Ahad, 23 Januari 2011

Kayoh

(Ni beskal aku. Tak ada beskal melainkan yang beskal-beskal saja. Tak ada brek dan ciri keselamatan lain)

Dah berminggu rasanya aku tak jalankan kegiatan rutin harian aku. Berbasikal. Sibuk sangat. Aku betul-betul terasa penat. Bila penat aku tidur. Minggu lepas sahaja aku dah sodok dua biji kereta dalam satu hari. Aku betul-betul penat. Kalau penat aku tak main-main. Hal-hal lain seperti mempersendakan ahli politik, itu masih boleh lagi dibawak main. Kemik pintu kanan aku. Terkopek cat di bumper. Aku kalau dah penat aku akan hilang tumpuan. Nasib baik dua-dua pemilik kenderaan tu tak mintak aku repair kereta diorang. Nasib baik.


Stress tak ada pil. Cuma ada kekuatan diri kita untuk menangani stress. Jadi aku rasa cara lain untuk mengurangkan stress adalah berbasikal. Tapi malang sekali, kawan-kawan sekampung tak ada yang suka aktiviti ni. Mungkin kurang cool. Mungkin tak nampak berjaya di mata makcik-makcik. Tak apa. Itu pilihan mereka. Aku naik basikal. Aku rela naik basikal dari main futsal. Main futsal adalah tidak cool kerana tak boleh dengar mp3 lagu-lagu metalcore terkini. Adalah lebih hina bila futsal pun dipolitikkan.


Basikal aku murah. Cukup murah. Aku bedal saja. Janji otak aku akan beralih arah sekejap dari memikirkan perkara yang bukan-bukan. Aku tak ada duit ribu-ribu untuk sebiji basikal. Aku hanya memikirkan untuk kayuh. Kayuh. Kayuh.


Mampuslah apa orang nak cakap. Nak join, jom. Tak nak sudah. Pergi hisap rokok.


Jumaat, 21 Januari 2011

Celaka

Aku tunggu saja.


Ada empat lima ekor binatang dalam kelas aku yang selalu 'menganjing' bila aku menyampaikan sesuatu. Okey.


Aku relaks dan masih chill seperti biasa. Bila bab menulis. Dia palingkan diri ke belakang. Borak sesama sendiri. Okey.


Ini adalah senario biasa di sekolah terutama di kelas tangga pertengahan. Ego. Berlagak. Tapi tak hebat mana pun. Aku bagi peluang. Dua atau tiga kali lagi. Aku pasti. Binatang-binatang ni akan kenal siapa aku. Setakat ini, aku hanya mampu berkata,


"Mat, lu boleh rileks tak? Lu duduk elok-elok boleh?"


Kelas jadi sunyi sepi. Bila seorang bertali leher. Bersahaja. Tiba-tiba. Menggunakan selanga kelas ketiga.


Kau


Belum


Kena


Penangan


Aku,


Celaka.

Ahad, 16 Januari 2011

Kupasan Kenangan


Bila tengok flyer untuk siri gig di The Wall Batu Pahat ni, aku cukup tersentuh. Langsung teringatkan akan kawan-kawan di Kuala Lumpur.

Tahun 2004. Aku mulakan kehidupan aku di Kuala Lumpur. Dari anak kampung berselut yang hanya terikut-ikut dengan trend semasa terus ke ibu kota. Terkejut memang terkejut macam monyet. Macam-macam perkara pelik dan baru aku dapat tau kat sini. Otak aku macam dah separuh mereng masa tu. Macam rasa nak cacat sikit pun ye jugak. Yang penting setiap kali aku tertekan, tekanan aku itu aku buang di luar pagar UM. Keluar pagar je kepala aku berdenyut. Kadang-kadang kebas.


Ini bermakna otak yang tersumbat tadi dah mula berjalan seperti biasa. Cepat je dia recover, haha. Perkenalan aku dengan seorang personil band akhirnya mengubah sedikit persepsi muzik aku. Ya. Jakun tahap ayam belanda. Itu aku.


Sebelum aku datang KL ni, aku hanya kenal Utarid. Pelik sangat bunyinya. Maklumlah dari kampung. Pekejadah main muzik macam ni? Tak boleh masuk. Aku try dengar My Precious. Tak boleh masuk. Langsung tak ambil port. Dengar metalcore kental atau punk hardcore yang straight forward dan tau nak marah aje. Tapi bila berhijrah ke KL, aku aku tengok genre muzik macam gini memang tengah nak in rupanya.


Aku masih ingat pada petang tu di Tunestone studio Klang. Gig kedua aku hadiri sewaktu di sana. Kalau tak silap set hari tu dimulakan dengan Kias Fansuri. Diikuti dengan nama-nama besar lain seperti Killeur Kalkulateur (betul ke ni aku eja? haha), Orbit Cinta Benjamin, Daighila, dan entah apa lagi. Pelik betul genre macam gini. Bunyinya agak lain macam. Mungkin kod octave bersepah-sepah kot? Haha aku bedal je ni bukan tau main gitar pun! Tapi cukup menarik. Pendek. Padat. Energetik. Apa yang penting, budak-budak yang tengo suka tepuk tangan. Pantang ada part yang slow sikit, semua pakat-pakat tepuk tangan. Jakun siot aku nih. Pergh. Dah teruk sangat aku punya jakun masa tu.


Jadi, bila tengok flyer ini, ada kugiran-kugiran yang dah lama aku tak tonton sejak aku cabut dari KL. Ini sudah tentu mengimbau kenangan lalu. Biar. Biar aku sendirian melayan gig ini dengan kamera digital buruk aku.


Sebenarnya, tak kisah la kau nak bedal muzik apa. Janji kau ikhlas. Aku memang layan je.