Ahad, 15 Januari 2012

Bukan lu sorang mahasiswa

Dulu gua pun pernah jadi mahasiswa. Lu jangan ingat dah bagus sangat kalau masuk U ni. Biasa saja. Walaubagaimanapun gua tetap bersyukur diberi kesempatan keluar masuk sebanyak 3 buah kampus sepanjang kehidupan gua. Bagi gua menjerumuskan diri dalam universiti adalah salah satu tapak meneruskan kehidupan. Dari gua terumbang ambing meneruskan kehidupan bukan-bukan lebih baik gua belajar apa yang patut dan menimba pengalaman.

Dulu.

Mendapatkan pengajian tinggi bagi gua adalah opsyen kedua. Dulu gua lebih cenderung untuk jadi kerani gred N17. Masa tu gua ingat lagi. Gua cabut Uitm. Gua masuk tingkatan 6. Masa di tingkatan 6 gua pernah beberapa kali ponteng untuk menghadiri temuduga jadi kerani. Penemuduga tanya gua, apa gua bikin sekarang. Gua jawab.


Gua kerja warung. Ya. Gua tipu dan dorang tak percaya.


"Keputusan macam ni kerja warung? Awak biar betul?"

Gua diam je. Gua layan. Sampai masa gua ambil STPM gua tak dapat jadi kerani. Tapi gua tak putus asa gua mohon jawatan N27 pulak ketika gua di universiti. Entah apa gua nih. Melalui pengalaman rakan-rakan senior, gua jadi risau kalau lepas grad tak dapat kerja. Tahun pertama gua di U, sunyi tak ada interview. Tahun kedua, tak silap gua, gua ada 8 temuduga! Gua sudah goyang. Gua mahu cabut U untuk kali kedua masa tu. Nak pulak, gua ada dua paper kena repeat! Jadah!

Tapi bapak gua halang. Satu temuduga pun gua tak layan itu jam walaupun gua dah rasa down sangat nak study. Bapak gua cakap, lu jalan terus dengan lu punya study. Kasi habis dulu baru kerja. Gua tetap layan. Steady study sambil buat muka monyok.


Itu jam gua tak ada mood langsung nak buat kerja lain selain dari habiskan kerja-kerja belajar gua. Untuk jalan selamat tidak menyewa rumah (di KL masa tu sewa rumah cecah 1k sekarang mungkin lagi kow-kow kot?) gua main band untuk kolej kediaman. Pentadbiran kolej pun tak boleh buang gua sebab tak ramai mat skima boleh main muzik. Gua sental je apa dorang nak main gua layan walaupun jiwa gua langsung tak ada dalam lagu-lagu diorang.


Oleh itu gua hanya tau study, training main band dan pergi gig saja. Dating sikit-sikit.


Kesedaran politik? Memang ada. Gua nampak macam-macam lah member gua ni buat. Ada yang ke kanan ada yang ke kiri. Ada yang sibuk pung pang pung pang. Gua ada jugak ambil tahu dan mengambil berat. Itu jam, siap ada buat boikot pilihanraya kampus dan konvoi bagai. Gua peduli apa semua tu. Masalah kelaparan lebih hebat dari masalah politik kampus. Leceh dan buang masa. Gua tau hak gua di mana itu sudah memadai. Kita steady one corner. Tak suka, kita terajang. Tak payah tunggu geng bagai. Tak suka lecturer mengarut gua bla. Kedatangan suruh member tandatangan. Haha. Janji assignment gua settled sudah. Buku tak payah pinjam library dan gua langsung tak pernah pinjam buku selama 3 tahun lebih sikit di kampus haha. Lewat pulang kena denda, duit gua bukan muai pun masa tu. Dah la buku tak banyak. Nak kena berebut. Leceh. Gua tunggu depan pintu library. Siapa pinjam, gua photocopy!


Apa pun, gua respect jugak pada yang melawan akta itu dan ini. Ada keberanian. Ye lah. Ada orang cakap jangan bercakap soal perjuangan kalau tiada keberanian. Gua memang tak berani nak pung pang lebih-lebih. Bapak gua bukan orang senang. Mak gua sikit-sikit nak berair mata. Nak jadi revolusioner? Kirim salam. Baik gua belajar steady asal lulus sudah itu jam. Malas gua nak serabut-serabut. Siapa pun diatas dengan istilah memerintah(er..kalau dia perintah kita hamba ke?) korup tetap ada. Kalau ada yang janji ketelusan kita tengok je lah. Ada betul ke tak.


Tak suka ganti baru.
Tak suka lagi ganti lain.
Tak suka lagi sekali ganti lain lagi.
Tak suka buat sekian lagi tukar untuk sekali lagi.


kan?
Tapi tu semua memerlukan pengorbanan dan keberanian. Yelah nama pun perjuangan. Ada misi ada visi. Gua malas. Lu ada berani?

Selasa, 10 Januari 2012

Catitan

Okey untuk tahun 2012.

Aku bikin satu perubahan untuk diri aku. Biarpun perubahan tu cuma berharga RM 1. 50 tapi aku rasa ia satu permulaan yang bagus untuk orang yang serabut macam aku. Banyak benda kena ingat. Banyak benda kena buat. Bila tumpukan pada satu perkara, tercicir perkara yang lain.

Untuk mengatasi masalah serabut otak disebabkan kerjaya aku yang penuh keserabutan ini, aku mewujudkan satu buku kecil muat poket baju untuk aku catat apa saja yang aku nak.


Hehe. Harap buku kecil ini dapat menjalankan peranannya dengan cekap, bersih dan amanah.

Isnin, 2 Januari 2012

Terjerumus ke lembah pemberontakan

Dulu.

Waktu zaman sekolah. Gua memang suka memendam perasaan. Gua bukan macam budak lain. Ada tape game Sega. Ada Playstation. Gua tak ada. Memang gua tak hip dan trendy. Gua pernah jugak try main Playstation 1 secara haram setengah jam RM 6 kat sebuah banglo Cina. Tapi gua just try tekan-tekan punat nak merasa. Tapi entah apa-apa gua tekan. Gua kena gelakkan. Dan gua give up nak main video game. Video game pertama dan terakhir dalam hidup gua ada Block Game ada 8 level. Sampai hari ini gua tak pernah ada konsol permainan digital pukimak haram jadah lancau. Rambut gua pun tak trendy. Sikat belah tepi dari dulu sampai la tua-tua ni. Pernah jugak gua cutting macam mat-mat emo hardcore New Jersey tapi last-last jadi trend. Budak-budak sekolah pun buat cutting rambut macam tu apahal?! Memang laknat. Gua sikat tepi macam biasa. Habis skima dan belia 4B. Kalau gua cakap kat Pak Daeng Malibok gua pemuda UMNO pun dia percaya.

Mak gua bising kalau gua merayau jauh. Main badminton dengan buruh Indonesia contohnya. Jadi gua penat dengar mak gua berleter dan gua berhibur dengan cara paling murah iaitu memesan zine punk dan membeli demo tape/kaset punk secara pos, yang rata-rata pada era tahun 1999/2000 sekitar RM2+50 sen setem untuk zine, dan kaset RM 5+ 50 sen setem. Setem tu pun kadang-kadang budak-budak ni (owner record label/penjual zine/editor zine) bubuh gam. Jadi gua boleh recycle balik. Guna sampai lunyai. Ini je la hiburan gua. Hiburan paling cikai tapi paling cool dalam hidup gua dari tahun 1999 gua mengenal scene Do It Yourself Hardcore/Punk ni. Dan inilah jugak bagaimana cara gua dapat mengharmonikan kehidupan gua dengan apa seadanya yang mampu gua miliki.

Hardcore/Punk pada hemat gua tak perlukan uniform. Tak perlukan patches bertompok-tompok. Tak perlukan jaket paku. Rambut terpacak 24 jam 7 hari seminggu. Tak perlukan dos kemabukan untuk sebuah revolusi. Perubahan apa yang dapat dilakukan apabila kepala dipenuhi khayalan dan ketidakseimbangan? Cool apa macam ni? Mengarut. Boleh lu keluarkan hujah-hujah berapi dengan fakta statistik dengan betul ketika kepala sarat dengan kemabukan? Jangan nak kencing la brader. Lu nak pegang gitar pun tak larat. Hardcore/punk pada hemat gua terletak pada cara berfikir. Pada cara lu mengadaptasikan persekitaran lu orang dengan apa yang lu orang ada. Kesedaran mengenai sistem yang cuba memusnahkan norma kemanusiaan. Atau sesuatu yang merobek kepercayaan lu pada satu-satu perkara. Itu punk/hardcore. Kesedaran tentang adanya penindasan disekeliling kita.


Muzik, tulisan dan corak berpakaian itu sasteranya. Itu budayanya. Dari budaya itulah akhirnya melahirkan idea. Kreativiti. Untuk mengharmonikan lagi kehidupan dengan prinsip-prinsip yang dipercayai.

Jadi. Untuk seusia ini. Gua tak ada apa-apa sumbangan pun dalam scene ni. Kah kah kah. Cakap berdegar-degar habuk pun tak ada. Tak apa. Idea-idea sepanjang perjalanan hidup inilah yang akan kita kutip untuk jadi pelajaran di masa hadapan. Bukanlah menjadi kesalahan bagi gua untuk hadir di acara muzik. Bezanya gua tak lagi terkinja-kinja macam budak-budak lain. Duduk di pojok yang gelap seorang diri atau bersama teman-teman. Memerhati tingkah anak-anak gua. Ya, anak didik gua di sekolah!

Semoga tahun masehi 2012 ini menjanji kebahagiaan kepada kita. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Tak payah trendy-trendy sangat. Leceh.