Khamis, 25 Februari 2010

Bahang Bayu Laut

Sebenarnya. Agak perih meneruskan kehidupan di tempat yang baru. Tapi aku cuba la bertabah. Dengan semangat diri sendiri aku cuba jugak. Lawan perasaan malas. Lawan perasaan benci. Lawan perasaan memberontak. Lawan mengantuk. Lawan perasaan takut. Lawan perasaan malu. Lawan perasaan cemas.

Banyak nak kena lawan ni. Tak kurang ajar ke?


Tak apalah. Yang penting aku kena cari inspirasi untuk memupuk sikap bersabar. Susah tu. Ye lah. Semua sendiri. Tak ada bisikan manja penguat semangat. Ewah.


Aku harap pusat pakaian terpakai di pekan itu mampu meredakan perasaan yang bukan-bukan ini. Kalau petang-petang mungkin aku boleh duduk termenung-termenung kat tepi pantai. Layan perasaan. Padahal dekat kampung ni ada je pantai. Sebulan sekali nak jenguk pun malas.


Dulu ada sorang pensyarah pernah tegur aku dengan kawan-kawan yang termenung depan bank kat Tanjong Malim. Muka nampak tak ceria. Masing-masing boring.


Dia kata, "cari keseronokan."


Haram. 10 bulan aku langsung tak seronok. Yang ada cuma kesunyian yang mencengkam. Tiap-tiap minggu balik Johor atau lepak dekat Kerinchi. Anak dara pun tak ramai masa kat Tanjong Malim. Toleh kiri isteri orang. Toleh kanan tunang orang. Pandang depan awek orang. Pandang belakang yang ermm..bukan jenis kopi saya.



Harap-harap sepanjang 3 bulan ni ada lah keseronokan yang menyebabkan aku semangat melaksanakan tanggungjawab aku. Kali ni aku tak berskuter. Aku bawak motor cub je. Kita tengok aura dia macam mana. Aku baru tukar sport rim. motor aku nampak ganas sekarang ni. Serba hitam. Sekali dengan helmet visor hitam pekat tak nampak muka. Betul-betul macam power rangers hitam. Baru la metal.


Antara keperluan yang perlu ada bagi aku di satu-satu tempat adalah - pasaraya, kedai motor, kedai komputer, kedai makan 24 jam, pusat karaoke dan gedung pakaian terpakai. Semua tempat ini aku percaya mempunyai aura mengawal keseimbangan emosi aku. Setakat ini aku cukup terliur dengan gedung pakaian terpakai. Aku cepat jemu dengan baju-baju dan suka tengok design baju yang kelakar di kedai baju bundle (dan tak beli pun kadang-kadang). Sebab tu la ianya merupakan satu keperluan asas bagi aku.



Studio jamming tak payah la. Aku dah tawar hati nak main muzik. Aku dah lempar drum stick jauh-jauh. Karaoke pun boleh. Janji ada bunyi-bunyi yang menyenangkan hati. Karaoke ni sorang-sorang pun aku jadi.



Aku dengar tempat ni selalu ada parti-parti rave. DJ-DJ power dari luar negara pun pernah datang sini. Dulu aku takat tengok flyers je. Sekarang ni, kalau ada event aku ingat nak jenguk-jenguk. Orang minum bir, aku bawak siap-siap sirap limau. Bukan apa saja la nak tengok-tengok. Kenal-kenal orang. Bual-bual. Syok jugak. Tapi, ada dengar jugak dah tak boleh buat parti-parti lagi. Tak tau lah. Kalau ada aku redah je.


Aku harap semuanya okey dan kalau tak okey pun harap aku cepat sesuaikan diri. Susah jugak kalau orang penuh semangat memberontak dan tak suka sistem yang mengarut-ngarut ni. Macam cerewet la pulak. Mengada pun iya jugak. Takpe la. Layan je.


Aku pernah jugak kena sound dengan cikgu senior, "bila dah kat tempat baru tu, jangan buat hal ko je." Dah tu aku nak menyibuk hal orang buat apa. Terlebih cakap karang, badan binasa pulak. Daripada tu lebih baik aku rehatkan badan. Aku dah siap-siap kawal perasaan baca bahan-bahan bacaan yang ada kat rumah supaya aku boleh isi masa terluang dengan baca buku dan zine dalam bilik guru. Lagipun aku bukan pandai borak sangat. Berat mulut.. Sengih tau la. Mencarut sikit-skit je. Hahahaha. Orang cakap aku sombong. Sebenarnya segan dan tak berapa cekap mencelah bila orang bercakap. Kalau cakap pasal skim bisnes multilevel, apa ingat tak panas ke? Ini dah lari dari ideologi aku. Cewah.


Tak apa lah.


Yang penting aku banyak tak tau pantang larang susun atur peraturan dalama banyak acara sukan. Ini memang terbaik!!


Gasak kau lah.





Rabu, 24 Februari 2010

Dulu pernah suka lagu ni




Feelings non existent
Loss of a tortured soul
So cold and fearful
Unnoticed and unaclaimed
Left as one alone
On this endless road
To bear on for a lifetime
Of loneliness
She sits alone
And slowly fades away into nothingness
And as she struggles on
Her mind begins to wander
Thoughts of endless bliss
And the wind is her only friend

Never again to be cared for
She holds her head up high
Just a mask to hide the tears behind
Only wanting to die (*3)

As they sit by and watch
Another dead existence
Dreams torn apart
As the spirit dies
Hiding behind the lies
And silent darkness

Thoughts of endless bliss
And the wind is her only friend (*3)

Ahad, 21 Februari 2010

spontaneustarzt

Kita terbelenggu. Dengan rantai-rantai. Yang mengikat kita secara halus. Hingga tiada lagi ruang untuk berbicara, mempersoalkan atau bertanya tentang pergolakkan yang melanda minda.


Memang kita punya satu kesedaran untuk bangkit, bersuara dan melawan.


Namun, inilah takdirnya. Ada yang menyatakan bahawa bersuara lantang dan mempersoalkan sesuatu persoalan yang tergantung itu kurang ajar. Ada yang menyatakan kebebasan bersuara itu merupakan propaganda negeri orang putih. Hakikatnya, tak siapa bisa menghalang kita untuk mencari kebenaran.


Kebenaran itu mungkin dalam bentuk fakta. Kebenaran itu mungkin dalam bentuk ilmu dan teori. Kebenaran itu pastinya adalah kenyataan yang pahit atau yang manis untuk ditelan.


Atas tekanan moral, kita terpaksa akur. Selain dari keterpaksaan meneruskan kehidupan. Hirarki dalam kehidupan akan terus wujud. Dari manusia untuk manusia. Tapi pada masa yang sama. Janji kebersamaan akhirnya bukanlah apa yang telah dimeterai tetapi hubungan antara manusia sekadar pelengkap hirarki.


Cemburu, iri hati dan dengki adalah menu paling lengkap set hidangan makan malam manusia rakus dengan kuasa, darjat, pangkat, wang dan harta. Set hidangan mudah ditemui di serata pelusuk dunia dan begitu banyak di tanah yang kita pijak ini.


Jelas, mata manusia telah dirabunkan dengan keping-keping kertas bermaruah. Hingga tujuan hidup di dunia ini kaburkan dengan mengejar keping-keping kertas berbanding hidup aman dan nyaman.


Terima kasih budaya aturan hidup manusia.
Siapa penciptanya?

Khamis, 18 Februari 2010

kos perubatan untuk penawar kesunyian

Sebenarnya tak susah pun jadi orang tak hensem dan serba serbi kekurangan. Yang penting sekali kita kena ada keazaman dan ego yang paling rileks. Kena tetap pendirian. Semangat kasi kental. Tak lupa juga motivasi dari rakan-rakan yang sekepala, itu pun kena ada. Biarlah tiada gadis yang sudi menerima menjadi suri di hati. Asalkan ada kawan-kawan dan famili. Apa kepoh? Kata hardcore kental?


Tapi.


Kadang-kadang risau jugak. Bila rakan-rakan sekepala mula menjengah alam berkeluarga. Gua tak ada kawan menjadi teman bicara yang konsisten melayan karenah birokrasi diri gua sendiri.


Ish. *sambil garu-garu belakang badan*


Kental! Gua kena kental!!
Gua jerit lagi. Kental!! Gua kena kental!!


Bukan itu sahaja. Malah nasi yang dicurahkan kuah dal kentang juga kena ada. Sebab kuah dal kentang kurang masin dan kurang berminyak. Kaya dengan karbohidrat dan menyelerakan! Kena pulak ada papadom. Memang layan. Sekali bayar siap ayam dengan sayur sekali dengan air barli ais jumlahnya RM 7.


Kos sara diri sudah meningkat. Tengok, baru sorang makan gua dah kompelen. Kalau ada anak isteri, apa tak sesenduk nasi gua kongsi satu talam anak beranak?


Bengong!

Rabu, 17 Februari 2010

master of puppets!

Gua ingat lepas lima tahun gua nak layan master pulak la.
Bukan apa.



Masih tak jumpa pasangan idaman.
Eh ni kira nawaitu yang tak baik eh?

Sabtu, 13 Februari 2010

Khamis, 11 Februari 2010

langgar semua aturan

Langgar lampu merah boleh kata anarki tak?


Ish.


Kalau nak langgar tu, tengok-tengoklah dulu kanan dan kiri. Kalau tak ada kenderaan barulah boleh langgar. Lagi satu. Kalau tak ada Pak Misai pun boleh bedal jugak. Kalau tak ada kamera ambil gambar kandid memang sesuai sangat kau bedal lampu merah tu (kat PJ ada banyak, jahanam!).


Kadang-kadang benda ini macam kehidupan kita jugak. Ada banyak aturan. Adakalanya aturan itu mengarut dan membuang masa. Tapi dek kerana nak menjaga hati sesetengah pihak, kita layankan sahaja. Ataupun kalau tak nak dihukum ikutkan sahaja.


Kalau difikir-fikirkan. Sepatutnya aturan diwujudkan untuk mewujudkan keadilan. Tapi apabila ia dikuasai sesetengah pihak, ia disalahgunakan untuk pihak tertentu. Jadi, apa yang tinggal? Ya. Penindasan kepada mereka yang tak punya kuasa.


Nak duduk diam?


Beraksilah.


Walaupun sekadar menyepak tong sampah sampai melambung dalam bilik guru.

Semua pengail adalah pengganas

Aku memang tak pandai memancing. Orang kata, aku hilang satu lagi nikmat dunia. Ini semua mengarut dan aku pangkah silang kepada manusia yang cakap macam tu.


Semasa aku zaman kanak-kanak, aku adalah seorang yang amat pasif. Tiap-tiap petang aku lepak kedai kawan aku di pekan. Dia tak bersekolah dan bapanya adalah seorang penagih. Mak aku memang membebel macam senapatang patah. Tapi aku peduli apa.


Bapak aku pernah ajak aku memancing kerana aku asyik duduk rumah. Kanan kiri jiran aku budak perempuan. Macam sial boring. Jadi, aku ikut bapak aku memancing. Sebagai kanak-kanak pekan aku tak pernah menyertai kawan-kawan aku di luar sana memancing. Ini dikira pengalaman baru bagi aku ketika itu.


Pada mulanya. Aku hanya tengok sahaja. Langkah pertama cari cacing. Aku berdiri tercegat tengok bapak aku cari cacing. Langkah kedua, adalah memasukkan cacing (apa istilah dia yang tepat eh?) ke mata kail. Pergh... Ini yang aku tahan nak tengok. Sadis sial cacing hidup-hidup kena cucuk kat mata kail. Tergedik-gedik dia kena cucuk kat mata kail. Arghh.. Lepas tu, berdarah lagi. Aduiiiyaiii... Ini kezaliman yang harus ditentang! Cukup lah. Aku tarik diri dari arena memancing. Bapak aku bosan tengok perangai aku petang tu. Ada jugak yang guna cicak lah. Katak lah. Perghh.... Gila ke? Aduuhhh kesian doh. Aku mengambil keputusan mutlak untuk tidak memancing sampai hari ini.


Itu satu hal. Habis,, ikan yang tersagat mulut dengan mata kail apahal? Cuba mulut kau aku rentap dengan mata kail sangkut kat langit-langit kau. Perghhh ini keganasan! Aku tak pernah makan ikan yang dipancing. Serius aku cakap. Engkau nak cakap aku true, memang aku true lah! Nak lagi sadus ada sesetengah pemancing dah dapat ikan lepas tu dia lepas balik. Gila lah weh.... pedih doh! Cuba kau mulut dah tersagat kena air. Kena pulak air masin. Bapak pedih ngok!!!! Aduiyaiii.....


Dengan ini, secara rasminya. Aku mengyistiharkan pemancing sebagai pengganas. Wabillahiltaufikwalhidayah wassalamualaikumwarahmatulah hiwabarokatuh.

Bundle-ism (perihal barangan terpakai)

Kegiatan bundle-ism bukanlah sesuatu yang baru. Bagi di kawasan aku sendiri kegiatan bundle-ism dilihat semakin berleluasa dan membimbangkan. Malah, aku sendiri telah terpengaruh dengan budaya ini. Aku tidak pasti berapa lama budaya bundle-ism ini sudah bertapak di pekan Rengit dan kawasan sekitar. Namun, budaya ini sedang menular di kawasan-kawasan lain. Ramai diantara rakan-rakan rapat aku yang pada mulanya mengalami ketagihan, akhirnya menjadi pengedar tegar dan berani menolak barang bundle.


Kampung Bumiputera atau lebih relaks dipanggil Kampung Kuala di Pekan Rengit bolehlah dikatakan syurga barangan terpakai. Pengunjungnya bukan hanya dari penduduk setempat malah dari negeri-negeri lain. Apa yang lebih mencemaskan, ramai penduduk dari Pantai Timur telah mula mengalihkan padangan mereka dari bisnes tom yam kepada bisnes ini. Sekali datang bawak lori terus memborong. Namun, jangan risau. Aku tidak pernah mendengar lagi mereka borong masyarakat kaum orang asli di situ.


Di pusat membeli-belah ini pelbagai barangan boleh didapati. Antaranya perabot, barangan elektrik hinggalah ke instrumen muzik. Ada tak ada benda yang kamu cari, itu kira nasib. Jangan nak order apa-apa dengan aku. Sebab aku pun tak rajin menggodeh barangan di kampung ini. Kebelakangan ini aku agak ghairah mengusyar basikal BMX dan MTB. Pernah aku tanya harganya. Macam cilaka. Jejak RM1K lebih pun ada. Apek di situ ada memberitahu, "Lu lambat. Simalam ada olang JB mari angkat satu mesikal mi-em-ek. Dua libu lebih. Itu ha, satu jali muleh angkat hor," bikin gua panas! Dulu pernah jugak aku angkat satu basikal MTB. Mak aku belikan. Jenuh jugak aku menjawab sepanjang kayuhan bila ada orang tanya tempat aku mendapat basikal ini. "Saya beli Singapore Bang," itu jawapan yang pasti. Akhirnya, basikal itu dicuri anak jiran aku yang tak bersekolah dan dibuang dalam kebun orang. Terima kasih banyak-banyak.


Ya. Kebanyakan barang diambil terus dari gudang atau dari rumah-rumah di Singapura. Aku difahamkan orang-orang di Singapura mengalami kesukaran untuk memindahkan perkakas rumah mereka kerana kos memindahkan barang lebih kurang sama dengan beli barang baru. Oleh yang demikian, budak-budak ambil je lah barang-barang tu. Kebanyakannya memang elok-elok lagi dan mempunyai kualiti tinggi. Biasalah barang Singapore, bai. Sama ada fakta ini tepat tak dapat lah aku pastikan. Aku dengar orang cakap je.


Bagi aku sendiri. Aku kalau boleh tak nak terlibat dalam kegiatan ini. Ia boleh membuatkan kita ketagihan melampau dan tidak nyenyak tidur. Contohnya kalau dapat barang rare. Kawan-kawan desak nak beli dari aku. Permintaan dengan harga tinggi. Tapi aku sayang nak jual kat orang. Ini akhirnya menyebabkan diri aku dalam dilema dan tak ingat langsung hal-hal untuk berumah tangga. Ia sangat awesome.


Untuk maklumat lanjut sila lawati Rengit Secondhand Shop. Iklan ini tidak berbayar. Sekadar tumpang semangat kawan-kawan yang minat dengan unsur seni yang paling deep ini. Cheh!



Rabu, 10 Februari 2010

Sudut menarik menjadi seorang pecundang

Salah satu sudut paling menarik menjadi orang yang tidak handsome bila tidak dapat mencapai matlamat untuk memikat seorang gadis.


Itu awesome.


Macam tadi. Aku senyum dengan jiran aku dari jauh. Aku pernah menegurnya dua atau tiga kali. Kali ini tak berkesempatan kerana dia dikelilingi kawan-kawan kelasnya. Aku menunjukkan isyarat 'mintak nombor telefon please?'


Dengan mudah, dia melambaikan tangannya dengan isyarat, 'tarak!'


fakyu.com.my


Apapun ini hakikat bagi seorang yang tidak mempunyai penampilan dan perwatakan menarik. Serba sederhana. Mungkin serba kekurangan di mata individu lain.


Redha je lah. Kan?

Selasa, 9 Februari 2010

Bocah-bocah punk Tanjong Malim

Sepanjang aku berada di Tanjung Malim. Aku sempat merasai hujung minggu di sini sebanyak 3 kali. Itu memang teruk. Aku tak pernah pantau keadaan anak-anak muda di sini. Aktivitinya. Gayanya. Rupa wajahnya.


Minggu lepas. Sewaktu aku melewati pusat karaoke. Aku dapat lihat. Rupa-rupanya tempat ini merupakan pusat berkumpulnya remaja di hujung minggu. Kesian. Nak ke Kuala Lumpur mahal. RM7 naik bas atau komuter. Dah tak nak simpan duit belanja sekolah siapa suruh? Dulu aku sanggup berlapar nak simpan duit buat tambang bas ke bandar. Lepak bandar baru cool. Ramai budak yang ada jaket studded. Perca punk ditampal bersepah-sepah di seluar. Ada tindik. Main muzik sampai taukey studio mengamuk. Operasi pembahagian newsletter. Aksi terus di depan Mac Donald's. Ok, ini Batu Pahat punya cerita dulu-dulu.


Tapi.



Jangan ingat di pekan Tanjong Malim tiada punk. Jaket kulit bro.... Pakai snow cap tu bai.....(macam stail budak-budak sekarang bercakap). Pukul 3 petang tu. Kau ingat calang-calang orang ke nak pakai jakat kulit bertatah paku-paku kecil dengan kasut but Dr. Martin setinggi betis? Berkaca mata hitam duduk di lantai memerhatikan orang lalu-lalang di depan pusat karaoke. Sesekali membelek motor RXZ mereka. Membunuh masa sementara menunggu giliran bilik karaoke kosong barangkali.



Mungkin juga, punk di Tanjong Malim meraikan hujung minggu mereka dengan lagu Sting; Ku Sapu Air Mata Perpisahan.

Isnin, 8 Februari 2010

Jangan. Biarkan Aku Yang Mengukir Kasih Di Dalam Hatimu!

Pada satu sudut yang lain, aku suka gadis yang berpewatakan sedikit nakal. Sekadar suka. Namun, jarang sekali gadis jenisan ini mahu berdamping secara rapat dengan aku. Mungkin aku nampak skima pada mata mereka. Ya, aku tak cukup liar. Malu-malu landak laut. Walaupun malu, tajam berbisa tau. Sekali I gigit, biru You.... Sekali lempang, impak dia maksima!


Penampilan liar tidak semesti jahat. Sebelum ini pun, aku selalu bersembang atas talian dengan kawan-kawan perempuan jenisan ini di seberang sana. Pada hemat aku, gadis atau wanita berpewatakan nakal ini biasanya mudah didekati dan begitu mesra sekali. Keterbukaan mereka berada di tahap cukup baik, itupun bergantung kepada tahap keterbukaan kita bila kita berbicara. Banyak benda yang boleh kita kongsikan. Walaupun sama rumpun keturunan sama bahasa tapi aku beranggapan kita di sini masih ada batas-batas yang mengekang untuk melakukan sesuatu perkara.


Contohnya bertatu. Jarang sekali budak-budak di negara kita yang bertatu. Mungkin ramai. Mungkin tersembunyi. Mungkin aku yang tak tahu. Tapi aku susah jumpa. Lagi-lagi anak gadis.


Ya, aku faham. Badan masing-masing. Hak masing-masing untuk lakukan apa sahaja. Tapi kadang-kadang hati aku tersentuh. Sayangnya..kulit yang mulus itu kau cacahkan dengan corak-corak yang ganas. Sayangnya...tubuhmu yang menggiurkan itu dicacatkan dengan lukisan-lukisan yang hodoh. Seringkali juga aku mengeluh. Kenapalah engkau buat keputusan sedemikian? Kan lebih indah kalau tubuh kau bersih, seiring dengan lembut bicara sifat keibuan engkau? Kalau lah engkau tak bertatu mesti mak aku pinang engkau. Tak kisahlah duit hantaran engkau jadi dua kali ganda. Kalau dah suka, nak kata apa, ye tak?


Aku pernah menyaksikan satu program amal di stesen televisyen di negara seberang tambak sana. Kos untuk membuang tatu dengan laser di sebelah tangan sahaja sudah mencecah ribuan dolar. Bukan murah. Mungkin ramai yang menyesal. Tapi terpaksa menahan hasrat kerana kos yang mahal.


Pernah juga ada yang merungut bila bersiar-siar terutama di negara ini. Kurang senang apabila ada mata-mata yang merenung tubuh mereka bagai ditelanjangi apabila mereka melewati kelompok kaum lelaki. Tapi bagi aku sendiri, itu rare. Siapa tak terpegun? Haha. Nasiblah, Kak. Aku tak boleh nak cakap apa.


Sebenarnya bukan kakak-kakak ni tak tau hukum dari segi agama. Ye lah darah muda kot. Aku nak nasihat lebih-lebih macam lah aku ni bagus sangat. Lagipun diorang ada mak bapak. Aku ni siapa je lah. Budak kampung. Aku sekadar suarakan pendapat aku dan aku menghormati pandangan dia.


Kadang-kadang aku buat-buat diri aku dalam dilema.
Kalau jadi isteri aku, mesti mak aku tau yang mandi wajib dia tak sah.




Khamis, 4 Februari 2010

Tapak Bang Juna


Aku baru saja membuang kasut Vans kerana keadaannya yang sangat mendukacitakan. Lalu, aku mengambil keputusan akan menggunakan kasut ini untuk sebarang aksi lasak merangkap tukang kebun di Port Dickson kelak. Ya, aku tau. Aku bakal berhadapan dengan risiko-risiko seperti mengecat batu penghadang jalan, mengangkat tiang gol, menyapu sampah, mengangkat kerusi ke dewan, bancuh air budak rumah sukan, mengambil surat di pejabat pos, mencantas pokok, melempang budak merokok, mengumpat Senah Gelang, membidas Timah Hai-yO, meng-slide Seman Huptrend dari belakang ketika perlawanan bola sepak semasa Hari guru dan membodek bos dengan cara membawa pisang dari kampung.



Jadi, untuk aksi lasak. Aku tak perlukan Onitsuka Tiger aku. Aku perlukan sesuatu yang berpewatakan lasak juga. Mungkin kasut ini sudah memadai. Harap-harap tidak dirembat anak didik aku ketika aku bersolat Asar di surau sekolah nanti. Jangan sampai aku nampak dia bershuffle dengan kasut ni.




Nahas kau aku rodok dengan penyodok sawit.

Isnin, 1 Februari 2010

Hari Isnin, mana pernah tak sweet?!

Percaya tak, sebenarnya waktu aku mengadap budak-budak aku tak pernah memaki hamun? Ya. Ini cerita betul.


Buat apa je aku nak tipu-tipu korang. Bukan boleh dapat nombor telefon model amatur pun. Tak tau lah kenapa aku boleh kawal perasaan aku bila mengajar dahulu. Kekuatan apa yang mengawal aku, aku pun tak tau. Aku rasa aku boleh bersabar.


Sebenarnya aku cuba menafikan fakta dari ujian personaliti bahawa aku mempunyai tahap agresif yang sangat tinggi dan kawalan cukup rendah iaitu di tahap kosong. Ini betul-betul anarki!


Tapi.

Aku rasa andai ini kenyataan, masih banyak ruang untuk aku memperbaiki diri. Kemudian, aku dapati daya analitikal aku juga di tahap yang tertinggi. Terlalu berhati-hati. Cerewet. Memilih. Ada kriteria-kriteria tertentu untuk mempertimbangkan sesuatu perkara. Ya, nampak macam bagus dan power-power je aku ni.


Kata kaunselor, "orang macam ni biasanya lambat jodoh."


Ah sudah la kau-kelentong!!