Jumaat, 30 Januari 2009

Metallica live in Batu Pahat (coming soon. Book your ticket now!)

Lepas berbasikal di awal pagi biasanya aku akan melayan saluran televisyen Indonesia. Seawal pagi selepas berita pagi akan ada cerita-cerita mengenai gosip artis. Memang layan. Segar. Maklumlah pelakon dan penyanyi memang cantik-cantik. Mata bundar, kulit halus. Tubuh berhias rapi. Seksi. Agak-agak diorang pakai susuk tak?

Tiba-tiba terpacul iklan mengenai persembahan Bullet For My Valentine (BFMV) minggu hadapan di Jakarta. Kota besar itu sememangnya tidak pernah sunyi dari kehadiran band-band besar. Tak lama kemudian seorang sahabat dari Jakarta mengirimkan pesanan teks ringkas.

“Sales tiket BFMV slow. Aku baru lepak dengan krew-krew gig. Aku lupa nak mintak poster untuk kau,”

Ah, alasan. Aku cemburu. Sungguh. Siap boleh lepak dengan krew-krew gig. Silap hari bulan boleh masuk free lagi. Apa yang aku faham dia akan ke Muar hari ini. Padan muka kau. Tak dapat tengok show BFMV. Duduklah kau kat Muar tu. Jadi macam aku. Jadi batu di Batu Pahat. Kau pulak jadi ular gergasi bawah pasar Muar tu. Ha ha.

Aku tanya, “ Bila kau nak balik sini?”

“Hari ni. Flight tengah hari kang.”

“ Turun mana?”

“ Turun kat LCCT. Terus pergi KL. Malam ni lepak Laundry. Mabuk-mabuk tengok Republic Of Brickfields. Hihi. Kau bila nak datang sini? Rindu siak,”

Rindu mu tak berguna lagi. Enjoi lagi. Enjoi. Enjoi. Enjoi. Siak. Abis tu nasib aku kat sini macam mana? Tak kira, aku kena buat production team bawak Metallica main kat Rengit. Lokasi di kawasan lapang tapak jualan barang terpakai di sepanjang sungai Rengit. Kira macam beach parti. Ada siapa-siapa nak jadi krew? Sila angkat ibu jari kaki bercagu anda. Yang tidak bercagu boleh usulkan rayuan. Kalau kabel kuat aku boleh terima. Kalau tak, pergi jalan masuk mana-mana parti politik.

Rabu, 28 Januari 2009

Meh dok kampong ( banyak gila gua mencarut, entri paling tak rasional setakat ini)

Gua malas nak menceceh satu perkara dalam satu entri. Dalam nada panas, gua lebih suka membebel banyak perkara dalam satu entry. Apakah ini dinamakan collateral damage? Ah, mampus lah apa orang nak cakap. Dulu masa gua bukak ini blog, berada di Kuala Lumpur. Bercakap soal Selatan ketika berada di tengah ibu kota adalah tidak cool. Feelnya juga lain macam. Macam dengar lagu jazz di dalam kebun yang banyak nyamuk. Ha, dapat dia punya sial feel macam mana? Lantak lu orang. Gua malas nak elaborate.

Sekarang gua berada di kampong. Gua sedang cuba mengejas semula kehidupan gua menjadi mat kampong sebab gua lebih senang digelar budak pekan. Proses ini memang makan tahun beb. Dah macam sial la mengadap muka budak-budak kampong yang macam kimak nih. Berikut adalah leteran gua mengenai budak-budak kampong. Kebanyakan dorang cakap besar habok pon tarak. Fak! Lek-lek sudah.

Bertenggek
Fak la kalau lu orang lalu area kawasan pedalaman atau darat dalam istilahnya. Kita akan nampak budak-budak kampong suka bertenggek atas motor kat depan kampong di waktu malam. Kebanyakan dorang adalah melayu jahanam. Kalau lu orang lalu dorang akan tengok lu orang slack. Eh fak. Suka ati gua la gua mahu lalu mana gua bayar cukai jalan gua ada lesen. Lu tengok-tengok tak puas hati dengan gua pahal? Lu lesen belum tentu ada. Motor power lesen tak ada pun tak guna mat. Fak kaki lepak tengok badi kat orang.

Pekan is my megalopolis
Biasanya datang pekan ramai-ramai. Dorang datang waktu ada pasar lambak. Datang bukan nak beli apa-apa pun. Paling kuat ngorat awek. Awek kampong suka la abang pakai Yamaha LC. Pergi kedai bundle pun dorang beli kesat kaki kerana taste mereka terlalu teruk.Bawak motor ramp sana sini. Apahal? Ingat bapak lu je mampu belikan lu motor? Bapak gua punya mampu lu nak letak mana? Fak yu. Cibai. Lu kira pekan kecik macam gini ghetto ke apa? Pakai baju Polo ada nombor kolar ternaik kat atas. Ada tak ada, dorang pun pakai beg silang perut macam konduktor bas dan suka pakai bangle sebesar rantai motor. Lu bajet lu dah stailo sangat? Eh fak la. Yang lebih sial ketika batch aku. Datang pekan buat huru hara bakar public phone apa hal? Macam mana gua nak telefon awek gua? Gua bukan ada henfon pun time tu. Bapak gua tak ada peruntukan henfon untuk gua. Dah la gua jenis tak tau curi line. Mampus kumpul duit syiling nak telefon awek. Kira ingat lu ramai budak-budak pekan yang naik basikal ni gerun la? Fak ah.

Hobi yang macam pundek
Dorang pandang rendah pada budak kaki bangku macam gua. Eh fak la. Ingat cool sangat main bola tengah padang tak rata? Bau Lumpur cibai. Bila gua datang mau tengok dorang macam biasa la tengok slack. Fak. Macam bagus sangat kau main. Kimak la. Setakat jaguh kampong apa ada hal beb. Bukan best sangat pun main bola nih. Pakaian seragam macam bomba sukarela. Tak boleh dress up macam main skateboard ke waktu main bola ni? Kejar sebiji bola ramai-ramai dah macam gangbang bola tu dikerjakan. Fak la. Dah la tak boleh dengar lagu waktu main bola. Gila bosan. Dengar orang sorak buat apa. Saiko doh! Fak!

Sikit-sikit pergi memancing. Bapak bosan duduk senyap-senyap tunggu ikan. Nyamuk banyak plak tu. Tempat stok seram-seram. Tak pernah lagi aku nampak tempat mancing ada awek cun bawakkan beer ke, sirap limau ke, nasi goreng kerabu..tak pernah..tak pernah..mengarut ah.

Peh paling enjoi pun karaoke jamban je? Fak ah. Bila gua jamming ala hardcore dorang gelakkan gua. Dorang kata, “Peh apa benda kau main tu? Peh, tak malu ke? Weh gi main sekali lagi. Lawak seh.” Eh lu lagi lawak siak macam pukimak masuk karaoke jamban bawak awek. Bukan nyanyi pun, lu raba-raba tetek awek. Fak la weh. Bukan gua tak nampak. Fak fak fak. Nak main pergi hotel la. Takkan tak ada duit? Kebun banyak macam cibai.

Rempit, rempit, rempit. Cibai lu…takde hobi lain? Fak!


Aku melayu sejati
Disebabkan hanya berpeluang baca buku teks dan tengok berita, mat-mat kampong kental biasanya terlalu proud menjadi melayu. Benci gila dengan bangsa lain. Sama ada yang kerja kilang atau gomen sama aja. Fak la rasis nak mampus. Nak aku sepak je sorang-sorang. Step-step bergaduh pasal parti. Sama je dua-dua fanatik parti politik macam lubang bontot. Fak. Dari bergaduh baik lu orang sain petisyen mintak perpustakaan sebijik. Macam kimak punya bosan.

Pakai kereta dan percayalah lu akan dapat awek yang cun
Selain menggunakan motosikal sebagai asset utama, memacu kereta juga menjadi kebanggaan mat-mat kampong. Ini semua hasil kegigihan mereka berusaha. Kudos. Tapi relaks-relaks la brader. Gua tau lu cool bila pakai Wira tahun 1997, tapi toksah la pandang gua macam gua tak pernah kenal lu. Gua tau gua tak cool. Pakai scooter macam adik-adik hip hop. Gua tau lu tak suka hip hop tapi lu layan lagu Mentera Beradu. Apa hal? Fak la. Lu jadi tambah sombong bila sebelah lu ada awek. Fak ah. Pegi la kawin cepat-cepat. Nanti dapat anak luar nikah susah pulak. Pegi kawin dan buat anak banyak-banyak. Fuck like rabbit la weh. Memang gua tak ada awek. Jadi apa masalah nak renung gua jalan sorang-sorang kat shopping mall? Gua punya pasal la cibai. Nak tegur, tegurlah tapi lu tengok gua macam gua seorang Leonardo Decaprio. Fak!

Isnin, 26 Januari 2009

Hari cuti yang kosong

Aku terpaksa mengambil masa untuk menjawab tag Ofa. Tekanan perasaan dan kesunyian menyebabkan aku hilang focus dalam mengendalikan laman blog paling kontroversi abad ini dalam daerah Rengit, Batu Pahat.sambil carik-carik kelemumur aku pun menaip lah……..


1. What is the relationship of you and him/her?
Ha? Ofa? Skandal! Ha ha

2. Your 5 impressions towards him/her.
1) sembrono/langgar/sembarangan
2) materialistik (duit, duit duit. Itu je dia suka)
3) banyak mulut
4) senang cerita
5) degil, for sure!

3. The most memorable things he/she had done for you.
Dia penah call dalam jangka masa yang agak lama. Eish, boipren dia tak marah ke? Seram gak kalau kena maki dengan boipren orang ni. Dari dulu sampai sekarang ni je lah skrip hidup aku.

4. The most memorable things he/she have said to you?
Ada ke patut dia kata aku gay?

5. If he/she become your lover, you will...
Abang sumpah akan dengar bebelan engkau biarpun keluar cecair kuning dari telinga. Abang juga tak akan merungut bersungut-sungut macam lipan bila dating kau bawak sekali mak, ayah dan kakak kau, macam awek aku yang lepas-lepas.

6. If he/she become your enemy, you will...
Be a rockstar. Kumpul duit dan bukak kedai runcit. Urusan dalam RM dan tunai sahaja. Terima kasih.

7. If he/she become your lover, he/she has to improve on...
Waktu solat. Ish, berapa kali abang nak tegur ni? Bila azan terus semayang. Jangan nak tangguh-tangguh (macam la aku jaga waktu solat sangat)!

8. If he/she become your enemy, the reason is...
She’s not helping me to create a new design for my neck tie. Mawi boleh engkau designkan eh? Bila turn aku ada je alasan.

9. The most desirable thing to do on him/her is?
Berenti isap rokok. Jadi budak straight edge. Boleh Fa?

10. The overall impression of him/her is...
Kau ni banyak mulut. Untung bakal suami kau. Tak kesunyian. Anak kau pun mesti suka nanti! Rumah kau mesti meriah macam hari raya. Hari-hari macam deepavali colors for ranggoli(hapabenda entah aku pun tak tau ranggoli tu apa.)

11. How do you think the people around you will feel about you?
Kerek. Tapi hakikatnya aku malu nak memulakan sesuatu perhubungan.

12. The character of you for yourself is?
Tak tau

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
Pemalu doh. Tak boleh blah.

14. The most ideal person that you wanna be is?
Jon Bon Jovi. Awet muda tu…

15. For the people who care about and likes you, say something about them.
Thanks for being with me. Sekalung bunga malai untuk kamu semua. Tunggu aku dapat gaji aku belanja nanti. Kawan aku bukan ramai pun. Masuk Ofa, baru 2 lori ayam kawan-kawan aku.

16. Ten people to tag (mak aiiihh):
1) Jefri Din
2)Latip Borgiba
3)Nasir Bilal Khan
4)Mak Mah (Ruminah Sidek)
5)Jalil Hamid
6)Harun Salim Bachik
7)Rosnah Mat Aris
8)Datin Orked Abdullah
9)Ramlah Ram
10)Ebby Yus

17. Who is no. 2 having a relationship with?
Mana la aku tau. Dengan tok guru silat lah kot. Semua drama dia asik silat jek! Tak pernah lagi aku nampak Latip Borgiba jadi hero berganding dengan Rita Rudaini atau Fouziah Ghous? Bila nak ada ni? Sesekali bagi la Tok Latip naik motor besar bawak awek. Pengarah Malaysia choosy! Benci.

18. Is no. 3 a male or a female?
Lelaki la siak. Dia garang tau. Pernah kau tengok dia berlakon jadi pegawai kerajaan yang berdedikasi? Ilham aku dalam penulisan blog, ok.

19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
Hahaha. Boleh bona tu jang. Tak silap yang nombor 7 tu baru kahwin. Laki dia umur..er.

20. How about no. 5 and 8?
Walaupun dua-dua orang Johor (Batu Pahat/kluang), mereka memang tak ngam. Sorang pelakon dan sorang lagi penyanyi dan ya, darjat membezakan mereka!

21. What is no. 1 studying about?
He’s studying about how to look younger than his age.

22. Is no. 4 single?
Ye kot. Ha ha

23. Say something about no. 6
Aku harap pakcik Harun akan mengarah drama atau filem. Pakcik, ada bukak kelas lakonan tak?

Rabu, 21 Januari 2009

Bila epal dan sengkuang bersatu (amende ntah tajok macam nih).

Macam biasa, setiap bulan mesti aku datang ke Rumah Magis. Ini bukan sebarang rumah. Malah bukan juga rumah urut perempuan Myanmar. Ini adalah salon gunting rambut di Pekan Rengit. Lelaki Cina Lembut (LCL) yang selalu potong rambut aku. Jadi, dia dah biasa dengan rambut aku yang bermasalah ni.


Fesyen rambut aku banyak berevolusi. Dari semasa ke semasa. Ikut selera. Ikut aku punya tune sambil dinasihatkan oleh LCL. Dalam beberapa ketika rambut dibiarkan berekor dan dibahagian depan dibiarkan panjang menutup sebelah mata. Manakala kiri dan kanan rambut akan aku tarah sampai separuh botak. Bahagian atas tercangak-cangak. Memang serabai. Tapi ia bagus untuk tidak memperlihatkan aku sebagai graduan menganggur ketika itu. Nampak macam ahli politik yang kuat melobi. Kan?


Dalam beberapa bulan tanpa temuduga, ekor dan jambul rambut aku semakin panjang. LCL adalah manusia paling gembira dengan perkembangan fesyen rambut aku. Namun beberapa hari lepas aku terpaksa menjadi mat skema. Aku mengambil keputusan untuk mengenakan cutting budak sekolah.


“Belakang? Nak potong?” LCL Tanya dengan muka berkerut.


“Potong je la..”


“Alaaaaaaaaaaaaa….” Krezchhh….siap.


“Depan?”


“Potong sekali. Pendek-pendek. Tau?”


“Alaaaaaaaaaaaaaaa…..” LCL hentak-hentak kaki. Nak aku sepak je dia ni. Mengada-ngada. “Sudah mau kerja ke?” dia berhenti memotong rambut. Merenung aku melalui cermin besar itu.


“Ye la.”


“Kerja apa?”


“Ajar budak.”


“Ha? Yeke? HAHAHAHAHAHAH…Yeke? Betul? HAHAHAHAHA.Tak percayeee!”


Binatang.com.my!

Isnin, 19 Januari 2009

Tengah hari yang panas lah!

Cuaca di pekan Rengit berangin. Berdebu. Panas. Kulit jadi kering. Kalau boleh elakkan keluar rumah untuk mengeteh. Minum air suam yang banyak. Selain boleh menjaga kelembapan kulit ia juga boleh mengawal suara anda supaya tak lagi segan-segan suara terpeleot bila berkaraoke di khalayak awam.

Gua? Gua malas cakap banyak. Duduk rumah baca koleksi buku buruk. Ada Dina Zaman. Ada Dr. Syed Husin. Ada Khoo Kay Kim. Ada macam-macam.

Yang penting. Gua ada cassette player. Gua ambil. Lap sikit habuk. Pasang. Letak kat lantai. Dalam bilik. Bentang tikar. Masukkan kaset Minor Threat discography.



Baring, capai buku dan Go!


Don't smoke
Don't Drink
Don't Fuck

At least
I can fucking think
I can't keep up
Can't keep up
Can't keep up


Budak-budak pekan Rengit. Siapa yang baru nak belajar jamming 'meset' aku. Kita jam kat bawah rumah Wak Sarno kat Belahan Tampok. Sejam sepuluh 'hinggit'. Nak jadi pro berlagak main muzik gentel-gentel kena main lagu punk dulu, doh!

Khamis, 15 Januari 2009

Bangkit dan senyum menghadap hari-hari mu!

Aku rasa aku kena faham. Untuk menjadi orang kampung sejati kita kena cepat beradaptasi dengan keadaan sekeliling. Cakap mesti mahu jaga. Jangan sebarang-sebarang fuck sana sini. Hell shit ass here and everywhere. Lagi-lagi bila kau dah mula bercita-cita mahu cari gadis peneman kesunyian.

Ya, di kawasan kampung jangan berharap sangat ada awek yang menggantung kamera DSLR di leher, memakai spaghetti strap dan bercelana pendek comel. Di sini ramai gadis bertudung yang rata-rata belum tercemar pemikiran dan fizikalnya (walaubagaimanapun, ia masih boleh diragui). Dating bawak adik. Dah tu macam mana gua nak sembang ala manja-manja?

Baru-baru ini, aku cuba membuka perasaan aku yang karat dan berlubang ini pada sorang gadis yang bertudung. Ala, bagi la 'can'. Asik tackle awek 'sepsi' je sesekali ubah angin la. Bermula dari aksi berSMS hingga MMS.

Aku kirimkan sekeping gambar yang diambil dari profil Myspace aku yang mana sebelum itu pernah aku letak di kiri blog ini. Sebagai pengubat kerinduan. Maklumlah si dia sibuk bekerja.

"Awak. Gambar kurang sopan. Tak ada gambar lain? Yang skema?"

Amende?! Kurang sopan? Skema?! Babi ni.

"Awak ingat saya 'abang misai' ke nak skema-skema. Saya penyangak!"

Yes. SMS tak berbalas. Maaf, gadis. Nama anda tiada dalam senarai. Sila cuba lagi tahun hadapan. Sebarang rayuan dan surat menyurat tidak akan dibalas.

Dah, aku nak pergi pasar lambak Parit Raja. Cari awek kilang Sharp. Awek kilang papan pun boleh lah!!!!!

Selasa, 13 Januari 2009

I am a Boy with a Cordless microphone (tajuk nak omputeh).

Duduk bersila sambil goyang-goyang kaki. Mata melihat kaca tv. Otak berputar-putar dengan lagu-lagu separuh ganas. Jiwa bergelora. Test-test korek hidung pulak. Hmm..Ok. Tangan buat macam nak main dram angin. Ok. Best. Selak sikit rambut. Nak tertutup mata plak nih. Ok. Best. Start tulis.

Aku tengok bukan main lagi galak orang-orang di Malaysia ni berkempen dan berdemonstrasi menentang kezaliman Israel.

Boikot produk Amerika? Terjerit-jerit. Mengalahkan budak screamo. Terlompat-lompat macam budak old-school hardcore. Lucu. Bagi aku benda ni sepatutnya dah lama ada dalam otak masyarakat kita. Itu lah. Banyak sangat makan jajan. Kan dah penuh otak tu dengan MSG. Jadi perlahan lah jadinya. Lagi satu, banyak sangat berpolitik bukan-bukan. Sampai macam orang nyanyuk aku tengok pemimpin ni bila pegang mikrofon. Gasak kau lah binatang.

Dulu orang ketawakan aku. Bila jalan ramai-ramai. Aku tak mau makan dekat restoran makanan segera antarabangsa. Duduk di luar. Bila aku pakai Pallas Jazz untuk hari raya, ada jugak yang memandang sinis. Apatah lagi aku menggendong beg yang bertampal dengan perca-perca anti-establish. Seluar tak berjenama. Baju sekadar cukup sifat. Naik basikal adalah tidak stailo.

Sekarang, kita boleh tengok ada mamat-mamat yang beriya menggelupur macam ayam Pak Mahat yang kena langgar Boy Basikal Merah bila bab berdemo ni. Bilang jangan pakai produk Amerika lah, apa lah. Kenapa baru sekarang?

Dan apa yang lebih melucukan, ada jugak mamat-mamat power yang berucap sakan sedangkan dia adalah konsumer nombor satu produk AS. Bosan.

Ini semua bahana politik sebenarnya. Buang masa. Nak tunjuk hero macam budak belum mumayiz.

Bila aku beraksi atau berevolusi untuk diri sendiri, ada yang mengatakan aku syok sendiri. Banyak sangat baca benda bukan-bukan. Sampai makanan sedap banyak MSG, kolesterol, garam pun tak mau jamah.

"Itulah. Punk la tu konon. Kita tengok sampai bila dia boleh bertahan macam tu."

Pada aku ini bukan soal punk atau tidak. Kalau bercakap soal punk, sudah tentu aku jauh ketinggalan dan tak punya apa-apa sumbangan dalam scene punk itu sendiri. Tiada band. Tiada zine. Malah cukup malu sekiranya aku mengaku aku adalah punk sejati. Tetapi pada aku punk pernah membuka minda aku dari terus lesu diperbudakkan keadaan.

Ia sebenarnya adalah kesedaran dari diri sendiri. Penentangan terhadap apa-apa bentuk penindasan dan faktornya harus terus disemat dalam hati. Bukannya bermusim. Bukan mengira kaum. Bukan mengira bangsa.

Kepada yang beriman, kalau perjuangan itu berasaskan bangsa dan kaum semata-mata, pernahkan engkau persoalkan kenapa Tuhan itu mewujudkan manusia dari pelbagai kaum?

Asal manusia, dia juga mempunyai hak untuk terus menghirup oksigen segar terus menerus tanpa dihantui sebarang ketakutan.


Aku serius sangat dah ni. Kena berhenti. Kang tak pasal-pasal bermosi ribut payah nak berhenti. Alamak, tag Ofa tak buat lagi!! Jangan marah taw you..Meow meow~*

Sabtu, 10 Januari 2009

Batu Pahat kenapa boring sangat?

Aku paling nak muntah bila hujung minggu. Binatang betul. Mana pergi? Apa nak buat? Baru beberapa bulan aku tak buat rutin mingguan kepala otak aku macam nak meletop tebabo. Badan jadi gatal-gatal. Perut pulak jadi sebu. Berangin. Sendawa. Burppp Burppp.


Tak ada hingar bingar muzik bising. Tak ada budak-budak gonjol joget macam setan. Tak ada gelak tawa kawan-kawan aku yang mereng. Tak ada ngeteh pukul pat lima pagi. Tak ada awek santai-santai nak dibawa keluar jalan-jalan. Kalau ada pun sangat berisiko. Terpaksa berhadapan dengan karenah orang tua dan budak-budak bujang yang kolot pemikiran.


Ada pulak yang nak date dengan gua bawak adik? Apa barang?


Maka, aku akan cuba tidur awal. Tidur awal, bangun awal. Itu sangat bengang. Nasib baik televisyen Singapura dan Indonesia beroperasi 24 jam. Tak payah subscribe Astro. Boleh layan kepala memikirkan masalah-masalah dunia berbanding masalah aku sendiri. Aku terlalu muak dengan tv Malaysia. Balik-balik berita yang sama. Semua bagos-bagos belaka termasuklah keadaan ekonomi. Bila tengok Channel News Asia lain pulak ceritanya?


Sekejap.

Ni aku nak tanya mana pergi budak-budak lincah kat Summit Parade? Dah jadi mat rempit semua ke? Bukan best pun jadi rempit ni. Duit minyak lagi. Bikin enjin lagi. Nak solek lagi. Belum bayar motor bulan-bulan lagi. Mesti jadi isu dengan mak bapak punya lah.


Kenapa diorang tanak jamming? Kenapa tak ada suasana macam era-era awal tahun 2ooo?

Ini salah siapa? Rambo? Apek dan kawan-kawan? Aku pon tak tau.

Bodoh la budak-budak sekarang ni.


Menciiiiiiiiiiiiiiiiiik!
Muntah....uweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeekkkk!

Jumaat, 2 Januari 2009

Dari kedinginan desa yang tercemar budayanya

Perubahan

"Kau kena ingat. Kita ni bila bercakap soal umur, umur kita semakin meningkat. Kena fikir positif segala perubahan yang berlaku. Takkan kau nak set pemikiran kau macam umur 18 tahun lagi."

Hmmm..Ok. Boleh terima. Ya, walaupun wajah kita awet muda pemikiran haruslah matang kan?

"Tak usah la difikirkan sangat kawan-kawan kau tu. Terima je lah offer mana-mana kerja. Jangan memilih sangat. Kawan mana-mana pun ada."

Hmmm..Ok. Boleh terima.


"Kawan kau pun ada tanggungjawab. Mana ada diorang nak layan kau setiap masa. Nanti kalau masing-masing dah berkeluarga lagi lah sibuk."


Mak, boleh jangan cakap pasal berkeluarga tak? Bingit.


Frekuensi

Bila aku memandu, aku perlukan tenaga. Dari Ipoh sampai Batu Pahat misalnya. Kadang-kadang neslo panas tidak begitu membantu aku melegakan mengantuk ketika memandu.

Aku perlukan muzik tanpa henti. Sinar Fm misalnya. Ada ketikanya sarat dengan lagu rock kangkang. Terutama dalam segmen Arena Rock Keras. Tapi aku belum pernah lagi terdengar lagu-lagu SYJ yang penuh kata-kata garang itu berkumandang.

Tapi bila bertukar tangan siaran radio akan berubah. Jadi aku ubah ke saluran radio kegemaran aku. Bila bertukar tangan lagi. Berubah lagi.

Xfresh fm.

Apasal bos a.k.a bapak aku suka sangat dengar Xfresh nih?

Wajah

Dalam beberapa temuduga aku untuk menjadi pendidik, nampaknya aku gagal. Jelas aku tidak layak untuk menjadi pendidik. Tapi, aku puas. Ada pengajaran di sebalik kegagalan.

Gred yang selesa. Hujah berapi. Mulut berbuih liur kanan dan kiri. Belum tentu tiket untuk engkau berasa selesa selepas sesi temuduga.

Dari pemerhatian aku. Untuk menjadi pendidik, kita perlulah ada imej yang garang. Muka kasar. Lelaki sejati. Berjambang adalah bonus. Sekurang-kurangnya ada misal sikit dan janggut. Rambut masai. Gunting kedai mamak punya stail. Kalau tak pun sikat belakang. Jangan mengada nak belah tepi rambut tu. Belah tengah tak apa. Macam Badrul Muhayat. Kemeja perlulah lebih besar dari saiz yang biasa kita pakai. Barulah nampak lelaki. Kalau tidak, engkau akan dilabel lembut.

Lagi satu.

Suara kenalah husky. Growl kalau boleh. Cara bercakap mesti kasar sikit. Soft spoken boleh blah. Ini baru lelaki.


faham?

Mak+Nyonya

Aku menuruni tangga kompleks membeli belah di Batu Pahat petang itu. Tangga keluar yang agak sunyi. Aku terpaksa berselisih dengan segerombolan mak nyah. Aku ketepi. Memberikan laluan.

Tiada apa-apa perasaan pun lahir dari hati keci aku.

Usai mereka menaiki tangga. Aku menuruni tangga. Di anak tangga yang terakhir, aku terdengar salah seorang dari mereka menjerit.

"PANTIS BULU KENING?!!!! PONDAN KERRRRRRRRRRRR?!!!!"

Kurang hajar. Bak kata Ofa sentap sundel!