Selasa, 26 Januari 2010

Bertabahlah Bang Juna

Menghadapi sebarang kemungkinan bukanlah sesuatu yang menyenangkan. Apatah lagi belajar untuk menerima takdir. Perubahan demi perubahan dalam diri. Mungkin satu bentuk evolusi manusia menjadi matang. Tapi entah lah. Aku rasa aku masih di sini. Maksud aku, aku yang dulu.


Bosan sebenarnya bila dikhabarkan untuk menghadapi situasi baru. Ini aku lah. Tak tau lah engkau semua. Kadang-kadang bila kita sudah selesa dengan rutin kita. Sukar untuk kita menerima rutin kehidupan yang baru. Aku bakal berhijrah lagi. Ke selatan tanah air. Tapi tak begitu selatan sangat. Selatan sikit-sikit. Boleh gitu? Haha. Tapi layan je lah.


Berdebar juga. Datang ke tempat baru. Tapi aku buat-buat cool. Dalam kepala ni macam-macam persoalan yang menjengah. Sampai kadang-kadang susah tidur. Satu lagi masalah aku bila aku tertekan, aku akan rasa tak sedap perut. Kalau teruk sangat biasanya kena gastrik terus. Dua perkara ni yang paling aku menyampah. Inilah akibat memendam perasaan. Dah lama sangat aku sunyi-sunyi macam ni dan aku buat-buat rileks je. Inilah akibat suka duduk diam-diam dan pura-pura kental ubi. Ini buat aku terfikir nak cari teman bicara. Tapi kan, seganlah dah umur-umur macam ni masih terhegeh-hegeh lagi. Nak cari teman wanita konon. Ceh. Lambat lah kot. Ada tak ada member carikan takpun mak bapak aku je lah adjustkan. Duduk umah baring silang kaki goyang-goyang sikit dan layan lagu crust punk depan hi-fi sudah.... Semua sudah diatur.


Memulakan rutin kehidupan yang bakal aku hadapi ini, sebenarnya bukan sesuatu yang baru. Aku pernah hadapinya dulu. 6 bulan. Itu pun dah terasa peritnya. Nak tidur pun macam tak cukup masa. Kena jadi ahli jawatankuasa itu ini. Yang pasti, kerja-kerja yang heavylah. Angkat kerusi lah. Pasang tiang gol lah. Pantau sukan itu ini lah. Angkat barang-barang lah. Macam-macamlah. Dah tu, nak mengajar lagi. Nak menanda kertas periksa budak-budak lagi. Aku ingat tukang kebun pun tak penat macam aku. Selalu aku nampak diorang lepak je bawah pokok hisap rokok. Babi betul lah. Sini lah kalau berani angkat tiang gol buat line padang?!!! Musibat lu. Setakat trim pokok bunga nenek gua pun pandai! Pokok kertas boleh jadi bentuk keldai la weh! Ini bukanlah komplen. Tapi saja lah aku nak cerita-cerita. Rileks sudah.


Bila kenang-kenang balik cerita lama memang gua baran. Sekarang nampak gaya macam aku kena buka kamus lama. Kehidupan lama berulang kembali.


Bapak aku pernah cakap. Ini semua lumrah. Kena hadapi dengan redha. Adat lah. Bekerja. Ada orang atas kita. Atas punya atas punya atas punya atas ada lagi. Cuma, aku tak nafikan mungkin ada orang atas punya atas punya atas yang saja la buat lucu dengan orang-orang baru masuk ni. Sebab dia pun orang. Ada benci. Ada iri. Ada kasih. Ada rindu. Ada cinta. Bila ada cinta, ada pulak cinta bertasbih. Ah, sudah. Kacau aku ni.


Cakap-cakap orang tua ni menyebabkan aku cooling down sekejap. Tapi, dalam hati aku berdetik, "tak apa. Ada ubi ada batas. Aku mampu beli bas aku bawak laju-laju bila bawak engkorang semua pergi rombongan."


Apapun, aku harap aku diberikan kekuatan oleh yang maha kuasa. Apakan daya. Cari rezeki untuk diri dan keluarga. Lagipun memang ini jalan yang dipilih. Ikhlaskanlah...

Isnin, 25 Januari 2010

Ewah-ewah.

" Kau ambik je la Jas tu jadi awek kau."


Mak aku mungkin ingat cari awek macam deal kontraktor kelas F.

Khamis, 21 Januari 2010

Hanya di radio bisa memberukkan keadaan

Aku sebenarnya bukan tahu sangat pasal muzik-muzik ni. Mana sempat aku capai. Kadang-kadang minat aku tidak begitu spesifik terhadap sesuatu genre. Ikut mood. Kadang-kadang ingin dengar metal. Kadang-kadang ingin dengar punk. Kalau time aku sewel, 2pac Shakur pun aku sebat.


Bila diingat balik, antara faktor penyumbang minat aku kepada jenisan muzik ekstrim adalah adanya satu rancangan radio yang aku pun tak tahu berpengaruh ataupun tidak. Kalau sesiapa yang pernah membesar sekitar tahun 1997 hingga 1999 (aku tak berapa ingat), mesti pernah mendengar rancangan Alternative Rock Show di Time Highway Radio yang pernah dihoskan oleh Pak Kamil atau Kamil Othman. Aku pun tak berapa ingat tahun bila rancangan radio ini dihentikan. Mungkin sekitar 1999 atau 2000. Aku tak pasti. Apa yang pasti, pada masa tu aku dah ada email, Hotmail. Aku guna email ni bersembang dengan Pak Kamil, tanya band apa yang akan diundang minggu hadapan. Email ini juga aku gunakan untuk desak Pak Kamil hidupkan kembali rancangan radio ini. Kalau tak silap, rancangan radio ini akan ke udara setiap malam Jumaat dari jam 10 hingga jam 12 tengah malam.


Aku tak matang lagi masa tu. Budak-budak. Memang suka benda bukan-bukan macam ni. Bapak cool dowh. Aku tak buang masa. Pergi beli kaset kosong dan sentiasa bersedia pada butang 'record' apabila Dj mengumumkan lagu yang bakal diudarakan. Menariknya, jarang sekali Pak Kamil 'mengacau' lagu yang sedang ke udara. Maksudnya, jarang sekali dia bercakap di tengah-tengah lagu yang dimainkan... macam sesetengah DJ. Ada yang suka cakap lepas tu perlahankan lagu, lepas cakap kuatkan lagu balik. Bengong. Potong stim sial. Tapi benda ini jarang terjadi dalam set Pak Kamil. Terbaik. Aku rakam bulat-bulat dan sangat solid bunyinya. Nasib baik tak pandai bisnes. Kalau tak aku pergi copy banyak-banyak buat album kompilasi jual kat pasar malam. Mesti aku dah pakai Yamaha LC 135 sekarang ni.



Banyak kugiran-kugiran yang datang ditemuramah. Terutamanya kugiran tempatan. Aku tak ingat pulak kalau ada kugiran-kugiran luar selain Singapura (Rudra, Assahar, etc) yang pernah diundang ke konti. Aku rasa tak pernah lagi ada budak hip hop dijemput untuk ditemuramah. Kebanyakkannya budak kugiran metal, hardcore dan punk lah. Sedikit sebanyak minda aku yang tengah lemau-lemau masa tu sedikit terbuka lantas menjadi manusia paling jakun dan paling beruk sampai sekarang bila nampak instrumen muzik terutama dram. Bila lah aku nak berubah perangai jadi ala abang-abang kerja kerajaan hutang bank keliling pinggang lepas tu ada kereta Toyota Caldina dan main MLM ni?



Antara kugiran yang aku ingat pernah datang ialah The Pilgrims, Silkhannaz, Suffercation, Cryptic Malediction, Langsuyr, Projekt AK (rasanya lah) dan entah hapa kejadah lagi lah. Serabut aku nak ingat satu-satu. Apa ke haram nak ingat memori usang ni? Hujan tak berhenti pulak gua nak balik Johor nih. Haduh.



Tapi setiap kali rancangan radio ini berkumandang aku berhadapan dengan masalah. Antaranya mak aku. Membebel. Ye lah malam-malam buta main lagu mengamuk-mengamuk apa hal kan? Lalok ubi racun rumpai ke apa? Jadi, aku tak puas nak pasang radio pada kadar normal seperti di siang hari. Volume perlu diturunkan. Lagipun rumah aku masa tu rapat dengan jiran sebelah. Haram betul. Jiran gua dah tua-tua pun ada anak kecik. Gatal, sial.


Justify Full
Lagi satu masalah adalah-ia clash dengan drama bersiri kegemaran aku Silk Stalking yang keudara pada jam yang sama di siaran TV Singapura. Siapa pernah tengok cerita ni? Terbaikkkk dowh.. Aksi-aksi dia memang membuat jiwa luka lebih-lebih lagi untuk budak baru nak naik seperti aku. Kat tv Malaysia banyak kena tapis. Boring unta seh. Nak tau pergi tengok sendiri ah kat Youtube, pemalas macam dhob semua orang nak suap apahal? Lempang kang?!

Sabtu, 16 Januari 2010

Satu Set Jeritan Ringkas Pada Hari Ahad

i.
gelora itu
keluh gelisah
bak kelodak-kelodak
air mengeruh
berkocak ditolak arus!
sabar sahaja
nanti kan reda.


ii.
harapan itu
ukiran perasaan
dicarik-carik
dibiar kemas
dalam lipatan hati
yang mekar membunga.

Selasa, 12 Januari 2010

Pengor

Tempoh hari ada pensyarah aku yang berbincang mengenai latar belakang pelajar. Melihat bagaimana ia boleh mempengaruhi perilaku dan nilai seseorang pelajar di dalam kelas. Ya, mungkin teori-teorinya mungkin boleh digunakan. Mungkin juga tidak relevan.


Ngilu juga aku hari tu. Bila dia mengeluarkan kenyataan, "ya orang-orang keturunan Jawa terkenal dengan sikap rajinnya. Tapi mereka adalah pendatang."


Pedih. Aku terbayang. Mesti ada yang anggap. Mak bapak aku datang ke Malaysia. Menaiki bot. Berasak-asak. Menyelinap di balik semak-semak. Berkerja sebagai buruh binaan dan pembantu rumah. Malam-malam dengar lagu dangdut koplo.-Haish....


Dalam kelas aku. Aku anggarkan. Cuma ada sekitar 3 orang yang berketurunan Jawa. Aku, Si Gemok dan Kak Nani. Aku yakin. Mereka pun berdenyut jugak dalam hati.


Sedikit terluka sebenarnya bila masih ada yang menganggap orang yang berketurunan Jawa ini masih lagi pendatang biarpun sudah punya kad pengenalan serba 'canggih' warna biru. Tapi perkara ni aku tak ambil kisah sangat sebenarnya. Cuma sekadar nak berkongsi. Tentang pandangan orang lain terhadap mereka yang berketurunan Jawa.


"Sebelum tu, ada juga seorang kawan dari Pantai Timur yang mengatakan kepada aku, "Sebenarnya saya seram jugak nak kawan dengan awak. Orang kata, orang Jawa ni banyak ilmu (hitam)."


Pulak.


Hmm. Tak kisah lah orang nak anggap aku apa sekali pun. Aku tak rileks je. Cuma kadang-kadang sedih jugak. Macam-macam rupanya orang anggap orang jawa ni. Macam lah orang jawa ni hina sangat. Ada pulak yang samakan keturunan Jawa kat Malaysia ni sama je macam yang kat Indonesia sana. Tapi, kalau ada ciri yang sama pun, aku kisah apa. Hina sangat ke orang Indonesia berbanding dengan orang Malaysia? Kenapa? Geli eh? Dah, tu. Bagus sangat ke orang Malaysia ni?


Yang kau terlalak dengan ring tone lagu-lagu Indonesia tak geli pulak? Berkaraoke bagai nak tercabut anak tekak nyanyi lagu Radja tak apa pulak? Tak jijik lah pulak? Cis. Takkan melayu hilang di dunia konon. Hang Tuah tu pun entah ke mana. Orang kata dia pergi pasar lepas tu tak balik-balik sampai hari ni.


Sudah la Hang Tuah. Nak tunggu kontrek ribu-ribu la tu.



Isnin, 11 Januari 2010

Salahkah Saya Memperasapkan Dapur Ibu Saya?

Kalau senja-senja (ya, aku suka menulis waktu senja kalau aku keseorangan) macam ni kan, kalau tak berborak kat warung dengan geng-geng Rengit, aku akan duduk sebelah mak.


Tengok televisyen siaran Singapura. Saluran Suria. Kalau petang-petang, biasanya ada rancangan masak-masak. Kalau kat Malaysia, kita ada orang lama macam Chef Wan (yang pernah disamakan dengan aku oleh seorang pensyarah UM). Kalau kat Singapura pulak kita ada brader BJ dengan Mami. Aku lupa nama sebenar Mami. Tapi menurut mak aku, Mami ni orang lama radio Singapura. Sekarang ni brader BJ dah lama tak keluar tv. Selalunya Mami lah dengan rancangannya Dapur Mami.


Seronok tengok rancangan masak-masak ni. Lebih-lebih lagi dengan mak sendiri. Ye lah. Kadang-kadang bukan semua step diorang nak tunjuk kat tv. Bila ada mak kat sebelah bolehlah aku tanya-tanya apa yang patut. Mak aku memang rajin bercerita. Banyak jugak ilmu-ilmu dapur yang aku dapat bila sembang-sembang dengan dia sambil tengok tv ni.



Aku pun tak tau kenapa aku teruja sangat dengan rancangan masak-masak dan aktiviti memasak itu sendiri. Aku pantang kalau dengar ada rumah yang nak buat kerja kahwin masak nasi baryani. Sanggup aku tunggu kat sebelah periuk duduk diam-diam tengok orang masak.



Kerja-kerja memasak ni selalunya dikuasai oleh orang perempuan. Tapi kalau dah sampai tahap profesional, aku tengok orang lelaki pulak yang ramai menguasai. Tak tau lah kenapa. Tapi hati aku terdetik. Ada sesetengah orang perempuan yang tak tahu langsung memasak. Yelah perempuan moden. Zaman sekarang. Mana ada masa nak jengah ke dapur. Sibuk dengan hal akademik. Bila dah besar sikit sibuk pulak dengan kerjaya. Tapi bila bab kahwin, laju pulak. Hantaran itu dia!!!!-terbaik. Bila suruh kupas bawang, dia tak tau. Hmm.. nasib lah.


Aku tak setuju bila ada yang cakap pengetahuan memasak itu tak penting. Ini mengarut. Ini cakap orang-orang yang ego. "Apa susah, kedai kan ada?" Dem. Gua panas.


Bagi aku. Memasak itu adalah satu ilmu bagaimana kita meneruskan kehidupan kita. Memasak itu juga merupakan seni. Dalam menyampai dan meluahkan. Rasa kasih dan sayang kita. Pada mereka yang dekat di hati.


Sekali lagi. Bercakap pasal masak pun nak emo! -aduh.





recover

Badan masih letih-letih setelah pulih dari demam. Amat menjengkelkan berhadapan manusia skima. Semuanya terlalu bergantung kepada manual.


Aku mahu jadi pemberontak.


Pakai serba hitam. Tutup separuh muka dengan sapu tangan besar. Berbekalkan setin spray warna hitam.


Catat pada dinding kosong dan tulis,


"Janganlah skima sangat, bodoh. Bosan."

Rabu, 6 Januari 2010

Harapan

Hari tu.


Pensyarah aku suruh tulis atas kertas. Azam tahun baru. Memang tak ada sebenarnya. Tulis kerana terpaksa. Dan dia terpaksa buat begitu kerana kami adalah antara orang yang loyal dalam kelas. Tak pernah ponteng. Jadi, siapa yang tulis azam dia pada hari itu. Dia dapat markah bonus. Layankan sahaja.


Antara yang aku tulis. Nak bikin kugiran sendiri. Senang.


Kalau aku ditakdirkan mengajar kat kampung aku besok. Memang aku akan set up band sendiri. Tak dapat kawan-kawan. Aku rekrut anak-anak murid aku. Aku bukan ajar buat benda jahat pun. Ajak main muzik pun salah ke? Main muzik dengan merempit. Mana lagi keji?


Mana Reconstruct? Mana Semerepang? Mana A//Rose? Sekarang ni banyak sangat band metal core joget-joget ganas. Apa barang? Aku nak bikin band crust macam dulu-dulu. Tak payah kental-kental sangat. Rilek-rilek sudah. Asal dapat keluar peluh pun dah okey. Kalau main lagu Spring memang tak lah. Pernah kau nampak drummer Spring berpeluh-peluh main lagu Sampai Hati?


Masalahnya.


Kalau dibuatnya aku posting kat kawasan ceruk tak ada studio jamming macam mana?



Astaghfirullah!!!!!!!!!!!!!!!

Sabtu, 2 Januari 2010

saya ingin berkenalan dengan wartawan akhbar nasional

Terkadang lucu membaca tulisan-tulisan di akhbar arus perdana. Tulisan yang sangat licik. Andai diperhatikan dari masa ke masa. Kita sudah dapat mengagak apa yang akan terjadi. Apa perubahan yang bakal dilaksanakan. Oleh kerana sudah terbiasa. Jadi, kebanyakan tulisan di situ adakalanya seperti bahan lawak. Bagi aku. Ia tak ubah seperti ajen pembudakkan rakyat.


Dan.


Oleh kerana aku tak mampu berbuat apa-apa. Jadi aku hanya perlu tunggu. Lihat. Menghayati apa yang akan berlaku dan akhirnya ianya berlaku. Tapi, sekurang-kurangnya. Aku lakukan sesuatu untuk diri aku. Agar tidak terus-terusan dipijak.




**

Seronok ya jadi ahli politik? Seronok ya jadi pak menteri?
Kantong dahulukan. Rakyat dikemudiankan.