Khamis, 29 Disember 2011

Tua Sebelum Usia

Perasan tak benda ni?


Bukan maksud aku rambut kau beruban sebelum usia kau cecah 30. Atau masalah keguran rambut tatkala tangan kau menggenggam ijazah sarjana muda yang kau usahakan hampir 5 tahun tu. Atau beg mata yang tercetus dari usaha kau siang malam menghafal formula dan fakta-fakta penting yang bakal dikarang dalam peperiksaan setiap semester.


Tua Sebelum Usia.


Yang aku maksudkan adalah dari pencernaan pemikiran dan kelakuan kita. Orang kita maksud aku. Tak kira melayu, cina, india, bla..bla..bla... Sama sahaja. Yang mana ada keistimewaan ke, tak ada keistimewaan ke, sama saja.


Semua terperuk di rumah. Memikirkan beban kerja. Beban pelajaran. Beban kewangan. Beban hutang. Beban itu. Beban ini. Beban di sana. Beban di sini.

Memang.

Mana ada manusia tak ada beban. Tak ada beban. Tak ada lah tanggungjawab kan. Tapi sekurang-kurangnya antara kita dan kawan-kawan ni aku yakin 90 peratus inginkan sesuatu untuk diri sendiri yang tak tercapai dek penangan desakan kehidupan.


Cuba bandingkan dengan kawan-kawan kita dari luar. Dari Eropah misalnya. Bebas. Tersenyum. Mengembara. Berbulan-bulan. Adakalanya bertahun-tahun.


Tapi kalau kau yang sama tahap dengan aku.


Beginilah kita. Seharian bekerja. Dimaki. Diherdik. Dicaci. Semata-mata untuk sepinggan mee goreng. Untuk sotong goreng tepung sebulan sekali. Untuk ice blended seminggu sekali setiap pasar malam. Untuk belanja awek dua bulan sekali sekiranya mampu di Secret Recipe. Kita tak ada enjoy-enjoy jalan-jalan cuti-cuti Malaysia berbulan-bulan. Yelah cuti-cuti Malaysia je la dalam otak aku nih. Nak jalan luar Malaysia memang tak lah. Dah senarai hitam kot? Elok sangat lah tu........ Berbasikal keliling Malaysia tak mungkinlah. Kalau tak sapa nak bayar bulanan kereta untuk cari makan. Siapa nak bayar bil itu. Bil ini. Bil sana. Bil sini tertunggak. Bila sana terkangkang. Adik mintak duit lah pulak kasut koyak. Atap rumah pulak dah bocor.


Inilah kehidupan kita. Terimalah seadanya. Sekurang-kurangnya. Kita dah mampu fikir kehadapan. Macam mana nak imbang belanjawan minggu hadapan. Macam mana nak hadkan perbelanjaan untuk ruang bagi duit kat mak bapak. Nak buat macam mana. Salam satu Malaysia.

Ahad, 25 Disember 2011

Rajuk dan ugutan

Aku pernah terdetik nak beli Samsung Galaxy yang 7 inci tu. Sebab pc aku terbarai dan netbook aku dah tinggal 3/4 skrinnya. Sebab kena tarikan magnet dari speaker kata member aku. Tapi lepas aku beri ugutan selama beberapa minggu nampaknya netbook aku ni jarang buat masalah. Boleh view full screen pulak.

Betul ke orang-orang cakap barang-barang ni macam paham kalau kita 'bengkek' dengan dia?

Sabtu, 17 Disember 2011

Laporan Bunyi-Milisi Kecoa, Harda Tider, Carburetor Dung, Alexander Mansuri-16/12/11

Pergi gig melenggang kangkung. Maknanya aku tak bawak kamera. Ini perkara paling rare sejak aku mula memiliki kamera sendiri pada tahun 2009. Boleh pulak Pak Itam aku nak bawak kamera buruk aku ke Langkawi. Pakcik sendiri punya pasal. Aku mengalah. Ditambah pulak seteru perniagaan aku towkay Gedey Gombal tiba-tiba tak jadi datang lagi aku menyirap. Siang tadi call aku beriya ajak jumpa. Nak ajak wrestling la. Nak kungfu-kunfu la. Cis. Nasib baik ada Obey.


Bila tak ada kamera. Aku tak merayau sangat. Badan mula rasa bahang kepanasan The Wall sebab tak jalan-jalan ke hulu ke hilir. Aku tak banyak bergerak. Melainkan tengok diorang setting alat dan menyakat student aku yang terkinja-kinja sewaktu set Milisi Kecoa. Sempat jugak aku humban dia dalam moshpit dua kali. Padan muka. Kat sekolah aku rotan kat gig aku humban dan tolak!



Persembahan ok-ok saja. Band tempatan Alexander Mansuri sebagai opening. Macam biasa metalcore kangkang ada cover lagu dari The Devil Wears Prada. Band lokal band kawan-kawan, tak ada yang support. Tapi bila Milisi Kecoa crowd berasak-asak. Bila band dari Sweden, Harda Tider crowd makin meriah tapi aku yakin tak sampai 40% pernah dengar lagu band ini. Akhir sekali. Punk pakcik-pakcik Carburetor Dung mengambil alih. Ya, mikrofon tak berfungsi. Tapi anak-anak Batu Pahat memang sporting. Boleh sing a long. Alak tak payah nyanyi pun okey, hanya perlu conduct budak-budak ni. Obey dah mula bosan. Tarik muka. Aku layan je. Sesekali pergi ke meja belakang tengok-tengok stuff. Tapi di akhir-akhir set, mikrofon kembali berfungsi. Okey jugak ada main lagu-lagu lama. Mengembalikan memori aku ketika zaman Ricecooker dekat CM dengan Bau-Bau Cafe. Tak tau kenapa. Mungkin sebab banyak kenangan aku dengan Mirul dan Farhan kat situ.

Lepas ngeteh dengan Obey. Aku balik. Seram jugak drive sorang-sorang nih. Tapi aku cucuk belakang sebijik Honda CRV ni. Last-last CRV ni berenti tepi jalan lepas tu dia cucuk aku dengan lampu hi-beam sampai rumah aku. Anjing!

Isnin, 28 November 2011

Ekspress Rakyat VVIP NON STOP

Dari aku seusia remaja pengangkutan bas memang sinonim dengan kehidupan aku. Untuk ke bandar. Untuk pergi kelas tambahan. Untuk pergi jamming. Untuk sampai ke venue gig. Semuanya menggunakan bas.

Sehinggalah usia aku menjengah 20 an', aku mula mengembara menggunakan bas dengan jarak yang lebih jauh. Batu Pahat-Kuala Lumpur, Batu Pahat-Kuala Lumpur-Tanjong Malim dan Batu Pahat Seremban-Port Dickson.

Macam-macam peristiwa pahit aku lalui ketika menaiki bas. Pernah aku bergaduh dengan lawan aku yang bersenjatakan kapak. Ada sebilangan kawan aku yang tak percaya macam mana si sial tu boleh bawak kapak masuk dalam bas dan tak ada orang berani leraikan pergaduhan tu. A bunch of loser kids. Pakai weapon berani la kau. One by one tengok macam mana?

Tak kurang jugak pengalaman aku dimaki pemandu bas Mayangsari ketika mahu pulang ke Johor. Ini semua gara-gara seorang pakcik yang memandai-mandai suruh aku letak beg aku yang besar di dalam perut bas. Aku yang keletihan pulang dari membuat kajian lebih 10 hari di Langkawi mestilah nak cari tempat letak barang. Akhirnya aku diherdik di Puduraya pada lewat malam yang menyebabkan ramai 'abang-abang beg silang perut dan rantai basikal di leher' datang menyaksikan pertengkaran. Namun kita kena cool menghadapi semua ini. Bahasa maki hamun terbaik dan penuh kualiti telah digunakan. Sejak hari itu aku jarang sekali menaiki bas Mayangsari. Berikut adalah ulasan peribadi aku mengenai bas yang paling kerap aku gunakan.

KKKL adalah bas yang selalu aku cari untuk pulang ke Johor atau pulang ke Kuala Lumpur. Perkhidmatannya cekap. Tepat pada masa. Bas selesa. Ada dua tingkat. Aku suka duduk tingkat atas. Pemandunya pun berhemah. Tak pernah lagi aku nampak pemandunya merokok dalam bas. Tapi punyalah hazab nak dapat tiket bas ini kalau kau nak pulang pada pada hari pembelian tiket.

SnS adalah bas kedua yang aku cari kalau KKKL dah habis. Ini pun sangat okey. Tepat pada masa. Pemandunya pun tak la gelabah puyuh bawak laju-laju. Keadaan bas pun okey. Pemandu tak pernah hisap rokok dalam bas dan tak pernah maki penumpang yang salah tempat duduk. Masalah kadang-kadang muncul bila ada pertindihan nombor tempat duduk bila sampai di satu-satu stesen yang mengambil penumpang. Itu saja. Lain-lain okey. Berita baik untuk kaki fixed gear yang keletihan nak mengayuh pulang. Angkut basikal pun tak kena cas apa-apa bayaran. Haha.

Hasri-Selalu lambat. Lagi-lagi dari KL menuju Selatan. Tapi, kalau ada kosong tak payah beli tiket. Bayar upah driver terus jalan. WAHAHA. Masalah lain? Ekzos bas yang menuju ke Batu Pahat macam ekzos chamber. Punyalah bising woi. Hahaha.

Transnasional- Bas ni okey. On time. Aku boleh cakap bas ni menjaga kebajikan penumpang. Masa zaman aku kat Puduraya dulu, siap ada pengumuman bas dia dah tiba dan berada di platform mana. Ada pondok maklumat sendiri. Sangat senang. Cuma seat kecik gila dan tak ada pemijak kaki (dah ditanggalkan, tak tau kenapa). Kadang-kadang tak ada kocek buat selit roti dengan air mineral. Siak betul. Semua aku sepit celah peha.

Mayangsari- Boleh aku cakap brand ni paling celaka? Sebelum aku kena maki dah banyak kali aku tengok orang kena maki sebab duduk tempat ikut suka-suka bila tiada penumpang. Maki bukan main-main siap jerit-jerit. Kali terakhir aku tengok adalah seorang Ah Soo. Orang tua. Dimaki semahu-mahunya. Janganlah sebab dia cina awak maki macam tu. Bangang punya driver. Akhirnya aku sendiri pun kena maki. Kow-kow. Sebut bapak. Babi. Anjing. Lempang. Terajang. Memang sial. Bas ni selalu rosak. Aku pun tak faham kenapa. Selalu tukar-tukar bas dipertengahan jalan. Isi minyak lah. Repair lah. Senang cerita tiap-tiap kali aku naik mesti ada masalah dan akan terlewat satu hingga dua jam. Aku juga pernah saksikan sendiri di pekan Benut selamba bas ni langgar lampu merah. Pemandu hisap rokok dalam bas? Pun pernah derr...Gua macam nak lempang!

Ini semua berlaku dua atau tiga tahun lepas. Aku harap mutu perkhidmatan bas sekarang dah baik. Aku juga harap driver-driver kurang hajar tu dah beralih ke sektor pertanian atau pembersihan. Boleh lah dia maki tanaman dia atau maki longkang yang tersumbat. Mulut dia pun macam longkang, apa ada hal. Sejak ada hentian bas baru ni aku tak pernah lagi sampai Kuala Lumpur. Daniyal ada tanya, aku merajuk ke dengan (kehidupan) Kuala Lumpur.

Aku jawab.

Mungkin.

Jumaat, 11 November 2011

Anak Muda Kelas Ketiga

Lu kerja. Cari duit. Beli nasi. Lauk kari. Isi minyak motor. Cukup bulan lu orang sangap. Ini biasa, orang muda. Untuk orang muda macam lu, gua dan yang senasib dengan kita. Ini biasa. Lu steady one corner, sudah.

Akhir bulan lu cucuk mesin ATM lu tengok duit ada sikit bertambah. Boleh lu teruskan hidup lu orang. Macam biasa. Beli nasi. Lauk kari. Isi minyak motor. Belum sampai tengah bulan lu orang dah sangkak.

Ini biasa. Kita. Anak muda kelas ketiga. Orang akan cakap kita golongan perengus. Busuk. Hidup sekadar nak beli beras. Tak ada vision. Gua bangga dengan gelaran ini. Gelaran yang penuh erti. Bagi anak muda yang penuh perasaan berontak. Ia memberi gua satu semangat. Pernah ada member gua bilang dengan mak dia. Kemudian mak dia bilang sama mak gua pulak. Seorang mak yang ada anak kerja makan gaji.

"Kerja makan gaji tak ada pemikiran yang luas. Anak kami tak suka kerja macam tu."

Lancau.

Last sekali anak dia kerja makan gaji. F and You.

Brader.

Kita tak ada tanah berelung-relung. Kita tak ada kompeni. Kita juga bukan anak kontraktor kelas F yang melobi projek-projek kjaan. Kita tak pandu kenderaan mewah. Kita tak punya pakaian baru. Akaun kita jarang sekali dapat cecah tiga angka. Kita tak punya gajet terkini. Kita berpeluh-peluh. Cari kertas teruskan hidup. Kita dimaki, brader. Kita dihentak. Kita dihempuk. Kita letak belakang family kita. Kita jadi hamba brader. Untuk teruskan kehidupan. Lu steady brader. Kita sama.


Brader.

Gua paham perasaan lu orang. Biarpun kental. Kadang-kadang lu rasa loser. Yang mana tak ada pendidikan tinggi terus membanting tulang. Yang ada kelulusan pun apa kurangnya. Berhempas pulas membayar hutang. Kita dimaki. Kita dihina. Kita dicerca. Untuk secebis rezeki. Ini semua kehidupan brader. Gua faham brader. Kita semua punya cita. Nak hidup bahagia. Nak ada rumahtangga. Tapi inilah rintangan hidup kita brader. Kita mula dari zero brader. Kita kelas ketiga. Pelan-pelan kayuh. Banyakkan bersabar. Ini bukti ketampanan kita brader. Kita tak mau senang atas titik peluh orang tua. kita tak mau happy atas faedah penindasan. Kita tak mau enjoy ini life atas kesengsaraan orang.


Brader, ini jam......... duit sudah jadi susuk.



Bila satu hari nanti. Kebenaran mengatasi material. Lu jadi orang yang paling dihormati. Kecekalan lu. Ketabahan lu. Kekuatan lu mengharungi kehidupan penuh pancaroba akan menjadi semangat generasi seterusnya. Akan jadi panduan anak lu. Cucu lu. Cicit lu.


Kita bukan pecundang brader. Stay on track.

Harapan Anak Muda

Wa tau ada orang tengok wa macam orang yang tak berguna. Walaupun wa dah kerja ada lagi yang pandang wa sebelah mata. Lagi-lagi mata orang tau. Eishhhh wa panas ah. Tapi wa tak berapa nak hairan pun. Wa buat apa wa punya suka ikut pertimbangan wa.

Wa sering baca ulasan orang-orang tua tentang anak muda yang hancus bersepai tak boleh diharap dengan macam-macam masalah.

Wa dengan ikhlasnya. Kadang-kadang menyampah dengan pendapat orang tua. Bikin panas dan pung pang pung pang dia kadang-kadang tak guna satu sen pergi mampos.

Lu tau apasal anak ini macam ini jam?

Ini semua lu orang punya pasal. Lu dum dam dum dam kat atas anak-anak muda di bawah yang tak punya apa-apa ni semakin tersepit. Tersepit macam mana lu tanya? Tersepit mahu hidup la bodoh.

Ini jam. Mau kerja susah. Ada sijil pun serupa tara sijil. Apa sebab wa cakap ini macam? Lu gaji takat SPM kata lah RM 800 sebulan. Tak ada hutang pejadah semua. Yang ada degree, gaji RM 1100. Sebab harga nak dapat sekeping kertas bermaruah tu mahal, dia punya gaji sudah kena potong bayar hutang belajar. Tinggal RM 800. Apa lancau semua ni?


Tu yang kat luar. Berapa ramai yang menderita tak ada kerja. Bukan tak nak kerja. Memang susah dapat kerja. Ada dapat kerja, kadang-kadang tu jauh dari tempat tinggal. Nak menyewa rumah nanti, tak makan nasi pulak. Nak berulang alik pulak, bukan lu orang tak tau. Nak kena bertambang pulak. Kalau motor tu boleh gerak dengan air liur cara jugak. Ini semua dilema orang muda. Yang dok atas pakai tali leher siang malam sampai bawak ke tidur mana tau masalah macam ni? Pala pak hang!


Wa boleh jamin brader. Satu hari nanti lu boleh jumpa peragut yang ada Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari IPTA kalau perkara ni berlarutan. Harapan wa, semoga ada perubahan. Maksud wa perubahan yang positif untuk kehidupan yang selesa. Lu orang tak payah sembang pasal mewah dulu la, bikin panas. Kasi selesa budak-budak muda ni. Baru yang lain boleh develope. Aduhai, wa hentak tengkok lu kang!! Ini makan pakai duit klinik sakit pening pun entah ke mana hala lu lagi nak sembang modal insan... Apa lu mengarut? Meh sini wa rodok perut lu?




Khamis, 10 November 2011

Politik Air Liur

"Kenapa dia tak sumpah kita(rakyat) jadi burung layang-layang terus? Sembur air liur terus jadi kaya. Boleh beli handbag dengan cincin dia yang mahal tu banyak-banyak. Puas kan?!!"


Mak gua pagi-pagi dah membebel sorang-sorang. Biarlah. Asal dia puas hati. Banyak sangat baca media alternatif agaknya.

Rabu, 9 November 2011

Kayuh saja lain-lain tolak tepi lah.

Ini kenderaan kayuh yang terkini. Dah lama sebenarnya. Tapi inilah yang ada setakat ni. Aku beli dengan hasil bisnes kecil-kecilan aku. Nampak juga terbeliak depan mata hasil penat lelah aku. Aku kayuh dan kayuh. Cap ayam, tak ori, murahan. Semua aku tolak tepi yang penting aku kayuh. Mana aku nak pergi aku punya suka. Kau boleh jalan.

Aku kayuh sorang-sorang. Tak payah ada geng bagai. Leceh dan buang masa. Ada jugak mat-mat basikal gear longgok-longgok ajak aku ride dengan diorang. Kata diorang, "asal kayuh, kita kawan tak kira gear."


"Kepala bana kau," aku cakap dalam hati.


Pergi jalan lah kau, aku tak nak ikut kau kayuh usung bendera sana sini.
Pergi jalan lah kau, aku tak nak ikut kau kayuh sempena acara politikal.

Rabu, 2 November 2011

Fiksyen Kurang Hajar 2

"Peh motor kau ni...boleh sampai sini eh? Motor apa ni?" tanya mat superbike beli motosikal pakai nombor plat Singapore dengan harga murah.

"Skuter,"

"Oh...mesti lambat nak sampai kan?" tanya. Melangkah. Tanpa tunggu jawapan.


"Eh, kau."

"Apa?"


"Ni." *tunjuk jari tengah* "Lanchiow."

Selasa, 1 November 2011

Fiksyen Kurang Hajar

"Amboi, ramainya anak pakcik..."


"Rezeki."


"Macam arnab!"


Kedengaran bunyi preng-an motor sayup meninggal pakcik yang berusia lewat 50an bersama 7 orang anak yang berusia 11 bulan hingga 12 tahun tidak terkawal perangainya.

Isnin, 31 Oktober 2011

Seraut wajah syurga bayangan tepat ke neraka

Lelaki.

Berkopiah. Berserban. Berjubah. Berbau haruman bebas alkohol. Tasbih sentiasa di dalam kocek. Solat lima waktu tepat pada waktu dan berjemaah. Berpuasa sunat. Melakukan amalan-amalan sunnah. Menyukai warna hijau. Berjanggut. Berdahi lebam. Berseluar senteng atas buku lali. Sinonim dengan perjuangan parti yang lebih kepada keagamaan.


Perempuan.

Bertudung labuh. Menutup aurat. Adakalanya berpurdah. Berjubah besar. Longgar. Labuh. Kalau student universiti, akan sentiasa menyarungkan jaket hitam yang berslogan ke arah kebaikan. Berstokin hitam. Bertshirt labuh dengan tulisan 'iman inside'. Sinonim dengan perjuangan parti keagamaan. Hebat bercakap soal pahala dan dosa. Sering menegur orang sekeliling yang melakukan mungkar dan dosa yang kecil mahupun besar. Teguran secara tepat ke muka biasanya.



Dua ikon ini. Apabila digabungkan dengan ciri di bawah, seperti:-



Bercakap kasar. Menengking-nengking pada hal yang kecil. Mengumpat. Menceritakan keburukan orang lain dan menghebah-hebahkannya. Bercakap soal perjuangan tapi lidah sering basah dengan carutan, makian lengkap dengan nada lantang. Memaksa. Kedekut. Tidak menghormati orang lain. Benci dengan kaum lain. Tidak menghormati agama orang lain. Mencerca. Mengeji. Memaki hamun.



Kau fikir aku boleh hormat orang macam ni?


Kirim salam.

Sabtu, 29 Oktober 2011

Kuda Ku Lari Gagah Berani


(nama mesin ni 4g93)

Pada umur aku 13 tahun, aku dah mula berangan untuk memiliki kereta sendiri. Tapi aku rasa aku sedikit bijak masa tu. Aku tak pernah mengimpikan kereta mewah dan diluar jangkaan untuk dimiliki. Kerana aku sedar. Siapalah batang hidung penyekku ini untuk memiliki kereta begitu. Realiti kehidupan sebenarnya adalah terlalu perit untuk mengiringi impian. Kena realistik.

Jadi aku hanya berharap untuk memakai jentera buatan tempatan. Memang aku genggam impian aku itu. Aku tak peduli cakap sesiapa akan pilihan kenderaan yang bakal melindung aku dari hujan dan panas sepanjang perjalanan aku nanti. Jadi aku pilih kenderaan ini tatkala usia aku berumur 27 tahun. Kalau direnung kembali 13 tahun dahulu kenderaan ini hampir mustahil untuk dimiliki jika kita lihat harganya yang mencecah lebih 70K. Namun masa terus berlalu. Sedangkan yang muda akan berkedut wajahnya, apatah lagi harga kereta. Pasti merosot. Jadi ini peluang aku untuk menunaikan impian zaman sekolah aku. Walau dibebel orang-orang tertentu, aku buat pekak telinga. Dan berusaha memiliki apa yang aku idamkan walaupun telah 14 tahun berlalu.


Mak aku selalu mengelak untuk naik kereta aku bila dipelawa haha. Kalau tak kerana terpaksa jarang dia nak naik kereta aku. Tapi aku faham. Kereta aku tak cukup pintu. Nak pakai cepat gamaknya sampai pintu belakang tak terbikin haha. Yelah ekzos pun bising bunyi vraum-vraum. Lepas tu spring keras. Ada lekuk sikit mula eik-ouk eik-ouk. Semalam dia cakap sebelum ni dia sakit pinggang naik kereta aku. Itupun lepas aku bikin spring/absorber baru dia cakap. Kalau dia cakap awal-awal dah lama aku tukar setting kepada bentuk mesra keluarga dan sopan santan.


Bila ada duit lebih sikit-sikit aku repair bagi sedap bila orang naik kereta aku. Tak la dalam hati memaki hamun. Sekarang dah okey sikit kot rasanya. Timing belt dah ganti. Absorber/spring pun dah standard-standard aje. Kadang-kadang bising jugak buah hati aku. Asyik kerja repair kereta je. Tak apa lah. Bagi selesa orang-orang yang aku sayang. Untuk dia jugak, hehehe.. Nanti ada duit lebih lagi, kita beli kereta baru ye Yang? Share bayar bulan-bulan. AHAHA.


Bila kenang-kenang balik, ada juga baiknya aku pakai kereta terpakai ni. Banyak aspek teknikal yang aku belajar walaupun praktikalnya aku tak berapa nak tau. Tapi sekurang-kurangnya aku belajar dan ambil kisah. Tapi aku tak lah mengisah sangat sampai terfikir nak melajukan kereta aku ni. Asal selamat sampai destinasi, enjin selesa dan comel sikit-sikit okeylah tu. Nak laju-laju pun nak ke mana. Stail datang kerja ngam-ngam masa amaran macam aku jarang perah throttle sampai 100 km/j. Rilek-rilek je.. Hari-hari jalan jauh. Lebih 60 km untuk perjalanan pergi dan balik. Layan lagu hardcore sambil bukak tingkap dan melalak kuat adalah sikap yang tak boleh ditegah dari dalam diri ini. Ia semulajadi.


Aku sedar. Dalam usaha aku memastikan kenderaan aku dalam keadaan sihat wal-afiat, aku berhadapan dengan risiko hasil seni insan-insan art yang independen di sekitar tempat kerja aku. Mereka kerap berkeliaran di kawasan tempat kerja aku.


Maksud aku.


Mereka-mereka yang sering melakukan lakaran-lakaran abstrak yang kekal pada dinding-dinding kereta. Terutama kereta-kereta yang dimiliki golongan pendidik.

Sabtu, 22 Oktober 2011

Gerobok Kita

Link
Aku jarang jenguk blog ini sebenarnya. Sejak aku pulang ke kampung. Berhenti dari mengembara. Dari satu negeri ke satu negeri. Aku sudah tidak begitu mengisah di Bayu Senja Di Selatan. Sebaliknya aku tumpukan pada blog aku yang satu lagi.

Gerobok Kita.


Gerobok Kita diusahakan secara senyap-senyap. Pada mulanya hanya diketahui beberapa orang rakan sahaja. Bergerak secara sembunyi-sembunyi. Ramai dikalangan kawan-kawan bloggers tidak tahu akan kewujudan blog yang satu lagi ini.


Aku menganggap blog Gerobok Kita sebagai satu almari online aku. Yang mana ada isi-isinya ialah baju bundle, pakaian dan aksesori terpakai yang aku kongsikan dengan kawan-kawan maya dan kawan yang ada disekeliling aku. Aku sering menggunakan bahasa diri 'kami' di sini kerana di sini jugalah rakan-rakan rapat aku mengiklankan barangan mereka untuk didagangkan. Apa yang pasti, di sini tiada produk baru. Semuanya terpakai. Dari baju, seluar, topi, beg hinggalah ke alatan elektrik.


Aku tidak memborong. Kebanyakan koleksi adalah milik aku. Namun, ada peniaga yang selalu nampak muka pasar aku ni mundar mandir tiap-tiap minggu di tempat aku mencari barang telah baik hati memberikan aku harga terbaik sebagai peniaga online, cewah. Kenyataannya, almari /gerobok aku di rumah pun sudah tidak mampu menampung beban baju dan seluar aku sampai melengkung lantai almari aku dibuatnya. Jadi, aku berinisiatif untuk jual saja koleksi-koleksi aku agar terus dipakai oleh orang ramai kerana kebanyakan koleksi aku kemungkinan ada nilainya. Aku gemar memiliki baju-baju band, filem dan jenama-jenama tertentu. Jadi, sayang rasanya kalau dibuang begitu sahaja sekiranya baju tu dah tak muat atau aku dah tak terlayan (dah tak terpakai) lagi. Ada baiknya aku tolak sahaja pada yang berminat.


Rata-rata, harga yang tertulis bukanlah harga yang mahu aku letakkan. Aku sangat terbuka sekiranya ada yang hendak menawarkan harga. Tapi berpada-padalah. Adakalanya harga yang diminta tak masuk akal langsung. Antara masalah lain yang aku hadapi ialah mereka yang suka booking tapi tak jadi beli. Senyap sepi bagaikan alam yang mendamaikan. Dah bagi harga murah. Dah bagi nombor akaun. Dah setuju. Dah ada akad jual beli. Namun senyap...sunyi. Mendamaikan. Hanya kedengaran bunyi unggas dan cengkerik di malam hari. Hal ini menjadi lebih rumit bila ada dua tiga orang yang meminati barang berkenaan tapi disebabkan mereka yang dah booking ni tadi terpaksalah aku menolak permintaan orang lain untuk memiliki barang aku dengan alasan dah ada orang booking tapi last-last kesepian melanda. Adui. Sabar je lah. Ini dugaan. Baru sikit. Steady saja. Ha ha ha.


Hasil jualan tidaklah seberapa. Belum pernah lagi aku dengar budak berniaga bundle dah pakai Alphard hatta Toyota Avanza pun tak pernah lagi. Namun memadailah untuk aku meneruskan survival Gerobok Kita untuk terus berkongsi minat dengan masyarakat luar. Dapatlah aku gantikan barang-barang di dalam blog ini dengan barang yang lain.


Apapun, aku harap dapatlah memiliki beberapa buah butik pakaian terpakai di shopping complex macam Buntil tu. Aku dengar owner dia merantau ke luar negara cari barang. Tak heranlah kalau barang dia sangat rare dan berkualiti. Sepadan dengan harga dia yang boleh menyebabkan hampir pengsan.Tapi macam mana nak jadi macam tu, sebab aku ni kacang. Ye kacang? Pernah dengar statement ni?


"Kenapa mudah kacang lupakan kulit?"


Kalau tak paham jugak pergi tanya ptptn.

Khamis, 20 Oktober 2011

Kadang-kadang kita perlu cermin ajaib..

" Iye, saya nampak Sarah kiss bibir pakwe dia ari tu, " Safik beriya cerita dengan aku.

Jadi aku panggil Sarah ke depan.


"Sarah kau kiss bibir boyfriend kau ye? Safik cakap dengan aku tadi."


"A'ah. Habis tu, dah sayang kan?"


Aku tersentap. Satu pengakuan berani. Seorang anak gadis di depan gurunya pada usia lewat 20-an, yang jugak pendengar tegar muzik keras. Memang nak kena dia ni. Aku mula ketap bibir. Cari dan susun ayat untuk aku beri sedikit tazkirah kepada anak gadis yang baru nak up ni.


Kejap.


Aku semak fail-fail kehidupan aku untuk dijadikan rujukan rujukan. Hmmm... bzzztt bzzzt bzzztt... Ok. Tak apa. Tak ada yang sesuai untuk dijadikan tauladan.

"Macam ni la Sarah. Kau jangan buat benda-benda tak elok. Aku tak suka. Dah pergi duduk. Aku nak tanda kertas periksa ni."


"Ok bos. Thanks!"


Aku terus cari pengasah pensil yang ada cermin. Renung dalam-dalam ke arah cermin tu.


Hmmmm....

Gurau Kasar

"Mak lapar la Long.."

"Apa dia, Mak?"

"Mak belum makan lagi ni.."

"Itu Mak punya pasal aku tak masuk campur."



Haha. Itu gurau kasar aku dengan mak aku. Kau jangan buat dengan mak kau kalau mak kau tak biasa dengan situasi ni.

Rabu, 5 Oktober 2011

Kata Hari Ini bahagian 6

"Aku kalau diberi pilihan pilih wakil rakyat, biar wakil rakyat tu korup asalkan Islam. Daripada yang kafir tapi jujur.." - member wa.



Bravo.

Rabu, 10 Ogos 2011

Giling

Kadang-kadang ada rakan-rakan dan orang-orang tertentu datang dekat aku dan tanya. Apa nilais seni yang terdapat pada lagu-lagu kegemaran aku. Bagi seorang mat rock kapak yang lahir dalam era 70 an misalnya memandang aneh terhadap struktur dan teksture muzik sebegini. Surau garau, paluan deram yang menggila dan gesekan (kalau petikan, ia terlalu melow untuk term muzik sebegini) gitar bingit. Bagi yang buta muzik dan nota-notanya serta hanya menghayati muzik melalui telinga dan hati semata-mata seperti aku, aku hanya mampu berkata begini;



Muzik ni sama macam lukisan. Contohnya, kau cuba bandingkan imej sebiji epal di dalam sebuah buku teks sekolah rendah dengan hasil catan abstrak yang juga bertajuk epal. Ia masih sebuah epal cuma penghayatan dan teksturnya sahaja yang berbeza.

Rabu, 27 Julai 2011

Laporan Bunyi-Comadre live in Batu Pahat (25/7/2011)






Sejak duduk kat kampung ni, antara benda paling rare aku buat adalah pergi gig. Aktiviti DIY hc/punk memang menjadi-jadi di Batu Pahat. Aku respek usaha murni yang dijalankan Uda dan kawan-kawan. Kalau tak ada orang macam ni jangan harap Batu Pahat nak berbunyi. Nak harapkan aku memang tak ah. Dah la pemalas. Sibuk pulak tu. Kalau sibuk betul tak apa. Sibuk dipaksa. Ada je benda kena buat waktu hujung minggu. Siapa cakap kerja mengajar ni tak susah dan banyak cuti? Pala otak dia ah.


Kali ini berlaku di hari bekerja. Isnin. Penat tu. Maghrib aku baru sampai rumah. Tak apalah. Dah lama tak menonton persembahan langsung. Lagipun aku diracun Nasrol budak Pontian tu. Lagipun terbakar juga hati bila dengar Comadre nak datang Batu Pahat. Batu Pahat tu, mat. Bukan One Cafe, bukan MCPA Hall ahaha. Dengan kadar RM 8 engkau boleh layan band dari San Francisco-kalau merungut jugak cakap mahal memang aku tapak situ. Walaubagaimanapun, daya tarikan aku ke sini bukan disebab si Nasrol atau Padel malah bukan jugak sebab tiket RM 8. Band inilah antara band terawal aku mengenali genre post punk/hc/screamo/skramz. Dapat cd burn dari Farhan ILS. Huih.. Budak kampung macam aku memang jakun. Susah nak menerima pembaharuan. Balik-balik dengar Poison The Well, Undying dengan Keepsake. Kalau awek tak balas SMS mula dengar The Get Up Kids. Menyampah. Emo kununs...ahahaha.


Nasrol lepas magrib dah preng-preng Honda EJ convert EK dia depan rumah aku. Namun aku ke bandar dengan Proton Wira sengguk-sengguk tak pernah servis bapak aku tu. Tuan Putra aku masih tersadai kat kedai Gemuk. Tengah repair bumper dengan kasi cat sikit hari tu bedal budak lintas jalan. Lebih kurang lepas isyak dah sampai The Wall. Sampai-sampai tengok ada band yang agak familiar tengah buat soundcheck. Ini lambat lagi. Arwith pun turun bawak budak-budak Comadre ni cari kedai vegetarian. Jadi aku dengan Nasrol jalan kaki ke warung untuk membedal roti canai dan bual kosong. Lama dah tak jumpa. Sejak kitorang quit dari duduk kat KL ini kali kedua sempat jumpa.


Lebih sejam lepas tu baru lah kitorang pergi ke venue. Nampaknya show dah start. Walaupun Isnin malam Selasa, kehadiran crowd amat membanggakan. Sensor! Sensor! band dari Muar. Ini kali kedua atau ketiga aku tengok band ini beraksi. Pendapat aku mengatakan macam ada bunyi Loma Preita tapi tak mungkin. Ah, bagaimanakah itu. Aku bersandiwara lagi. Aku berjalan ke sana ke mari untuk cari posisi amek gambar dengan kamera cikai aku. Kadang-kadang ter-terang sangat kadang-kadang gelap tak nampak apa. Aku adjust dan adjust. Layan saja. Tengok dan dengar. Ok. Drummer agak rockstar sikit. Haha. Steady brader. Tenang. Jangan terlalu beremosional dengan kisah silam. Semua orang ada titik hitam yang tak mungkin dilupakan dalam hidup. Biarlah ianya menjadi sejarah.


Band kedua. Bawak amp sendiri. Gadget canggih. Bawak drumset sendiri. Dulu split. Sekarang reunion balik. Nama pun ada ubah sikit. Dulu screamo ala-ala Eropah sekarang aku tak tau lah nak cakap apa. Ada perubahan ahli di sudut bass, gitar dan dram. Walaubagaimanapun. Aku tak mahu komen. Tak reti. Padel kelihatan sedikit bengang dengan band ini dan mengambil keputusan untuk mengambil orang rumahnya di rumah mertua untuk dibawa ke Muar malam tu jugak. Durasi persembahan yang terlalu lama benar-benar menyebabkan dia kecewa hingga memberi impak kepada orang rumah nampaknya.


Terus ke Comadre. Macam biasa. Aku duduk di belakang drummer. Hal yang biasa aku buat setiap kali persembahan band yang dibawak oleh Arwith. Kali terakhir aku buat perangai duduk belakang drummer adalah sewaktu La Quiete main di Pulau Pinang. Untuk mempersiapkan alatan mereka tak makan masa yang lama atau tidak begitu rockstar. Walaupun sudah dikenali diperingkat global mereka masih setting sendiri alatan mereka. Rileks sudah. Tanpa ada pengurus yang meng-adjust sound mereka. Aku suka tengok band yang setting sound satu-satu macam band ni. Dah siap semua, barulah cuba keseimbangan bunyi kesemua alatan. Kalau tak okey, set balik. Macam ni lagi okey. Ada sesetengah band yang setting syiok masing-masing. Ketung ketang greng greng. Hingaq! Penin..Penin pala chek noh... Set bermula agak pantas dan garang. Dengan lagu-lagu yang familiar menyebabkan crowd Batu Pahat boleh dikatakan sing a long di setiap lagu. Tak sangka budak-budak sini meminati Comadre. Jakun betul aku dengan budak-budak Batu Pahat nih. Permainan terhenti sekejap sebab budak-budak Comadre ni suka main dengan bantuan lampu. Tak suka dorang main dalam suasana ala-ala disko lampu lip-lap-lip-lap gamaknya hahaha..Lepas tu terus bantai main termasuklah lagu Camel Bucks. Dalam 4 atau 5 lagu maka persembahan pun tamat. Damn, dorang tak cover lagu Rather Be Dead atau New Noise dari Refused!


Aku balik dengan sedikit hampa sambil minum 100 plus dan memandu sekaligus.

Sabtu, 23 Julai 2011

Tet tenet nenenet...




Masih terbaik seperti dahulu. CD band ini sentiasa ada dalam dashboard kereta aku tiap kali pergi dan pulang dari tempat kerja. Personaliti akan jadi berubah bila mendengar lagu-lagu sebegini.


Masuk ke pintu kereta. Cabutkan tali leher. Lipat lengan baju sampai ke siku. Hidupkan pemain cd dan tangan mula bermain dram angin sewaktu memandu. Ah, takpe. Cermin agak gelap. Tak ada sapa nampak perangai huduh aku.

Yang pasti.

Jangan pasang lagu ni dengan skala volum yang kuat bila memandu dengan si dia. Nanti kena baling dengan kotak tisu.

Rabu, 20 Julai 2011

Kata Hari Ini bahagian 5

"Assalamualaikum Cikgu!"- Eunice, 13 tahun. Berbangsa Cina.



Dalam kelas dia hafal doa memulakan pelajaran dan dia turut menyumbangkan suara dalam alunan doa itu. Apabila sambutan maulidurrasul, dia minta izin dari rakan aku untuk mendengar ceramah. Sedangkan yang sedang elok beragama islam dari lahir pun malas nak ambil port.


Ini satu tamparan sebenarnya.

Rabu, 6 Julai 2011

Kata Hari Ini bahagian 4

" Takde barang ah. Aku dah carik sampai JB. Diorang dah mula sorok barang baik. Kalau ada pun harga lebih sikit, stok untuk raya. Aku tak boleh nak jual.. Nanti ah minggu depan aku tengok macam mana."- Keluh kesah suplier aku, Ahad lepas.

Selasa, 5 Julai 2011

Kata Hari Ini bahagian 3

Selagi engkau muda. Agresif. Lantang. Maki dan carut bersepah.

Selagi itu kau akan dibenci walaupun kata-kata engkau itu satu kebenaran.- Gua sendiri.

Sabtu, 2 Julai 2011

Kata Hari Ini (tempoh hari) bahagian 2

"Kau dah duduk kat kampung ke sekarang ni? Baguslah. Hey, duduk kat kampung buat cara duduk kat kampung." - Cikgu Abu sekitar tahun 2009, menyindir aku yang sudah penat merantau.



Hari ini.


Dia ditangkap khalwat. Jadi, aku ingin tanya khabar dia.


"Dah kahwin? Dah kahwin buat cara dah kahwin. Lain lah aku masih bujang. Sebab tu liar, bodoh."

Kata Hari Ini bahagian 1

"Wa ingat Ah Lian tak payah kahwin. Cari pelempuan buat anak kalau itu pelempuan mahu hidup sama-sama sudah cukup baik. Tak payah kahwin. Pening kepala."- Towkay Kim Pong, tukang jahit-mengulas tentang sukarnya anak-anak hari ini meneruskan kehidupan.

Jumaat, 10 Jun 2011

fak yuh

Ada satu hari tu gua berkejar. Mau hantar order-order customer gua yang dah lama gua janji nak hantar tapi tak hantar.

Gua siap sampul barang-barang, pelepap-pelepap gua lincah pergi pejabat pos. Datang-datang gua tengok ramai orang steady layan aircond pejabat pos. Gua masuk, macam biasa diorang akan pandang macam gua seorang penyanyi realiti yang telah melahirkan 9 album studio.

Gua steady duduk dulu tanpa ambil nombor giliran. Ini semua birokrasi. Leceh. Poyo. Fakap. Tiba-tiba ada akak bawak bungkusan masuk. Berdezuup teruss pergi kaunter kat belakang pakcik yang baru selesai bayar bil air dengan telefon..


Sial.


Tak amek nombor tu. Mana boleh jadi? Gua curi angin belakang akak ni. Cucuk baik punya (Guna istilah mat rempit). Gua rileks tunggu akak tu settle. Gua lega pasal gua tak payah layan karenah birokrasi. Inilah namanya resistansi!!!



Akak tu pun pelepap-pelepap-pelepap. Tiba turn gua. Kerani tu cakap.




"Awak pegi amek nombor."


FAK OP!!!!

Khamis, 9 Jun 2011

Berdepan Dengan Keturunan Bangsat

Kadang-kadang semangat resistansi aku ini diperbodohkan dengan orang. Katanya, ikut je lah. Patuh saja lah. Angguk sajalah. Tak guna berperangai seperti 10 tahun dahulu.

Aku jawab.


Bapak kau angguk dulu la sial.

Khamis, 2 Jun 2011

Harqirqarth (sebenarnya aku nak tulis 'Hakikat' tapi saja bagi nampak macam nama band metal)

Manusia akan biasanya akan bertindak balas atas sesuatu perubahan dalam hidupnya. Begitu juga aku, engkau dan sesiapa sahaja.


Sebulan dua ni dada aku berdebar. Lagi-lagi bila mula menyelak atau mengetik papan kekunci untuk membaca berita-berita sama ada di atas kertas atau paparan komputer. Baik kanan, kiri atau berita yang sekadar laporan.. Semua menyebabkan dada sesak pada istilahnya.


Kenaikan kos sara hidup yang semakin menyesak. Aku rasa ramai yang mula memicit kepala tatkala membaca berita-berita begini. Aku cuma mampu cakap, "habislah kalau macam ni.." Tipulah kalau aku tak carut-carut sikit. Tapi malas lah aku nak tulis kat sini.


Aku terfikir apa lah agaknya yang dirasa pada bapa berkelulusan SPM kepada 5 orang anak yang masih bersekolah, tak punya pendapatan atau pendapatan kecil, lagi pula tetap tinggal di tengah bandar. Anak-anak perlu disekolahkan, lauk pauk mesti dibeli, lampu harus dipasang hingga lewat malam kerana ada anak yang mahu mengulangkaji pelajaran-menghadapi peperiksaan penting. Setiap malam harus memikirkan apa yang bakal dibelanja esok. Jangan dilupa untuk menjengah kocek, ada tak lagi agaknya belanja untuk ke tempat kerja esok? Ditengah-tengah bulan biasanya, mereka akan menjengah akaun, ada lagi tak baki? Boleh tak agak-agaknya dibawak ke bulan depan? Ada tak duit untuk sakit pening anak-anak? Kos perubatan pun kadang-kadang boleh bawak kepada gadai tanah sekarang ni.


Sekarang kita pergi kepada graduan yang baru bekerja. Ada pulak buah hati. Berkawan dah bertahun. Ulang alik ke tempat kerja saja sudah hampir 1/3 gaji belanjanya dan aku percaya akan terus meningkat dari masa ke masa. Setiap bulan harus menyelenggara kenderaan yang kosnya bukan main-main. Itu belum sewa rumah atau bilik. Kalau di bandar-bandar besar kadar sewa ni boleh bawak kepada pertelagahan etnik haha. Tiap bulan takkan tak hulur sekeping dua not 100 kepada si ibu (masa belajar dulu si ibu lah yang menghulurkan not 100 tu!). Nah, kalau dah graduan tu, berapa kerat sangat lah yang dapat biasiswa. Rata-rata meminjam PTPTPTPTPTPTPTPTPPTTPTPTN untuk meneruskan pengajian yang mana kos pengajian di sini pun bukan main-main harganya. Nak bayar suka-suka pun tak boleh. Kena panggil masuk court lah pulak. Nak tak nak terpaksa lah ikut rate. Dah tu, takkan hujung minggu nak duduk di rumah je? Jangan dilupa kos sara hidup pun tak boleh ditolak ke tepi. Segala macam bil yang sedang mendaki harga sekarang ni pun harus diselesaikan. Tolak-tolak tinggal berapa sen? Agak-agak kalau macam gini, umur berapa lah agaknya si graduan ni boleh mendirikan rumah tangga? Belajar tinggi dah, tapi hidup sama je macam orang lain yang ada sijil lepasan sekolah. Tak ada perubahan sebab kena bayar hutang belajar.


Aku suka menjengah reaksi atas situasi yang berlaku.


Ada yang merungut. Ada yang marah. Tak kurang jugak yang sedih. Aku sendiri ada di dalam satu daripada ketiga-tiga reaksi ini. Ini lumrah. Yang di 'pucuk' sana tak abis-abis cakap suruh berjimat. Lagi sempit, lagi suruh jimat. Kalau dah habis jimat, gua nak buat apa lagi? Idea bukan-bukan jugak la si 'pucuk' ni bagi nanti. Ada suruh tanam ubi waktu harga beras naik, ada pulak yang suruh tanam sayur bawah kabel elektrik!! Pejadah haram apa tu?!!! Nak bagi lega sikit, si 'pucuk' ni tadi akan cakap harga makan pakai sini lagi murah banding tanah sebarang sana, seberang sini. Tapi tak pikir plak gaji kat sana berapa?!! Nokharooommmmm..macam pelaq ang ni..!!

Tapi ada jugak yang steady. Terima hakikat. Bersabar. Khusyuk dan tawaduk dalam mengharungi kehidupan sehari-hari. Malah berkata inilah yang dikatakan kemajuan... Malah orang inilah yang akan berdiri panjang beratur dan menjadikan 'pucuk-pucuk' tadi terus mekar mewangi di atas sana hasil berkat doa restu rakyat mereka terus gembira dan meneruskan kehidupan super-selesa penuh kegemilangan mereka..


Sekian terima kasih wabilahitaufikwalhidayahassalamualaikumwarrohmatullahiwabarokatuh....

Sabtu, 14 Mei 2011

Nasib kau la kah kah kah







Untuk menyambut hari profesyen gua. Gua kena tukar-tukar hadiah untuk menjayakan aktiviti sambutan pekerjaan gua. Nilai hadiah berkenaan mestilah RM 10 ke atas. Setiap orang perlu mengundi untuk mengetahui individu manakah yang bakal menerima hadiah dari kita. Gila tak cool. Tak suprise. Jadi gua layankan je amek kertas undi. Gua tengok nama.



Kejap. Tetiba gua jadi excited.


Gua kenal orang ni. Orang ni pernah sound gua waktu gua baru seminggu masuk kerja. Dia sound gua macam budak-budak depan orang ramai dan gua menanggung malu.


Gua tak buang masa. Gua lincah pergi kedai barang RM 2. Cari barang yang gua inginkan. Dah siap beli gua cepat-cepat balik rumah suruh mak gua sampulkan. Mak gua boikot gua. Dia cakap hadiah gua tak senonoh. Dia tak nak sampulkan. Adui. Gua mula pening. Gua try2 sampul tak cantik siak macam haram. Dah lah isi dia macam haram jadah. Tak pe. Steady. Gua terus tido.


Esok pagi gua tengok hadiah gua dah siap berbalut. Hati gua pun sangat lah senang. Hadiah untuk beliau adalah seperti berikut;




selamat Hari Guru. Amek kau.

Sabtu, 30 April 2011

Revolusi Sumpah Jali

Jali ingin berubah. Dia tak mahu lagi menjadi pembelit dengan urusan jual beli tanah dan jual beli kereta terpakai.


Jali bukan malas nak kerja. Tapi dia cuba mencari transformasi dalam hidupnya dengan melakukan pelbagai usaha bagi mewujudkan transisi tanpa mewujudkan transaksi yang melibatkan birokrasi.


Untuk itu.. Ya, Jali sudah dapat idea.


Menceburkan diri dalam scene pemilihan tampok pemerintahan di peringkat bawahan. Untuk itu dia perlu mengukuhkan skill pengucapannya bagi menambat hati sang pemimpin dan makhlok suruhan bawahan.


"Aku nampak sendiri YB Seman gigit leher Samsiah Lenggang di kedai Tauke Gan Der Wang pada 14 Mei tahun 2011 pukul 8.53 pagi dikala mendung berarak berlalu pergi! Inikah contoh dan tauladan yang harus kita contohi?!!" bukan main lagi Jali. Sampai tegang urat merihnya melaungkan revolusi penuh provokasi. Senget songkok tinggi lapan incinya pun dah tak dipedulikan lagi.


Tidak!!

Tidak!!

Jerit penduduk Kampung Nyamok Gemok beramai-ramai di dalam sebuah balai tani yang hampir rebah itu.


"Betul ke apa yang nampak ni Jali?" tanya Wisnu Hatim Sandung dengan penuh keraguan.


"Sumpah!"


"Sumpah!"


"Sumpah! Bukan main berselera lagi YB Seman gigit leher Samsiah Lenggang.. Macam meratah bubur ayam yang dicurah dengan serbuk lada hitam ala Mekdi!"


"Kau jangan main-main Jali!"- Degup hati Ucu Man selalu bekas pemeriksa kira-kira kampung itu mula 50-50.


"Sumpah!!"



"Sumpah aku tipu," kata Jali sambil tersenyum simpul. Selang beberapa minit dunianya jadi gelap.


*****


Malam itu, Jali menerima 15 jahitan di sekeliling tempurung kepalanya. Dia hanya mampu makan bubur dengan menggunakan straw.

Khamis, 14 April 2011

Summum buqmum umyun fahum layuqminun

Ah. Sudah.

Dia dah dekat. Hati Jali terdetik. Berdebar-debar. Dadanya tak senang.


Jali cepat-cepat membaca doa. Yang biasa digunakan untuk menghalau binatang buas.


Summum Buqmum Umyun Fahum Layuqminun.


Semakin hampir.

Hampir.

Hampir.

Makin dekat.

Sampai kepada Jali.


Jali menegur hidupan itu dengan nada penuh ketakutan. Bukan penghormatan.


"Puan....."


Teguran Jali tak disahut. Dia berlalu pergi. Dan tidak memaki Jali.





Itu kisah bos Jali.....

Sabtu, 9 April 2011

Sucinya Darah Sebuah Dendam

Pemikiran Hamid sudah tidak konsisten.

Di matanya terbayang parang di sana. Tajam dan kilat. Berkilau persis mutiara dari lautan yang paling dalam. Mata parang itu terlalu keji sekiranya dibiarkan begitu sahaja.

Hatinya berkata.

Apa kata aku tambahkan keindahan mata parang ini dengan lumuran darah dendam yang lahir dari hati yang penuh kebencian?

Dia sarungkan sepatu hitam kainnya dan memulas pendikit motosikal menuju ke tempat itu. Sebuah bilik berhawa dingin dan bertingkap gelap bagi menghalang sinaran ultraungu dari menembusi bilik sial itu.

Assalamualaikum.

Salam diberi. Senyuman dihulur. Parang dihayun. Darah memancut. Dendam pun gugur!

Prosa Neraka

Propaganda propaganda propaganda
tusuk tembus dalam jiwa
kotor media agenda sang wira
perkasalah segala tipu daya

Bangsat diri dilambung puji
sakti diri bebas digari
celaka umat kerna si tua
menyembah dusta agung lah bangsa

Khamis, 24 Mac 2011

hardcore punk di mana-mana

Apekeharam? Makcik kerani suruh gua amek gambar baru. Gambar berukuran pasport gua terlalu punk. Memang siak! Relaks la. Itu baru cool. Lu orang bayangkan kat staff board gambar gua sorang yang pakai t-shirt punk. Tertera tulisan,


ANTIPROTOKOL.



"Tukar lain!" herdik makcik kerani.



Cibai.

Khamis, 10 Mac 2011

Jeritan Sepi




Berada dalam situasi begini sememangnya merehatkan fikiran dan perasaan yang berkecamuk. Melihat sebahagian dari kita melepaskan perasaan sekaligus menghanyutkan duka rakan-rakan disekeliling.

Tak banyak. Sikit. Pasti ada persamaan.


Ada unsur kesengsaraan dalam meneruskan kehidupan. Seharian bergelumang dengan rintangan dan ujian.


Jeritan. Kebisingan. Adalah bentuk luahan. Bagi aku senang saja. Seni itu hasil dari ekspresi diri. Seni itu terlalu subjektif sebenarnya. Aku sangat benci pada manusia yang menetapkan garis halangan pada sesuatu hasil seni. Seni itu reaksi diri dari persekitaran sekeliling kita. Jadi, biarkan ekspresi itu bertebaran. Terbang. Tidak kira dalam bentuk cinta, kasih, sayang, benci, dendam atau pemberontakan.


Biarkan.


Punya akal dan fikiran. Punya naluri dan selera. Kita bukan robot-robot yang diprogramkan untuk mencapai matlamat sesetengah pihak. Hidup kita. Kita yang tentukan. Hormatilah sesama. Bukan susah sangat pun.

Kan?

Ahad, 27 Februari 2011

Embah Mu Badot

Keh Keh Keh

Gua rasa banyak sangat benda yang gua tak 'in' gua buat. Bukan apa. Sebab terpaksa. Gua Justify Fulllayankan aje.


Kadang-kadang kalau fikir-fikir balik. Masyarakat kita ni banyak sangat buat benda mengarut yang pada satu tahap dah jadi satu amalan ritual wajib yang pada hemah gua satu sen haram pun tak meninggalkan apa-apa kesan kepada pembentukan jiwa orang. Ini akan terjadi apabila sesuatu itu dilakukan dengan niat kepentingan peribadi. Gua tak nak listkan apa benda tapi bagi yang membaca gua cuma ingin lu orang refleks balik dan ingat-ingat apa benda yang paling mengarut dalam hidup lu orang yang terpaksa lu orang buat hari-hari dan benda itu langsung tak ada manfaat pada diri lu dan pada masa yang sama hanya memberi manfaat pada sesetengah kelompok.


Lancau.


Mungkin itu salah satu carutan yang sering terpacul di hati gua walaupun di bibir terukir senyuman manis umpama madu dari lebah liar hutan simpan.

Kalau tak kerana mengenangkan orang-orang yang aku sayang entah apa yang gua akan buat. Mungkin gua tak memakai tali leher. Mungkin gua berada dalam intoksikasi kemabukan alkoholik. Mungkin masih tersangkut di ibu kota meneruskan kehidupan yang gua suka.


Tapi orang-orang yang aku sayang inilah menyebabkan aku berfikir panjang kerana hidup ini bukan untuk aku seorang. Hidup adalah sebuah perkongsian sebenarnya. Mana mungkin kita hidup sendirian. Dalam pada masa yang sama kita sendiri keciciran dalam membawa diri dek kerana memikirkan kepuasan orang lain.


Bagi gua orang yang gua sayang tidak pernah memaksa diri gua untuk memuaskan mereka.


Dalam institusi pekerjaan misalnya. Terdapat hierarki. Manusia paling atas sekali biasanya mempunyai kehendak yang mengarut-ngarut. Perkara ini aku masih kaji kenapa sesetengah orang suka melakukan perkara-perkara mengarut yang menyusahkan orang lain untuk kepuasan peribadi. Orang-orang beginilah yang menyebabkan segala macam pemikiran negatif yang telah gua rantai terlepas semula dan dihiasi dengan carutan-carutan indah semekar bunga di taman.


Banyak lagi yang gua tak faham dalam dunia ini dan gua akur banyak lagi gua perlu belajar untuk membawa diri gua dalam keadaan yang penuh steady. Pada hari ini gua masih lagi membuat kajian terperinci dan secara saintifik melalui pembacaan ilmiah dari laman-laman web mahupun buku-buku dan thesis. Namun gua masih belum jumpa.


Atas alasan apa 'orang perempuan paling atas' dalam organisasi gua yang berumur 55 tahun itu;



Bercelak biru diatas alis yang dicukur halus.



Dan gua sangat geli dengan perkara ini. Jijik dan sangat keji. Macam babi.


Jumaat, 25 Februari 2011

Deh Tak! Dish!

Aku rasa kali terakhir aku ketuk instrumen dram ni dalam satu kumpulan adaalah tiga atau empat dahulu. Itu pun hanya berdua dengan Arep. Selepas menamatkan pelajaran di Kuala Lumpur dulu, aku boleh la mengatakan 'bye!' kepada hobi aku yang satu ni. Sebab dah tak ada kaki bila aku dah balik kampung. Main dengan Arep ni memang masih macam dulu. Tak pernah ready dan terus belasah. Sekadar menge-test beberapa lagu yang pernah kami mainkan pada usia 18 atau 19 tahun ketika itu. Main dengan mood hardcore era 90 an kononnya. Dan ya. Pastinya, tak habis!


Semalam. Hari Khamis. Setelah hampir berminggu-minggu dengan adegan cabar-mencabar antara rakan guru (yang rata-ratanya baru berpindah di tempat aku dan cuba mengisi keboringan), akhirnya aku tewas di sebuah studio di bandar Kluang.


Macam biasa.


Tak ready. Tak buat homework. Dengan dua ekor tu masih berbaju batik. Aku tak pakai baju batik. Sebab aku memang suka melawan. Hahaha..- terus menghentam bunyi di studio tersebut tanpa rasa bersalah. Ya, memang hancur dan mengecewakan. Tapi sekurang-kurangnya, kehadiran bapak orang dua ekor ni berjaya mengubat kelukaan aku yang aku pendam selama ni. Macam sial, pergelangan tangan aku lenguh pada lagu kedua. Hentakan pada pedal yang langsung tak konsisten. Tercari-cari mana bunyi bass. Tercengang-cengang. Semput. Hanya tergelak-gelak.


Tak apa. Sekurang-kurangnya otak aku tak berkarat. Minda aku tak lemau lagi. Yeah.


"Lagu apa lepas ni?"


"Di Tepi Pantai ahhh (Hidup Bersama)!!"



Hadui.

Selasa, 22 Februari 2011

Beroda Empat

Nampaknya macam stailo. Tapi bila dah kita bela baru kau tau sakit peningnya membela kendara beroda empat ni. Tapi. Kena lah redha. Rezeki Tuhan bagi. Jaga je lah elok-elok.


Ingat lagi kata-kata pensyarah UM.


Kalau ada rezeki lebih tu, zahirkanlah. Betul jugak. Sekurang-kurangnya, perjalanan 60 kilometer lebih kurang pergi balik tu tak la membahayakan dan memboringkan.


Aircond sejuk. CD ok. Speaker box bum-bum sikit. Ok la tu. Tak kisah lah kalau ada yang kutuk kenderaan aku ni dah outdated. Aku punya suka lah. Aku bayar. Aku happy. Kau sibuk apasal? Cibai.



Aku kena herdik bos depan orang ramai ada kau tau?
Jadi ini lah ganjarannya. Seperti yang dihajati 14 tahun dulu. Sekarang baru dapat. Aku zahirkannya dengan.




HEMBUSSSS MUFLER EJOS RABAK AKU BILA KELUAR DARI PAGAR TEMPAT KERJA SAMBIL HEMBUS HINGUS KELUAR TINGKAP!

Isnin, 21 Februari 2011

Dendam

Gua dah ready.

Gua dah ready menerima sebarang risiko. Kali ni gua nekad. Berazam dan berbakti dengan rela. Ke atas diri gua sendiri. Bagi gua. Gua perlukan pembelaan.

Gua bangkit atas dasar ingin memperjuangkan prinsip yang selama ini gua pertahankan. Menghina prinsip dan pegangan gua sama la dengan lu orang menumpahkan semangkuk soto di baju gua. Jelas, gua memang hangin.


Peraturan manusia atas kertas itu boleh ditolak ke tepi. Biarpun tercatat di atas kertas, bagi gua peraturan dunia ciptaan manusia tidak sempurna. Malah, walaupun dikatakan keramat dan suci, undang-undang di atas kertas itu boleh diubah sesuka hati tanpa banyak bicara bergantung kepada situasi dan kepentingan sesetengah pihak. Bagi gua ketika ini, undang-undang hari ini adalah plastik dan berat sebelah. Huh!

Itu pasal, ini jam gua takda ambil hal dengan undang-undang. Apa yang penting dendam kesumat gua terbalas. Gua bawak kapak datang ini tempat. Gua dah tak fikir apa lagi dah.


Jadi, pagi tu. Gua nampak dah sasaran gua. Perempuan tua ganyut sarat dengan make up comot tak tentu hala perasan cantik padahal dah macam badut sarkis. Gua bengkek habis, brader. Sekali gua hayun ini kapak.

PELEPAP!

Macam haram punya nyamuk. Gua bangun. Dan capai tuala. Gua paling benci mimpi ala-gore macam gini.

Rabu, 9 Februari 2011

Terbang-terbang si burung nuri

Dalam otak aku. Tidak pernah diprogramkan akan kewujudan perbezaan status sesama manusia. Bagi aku, apabila kita memilih untuk duduk di dalam satu kelompok manusia sahaja lebih-lebih lagi yang di dalam set sosial terdekat ia akan terjadilah satu limitasi di dalam perhubungan sesama manusia.

Dalam kata lain.


Akan timbul perasaan eksyen nak mampos macam haram dalam diri. Dalam hati tu secara automatiknya akan ada rasa 'aku lagi bagus dari kau'. Kalau dibiarkan, sampai satu tahap ia akan jadi macam penyakit berlagak tak bertempat. Ini yang aku cuba usahakan.


Dalam kehidupan aku yang penuh sesak ni aku cuba mengambil masa untuk bergaul dengan mereka yang bukan dari set sosial terdekat aku.


Pembantu am rendah, tukang kebun, budak jobless, budak punk, budak hardcore, metal, rock, anarkis, budak kerja kelapa, peniaga buah-buahan, peminat scene politik sama ada pro-k dan anti-k, ah sapa saja lah.


Kata lah kau dari golongan bangsawan yang suci sekalipun, tak rugi bila kau pandang sekali sekala ke bawah. Tak luak sesen pun duit simpanan kau kalau setakat katakan, "hello!" pada orang sekeliling kau.


Pergaulan sebegini sebenarnya bagi aku-dia macam sebahagian dari pengimbas(scanner) diri aku. Dalam susah-susah aku, ada lagi susah. Dalam senang-senang aku ada ramai lagi orang senang. Lain orang, lain pengalamannya. Pengalaman-pengalaman hidup orang ni lah yang kadang-kadang akan menjadi panduan kita dalam mendepani masalah-masalah seharian dalam hidup kita. Sekurang-kurangnya minda kita terbuka dan kita perlu faham walau macam mana cikai seseorang tu mesti ada nilai yang positif dalam dirinya.


Setinggi mana pun kau terbang.
Sesekali kau perlu mendarat juga.


Tak payah la nak sombong sangat. Ketiak tu masam jugak.

Jumaat, 4 Februari 2011

Memang Sampah Ah Tapi Gua Dulik Apa Bhai?

Dulu gua memang hantu blog. Macam-macam blog gua baca. Sampai gua pun terjebak ke kancah dan lembah yang penuh lendir tulisan nih. Hahaha.

Yelah. Dulu gua jobless, bhai. Duduk KL jadi kutu. Duit tak ada. Tapi gua senyap dan layan sayur-sayuran untuk terus hidup. Gua baru habis untuk 1st degree gua. Dan gua perlukan kerja yang cool. At least gua naik LRT tiap-tiap pagi. Itu baru kool brader! Dan kalau tak ada kerja tu, memang gua terperuk kat rumah baca blog. Sementara tunggu budak-budak rumah gua balik kerja. Bapak sunyi siot rumah gua masa tu. Hanya ada bunyi burung. Bunyi kereta. Bunyi geseran tayar LRT.


Dalam diam-diam, membaca blog ni macam kau menganalisis dan membuat perbandingan. Antara diri lu dengan penulis tu. Kadang-kadang ada persamaan. Ada pulak tu kontra gila baboon. Fak ah. Sampai mencarut gua siak! Secara tak langsung otak lu orang akan berfikir dan menilai balik. Mana yang baik lu orang sebat masuk dalam diri lu orang, mana yang tak suka lu orang kasi buang jauh-jauh ah. Pe cer lu orang nak simpan-simpan kan? Memang tak ah.


Macam gua sendiri. Gua sangat happy kalau terbaca penulisan yang sangat dekat dengan diri gua. Tapi yang paling gua bapak benci adalah bila terbaca penulisan bangga diri. Memang anjing ah. Tapi nak buat macam mana tu ruangan lu, lu punya pasal ah lu nak buat apa kan? Tapi kadang macam annoying siot step nak bangga diri.


Lu power. Keje lu bagos. Lu hebat. Lu baik. Lu lah pergi keje pakai smart. Lu lah paling dihormati. Peranan lu la paling besar dalam organisasi. Segala macam ciri malaikat ada pada diri lu. Lepas tu mula nak jugde orang gitu gini. Pergh. Kalau terbaca memang gua menyirap limau ais ah! Pehal kan? Rileks one corner, sua- bak kat budak-budak Singapore. Gua ingat orang macam gini dia ada masalah di alam nyata dan cuba mencari ke-cool-an diri di alam maya. Gua bukan apa, kadang ada point yang terkena kat diri gua, gua jadi macam panas ah.


Apa yang gua respek penulis-penulis macam gini. Biasanya tahan maki. Kah kah kah.. Kental brader. Nak jadi penulis kena kental. Lu kena tonjolkan siapa diri lu dan stail diri lu. Kalau lu rasa lu bagus dalam penulisan bangga diri. Hah, pergi lah mampus dengan diri lu. Asal diri lu happy. Jangan nak jadi celaka jugde orang gitu gini. Buat orang panas brader. Dibuatnya orang tu doa bukan-bukan untuk diri lu? Paisey brader, paisey. Mana lu nak letak gigi lu yang jongos dan kulit lu yang gelap tu siak?


Gila tak fun macam gitu, siot.

Selasa, 1 Februari 2011

Apa khabar Orang Bandar?

Apa cerita agaknya kawan-kawan di Kuala Lumpur?


Aku dengar rumah atau sarang aku selama ini akan diambil semula oleh sang empunya rumah. Jadi mana arah budak-budak rumah aku lepas ni? Adakah berpecah? Adakah masih lagi mahu duduk sebumbung?


Walauapapun. Aku cukup tabik pada kawan-kawan yang masih terus gagah meneruskan perjuangan kehidupan di kota besar itu. Bukan senang nak hidup di kota besar tu. Penuh ranjau berduri. Cukuplah beberapa tahun di sana. Dah cukup puas. Dan aku mengalah.


Duduk di kampung. Hidup sederhana. Ala kadar. Apa yang ada itu la yang aku sebat. Terlebih sikit orang pun mengumpat.


Macam tu la orang kampung.

Penat.

Ahad, 23 Januari 2011

Kayoh

(Ni beskal aku. Tak ada beskal melainkan yang beskal-beskal saja. Tak ada brek dan ciri keselamatan lain)

Dah berminggu rasanya aku tak jalankan kegiatan rutin harian aku. Berbasikal. Sibuk sangat. Aku betul-betul terasa penat. Bila penat aku tidur. Minggu lepas sahaja aku dah sodok dua biji kereta dalam satu hari. Aku betul-betul penat. Kalau penat aku tak main-main. Hal-hal lain seperti mempersendakan ahli politik, itu masih boleh lagi dibawak main. Kemik pintu kanan aku. Terkopek cat di bumper. Aku kalau dah penat aku akan hilang tumpuan. Nasib baik dua-dua pemilik kenderaan tu tak mintak aku repair kereta diorang. Nasib baik.


Stress tak ada pil. Cuma ada kekuatan diri kita untuk menangani stress. Jadi aku rasa cara lain untuk mengurangkan stress adalah berbasikal. Tapi malang sekali, kawan-kawan sekampung tak ada yang suka aktiviti ni. Mungkin kurang cool. Mungkin tak nampak berjaya di mata makcik-makcik. Tak apa. Itu pilihan mereka. Aku naik basikal. Aku rela naik basikal dari main futsal. Main futsal adalah tidak cool kerana tak boleh dengar mp3 lagu-lagu metalcore terkini. Adalah lebih hina bila futsal pun dipolitikkan.


Basikal aku murah. Cukup murah. Aku bedal saja. Janji otak aku akan beralih arah sekejap dari memikirkan perkara yang bukan-bukan. Aku tak ada duit ribu-ribu untuk sebiji basikal. Aku hanya memikirkan untuk kayuh. Kayuh. Kayuh.


Mampuslah apa orang nak cakap. Nak join, jom. Tak nak sudah. Pergi hisap rokok.


Jumaat, 21 Januari 2011

Celaka

Aku tunggu saja.


Ada empat lima ekor binatang dalam kelas aku yang selalu 'menganjing' bila aku menyampaikan sesuatu. Okey.


Aku relaks dan masih chill seperti biasa. Bila bab menulis. Dia palingkan diri ke belakang. Borak sesama sendiri. Okey.


Ini adalah senario biasa di sekolah terutama di kelas tangga pertengahan. Ego. Berlagak. Tapi tak hebat mana pun. Aku bagi peluang. Dua atau tiga kali lagi. Aku pasti. Binatang-binatang ni akan kenal siapa aku. Setakat ini, aku hanya mampu berkata,


"Mat, lu boleh rileks tak? Lu duduk elok-elok boleh?"


Kelas jadi sunyi sepi. Bila seorang bertali leher. Bersahaja. Tiba-tiba. Menggunakan selanga kelas ketiga.


Kau


Belum


Kena


Penangan


Aku,


Celaka.

Ahad, 16 Januari 2011

Kupasan Kenangan


Bila tengok flyer untuk siri gig di The Wall Batu Pahat ni, aku cukup tersentuh. Langsung teringatkan akan kawan-kawan di Kuala Lumpur.

Tahun 2004. Aku mulakan kehidupan aku di Kuala Lumpur. Dari anak kampung berselut yang hanya terikut-ikut dengan trend semasa terus ke ibu kota. Terkejut memang terkejut macam monyet. Macam-macam perkara pelik dan baru aku dapat tau kat sini. Otak aku macam dah separuh mereng masa tu. Macam rasa nak cacat sikit pun ye jugak. Yang penting setiap kali aku tertekan, tekanan aku itu aku buang di luar pagar UM. Keluar pagar je kepala aku berdenyut. Kadang-kadang kebas.


Ini bermakna otak yang tersumbat tadi dah mula berjalan seperti biasa. Cepat je dia recover, haha. Perkenalan aku dengan seorang personil band akhirnya mengubah sedikit persepsi muzik aku. Ya. Jakun tahap ayam belanda. Itu aku.


Sebelum aku datang KL ni, aku hanya kenal Utarid. Pelik sangat bunyinya. Maklumlah dari kampung. Pekejadah main muzik macam ni? Tak boleh masuk. Aku try dengar My Precious. Tak boleh masuk. Langsung tak ambil port. Dengar metalcore kental atau punk hardcore yang straight forward dan tau nak marah aje. Tapi bila berhijrah ke KL, aku aku tengok genre muzik macam gini memang tengah nak in rupanya.


Aku masih ingat pada petang tu di Tunestone studio Klang. Gig kedua aku hadiri sewaktu di sana. Kalau tak silap set hari tu dimulakan dengan Kias Fansuri. Diikuti dengan nama-nama besar lain seperti Killeur Kalkulateur (betul ke ni aku eja? haha), Orbit Cinta Benjamin, Daighila, dan entah apa lagi. Pelik betul genre macam gini. Bunyinya agak lain macam. Mungkin kod octave bersepah-sepah kot? Haha aku bedal je ni bukan tau main gitar pun! Tapi cukup menarik. Pendek. Padat. Energetik. Apa yang penting, budak-budak yang tengo suka tepuk tangan. Pantang ada part yang slow sikit, semua pakat-pakat tepuk tangan. Jakun siot aku nih. Pergh. Dah teruk sangat aku punya jakun masa tu.


Jadi, bila tengok flyer ini, ada kugiran-kugiran yang dah lama aku tak tonton sejak aku cabut dari KL. Ini sudah tentu mengimbau kenangan lalu. Biar. Biar aku sendirian melayan gig ini dengan kamera digital buruk aku.


Sebenarnya, tak kisah la kau nak bedal muzik apa. Janji kau ikhlas. Aku memang layan je.