur bila si Tasha dah tak masam muka dengan gua lagi. Lagi yang menyebabkan gua bersyukur, tiba-tiba dia buat suprise pagi-pagi gini. Peh. Serius happy tonggang tonggek punya. Umpama mentari pagi yang bersepah vitamin D.


Wangi betul Tasha pagi ini. Rambutnya masih basah. Memang hubungan gua dengan dia diketahui kedua ibu bapa kami. Mungkin lantaran kami datang dari susur galur yang sama. Jawa. Bezanya, Tasha dari Cilacap, Jakarta. Aku dari Batu Pahat, Johor.


"Ya, udah. Kamu mandi aja. Gue lagi bete nunggu lama-lama kaya' gini."

"Nyokap gue mana Sya?"

"Dia lagi di dapur," balas Tasya. Menguntum senyuman. Gua toleh kiri kanan. Clear. Aku muncungkan bibir. Gua paut bahu Tasya. Tapi ditolak oleh Tasya. Sambil terkekeh-kekeh ketawa kecil. Dia menunjukkan jari telunjuknya. Digerakkan ke kiri dan kenan. Tanda jangan.


Mana boleh. Gua rindu gila baboon ni . Geram cangat-cangat aw. Gua tarik rambut dia.


Tapi, jap.


Apsal hidung gua terhidu bau nasgor( nasi goreng )? Apsal gua terhidu kopi Nakhoda? Hajat gua terhenti seketika. Gua lepaskan rambut Tasya. Bau semakin menyedak. Sampai tersangkut rongga hidung gua untuk bernafas. Ah, tak dulik. Gua tarik bahu Tasya. Biar rapat dengan gua. Dia melawan. Mulutnya termengah-mengah. Ketawa yang disorokkan sememangnya banyak mencuri nafas. Kami mula bergelut. Tasya cuba menggeletek aku. Cis, geli tau.


Bing!!!- Kepala gua terhantuk di kepala ranjang stainless steel. Kaki gua jadi sejuk tiba-tiba. Apsal ni?


Tasya ketawakan gua. Ewah. Gua apa lagi, gua pun..


"Oi, apa sengih-sengih. Dah, bangun. Sarapan," bayangan mak gua jelas kelihatan. Di tangan, ada gumpalan selimut hijau. Sah selimut gua.


Potong stim.





p/s: "Brengsek lo, Sya. Emang lo cuma hadir dalam mimpi gue? Mampus lo. Kurang ajar ini anak. Dasar lo. Sialan banget!!"


Isnin, 14 Julai 2008

"Abang Juna ni, asyik marah-marah je. Mira tak suka tau bila Bang Juna kerut-kerut dahi,"-Nurshamira Sherlina Zulkarnain, 17, Bangsar


_Terduduk/letih/rintih________________


Dan kita yang alpa
Lali dengan limpahan
Lendir neraka
Lahar membara
Mengalir lesu
Membasahi nafsu


Dan memang kita
Yang membenci sesama
Ragut dan rampas
Segala laba
Semua kerana
Angkara kita


HALOBA!
HALOBA!
HALOBA!

(Sekiranya dideklamasikan atau dinyanyikan, penulis mencadangkan agar penonton/pendengar mendekati penulis lalu menjerit beramai-ramai dan rebut mikrofon pendeklamasi/penyanyi pada bahagian ini. Barulah stylo dan nampak garang, ngrr!)


Alpa benci keji
Pabila janji kau cabuli
Siksa sumpah celaka engkau hamburi
Mencari diri entah di mana



Arah ini?!!!!!


Sangsi jiwa
Kerana si dia
Menabur kata
Membawa duka


Patuh!
Sumpah!
Setia!



Apakah maknanya
Semua ini?






Sabtu, 12 Julai 2008

Aku di Kuala Lumpur

Aku di Kuala Lumpur.

Untuk jangkamasa yang terhad.


Sebarang temu janji perlu disalurkan melalui email dan telefon.

Untuk proses tapisan.


Hanya mereka yang berkenaan dan berkepentingan akan dilayan.


Selebriti, model, manusia perasan urban akan digugurkan dari senarai.

Sekian.

Selasa, 8 Julai 2008

"Rajuna..Rajuna.. Sungguh Hardcore Hati Kau..Sanggup Bersusah Payah Untuk Orang Lain"-Mak Piah

Seperti biasa setiap petang, Rajuna memang tak ada kerja lain. Jogging, jogging, jongging. Entah apa tujuan sebenar dia berjogging pun tidaklah diketahui umum. Ramai yang tahu Rajuna mempunyai sesusuk tubuh yang tegap. Persis seorang model. Tinggi. Berkulit cerah. Berambut separas bahu. Sekali pandang, pasti ramai yang menyangka Rajuna hero drama Taiwan. Kebetulan, Rajuna memang suka jagung Taiwan kukus dalam cawan. Apakah dia tidak berasa cukup lagi dengan semua itu? Harus bagaimana lagi? Mungkin itulah persoalan yang bermain di benak jiran-jirannya yang gemar mengintai di balik langsir ketika dia berjogging.


Sehelai singlet hitam, seluar pendek merah berjalur hitam serta sepasang sepatu sukan New Balance berbelang hitam dan jingga sudah mampu menerangkan segala-galanya mengenai aktiviti Rajuna pada sebelah petang. Bukan. Dia bukan mahu menghadiri acara muzik kecil-kecilan yang berkonsep straight edge hardcore yang menuntut sebahagian besar peminatnya berpakaian sukan untuk menyerlahkan gaya hidup positif. Dia bukan mahu menari 2 step atau menari beruk. Dia sememangnya mahu berjogging. Tidak ketinggalan, terselit di kedua belah telinganya pemain muzik digital.


Hingga pada satu senja, ketika Rajuna berlari-lari anak di gigi air di pantai dalam berpakaian sukan dan berkeringat, dia dihampiri sebuah kereta Toyota Camry hitam. Gelap benar cerminnya. Hingga sukar Rajuna melihat sang pemandu. Lalu, cermin tingkap diturunkan oleh si pemandu. Tasha.


“Siak,” bisik hati Rajuna. Di saat-saat dia tidak mempunyai pekerjaan begini, dia lebih suka menyendiri. Mencari ilham tentang rilisan tulisan akan datang atau melakar lirik bagi kugiran muzikal jahatnya.


“Hai. Sorang je ke Juna? Yok ikut I jalan-jalan? I boring lah kat rumah. Pleaseee?” Rayu Tasha. Ya. Tasha teman lamanya di kampus dan di kampung. Biarpun rumah mereka tak jauh antara satu sama lain di kampung, jarang benar mereka kelihatan bersama. Paling tidak pun, pertemuan mereka dirancang di satu tempat yang tersorok dari pandangan umum. Pertemuan biasanya dalam jangka masa yang singkat. Rajuna datang dengan motosikal dan Tasha dengan kereta mewahnya. Mereka lebih intim sewaktu di Kuala Lumpur. Bebas. Mereka boleh bersama hingga ke dinihari. Berborak. Bersembang. Bertepuk tampar. Jauh dari mulut-mulut celupar orang kampung. Lagi pula Tasha anak orang penting di negeri ini. Sedangkan Rajuna anak orang kampung biasa. Perangai dan rupa pun tak seberapa elok. Harta? OUT! Mestilah menjadi buah mulut orang kampung kan? Bukan calang-calang orang boleh mendekati Tasha, tau.


“I belum sembahyang Asar.” Rajuna memberi alasan.


“Ala, sekejap je.”


“Tapi maghrib dah dekat la Tasha. Lain kali ya?” kata Rajuna sambil terus berlari setempat, “hup..hup..hup...1,2,3,4..1,2,3,4…..tarik..lepas…tarik… lepas..” Sesekali meneguk tin minuman Kacip Fatimahnya dengan lagak macho. Uppps..patutlah Rajuna jalan mengepit!


“Sekejap je..Please Juna. Lama kan, kita tak jumpa?” Tasha terus mendesak. Rajuna semakin resah. Dia seboleh-bolehnya tak mahu sekali lagi menjadi perhatian masyarakat. Cukuplah lagaknya yang persis selebriti. Tak sanggup dia menjalani kehidupan serba glamour lagi. Tapi, akhirnya Rajuna mengalah. Dia memerhati kiri dan kanan. Setelah dipastikan keadaan selamat, dia terus masuk ke dalam kereta Toyota Camry Tasha.


“Janji, sekejap saja tau?” Rajuna mengharap Tasha faham akan situasinya. Tapi, Tasha hanya tersenyum. Cermin mata hitam di kepala Tasha di turunkan ke mata. Keretanya terus meluncur laju. Tasha membelok ke arah Pontian Kechil. Pantai di pinggir bandar Pontian adalah destinasi. Itu sangat Rajuna pasti. Pantai itulah yang menyimpan seribu satu kenangan ketika mereka cuba menjalinkan cinta. Namun, segala-galanya musnah angkara orang ketiga. Tak mengapa. Rajuna tahu. Dia perlu kuat. Kuat-kuat, Papa! Hik hik hik.


Sepanjang perjalanan mereka asyik benar berborak. Ketawa terbahak-bahak. Rajuna. Siapa tak kenal. Mulut murai ala wartawan hiburan. Mungkin dia boleh menggantikan tempat Siti Jarum atau Papa Gosip selepas ini. Ada saja yang nak diceritakannya. Seolah-olah tidak ada apa yang berlaku antara mereka sebelum ini.


Tepat jam 7.40 malam mereka tiba di pinggir pantai di Bandar Pontian. Berhampiran pasar raya Giant. Mereka terus bercerita, bercanda, cubit menyubit. Tampar menampar. Kadang-kadang Rajuna menolak kepala Tasha hingga terhantuk pada dashboard. Tasha pun tak kurang asamnya. Kaki Tasha sempat singgah beberapa kali di perut Rajuna. Tomey, kan? Muah!


“Juna. Kenapa You jauhkan diri dari I? Sedangkan I tak pernah buang diri You dalam hidup I.” Ini yang Rajuna benci. Perbualan jadi sentimental.


“Neraka, tidak. You yang jauhkan diri dari I. Cuma sejak You kawan dengan Syed, I rasa I bukan orang yang sepatutnya untuk berkawan dengan You. I orang biasa. Sedangkan You? Syed? Damn, Tasha. I bukanlah golongan pak arab idaman You. Sekarang You tengok I. Bertindik di hidung, kening. Subang di telinga kiri dan kanan. Rambut I. Panjang. Boleh papa You terima I dalam keadaan macam gini?!” Jerkah Rajuna sambil menggoncang-goncang tubuh Tasha.


“Juna, Juna, Juna. Syhhh….” Tasha meletakkan jari telunjuk mulusnya pada bibir basah Rajuna. Lantas badannya bergerak dari tempat pemandu ke arah Rajuna. Kedua lengannya di dada Rajuna. Matanya kini memandang ke anak mata Rajuna. Rajuna cuba mengalihkan pandangan ke arah hempasan dan desiran ombak yang membalun tembok. Rapuh. Seperti air mata Rajuna yang akhirnya gagal dikawal. Deras. Membasahi pipi gebunya.


“I tak pernah membezakan You dengan Syed. Apatah lagi dengan diri I sendiri. I, You, Syed. Semua ada kekurangan, Baby..” Pujuk Tasha dengan suara bisikan. Namun, hati Rajuna telah lama luka. Kini, luka lama berdarah kembali. 23 jahitan di hatinya kini terbarai dan terkangkang. Mengeluarkan nanah-nanah pekat hijau. Hamis.


“Dah la Tasha. I tak sanggup nak dengar drama You lagi. You are drama queen! Dah. Dah. Cukup Tasha… I tak mahu dengar lagi penjelasan You.. I malu. Cukup. Cukup. Cukuuup….” Rintih Rajuna sambil memejamkan mata. Air mata bercucuran. Tasha pantas merangkul Rajuna. Erat. Ketika ini, dia merasakan Rajuna adalah segalanya. Penyesalan tiada tara.


Sinaran cahaya terang tiba- tiba menerangi kegelapan malam syahdu mereka dari pelbagai arah. Aneh. Ada suara. Dari mana suara garau itu datang? Dari mana cahaya ini menerangi? Ah, Rajuna semakin keliru. Apakah erti semua ini?


“Cukup. Cukup. Apa yang cukup ni? Ni dah kahwin ke belum ni? Mana IC? Hamboi. Siap menangis segala. Toksah nak berlakon sedih. Keluar! Keluar! Buat apa malam-malam ni? Budak-budak sekarang memang dah melampau.bertenggek bagai. Hishhh!!”


6 orang lelaki. Berpakai sopan. Berdiri di sekeliling kereta Tasha. Lengkap dengan fail dan lampu suluh.


“Haram.” Rajuna menyumpah dalam hati. Menggelupur~

“Tasha. Kalau la aku tau jadi macam ni, aku sanggup---keluar dengan berroque(berok)!”Kata Rajuna sambil menjeling Tasha.


*p/s: Rajuna pelat sebut konsonan R sebab banyak sangat cakap omputeh.

Jumaat, 4 Julai 2008

Sekali lagi aura seri aku diragut...Oh, mak ditag lagi?! Merembes..

Aku di tag oleh si Azie iaitu ketua pakatan rewang dari Kancil Clan. Dalam keserabutan otak yang tak terkawal, aku cuba menjawab sebaik mungkin mengikut skema pemarkahan yang telah diberi. Jangan buka kertas soalan sehingga diberitahu dan dengarlah arahan baik-baik. Sekiranya ingin meminta kertas tambahan sila angkat tangan.


1. Do you believe in love at first sight?
Gila. Hahaha. Tapi, baru-baru ni aku suka sangat tengok sorang gadis ni dalam LRT. Dua kali kami bersua dan saling berhadap antara satu sama lain di dalam tren. Nah, dua minggu lepas dia sudah add saya di Myspace. Miracle!~ dag dig dug, di dalam dada.. jantung berdebar, hati bergetar, amboi indahnya, hamboiiii! – Dag Dig Dug (Haiza-Benut Dangdut)



2. Have you ever felt stupid? Why?
Never. I just feelin dat I am a clumsy person, yay!


3. Where is the place that you want to go the most?
Err.. it could be tempat joget-joget yang budak-budak bando sekarang suka pergi. Apa ke nama Rave ke apa nama dia. Apa ada dalam tu ha? Cam na joget dia ek? Asal diorang dress cam tu ha? Hahaha.. Saya tak pernah pergi kelab joget ala electro techno-techno dance mabuk-mabuk di malam hari ni. Melainkan tempat itu disewakan di hari petang untuk bergig. Ada pun, saya menghadiri di kelab jazz sahaja di malam hari. Suci kan saya ini?



4. If you can have 1 dream to come true, what would it be?
Kesihatan(fizikal dan rohani). Cukup? Ya, keseimbangan antara keduanya yang boleh menjana seribu satu kebahagian dalam kehidupan kita. Kesihatan rohani membolehkan kita memikirkan, menilai dan mentafsir sesuatu yang baik untuk diri kita dan orang lain. Percayalah, ianya juga mampu membuatkan kita lebih kuat menerima sebarang ketentuan-Nya. Kesihatan fizikal pula memperlihatkan kemampuan kita untuk meneruskan kelangsungan hidup. Skema siak!



5. Do you believe in seeing a rainbow after the rain?
Hape kebangang pembuat soalan ni Azie? Hahaha.. Oit, ini metafora ke? Buku Hamzah Fansuri aku tak habis baca lagi ni, macam mana nak jawab?



6. Hape kau nak makan sekarang, setan?
Hahaha.. Aku teringin nak makan makanan mahal-mahal yang dihidangkan dalam kuantiti yang sikit. Ntahapekejadahnya makanan mahal-mahal ni pun aku tak tau. Nak menunjukkan status quo ke ape ni oi?



7. If you win $1 million, what would you do?
Memula bikin kereta. Bikin gempak punya(tapi tak de kete cam ne ni oi?). Pastu sambung dapur rumah mak bapak aku ni. Senang keje kahwin nanti. Takde la kecah belalang makcik, mbah-mbah ni buat kerja. Diorang ni dah lah kemproh, syial. Eiii….


Pastu, aku ingat nak modify sikit atap surau tu. Macam tak stylo la berbanding kampong lain. Pastu ade kan sikit-sikit function macam kuiz ke nasyid ke hape ke, baru la meriah. Budak-budak ni suka acara suka-suka dan makan-makan. Kalau buat kat surau hiduplah surau tu nanti. Harapkan YB? Sampai kiamatlah nak dapat peruntukan.


Ada baki aku buat studio lah. Budak-budak Batu Pahat ni dah lama tak de gig. Asik ke KL je biar diorang main kat studio aku. Padan muka, gig kat kampong kali ni, hahaha. Moshing lebih-lebih tersagat duri sawit baru kau tau.


Kalau lapang-lapang, biar makcik-makcik, mbah-mbah ni aerobic kat studio aku ni. Aku tengok orang melayu ni malas bersenam. Makan minyak-minyak lemak-lemak. Lagi pendapatan besar lagi berminyak makanan diorang. Tak jauh aku buat belakang rumah je.


Ada baki lagi? Aku ingat nak buka kedai kek atau kopitiam rock la. Boley budak-budak ni relaks-relaks sambil dengar muzik, tengok MTV kat sini. Tak yah gi cc la oi, sini wi-fi ada. Kuih seringgit 4 biji. Apa lagi kau nak, setan? Tak standard? Nak aku samakan harga kopi Nakhoda Kampung Berong dengan Starbucks?


8. If you meet someone that you love, would you confess to him/her?
No. let it comes naturally. Kadang-kadang bagi hint pun tak paham, cakap berkias sikit pun susah nak paham. Apasal budak perempuan sekarang terlalu shengal? Dengar lagu cinta hari-hari tapi sikit kias pun engkau susah nak faham. Engkau ni dah kenapa? Semua nak straight forward bosan kau tau tak? Sekali aku lempang karang!



9. Who are the top five people in the world you would wish to meet?
1. Mr. Os
2. Jalil Hamid
3. Harun Salim Bachik
4. Mat Sentol
5. Astora Jabat

(Semua ini kaki lawak. Iya lah, betul la kan?)


10. What are the requirements that you wish from your other half?
You.. bila dah kahwin dengan I, tutup aurat bley? Toksah layan la jiran sebelah tu. Apa sangat la kerusi set baru diorang. Ni lagi satu, tolonglah faham dengan karier I. Jangan lah cemburu bila I bergambar tepi kolam renang sambil bercerita mengenai kekasih lama I, ok? Ini semua bukan kehendak I, faham tak? Percayalah, I dengan Fishi Sindhi Cuma kawan baik je, kay?



11. Which type of cars I love the most?
Kancil (Sesuai sangat di waktu sekarang ni. Tak berhujan, berpanas boleh gerak sudah cukup bagus. Kalau aku airbrush, bikin audio gempak, fibre glass tak hengat, pakai set L5, meleleh jugak air liur anak-anak gadis sekolah. Yang mengidam kereta mewah, engkau memang berlagak, ego, bangga diri. Boleh jalan la oi! Apa sangat dengan kereta mewah kau berbanding dengan iman kau tu? Hahaha..pawerrrzzeh!)



12. Which do you prefer from your other half? hug? or a kiss?
Siak, penetration tak de ke? Hahaha!



13. If you have faults, would you rather the people around you point out to you or would you rather they keep quiet?
Cakap elok-elok depan aku bley? Ni hempas-hempas beg tangan , muka ketat asal lak ni? Nak kena penampar?



14. What do you think is the most important thing in your life?
Faith!



15. Are you a shopaholic or not?
Yes I am. Itu pun kalau mak ada duit. Kalau takde duit merembes la nyah, bila mak tengok sale kat SOGO tuh!



16. What kind of electronic device/gadget you own that you like most?
Nokia 5300 serba hitam aku. Pengubat lara, penawar luka. Canggeh meh…lalio ale, mp tlee ale..munyik pun babut….Kasi angkat meehh…(Kau ingat budak-budak UM family kelas pertengah macam aku pernah ke pakai telefon-telefon 3G ni? Kau pergi tengok budak-budak UiTM. Bapak mewah diorang. Yuran ciput, baki pinjaman pun banyak. Ciss!)



17. What is your favourite fragrance ?
Lacoste yang rejected one kat Armcorp Mall PJ tu. Peh…!! Oi, sapa-sapa..bagi pinjam RM30? (citarasa aku memang teruk dan murahan. Jadi, apa persetubuhan?)



18. Are you in love?
Soalan-soalan sewel yang macam ni la yang aku malas nak jawab. Jadi jawapannya adalah neraka, tidak!



19. If given a chance, do you want to see your future?
Bengong. Tak mau la.



20. Do you love the person who tagged u with this?
AUWWWWWWWWWWWWWWWW……! *letakkan tangan di dahi*

Bagi I pengsan sekejap?

(Aku dengan ini mengetag mereka, padan muka dan sila jawab – Daniel, XfazX, Chempaka, Cik Ofa, Syore, Huzaii, Cik Domino, Khaii, Kamal, Yoshz dan sesiapa lah yang terasa rajin sila lah dengan segala hormatnya buat iyek?)