Rabu, 31 Mac 2010

Ini Manis

Sesak dada diselaputi banyak masalah. Mujur ada sisa semangat kawan-kawan yang ada disekeliling yang mampu memulihkan motivasi aku. Yang turun. Yang naik. Yang besar. Yang kecil.


Serabut.


Semalam aku terbaring. Mengenangkan masalah aku. Jadi murung. Jadi risau. Jadi lemas. Menyebabkan solat maghrib aku lajak sedikit.


Selepas solat. Telefon berdering.


Sebisik 'assalamualaikum' itu membawa semua beban di dada lebur menjadi debu-debu yang berterbangan entah ke mana.

Isnin, 29 Mac 2010

Berulang-alik setiap minggu hanya untuk menonton rancangan masakan

Gua dah tak sabar tunggu bulan 5. Abis praktikum. Gua nak stay rumah diam-diam. Gua telah merancang aktiviti gua. Gua ingin mempertingkatkan skil masakan gua. Gua ingin memenangi hati bakal mertua gua. Hebatnya gua kerana gua telah merancang segalanya. Hatta, Rancangan Pengajian Harian pun gua jarang buat. Memang hebat.


Gua semenjak dua menjak ni amat terpengaruh dengan rancangan masakan. Paling gua ketagih adalah Rancangan Chef Bob Kelong. Budak area Melaka dan ke atas mesti tak tau. Sebab ini adalah rancangan televisyen Singapura di saluran Suria. Siapa beli Estro, dia loser. Di sini banyak siaran. Indonesia dan Singapura. Apedehal brader?


Rancangan ini memang menarik kerana masakan tertumpu kepada hasil laut segar. Lokasi pengambaran juga A kerana dijalankan di kelong-kelong serata Singapura. Apa yang lebih menarik, Chef tangkap je haiwan itu dan segar-segar terus masak! Ini memang menarik dan menggiurkan. Paling sadus tengok dia bunuh udang kara atau lobster. Tikam kepala. Kpriakkk!!! Settled. Terus masuk kuali. Kalau di Malaysia mungkin ia adalah rancangan masakan pertama bagi kategori 18SG.


Apa yang membimbangkan, gua telah berulang alik dari lokasi penyembunyian gua ke kampung setiap minggu semata-mata untuk menonton rancangan masakan ini. Gua fikir, ia sangat berbaloi kerana pada hari kehadapan banyak hati-hati yang dapat gua menangi. Terutamanya, hati lu..sayang. Tangkap leleh syial...

Sabtu, 27 Mac 2010

Siapa kata seorang mat rock tiada unsur RnB dalam kamus hidupnya?




Pernah aku ke tempat ini. Ini salah satu tempat yang nostalgik bagi aku ketika belajar-belajar hidup di Kuala Lumpur disamping beberapa kelab lain yang mendendangkan alunan kugiran secara langsung. Kadangkala, urat-urat ini tidak perlukan irama berat untuk melonggarkannya. Cukup sekadar muzik santai dan vokal yang memukau. Suasana yang nyaman dan rileks serta gadis-gadis manis sudah cukup meredakan ketegangan tekanan hidup.


Untuk awak, kalau saya ada vokal yang baik dan muka yang tak malu. Akan saya nyanyikan lagu itu untuk awak.... Pastinya bukan miming ala drag queen.


Ya, dengan showmanship yang sama macam Nadia Aqilah (yang tengah). Peh..feel brader feel!

Jumaat, 26 Mac 2010

Khamis, 25 Mac 2010

metal kasih sayang

Tak tau la. Kenapa dengar lagu-lagu Plague of Happiness ni marah dan kecewa jadi reda. Memang nama kugiran ni pun membawa erti kebahagiaan tersendiri agaknya.


Ada lagi dua kelas tengahari ni. Pagi tadi agak cun. Budak kelas bijak. Kerjasama sangat cun. Ini membuatkan aku sayang budak-budak.


Apa? Budak-budak?


Aku teringat anak kecil sekecil umur 2 atau 3 tahun yang terjatuh di kedai makan Siam malam tadi. Comelnya..... Dah jatuh pun boleh senyum-senyum lagi dengan aku dan kawan-kawan. Masih terbayang-bayang sampai sekarang.



Kenapa tiba-tiba suka dengan budak-budak kecik ni? Kenapa?! Ini persoalan yang masih tak terjawab sehingga pagi ni.

Rabu, 24 Mac 2010

Kepingin Soda Gembira

Macam Rembo. Aku pun tengah down. Apakeharam jiwa aku sangat kacau bilau. Bila kacau bilau maka akan sakit belakang badan. Bila sakit badan belakang akan ganggu frekuensi tidur. Ini yang paling aku tidak gemar. Dan, kemuncaknya adalah sakit perut. Mintak dijauhkan.


Bila difikir-fikir ramai dugaan orang lain lagi berat. Tapi kadang-kadang macam tak larat menghadapi dugaan. Apatah lagi dengan kekurangan sokongan moral kawan-kawan. Hanya ada Borhan dengan Syahril. Masalah pun lebih kurang sama. Jadi beban dada itu hanya berputar di situ. Semangat jadi luntur.


Macam nak lari dari masalah. Tapi tak boleh. Ini sangat tidak jantan. Ada tak ada aku naik motor pusing-pusing waktu petang. Tu pun waktu terlalu singkat berjalan. Mata pun dah mula lebam kerana kurang tidur. Letih tak usah nak cakap.


Dzul pernah cakap aku ni suka mengadu. Ye, memang lah. Mengadu, mengeluh, merungut. Mana lagi kot aku nak buang semua cas-cas negatif ni kalau tak kat sini. Sabar. Sabar dan sabar. Tapi kalau pendam-pendam masalah ni jadi lebih berat dada ni. Ye tak?


Jadi ini memang blog mengeluh dan seangkatan dengannya. Aku harap blog ini akan bertukar menjadi blog paling romantis pada suatu hari nanti. Sarat dengan gambar sisa makanan di restoran mahal, gambar genggaman tangan, gambar kaki aku dan seorang perempuan. Atau paling ekstrim sekali gambar hantaran atau majlis pertunangan.



Kan senang bila ada sentiasa ada orang di sisi mendengar keluh kesah tangis tawa seorang lelaki ini? Ewahhh......


Kalau Rembo nak meniaga, ada band dan ntah apa benda lagi.. Kalau aku, aku hanya nak satu. Set manusia yang tahu menghormati dan memahami antara satu sama lain. Hidup dalam keadaan yang cukup-cukup harmonis. Itu pun sudah memadai.

Sabtu, 20 Mac 2010

Berbicara Mengenai Revolusi







Bila bercakap soal punk apa yang terlintas di fikiran adalah kemarahan atas kerakusan sistem kehidupan yang menindas. Seorang punk setidak-tidaknya perlu melakukan satu revolusi terhadap masyarakat disekelilingnya bagi mengaplikasikan pemahaman dan teori mengenai anarkism untuk melihat sejauhmana ia boleh digunapakai. Seperti di sekolah. Kadang-kadang aku terfikir untuk melakukan satu revolusi. Seperti meng-hi jack kantin lalu memberikan makanan percuma kepada pelajar. Ini memang betul-betul Food Not Bombs. Tapi apa pula risiko yang bakal aku terima kalau buat macam tu?


Tapi aku rasa tak lah dasyat sangat.


Paling-paling makcik kantin suruh aku mop lantai, basuh ayam dan angkut barang-barang basah yang baru dibeli dari pasar.

Khamis, 18 Mac 2010

Kelajuan Yang Tidak Membahayakan Pengguna Jalan Raya




Ini bolehlah dikatakan lagenda metal Asia Tenggara. Bukan senang nak jadi macam ni. Banyak pengorbanan. Bukan saja tenaga, duit dan masa. Malah cakap-cakap belakang pun perlu dibakulsampahkan saja. Balik waktu maghrib pun takut mak bebel ada hati nak buat band macam gini? Ah, sudah.

Memang terbaik. Aku dengar orang cakap album baru ni pun masih laju gila babas macam dulu-dulu dan kurang melodi yang menangkap. Ini tak boleh jadi. Kena rasa sepam tengok macam mana sound dia hentak hifi aku. Cakap banyak pun nak buat apa. Aku bukan budak metal pun. Salah cakap kang kena lepuk kat Campbell Complex kang, naya.

Rabu, 17 Mac 2010

Pengaruh zaman remaja




Haha.. Sapa dulu pernah terpengaruh dengan emo? Dulu-dulu tak segan pun nak mengaku dengar lagu emo hardcore, emo rock dan macam-macam lagi. Tapi sekarang dah macam hampas. Mengarut gila. Sampai ada emo-gothic Times Square dengan trend pakaian yang mak aih.. Siap ada kepak wa cakap lu! Ini pejadah semua ni? Ada yang berpendapat budak-budak ni terpengaruh dengan My Chemical Romance. Ha ha. Mujurlah aku jadi budak kampung. Pakai ikut sempat je. Kalau aku sekolah kat KL, mesti aku dah pakai kepak kat belakang badan naik LRT.


Kalau siapa-siapa perasan, style dan fesyen band ini pun boleh tahan meletup jugak dulu. Apa pun video klip ini masih rileks-rileks lagi. Teringat zaman-zaman sekolah siak. Zaman-zaman Arep masih student UTM, zaman Golok masih kat ILP, zaman aku masih tingkatan 6 Rendah cabut UiTM, haha...


Agak ada ke band main macam ni lagi?

Terkadangkala

Ingin juga menulis puisi paling emosional yang datang dari hati paling deep sekali untuk kekasih. Jadi aku tulis, tulis dan tulis sampai berdarah-darah.

Setelah siap semuanya. Aku sertakan sekali dengan setangkai ros merah yang paling terang sekali rona warnanya menghiasi kata-kata yang menyiat jiwa.


Selepas itu.
Aku pijak-pijakkan sampai lumat dan letakkan di depan pintu rumahnya.

Selasa, 16 Mac 2010

Didikan Seorang Abang

Seorang budak menghadiri acara muzik. Susuk badannya saja telah membayangkan dia masih bersekolah. Setelah penat berjoget ganas. Dia perlukan tenaga tambahan selain dari bentuk pepejal dan cecair. Dia memerlukan asap.


"Bang, ada rokok?" dia minta aku.

Aku, "takda."

Dia, "straight edge!"


Dengan suara separa menjerit. Menutup perbualan dan berlalu pergi.

Macam haram.

Ahad, 14 Mac 2010

Ulasan Persembahan Muzikal : Maaf Muar, kamu mengecewakan


Jujurnya, aku memang tak pernah berkunjung ke Muar untuk acara muzikal. Malah bandar Muar ini hanya sekadar transit aku setiap kali aku menaiki bas ekspress. Bukan memperkecilkan bandar Muar cuma dari segi tarikan peribadi aku, Muar bukan bandar pilihan untuk membeli-belah hatta 'membeli belah tingkap' sekalipun.


Jadi, tatkala terdengar perkhabaran adanya persembahan muzikal di sini, aku mengambil peluang untuk berkunjung ke bandar ini. Seawal pukul 11 pagi aku dah bergerak ke rumah kenalan aku di Penggaram dengan berkereta. Aku tinggalkan kereta di rumah kenalan itu dan menggunakan keretanya untuk ke sana. Kenalan ini merupakan kenalan sewaktu kami mula-mula membikin newsletter hardcore/punk dahulu. Kenalan ini merupakan seorang pendukung falsafah straight edge pada satu ketika namun tidak lagi pada hari ini walaupun dia masih tidak merokok. Biarpun begitu, aku masih berkawan dengannya.


Sekadar mengisi masa terluang cuti sekolah, aku rasa aku perlu gembirakan hati aku untuk bersiar-siar dan melakukan sesuatu yang aku suka. Persembahan yang berlangsung di dewan kecil milik Persatuan India memang telah diduga akan bermula lewat. Itu sudah menjadi kebiasaan. Barisan kugiran terdiri dari pelbagai genre. Ada nama yang pernah aku dengar dan ada pula nama yang tak pernah aku tau. Aku beranggapan pasti ada beberapa kugiran dari Muar yang mana ingin sekali aku jengah idea mereka.


Persembahan yang bermula kira-kira pukul 3.45 dimulakan dengan lagu Negaraku. Ya, lagu Negaraku. Syarat baru bagi penganjuran aktiviti muzikal, menurut pengajur. Kugiran pertama menyaksikan Locomoco membuka tirai. Hadirin masih segan-segan anak dara tunggu pinangan. Apatah lagi aku yang sudah tua ni dan bukan anak Muar. Lagi lah segan. Hmmm muzik brit pop yang memanglaaaaaah bukan citarasa aku. Tapi ah, layankan je. Sempat juga aku petik-petik kamera kompak murah aku. Jenuhnya menunggu kugiran ni menutup persembahan.


Band kedua merupakan band apa tah nama dia dari Kuala Lumpur. Kang tulis kang, kalau salah buat segan aku je. Kalau tengok dari segi nama pun dah dapat agak. Ni mesti stail-stail hardcore metal moden masa kini. Apatah lagi apabila menyaksikan technician mereka merupakan seorang abang otai scene metal hardcore terkini. Band ini siap dengan synth dan keyboard. Sesi soundcheck pun dah try-try main Devil Wears Prada. Habis. Memang punah. Tempat kecik. Ni kalau nasib tak baik mau melambung kamera aku. Tapi aku gamble. Berdiri kat tengah crowd. Benda ini sangat rare dan tak pernah aku buat. Aku masih bersangka baik bahawa hadirin berada tahap malu-malu ayam serama.


Lagu pertama dimainkan. Hadirin hangguk-hangguk kecil. Aku lega. Snap gambar sana sini budget macam pakai DSLR sial. Dan ya! Itu dia... bila part breakdown suasana terus bertukar jadi macam kandang babi. Macam cilaka. Aku terkocoh-kocoh masukkan kamera dalam beg! Ah babi!! Huru hara. Macam mana ni setan? Aku kat tengah-tengah. Sekali itu dia!!!! Jam tangan Casio gaji pertama aku lesap dari tangan!! Tak guna!!!! Selang beberapa saat kaca mata Evisu aku melambung. Aku sempat cekup!! Tak gunaa.. Mana jam? Mana jam?!!! Binatang!! Budak tolak-tolak aku yang tengah dok meraba-raba cari jam tangan aku. Itu dia!! Jam tangan aku tersepak-sepak oleh budak-budak ni. Ya rabbi!! Aku nak capai. Budak sepak. Nak capai lagi budak sepak. Haram!!!!! Akhirnya muzik pun berhenti. Budak pun steady. Aku capai jam aku cepat-cepat dan duduk di atas monitor yang diletakkan atas lantai. Tiada kecederaan major pada jam aku. Maklumlah jam ada harga sikit. Cuma tali je putus. Walaubagaimanapun aku tetap mencarut. Aku terus quit ambik gambar.



Aku terperasan ada beberapa ekor budak-budak saiz umur 15 hingga 17 berpakaian ala skinhead dengan corak pakaian tak mengikut piawaian yang ditetapkan. Agak lucu dan cuba membuat huru-hara di sebalik hadirin yang moshing. Ini buat gua panas. Lu nak dress up macam sampah gua tak kisah. Tapi bila lu orang cuba sepak-sepak dengan sengaja mereka yang tak bersalah ini sudah lebih. Ada beberapa budak cuba berjoget hardcore terkini. Itu pandangan biasa walaupun aku tak begitu berkenan. Biarkan. Namun, beruk-beruk skinhead ini terus memprovok dan mengganggu semahu-mahunya. Menunjukkan jari tengah. Menjerit-jerit dengan bahasa yang kurang elok. Ada satu ketika seorang anak terjatuh ketika sedang menari-nari. Lantas, peluang ini tak dilepaskan untuk mereka untuk menyepak perut budak yang gemuk itu bertubi-tubi. Topi yang dipakai oleh budak gemuk ini kemudiannya dilempar ke belakang. Aku hormat budak hardcore gemuk tersebut kerana dia pantas bangun tanpa reaksi dan mengambil semula topinya. Tak layan. Kalau dilayan memang 'menjadi'.


Aku memerhati sahaja. Memang inilah tugas anak-anak yang memakai pakaian ala skinhead ini pada ketika persembahan diadakan. Membuat huru-hara. Dari pemerhatian aku mereka datang untuk memberi sokongan kepada band kawan mereka yang difahamkan berkonsepkan street rock tapi membawakan lagu dari band skinhead ke Offspring ke The Jet ke Dum Dum Tak dan suka hati kau lah kau nak gasak lagu apa janji kau happy dengan kawan-kawan sudah. Time ni, dorang dengan kawan-kawan dorang je la seronok. Lantak kau.


Aku selalu terserempak anak-anak skinhead di gig-gig hardcore di Kuala Lumpur ataupun tempat-tempat lain. Mereka tenang. Memerhati. Pernah juga bertukar-tukar senyuman dengan aku. Jelasnya, mereka saling menghormati. Namun lain sekali senarionya di Muar. Adakah mereka benar-benar faham disebalik prinsip dan falsafah budaya skinhead itu aku tidak pasti. Tapi ini amat menjelikkan dan menjadikan venue gig tersebut kurang selamat. Aku menjangkakan, sekiranya ada yang kurang sabar pasti pergaduhan akan timbul.


Sangkaan aku tepat. Sewaktu berehat untuk solat maghrib. Mereka akhirnya bertelagah sesama sendiri. Seorang abang berpakaian ala metal kental dengan selamba menyindir, "Masalah keluarga la tu," sambil diiringi gelak tawa rakan-rakannya. Memang melucukan. Cuba mencari pasal dengan orang lain, akhirnya bergaduh sesama sendiri. Teruskan. Aku terus hilang mood untuk ambil gambar. Adalah sikit-sikit... Tapi dah tak seronok. Cuma memerhati dari jauh dan bersembang dengan Arwith tentang pemakanan seimbang. Suasana masih sama. Budak-budak yang berpakaian ala skinhead masih memaki hamun, mengeji dan mengejek persembahan-persembahan band yang mereka tak suka. Namun sayang, siapa pun tak peduli. Kelihatan anak-anak berpakaian skinhead ini amat berbakat mengeluarkan suara kucing, harimau dan monyet. Kalau kena salurannya, mereka pasti mempunyai peluang yang cerah dalam bidang alihsuara.


Akhirnya aku malas nak buat ulasan tentang kugiran kerana tumpuan aku sangat-sangat terganggu dan lebih banyak bersembang dengan kawan-kawan. Harap adalah orang yang menegur atau usir sahaja mereka yang suka buat kacau ni lain kali. Kesian kawan-kawan yang nak berseronok dengan selamat. Perkara macam ni menyebabkan aku malas nak datang gig di Muar ni lebih-lebih lagi gig campur. Aduhai.. Ada lagi rupanya suasana macam ni kan? Ingatkan dah tak ada dah....


Pukul 10.30 malam aku bergerak dari Muar. Campur sembang dan merapu-rapu sampai rumah kira-kira pukul 12.45 tengah malam. Esok pagi rewang. Siapa tak datang, ketua kampung catat nama. Aduhai..





Khamis, 11 Mac 2010

Teknik Pembelajaran Berkesan Untuk Tahun 2001

Gua masih ingat lagi ketika itu. Esok peperiksaan matematik tambahan akan diadakan.


Gua jadi bosan. Dah berminggu-minggu terperap dalam bilik. Belajar. Itu pun bukan masuk. Mantul beb. Nak telefon awek, mak dia je yang angkat. Ingat nak ajak dating. Tapi nanti langgar pantang pulak. Ye lah. Musim periksa. Kalau buat benda bukan-bukan, nanti hati gelap.


Aduh. Ada tak ada. Aku mengambil keputusan untuk berkecimpung dalam arena papan luncur pada petang itu setelah beberapa minggu mengambil keputusan untuk bersara di arena sukan ekstrim berkenaan.


Petang itu aku meluncur. Dengan Zaki. Dengan Ayel. Dengan beberapa budak tingkatan 4 dan 3. Main papan luncur. Mengajar erti persahabatan tak kira senior junior. Faham? Ini baru hardcore.


Petang itu jugak. Aku mendapat bahagian. Koyak bahu kiri. Rebah di hadapan seorang kakak tingkatan 6 atas yang suka berkurung dengan teman lelaki di rumahnya itu. Baju sedikit koyak. Ada kesan darah. Aku bangun. Tepuk-tepuk bahu dan luncur lagi. "Tara papa, hey!" dalam hati. Balik rumah. Senyum pada mak dan buat tanda, "good". Tahan sakit. Terus tidur dengan nyenyaknya. Sambil berangan membuat perkara-perkara yang bukan-bukan dengan teman wanita ketika itu.


Esok pagi aku bangun dengan sengal-sengal badan. Pergi ambil peperiksaan matematik tambahan dengan bahu beralas sapu tangan kerana khuatir pedih bergesel dengan fabrik baju. Aku menjayakan peperiksaan itu dengan damai, aman dan sejahtera.


HASILNYA, saya telah berjaya memadamkan subjek matematik tambahan dari sijil SPM saya. dengan tanpa sebarang kesan degil. Sekian.

sa-orang rock

Gadis cina itu mengecilkan matanya. Pandang aku dengan pandangan sinis. Bibir terukir senyum. Dia mendekatkan bibirnya pada cuping telinga aku.


"Sudah jadi cikgu meh. Mana boleh potong belakang bentuk 'V'?"


Potongan rambut aku, memang air tangan dia. Sudah tak ranggi seperti dahulu.

Jari-jariku, sakit semua!

Aku kini dah tak manja lagi. Em...Kadang-kadang je manja. Manja-manja musyuk kata bekas teman wanita aku yang berkedudukan itu.


Dulu aku dimanjakan oleh makcik dobi. Satu kilo, MYR 2.50. Setiap minggu berkoyan pakaian aku hantar ke Makcik yang kadang-kadang aku terpanggil Mak. Bukan apa, sesekali terpana juga arjuna aku terhadap anaknya yang belajar di Politeknik Behrang tu. Agak manis dan lembut tutur katanya. Kalau anak Makcik yang menyambut plastik pakaian aku memang, AHAI................ Bila mata bertentanglah mata........ Dunia bagai nak gila..... Bila sudah gila judi.. (Datuk M. Daud Kilau).



Tapi sekarang, aku sudah berada di tempat baru. Dekat tepi pantai. Jauh dari Banjaran Titiwangsa. Ini sekali menyebabkan harga mencuci pakaian melambung kepada MYR 3.00 untuk sekilo. Sekaligus menaikkan darah muda aku. Pekejadahnya sampai MYR 3.00 sekilo? Bengong!


Untuk itu, aku terpaksa menggunakan kudrat aku yang tak seberapa ini untuk mencuci pakaian aku. Bagi yang mempunyai kekotoran minor, aku hanya perlu menggosok/memberus dengan ala kadar. Bagi yang berat aku perlu mengerah sepenuh tenaga untuk menyahkan kotoran pada fabrik berkenaan.


Aku lakukan ianya setiap hari agar beban itu tak terasa sangat. Sebenarnya tak la penat sangat basuh baju ni. Cuma kita terpaksa berhadapan risiko cuaca apabila pakaian berkenaan dijemur. Selain itu, pakaian kita juga akan berhadapan dengan risiko kena rembat dek mat pet. Ini semua menyebabkan aku berada dalam dilema untuk menyidai seluar Levi's 501, t-shirt rare. Itu belum risiko ahli sihir lagi.


Ah, sudah!


Kalau lah ada orang basuhkan dan gosokkan baju kan senang. Kalau dia pandai ikat tali leher itu sudah BONOSSSS, BANG!

Sabtu, 6 Mac 2010

Stesyen berikutnya

Cukup risau kalau mengalami perubahan gaya hidup. Ini kadang-kadang membuat aku jadi menyampah. Mula marah-marah. Apa pun, semua keputusan ini aku yang pilih. Semenjak umur 16 tahun semua pilihan berada di tangan aku. Orang tua aku jarang-jarang sekali masuk campur.



Ya. Aku mula serius dengan hal kerjaya. Ini bermaksud aku sudah sedikit demi sedikit menjauhkan diri dari hal-hal yang lain. Kerjaya untuk jaminan hidup. Aku pilih bidang ini dengan harapan aku gembira melaksanakannya. Bukan kerana faktor wang. Kalau kerana faktor kewangan aku tak pilih bidang ini. Mungkin aku pilih bidang peragaan (haha).


Faktor geografi(seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini) amat memainkan peranan dalam menetapkan gaya hidup aku seterusnya. Kerana disitulah penentu sudut sosiologi dan budayanya. Kalau tak dapat menyesuaikan diri memang jahanam. Tekanan ada di situ.



Aku akui, kebelakangan 5 atau 6 tahun ini aku gembira belajar di Kuala Lumpur dan ketika di Tanjong Malim pun aku masih ada peluang meluangkan masa datang ke gig. Berjalan-jalan dengan kawan-kawan Inquiry Last Scenery membuat persembahan misalnya. Ke hulu dan ke hilir. Bagaikan satu keluarga yang tak pernah berenggang. Jadi, aku berterima kasih kepada mereka kerana memeriahkan kehidupan aku yang memang tak berapa ramai kawan ni. Aku pernah bercerita dengan Kimmy Tyrant kalau tak berkenalan dengan mereka pasti aku dah jadi mat skima. Berseluar slack ke sana ke mari dan memakai tshirt persatuan. Berkahwin. Menanggung beban membeli kereta buatan tempatan. Memikirkan benda-benda tipikal seorang lelaki melayu muda. Atau secara mudahnya, mungkin aku langsung tidak mengambil tahu perkembangan dunia hardcore punk tempatan.


Ok. Ringkasnya aku rindu nak bertemu rakan-rakan di Kuala Lumpur. Baring-baring dan tengok tv dengan budak-budak Bukit Kerinchi. Pergi makan ramai-ramai satu rumah. Selain dari pergi melihat-melihat persembahan rakan-rakan yang ada kugiran. Setidak-tidaknya lega juga lah tulang temulang dan urat saraf aku bila bergelak sakan dengan diorang nih. Dah lama sangat rasanya tak jumpa diorang. Aku terlalu sibuk. Terlalu banyak nak dikejar dan difikirkan. Sampai rambut dan janggut pun beruban. Kalau aku ada awek, mesti awek aku dah lari ke Lombok. Masa yang terluang, hanya cukup-cukup untuk melepaskan lelah.


Kenapa lah masa itu mencemburui aku. Kalau lah masa itu seorang awek, mesti aku dah slow talk dengan dia. Belanja makan pisang goreng yang dicicah sambal kicap sambil menghirup barli ais petang-petang di tepi jalan.


Tapi akan daya. Masa itu emas kata orang-orang. Emas bagi orang-orang yang menganggap masa seperti komoditi yang mempunyai nilai kewangan. Ini sangat bodoh. Aku tidak setuju dan aku bantah dengan sekeras-kerasnya sampai ketuk meja dan berkocak air di dalam cawan.


Bagi aku, masa itu kesempatan.


Kesempatan boleh dinilai dengan wang ringgit? Sapa ngajar? Nak kena lempang?