Jumaat, 31 Disember 2010

2010 adalah cermin sisi tahun seterusnya


(Lingkaran Syed Putra, 2010)



Adakah tahun 2011 menjanjikan perubahan?

Pasti.

Aku melihat perubahan dari tahun ke tahun dari aspek kos sara hidup. Sebagai manusia atau rakyat biasa, kita terpaksa meneruskan survival walau apa pun yang terjadi.


Naiklah harga petrol seliter RM 64.85 sekalipun, kehidupan harus diteruskan. Melambung sekalipun harga sekampit beras hingga RM 98.75 sekalipun, kita harus menelan nasi. Semuanya untuk survival.


Untuk berubah kepada keadaan yang selesa, bukan kita tak mampu lakukannya. Tapi kita tak mampu hadapi risiko. Ada tidak ada. Terpaksa berserah dan dengan tanpa rela, terpaksa menyerah. Semata-mata untuk meneruskan survival kita semua.


Baik orang kampung. Baik orang bandar. Baik orang berniaga. Baik orang makan gaji. Swasta mahupun awam. Nak melalak pun nak buat apa. Dah nasib. Terimalah seadanya. Nak cakap padan muka tak boleh. Sebab aku pun terkena juga.


Adakah mereka yang berkenaan buka mata dengan apa yang terjadi? Bukan setakat perkataan SUSAH atau SEMPIT. Tetapi juga melihat dari faktor signifikan kesan secara tidak langsung atas situasi ini.


Hubungkaitnya dengan kes jenayah.
Hubungkaitnya dengan kejadian pecah rumah.
Hubungkaitnya dengan insiden ragut.
Hubungkaitnya dengan aktiviti pemerdagangan tubuh.
Hubungkaitnya dengan terbantutnya pendidikan seorang anak kecil.
Hubungkaitnya dengan penularan penyakit berbahaya.
Hubungkaitnya dengan perubahan psikologi segenap masyarakat.


Mungkin ada. Mungkin tidak. Tetapi, bacul rasanya untuk menidakkan kemungkinan. Bukan memberontak atau protes. Sekadar memerhati. Tak salah kan encik-encik misai? Walaupun demikian, mungkin inilah yang dikatakan keterpaksaan (dalam pelbagai bentuk yang subjektif).

Ahad, 26 Disember 2010

Jaoh Barjalan Banyak Pangalaman Bah..Aku Ndak Tau lah itu

Sehingga hari ini, aku masih cuba mencari-apa relevannya individu yang gagal membayar pinjaman pelajaran dengan sekatan ke luar negara. Tak mengapalah. Mungkin ini resam dunia yang diukir oleh tangan manusia yang telah ditimbangkan dengan sewajarnya. Walaubagaimanapun, bagi pendapat aku ini adalah satu bentuk kerugian. Atas desakan situasi-seseorang yang berpotensi untuk melangkah lebih jauh terpaksa menidakkan kehendak atau cita-citanya gara-gara akan hal ini.


Bercerita tentang jalan jauh. Aku cukup gemar berbual dan mendengar pengalaman rakan-rakan yang telah melangkah jauh dalam dunia ini. Pengalaman pahit dan maung ini menyebabkan aku sentiasa berkobar-kobar untuk meneroka tempat lain selain dari tanah yang aku pijak sehari-hari ini. Namun, aku sedar-aku bukan orangnya. Hahaha. Ketawalah bilamana kaki aku telah dirantai. Hahaha.


Sewaktu aku di Kuala Lumpur sedikit masa dulu, rumah sewa aku di Selatan Bangsar selalu dikunjungi oleh kenalan-kenalan atau saudara-mara penghuni 8-1-9. Lelaki, perempuan, maknyah, pakcik, makcik, adik, abang para dan penyembur asap aedes penipu. Tapi dalam ramai-ramai tetamu yang bertandang ke rumah pada masa itu, abang kepada Pijan lah yang biasanya boleh menyebabkan lampu ruang tamu terpasang sampai azan subuh berkumandang. Sebagai pensyarah di sebuah institusi pengajian awam dan mempunyai banyak pengalaman yang luas di negara orang menyebabkan sebahagian dari isi rumah melopong mendengar celotehnya. Pandangan, penilaian dan andaian mengenai pelbagai isu-yang ditukar sesama menjadikan perbualan semakin lama semakin mencengkam dan menafikan kemengantukan yang melanda. Perut yang lapar, tak jadi masalah. Perbualan diselang selikan dengan hirupan air kola yang sejuk disulam dengan kunyahan burger.


Begitu juga sebentar tadi. Aku sekali lagi terpanggil dengan manusia sebegini. Punya pengalaman. Punya pengetahuan dan pendapat yang cukup terbuka dalam segala hal. Aku rasa dia sebahagian dari anak dari pekan kecil ini yang berjaya-dalam lingkungan usia kami. apabila dia berjaya melanjutkan pelajaran ke negara Barat dan bekerja di Timur Tengah. Aku berpendapat orang yang melangkah keluar dari lingkungan masyarakat dan peraturan tertentu adalah orang yang cukup berani serta cukup terbuka.


Tapi itu semuanya bergantung kepada individu. Sejauh mana dia boleh mengadaptasikan kehidupannya dengan tempat orang. Kalau dah dalam kepala masih terikat dengan dogma yang dipegang dari kecil-kekal dalam kejumudan, sampai bila-bila dia masih ditakuk lama biar jauh mana pun kaki itu melangkah. Namun rata-rata orang yang telah berjalan jauh punya ilmu dan pengetahuan yang cukup kuat untuk menangkis sebarang risiko di tempat sendiri-maksud aku dari segi persediaan kekentalan hati dan perasaan.


Susah senang di tempat boleh diredahi-apatah lagi ditempat sendiri. Betul tak?


Namun, aku percaya sejauh mana pun, seseorang itu melangkah pasti ada bermain di benaknya akan tempat asal mereka. Ada pula diantara mereka yang pernah berkata, "aku ingat lepas ni nak berkebun lah duduk kampung. Aku dah penat dengan benda (merantau) ni semua." Lagi pula kehidupan sehari-harian kita ini lebih kepada family oriented.


Mungkin ada kawan-kawan atau saudara mara yang mengatakan aku manja. Sekarang dah bekerja pun duduk dengan mak bapak lagi. Atau terlalu muda untuk pulang semula ke gagang(telefon). Ya, kau cakaplah apa kau nak cakap. Tapi dengan adanya cuti sekolah, aku pun boleh melangkah jauh pergi tengok-tengok tempat orang tau. Ha, jeles lah tu? Kan?


Masalahnya, minggu depan dah nak naik sekolah. Aku haram tak dapat cuti lagi. Kena jaga periksa lah, itu lah ini lah. Ada kerja rumah lagi.


Ni macam mana ni?
Takkan nak bercuti tengok-tengok tempat orang dalam youtube je ye?

Ahad, 12 Disember 2010

Unsur Kehidupan

Aku manusia yang leka. Manusia yang lalai. Tak macam 3/4 mereka yang terbaca blog ini. Perangai hampir kepada malaikat. Soleh dan solehah belaka. Super sempurna. Malah ada yang cuba menjadi polis moral menghukum dan mencerca mereka-mereka yang dirasakan ada kekurangan. Ya, aku tau perangai dan penulisan aku agak sampah tapi ini hidup aku dan takkan ada warna dalam kehidupan ini sekiranya semua manusia adalah seperti robot yang diprogramkan!


Walau apa pun. Kehidupan perlu diteruskan. Realitinya, penghidupan itu terpaksa diteruskan dengan unsur-unsur lain-selain dari agama dan prinsip. Unsur kewangan memainkan peranan yang ultra penting terhadap manusia. Usah hipokrit-kadang-kadang abang tabligh tu pun terliur dengan Proton Inspira. Jangan nak tipu. Semua manusia ada unsur yang sama. Nafsu dan kehendak. Tolong realistik sikit, cilaka.


Dalam pada masa yang sama, aku memerhatikan ramai yang mendewa-dewakan unsur kewangan dan harta sebagai lambang atau satu piawaian kehidupan yang berjaya. Terpulang dan itu hak kamu untuk mencari kekayaan sebanyak mana kamu perlu-asal kamu tidak mengaut kekayaan hasil dari pijak-pijakan orang lain itu sudah okey. Tak jadi masalah.


Pengaruh unsur harta, kewangan dan pangkat amat bahaya dalam kehidupan seharian. Sesiapa pun bisa diinjak, ditindas, diperbodohkan dan diperbudakkan sewenangnya andai tak punya harta, wang dan pangkat(darjat). Itu resam di dunia. Dan itu juga mungkin resam di tempat kerja. Unsur-unsur ini juga akan dilihat sebagai pengaruh penting terhadap mekarnya satu sikap yang kita gelar-ANGKUH.


Aku seringkali berhadapan manusia-manusia berperangai anjing dan babi. Memperbudakkan aku sewenang. Mencerca aku dengan penuh berang. Sedang kita tak punya apa, akan ada pihak cuba mengambil kesempatan dan cuba menjadikan kita batu loncatan atas dirinya. Ini biasa. Ini lumrah. Inilah kehidupan.



Engkau dikulikan. Engkau dipijak. Engkau diperbodohkan. Engkau dimalukan. Engkau diperas. Engkau dikerah. Keluh kesah tak dikisah. Pujuk rayu tak laku. Maki lah. Carut lah sepuasnya.


Selamat datang ke alam pekerjaan.


Sabtu, 4 Disember 2010

Aci Sesondol

Kau ada cita-cita. Aku ada impian. Diri kau adalah diri kau dan diri aku adalah diri aku. Aku ada cara sendiri untuk puaskan hati aku sebagaimana kau puaskan hati kau. Namun cara kita berbeza. Kau tak ada hak nak paksa aku ikut cara mereka.


Macam kau-bercita-cita nak beli gula-gula Sugus banyak-banyak bila dah kerja nanti, macam tu lah jugak aku. Bercita-cita nak dapatkan sesuatu yang aku idam-idamkan sejak kecil lagi. Dan aku berjanji nak dapatkannya bila mana aku sudah punya kemampuan hasil titik peluh aku sendiri.


Jadi, aku bulatkan hati-pandang 13 tahun lepas.


Sekarang.



"PELEPAP!"


Aku beli kendara empat roda yang kau kata dah out dated tu-tanpa pedulikan apa orang kata. Aku harap perjalanan 60km+ ulang alik Isnin hingga Jumaat aku tahun depan berjalan lancar tanpa perlu menguyupkan baju kerja dan beg lusuh aku lagi!



Justify Full
VRAUUUUOOMMMMMM-PORRRRRR!!! (ejos bocor, kah kah kah)

Sabtu, 27 November 2010

Pemerhati Dari Jauh

Semakin hari scene hardcore punk dilihat semakin berkembang. Ramai diantara kita mengambil peluang untuk berpatisipasi di dalam arena ini.


Tidak lain tidak bukan tujuannya untuk mengekspresi diri. Meluahkan apa yang mereka rasakan tidak kena disekeliling mereka. Bagi seseorang yang bertanggungjawab dan komited dalam scene ini, rata-rata mereka bertindak akibat pengaruh persekitaran. Lahirnya idea-idea ini adalah kerana rentetan adanya refleksi diri dan kesedaran tentang apa yang berlaku disekeliling mereka.


Hidup di dalam sebuah negara yang sarat dengan undang-undang itu dan ini, menyebabkan ada diantara menjadi platform ini sebagai wadah berkongsi idea serta pendapat tersendiri dan dizahirkan dalam bentuk seni. Baik dalam bentuk muzik mahupun penulisan. Kerana di sinilah mereka mempunyai kebebasan untuk mengekspresi diri mereka.


Namun, sejajar dengan kematangan individu ada diantara mereka yang tidak mahu lagi dikongkong dengan idealisme tertentu sebaliknya bergerak ke luar dari lingkungan itu dan melahirkan hasil seni yang tinggi nilainya.


Hardcore, grindcore dan segala macam lagi genre muzik yang dilahirkan bagi penulis tidak lebih sekadar cara bagaimana sesuatu mesej itu disampaikan. Begitu juga halnya dengan penulisan zine yang pelbagai gaya bahasanya. Namun, lama kelamaan ramai diantara mereka perlahan-lahan memvariasikan lagi hasilan seni mereka dalam pelbagai bentuk. Yang bermuzik akan lebih bereksperimentasi dengan muziknya, manakala yang menulis pula dilihat semakin kreatif hasilnya di luar dari penulisan zine itu.


Aku melihat ramai diantara anak-anak hardcore punk yang telah lama bergiat dalam scene mula menampakkan hasil kreativiti mereka di sudut yang lain dari lingkungan hardcore punk itu sendiri. Jelas, kebebasan mengekspresi diri tanpa sebarang sekatan itu akhirnya akan melahirkan sesuatu yang hebat dan diluar jangkaan. Ini tidak bermaksud mereka yang masih terus kental dalam aktivitisme hardcore punk itu tidak kreatif tetapi aku melihat scene yang sering dipandang remeh ini adalah tapak permulaan yang besar dalam bidang kreatif tanpa membelakangi unsur resistansi yang ada di dalamnya.


Dah, tu je.
Malas aku nak tulis!

Ahad, 7 November 2010

Senarai Harapan Dalam Jangka Masa Terdekat

1) Aku dah tak tahan naik motosikal 60 km lebih tiap hari dengan keadaan jalan yang macam cilaka. Diorang bikin macam mana sekalipun tetap jadi masalah yang sama. Aku rasa ada benda yang tak kena kat sini. Baik dari aspek teknikal dan politikal. Mustahil tak boleh sempurna dari dulu sampai sekarang. Highway Plus tu boleh cantik pulak? Mentang-mentang tak bayar tol keadaan jalan pun macam cilaka. Apa ingat tak bayar cukai jalan ke? Macam sial. Cukai jalan skuter aku dah tamat tempoh. Nak bayar asik terlupa. Jadi aku nak beli kereta. Kereta apa je la. Janji badan aku tak sakit dan tak buang masa tunggu hujan reda. Dah la aku kena kerah bawak laptop sekolah. Ingat badan robot ke?


2) Aku nak baik pulih skuter aku. Nak bikin cover set baru. Aku dah bincang dengan sahabat aku si Samad yang sedang bergiat aktif dalam arena designing dan main cat. Enjin setakat ni tak ada masalah. Cuma gegar bahagian depan. Pomen tak dapat detect dari mana datang gegar tu. Aku ingat brake disc kot? Ah yang penting aku kena tukar minyak hitam sebulan sekali. Motor jalan jauh. Kadang-kadang aku perah throttle abis. Out meter. Tapi rasa macam tak laju. Dah skuter, memang la tak laju, dem! Gila apa nak bawak RXZ. Mana nak bawak buku lesson plan, kalau tak sempat tanda buku budak mana aku nak letak buku-buku dorang? Takkan RXZ tu aku nak tambah bakul?


3) Aku nak beli helmet baru. Aku nak beli helmet macam budak main motor scrambler tu. Tapi kat tempat aku susah nak cari yang ada visor. Tak nak aku pakai goggle. Beriya pulak. Tapi cari-cari jumpa jugak yang ada visor kat Simpang Rengam hari itu. Haram jadah, mahal pulak. Dekat rm300! Kimeks! Ah, bulan depan ah.


4) Basikal. Memang aku nak beli basikal dah lama dan aktiviti berbasikal memang kegemaran aku sebelum musim budak-budak naik fixed bike atau kegilaan basikal mountain bike mahal lagi. Aku bedal je janji basikal. Aku nak kayuh kayuh kayuh sampai kepala aku ringan. Serabut mandang internet je bila ada masa lapang. Beli 2nd hand sudah.


5) Dram. Memang. Memang cilaka idea ni. Dengan keadaan rumah jiran aku yang tak seberapa meter. Dekat pulak dengan surau. Memang susah nak direalisasikan. Tambah pulak rumah aku dah sesak. Bilik aku dah penuh dengan almari baju. Aku dah racun mak aku nak buang katil dua tingkat zaman aku budak-budak dulu. Berjaya tapi mana nak aku lempar? Besar pulak tu. Masalah ketung ketang bising satu lagi hal. Aku ingat beli dram elektronik je senang. Takde feel dan tak dapat skin sounds tu dah tak fikir dah. Janji dapat ketuk. Macam orang gila aku main dram angin apahal?


6) Nak bayar hutang PTPTN. Dah banyak surat dan panggilan ke pengadilan. Yela yela gua bayar. Adui kecoh ah brader. Lu rilek one corner sudah. Gua bayar la. Gua dah ada kerja. Ni gua tengah mengutu lu suruh gua bayar memang tak dapat aaaahh.





Khamis, 14 Oktober 2010

Lesen Besar

Aku terbatuk kecil. Bila baca petikan ini.


Lebih kurang begini.


"Saya menyokong poligami. Apa salahnya bermadu? Lagipun di dalam Islam itu sendiri tidak menggalakkan perceraian. Sekiranya suami berlaku adil, saya rasa itu bukan masalah yang besar.'


Itu kenyataan Si Dia dalam sebuah majalah fesyen terbitan bulan lalu di mana kelihatan pendapatnya begitu kontra dengan responden yang lain. Tak hairanlah kalau gambarnya lebih besar berbanding responden lain dalam terbitan itu. Bukan main bergaya pulak tu. Konfiden! - Haha.


Dia menjeling aku, " bukan lesen besar, faham?"


Pulak! -hahaha..

Jumaat, 8 Oktober 2010

Pergi jahanam

Sebenarnya. Kalau kita fikir sangat apa orang cakap pasal kita. Satu hapah pun tak jadi. Hidup pun tak fun. Hanya menyakitkan hati. Bila hati sakit perasaan pun merana. Jadi apa gunanya?


Aku percaya kita semua lakukan apa yang wajar untuk diri kita. Jangan sesekali kita hindarkan unsur kemanusiaan. Itu pun sudah cukup baik. Kalau gagal cuba lagi. Kalau dihina usah peduli.


Selebih pergi lah mampus.


Memang itu lah kehidupan. Ada dengki mendengki. Ada iri hati. Ada keji mengeji. Mana ada kehidupan yang tenang tanpa gangguan manusia-manusia berperangai babi? Lakukanlah apa yang kau percaya. Jadi diri sendiri.


Selasa, 5 Oktober 2010

Cadang Cadang Menendang Tang! Tang!

Aku ada perkara misteri yang aku nak ketengahkan untuk tatapan umum. Waktu aku jadi pelajar sekolah dulu aku seorang pelajar pasif. Duduk diam. Perlahan. Perlahan dari pergerakan terutamanya. Minda perlahan, lain cerita. Haha. Mungkin kurang makan kismis. Tapi itu perlambangan aku yang memberontak sebenarnya. Cikgu suruh beratur aku jalan perlahan-lahan. Lesu.

Itu satu.

Yang kedua. Dari segi aspek fizikal. Aku akan mengantuk bila di dalam kelas. Dari zaman aku sekolah rendah ke sekolah menengah ke kampus. Sama sahaja. Aku tak tau kenapa perkara ini menghantui diri aku. Aku cuba tanamkan azam, minat dan semangat yang membara. Kalau semangat tu macam bara arang, aku rasa semangat tu boleh membakar 360 cucuk satay dalam masa dua jam-Sedapnya. Kena pulak dengan sambal kacang yang kow! Perh.. Tapi walaumacamanapun nak kena ada timun dengan bawang. Baru kencang!-Namun aku gagal mempertahankan maruah mata aku yang sememangnya telah tercalar sejak dulu lagi. Aku kadangkala tewas dek godaan hawa mengantuk yang seksi, ranum dan menggebu apatah lagi disogokkan dengan rasuah dari penyaman udara. Memang terbaik dari ladang kambing Wak Lan, Jambi Darat!


Aku fikir masalah ini tidak berlarutan sekadar permainan anak muda yang bergelumang dengan dunia akademika yang pada hemah aku yang tak suka berkhemah ni adakalanya seperti gagal menjadikan anak-anak mampu berfikir sendiri. Namun aku silap. Apabila aku jadi tenaga pengajar masalah tersebut mula menghantui diri aku kembali. Maruah mata ini sekali tercalar balar dengan 21 sebatan tanpa belas kasihan oleh rasa mengantuk gila baboon terutamanya di bilik berkumpulnya rakan sejawat. Dem!!!


Ironinya, balik rumah mata aku segar bugar bak perawan yang memekar berseri di pagi hari. Nampak netbook kecik aku lagi aku segar. Bila dapat guna internet terus hilang kemengantukan yang maha dahsyat berkenaan malah tahan tak tidur berjam-jam lamanya.


Masya Allah-hebatnya dugaan duniaaaaaaa!!!!!!


Yang paling tak best adalah mengantuk ketika memandu. Ini paling aku cuak. Sebenarnya insiden terlelap ketika memegang stereng kereta dah beberapa kali terjadi. Ini cukup bahaya. Aku tidak salahkan penyaman udara. Tapi setelah dikaji dengan saintifik dibantu dengan bomoh-bomoh hebat di dunia berserta dengan fakta statistik yang dibekalkan oleh Jabatan Statistik, aku percaya. Penyaman udara adalah penyumbang terbesar ke arah berkembangnya gejala mengantuk dikalangan pemandu yang akhirnya menjadi penyakit sosial dikalangan rakyat kita.


Aku mencadangkan di stereng kereta pada hari ini agar dibina satu peranti pancutan air segar dimana ia mempunyai sensor mengantuk yang akan berbunyi nyit!-nyit!-nyit!. Apabila dah berbunyi dengan segera satu pancutan air disembur ke muka pemandu. Baru lah segar. Kalau nak tukar air panas lagi bagus. Biar pemandu semua berwaspada elak mengantuk supaya muka tak melecur dipancut air panas.


Baiklah. Itu saja cadangan saya pada hari ini. Bertemu lagi pada hari dan waktu yang sama di minggu hadapan dalam rancangan,


"CADANG-CADANG MENENDANG TANG TANG!!"

Ahad, 3 Oktober 2010

Teras Keras Emosional

Aku manusia yang tak mampu menyorokkan wajah bila dilanda masalah dan tekanan. Walaupun aku rasa aku dah senyum selebar 5 kilometer, ada orang-orang yang mampu melihat ada sesuatu dari raut wajah aku. Ceria yang mungkin dibuat-buat.


Rakan-rakan aku terutama yang berkongsi bantal dan tilam sepanjang aku di Kuala Lumpur dan mereka yang membesar dengan aku juga amat memahami pola perasaan dan ekspresi aku. Jangan dilupa. Orang-orang yang berkongsi kasih, rasa dan sayang pun turut berkongsi pendapat yang sama. Perbuatan dan geri aku jarang sekali dapat menyembunyikan gundah gulana di hati. Kadang-kadang jadi menggelabah. Kadang-kadang boleh jadi cuai.


Sekarang.


Aku rasa bertuah. Sangat bersyukur. Si dia bersungguh-sungguh mahu aku berubah. Tak mahu aku membawa masalah ini ke mana-mana. Malah dia seperti mahu membuat satu kotak-kotak khas untuk setiap permasalahan agar tidak bercampur aduk dengan perkara yang lain. Nampak sangat otak aku seperti sebuah meja yang terlalu penuh dengan bahan bacaan dan dokumen penting yang tidak disusun dengan praktikal.


Aku tahu kesan jangka panjangnya tidak elok. Aku harus tekadkan diri berfikiran lebih positif. Lebih rasional berbanding mementingkan emosional. Ini bukan perkara yang mudah. Sokongan dari individu-individu seperti ini amat membantu agar perjalanan kehidupan aku lebih lancar.



Dalam pada itu, lain benar rasanya perhubungan antara dua jantina pada usia ini. Bukan lagi permasalahan ke anak-anakan seperti kecurangan, kecemburuan buta, kongkongan melampau yang menjadi topik. Tetapi ia lebih kepada pembentukan diri, pengukuhan semangat dan perkongsian cita-cita selain dari memupuk persefahaman dalam melalui perhubungan ini sehari-hari.


Sungguh.

Aku banyak belajar sesuatu dalam kehidupan hari ini. Walaupun sudah kembali mengajar sebenarnya masih banyak yang aku perlu pelajari. Terutamanya dalam mengenali diri sendiri dan pentingnya menjaga hati dan perasaan manusia lain.


Mungkin dulu aku terlalu ego mempertahankan prinsip yang aku juangkan tanpa memikirkan persekitaran realiti kehidupan aku. Akhirnya aku sukar mengadaptasi sesuatu suasana baru. Aku gah mempertahankan apa yang aku percayai tanpa kompromi.


Namun aku sedar. Apa yang kita impikan kadang-kadang terhalang dengan realiti persekitaran kehidupan dan kita haruslah kuat untuk menerima apa yang ada ini seadaanya.


Sebenarnya aku ingin mengucapkan kepada diri aku sendiri,


"Bersyukurlah."

Sabtu, 2 Oktober 2010

Lanjutan

Akhirnya.


Aku kembali ke sini. Tanah Selatan. Tinggal lagi bersama kedua orang tua. Nampaknya aku tak lagi merantau. Meneruskan kehidupan di ceruk kampung sunyi. Lagi terpencil.


Aku masih bertuah. Masih mempunyai sisa-sisa rakan. Yang masih boleh mewarnai kehidupan aku.


Selebihnya. Kita nantikan saja.

Rabu, 29 September 2010

Runtuhnya Benteng Anarki dari Dalam Diri

Setelah masa pahit ditelan
aku langkah juga ke dunia baru
kentalan hati dan kerangupan sayur
bukan lagi prioriti diri



Kini aku bukan lagi manusia
yang mencari arah surau di Pasar Seni



atau



Menjerit lantang dan berbangga diri
kerana tidak mendaftar mengundi



atau



Selalu tersenyum
menyindir para politikus



dan mulai kini dan selamanya,



Aku isytiharkan benteng Anarki dalam diri
sudah teroboh sendiri
diroboh jentolak etika kerja
dan ketundukkan kepada pengetua!


oleh si teman,
Danielle Corleone

Jumaat, 17 September 2010

One more time, please lah. Engkau ni pun..ah!

Mana kan ada perhubungan yang tak dilanda badai
Sedang laut pun bergelora inikan pula hati manusia

Terguris luka calar berdarah
Setia kasih sayang tak sudah

kasih itu umpama lelayang
tali ku hulur bebas melayang
Jangan kasih tinggalku seorang
cemburu itu tautan sayang

Selasa, 14 September 2010

Lebar (bukan berkaitan dengan keluasan)

Sehingga raya ke lima, aku hanya beraya sebuah rumah. Itupun dalam ketidak sengajaan. Rumah kedua-dua belah nenek pun aku tak pergi, hehehe. Entah kenapa aku tak ada mood nak suka-suka beriya-iya di hari raya tahun ni. Tapi aku tengok adik aku orang yang paling meriah walaupun hanya ada dua t-shirt baru yang murah sahaja. Bab berjalan memang tak ingat. Kasut Onitsuka Tiger yang aku sayang-sayang tu pun dia gasak lanyak pergi air terjun. Haram. Lain pulak dengan aku. Duduk kat rumah je. Terbaring lesu. Tidur atas tikar bambu. Sejuk....


Boring bertambah-tambah bila banyak kedai untuk mengeteh yang masih tutup. Itu belum dikira gedung-gedung pakaian terpakai yang tak tau lah bila nak bukaknya. Ada tak ada aku duduk di rumah diam-diam sambil memakai seluar jeans yang aku baru beli. Aku pakai berhari-hari tak basuh sejak raya kedua. Tadi baru basuh. Saja nak hiburkan hati. Itu sahaja yang aku mampu beli untuk tahun ni. Okeylah tu. Layan saja.


Bezanya tahun ni aku ada teman. Itupun aku belum sempat nak beraya ke rumahnya. Aku ni pemalu. Tak pernah lagi aku beraya rumah gadis sorang-sorang. Elak aku pitam je la bila kena soal siasat. Pertama kali dalam kehidupan aku ada buah hati yang hantar munjung (bertukar-tukar ketupat, lodeh, sambal goreng dan lain-lain lagi) di rumah. Terharu jugak. Nampak tanda-tanda keseriusan kami dalam perhubungan. Ewah. Aku ni raya-raya pun nak bukak cerita emo.


Dalam pada tu, bila aku jenguk FB aku tengok ramai yang berasak-asak memuatnaik gambar raya. Dapatlah aku jenguk wajah-wajah kawan-kawan yang pernah rapat dengan aku dengan pakaian baru dan keluarga baru. Mana yang dah ada cahaya mata tu masing-masing tayang kecomelan anak masing-masing. Diorang dah tak datang beraya rumah aku sekarang ni. Sibuk dengan keluarga dan anak masing-masing. Jadi tahun ni memang tak ada kawan yang nak beraya rumah aku setakat ni.


Apapun yang paling seronok setakat ini adalah membedal biskut keju dan kerepek emping sambil melayan drama Bas Raya. Cerita tak kelakar pun boleh sedap kalau kena apa yang dikunyah dalam mulut!

Sabtu, 11 September 2010

730-230

Dah nak masuk kerja balik. Sekurang-kurangnya awal bulan depan aku dah nak kena bongkar seluar slack dan kemeja aku yang dah berhabuk tu. Kasut Zara telah aku repair baik punya. Habis dekat RM12 jugak aku repair kasut aku.

Aku sebenarnya cuak jugak.


Sebab.


Lebih banyak menggeledah pakaian terpakai berbanding menggeledah ilmu geografi!

Jumaat, 3 September 2010

Boleh tunjukkan saya cara berhari raya dengan betul?

Raya?


Biasa je. Tak ghairah pun. Sekadar bersyukur dengan apa adanya. Tak melebih-lebih. Ketika saat aku menulis ni aku cuma ada sepasang baju melayu baru yang masih belum siap dijahit. Kalau difikirkan balik ada ramai lagi diluar sana yang kesempitan. Aku jadi tenang dan rileks-rileks saja. Kita suka-suka bagai nak rak, bagi yang tak ada dan tak punya apa, apa ceritss?


Tapi tak tau la kenapa aku malas nak beraya-beraya ni. Kadang-kadang kena paksa dengan kawan atau keluarga baru lah aku nak keluar beraya.


Tapi aku ingat tahun ini aku nak buat kelainan sikit lah.
Ingat nak main bunga api yang kaler-kaler meriah macam hari kebangsaan punya tu.


Agak-agak boleh datang mood beraya macam zaman kanak-kanak dulu tak?

Rabu, 18 Ogos 2010

Sembang Sahur Bersama Bang Juna 2

Tipu lah kalau engkau semua tak pernah ada percanggahan pendapat dengan orang tua. Orang-orang tua selalu cakap. Aku makan garam dulu berbanding kau. Memang lah. Tapi tengok jugak garam apa yang dia makan dulu. Ada makan garam bukit? Tak ada kan?


Sama lah macam kita. Pemikiran orang-orang tua dulu tak boleh nak diselarikan dengan peredaran zaman sekarang. Dulu orang boleh cakap, "kau masuklah unibesti. Nescaya kau akan beroleh kerja yang elok." Tapi hal ini semua bergantung pada luck atau mungkin potensi, bakat dan kebolehan seseorang graduan itu. Luck? Ya nasib-nasib lain. Handsome, penemuduga suka. Kelakar, Puan Asmah suka. Anak saudara ketua cawangan, pegawai-pegawai kasi kerja. Ini semua nasib.


Ada jugak berpendapat. Makan gaji adalah jaminan kehidupan. Ada pulak yang berpendapat menceburkan diri dalam perniagaan masa depan tak tentu. Tapi bila ada rezeki sikit, baru lah sedar, " Ish.. ish..ish Seman tu bela antu raya agaknya!"-Pulak! Benda ni nasib. Dalam kehidupan panduan itu penting. Tapi harus bagaimana kita yang punya akal, rasa dan citarasa ini menilai input-input yang kita dapat.


Orang yang paling dekat adalah orang tua kita. Aku bukan lah nak ajak kau semua memberontak lawan mak bapak. Cuma kadang-kadang terfikir, akan ada satu-satu tempat nasihat-nasihat tu macam tak sesuai. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai anak-anak mengadjustkan perkara berkenaan melalui perbincangan yang baik. Api lawannya air. Sesetengah orang tua ada yang kadang-kadang ketegaq. Keras. Kalau dia kata suruh buat A. Maka A lah sampai kiamat. Tak boleh adjust. Kalau melawan kurang ajar. Bila kurang ajar derhaka. Bila derhaka, apalagas? Masuk meraka.. Ya, aku saja eja meraka. Ini yang pening. Tipu la kau tak pening. Kau fikir kau selamat dari pening walaupun kau duta panadol? Porah!


Terfikir jugak, mesti ada yang jumpa pawang untuk adjust benda-benda macam gini. Selalu aku tengok tv, orang senang-senang je pergi jumpa pawang. Pawang pulak mesti pakai kain kuning lilit kepala. Kat rumah ada tengkorak dan lilin walaupun kerajaan telah memberi kemudahan air dan elektrik. Pengarah drama di sini nampaknya kurang pengalaman dalam mevisualkan pengamal perubatan tradisonal. Kan?

Isnin, 16 Ogos 2010

Sembang Sahur Bersama Bang Juna

Masa zaman berangan nak jadi penulis zine yang hebat dulu, aku dengan Amy memang rajin menulis surat. Kononnya. Lepas SPM dengan menggunakan duit simpanan sekolah yang tidak diusik berminggu-minggu nak pergi berkelana. Jadi back packers la konon pergi gig-gig di Semenanjung Malaysia. Jadi, dengan adanya sahabat pena. Aku tak payah sewa hotel atau tidur bersepah-sepah tepi jalan macam sesetengah kawan aku.


Tapi.


Semuanya tinggal harapan. Aku takde mood pun nak merayau-rayau. Kang mak aku bising pulak. Kalau tak balik dalam jangka masa 14 jam pun dah bising lagi lah kalau aku merayau sampai 14 hari. Apa nak jadi? Jadi, aku pendamkan je niat tu tunggu aku besar sikit.


Sampai hari ni pun. Aku masih suka cari kawan baru. Untuk bersembang-sembang. Berkongsi masalah. Kadang-kadang kawan-kawan yang menjadi tempat aku mengadu tu tak pernah aku jumpa pun. Hanya kenal di blog atau laman sosial lain. Tapi aku masih bersyukur kerana masih ada individu yang sudi nak dengar luahan pasrah hati aku ini dan aku juga masih lagi sedia mendengar serta berkongsi masalah bersama mereka.


Seperti di siri-siri gig pun. Adakalanya band yang main bukanlah menjadi keutamaan. Sebaliknya lebih kepada bertemu rakan-rakan yang ada setengah daripadanya menjadi tempat aku mengadu domba masalah (macam Dzul selalu cakap). Layan.


Walaubagaimanapun. Aku ni boleh jadi pendiam. Susah nak cakap. Dan kalau kena geng, mulut aku paling riuh dan kuat mencarut. Nada ini boleh berubah bila bertemu mat-mat skima. Pakcik-pakcik sejawat. Atau anak-anak didik aku.


Risau juga aku asik adjust-adjust personaliti ni. Kang tersalah adjust, masak. Siapa tak bimbang kalau terlepas mulut ketika bersembang dengan orang pangkat-pangkat besar? "Jadah ko!" - Ha, tak ke haru macam tu.


Kalau difikir-fikirkan balik. Hipokrit tu penting jugak sebenarnya. Untuk jaga periuk nasi. Kalau makan megi hari-hari mana boleh tahan. Pedih perut. Tak sedap tu lain cerita. Kita ni lagi banyak makan tak sedap berbanding yang sedap-sedap sebab susah nak makan sedap hari-hari. Lainlah kalau pendapatan pun sedap. Tapi besar periuk, besarlah crusty-nya!


Sebut pasal masalah periuk kita yang semakin sempit, aku sebenarnya cukup risau. Sanak saudara, anak-anak kawan, anak-anak saudara members, anak saudara teman wanita, anak-anak didik aku-yang mana rata-rata masih di bangku sekolah. Dalam gelak tawa dan khayal dengan konsol permainan mereka. Adakah mereka sedar zaman senang sekarang ni tak senang untuk hidup? Makin hari makin tersepit? Hati jadi pedih melihat mereka yang mempersia-siakan peluang dalam bidang akademik ni. Mereka yang ada kelulusan tinggi pun belum tentu dapat memperjudikan nasibnya dengan baik. Apatah lagi mereka yang tidak punya apa untuk digadaikan dalam hidup mereka? Ya ilmu kini dalam bentuk komoditi. Ditukar ganti dengan duit. Untuk meneruskan kehidupan.


Ilmu pelita hidup dan ilmu digunakan untuk panduan hidup?


Ah!

Selasa, 10 Ogos 2010

Penebat Emosi

Kurniaan paling terbesar dalam diri tidak lain tidak bukan adalah kesabaran dan ketabahan. Apa lagi yang paling bermakna selain dari dua kekuatan ini?


Kadang-kadang gua pernah fikir jauh. Apa akan jadi pada diri gua apabila sesuatu perkara berlaku atas gua? Gua cuak gua hilang pertimbangan. Tapi apabila perkara itu benar-benar terjadi-dan gua tenang menghadapi dugaan itu.


Itu anugerah.

Khamis, 5 Ogos 2010

Hai, Kuala Lumpur!

Lama betul aku tak merayau-rayau. Jadi aku ambil keputusan untuk berkelana. Tiga hari saja. Untuk buangkan sawang-sawang dalam kepala yang berserabut menghalang tumbesaran kreatif aku sekian lama.


Aku perlukan hilai tawa kawan-kawan. Aku rindukan bunyi ngilu Putra LRT menggesek rel. Aku berahikan bunyi mesin pengepam air di bawah rumah aku yang mana ia menyebabkan harga sewa bekas rumah sewa aku itu lebih murah berbanding rumah-rumah lain di sebelahnya.


Lama benar aku tak jenguk ke Kuala Lumpur. Sudah beribu jam aku tidak jenguk kampus lama aku. Ghairah aku untuk ke sana menendang-nendang dengan begitu miang sekali. Jadi aku gunakan segala masa yang ada sehingga aku kurang tidur untuk membuat penilaian mengenai kehidupan yang telah lama aku tinggal di kota besar itu.


Yang berambut sudah kurang rambutnya (hahaha, Hakim!). Yang kurus sudah buncit perutnya. Yang mengatakan perkahwinan awal kurang relevan telah menemui jalan bahagianya. Yang mewah dengan hasil kerjaya sudah pulang ke kampungnya. Dan, ada pula yang cantik semakin cantik!-maaf. Kecantikan bukan segalanya.


Untuk trip kali ini, ia lebih sekadar lawatan sosial menjenguk rakan-rakan lama yang masih tidak mengalah meneruskan kehidupan di sekitar Ibukota walaupun pada asalnya aku mahu mengambil helaian transkrip di Tanjong Malim. Mungkin trip seterusnya aku akan melihat dari sudut lain. Seni misalnya. Bunyian. Visual. Atau catan. Aku bukanlah insan seni serba sensitif kepala angin yang obses dengan ekspresi diri dalam hasilan seni. Tapi aku cukup menghargai orang-orang yang terus menjadi hamba seni untuk mengimbangi sudut kehidupan urban yang penuh tekanan, seperti sedia maklum. Tanpa unsur seni, aku percaya. Kita semua tidak ubah seperti mesin aturan. Hanya ada 1, 2 dan 3. Tidak ada bunga atau helai-helai daun yang menghias indah di kiri kanan kehidupan.


Apa pun. Terima kasih pada yang mengisi masa (dan perut!) aku pada 3 hari yang lalu.





Jumaat, 30 Julai 2010

Malam Jumaat

Tak seperti minggu-minggu lalu. Hujan renyai. Ada pulak yang lena tidur!

Khamis, 29 Julai 2010

perasaan dan keikhlasan

Aku ni jarang serius kalau dengan orang yang rapat. Malah Si Dia cakap aku ni kuat merepek. Ya. Kalau aku gembira dengan kehadiran seseorang, aku suka tengok dia ketawa. Tersenyum. Melawak, mengusik dan menyakat.


Tapi dalam diam. Ada orang-orang yang tidak dapat menerima gurauan aku. Seriusnya, aku kesal dengan apa yang berlaku apatah lagi ia berlaku pada orang yang aku sayang dan aku sandarkan harapan.


Percayalah. Jauh di sanubari aku tidak terlintas menyakitkan hati dan menyinggung perasaannya. Aku tidak sengaja. Sungguh.


Jujurnya aku sangat ikhlas dalam setiap perhubungan antara sesama manusia. Aku bukanlah jenis yang mata duitan, gila pangkat harta dan sebagainya. Malah aku sendiri bersedia untuk melakukan yang terbaik untuk perkara yang baik demi kecintaan dan kasih sayang tidak berbelah bagi dari aku.


Mungkin dari luaran (terutama di luar lingkungan waktu kerja) aku nampak macam seorang yang tidak serius suka main-main dan sinis tapi percayalah. Aku sedang berusaha memperbaiki keadaan dan berusaha menjadi terbaik untuk orang-orang yang aku sayang.


Mereka-mereka inilah. Sebenarnya yang memberi aku semangat untuk terus komited dengan kehidupan dan menjadikan hidup ini lebih berarah dan bermatlamat. Namun andainya mereka terluka, aku turut berduka.


Apapun. Aku mengharapkan agar kawan-kawan diluar sana terus mendoakan kesejahteraan aku.

Ahad, 25 Julai 2010

mengeBASkan diri

Aku kira. Kehidupan aku tak boleh berenggang dengan bas. Aku suka naik bas. Tak tau kenapa. Tapi teringin jugak ada kereta sendiri untuk lebih memudahkan perjalanan. Seawal umur 16 tahun aku dah pandai merayau-rayau di Kuala Lumpur naik bas ekspress. Akhirnya aku jatuh cinta dengan bas ekspress. Aku yakin perasaan ini bermula sejak aku mengikuti rombongan ke Johor Bahru sekitar umur 12 tahun selepas peperiksaan UPSR. Bas persiaran tak banyak beza dengan bas ekspress. Penyaman udara yang sejuk. Kerusi yang empuk. Ada tv. Boleh main video. Pernah juga aku menaiki bas ketika mengikuti rombongan bapak aku yang memasang video konsert Metallica dalam format tape ketika itu. Sangat rare, ok.


Aku mula menjadi geng bas eskpress ketika meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur. Tiada bas ekspres Pudu Raya tak bermakna. Pada tahun 2004 aku menjadi semakin akrab dengan bas ekspress. Aku akan pulang kalau tiada aral melintang dan tiada benda-benda seronok di Kuala Lumpur. Biasanya jadual aku begini. Minggu ini ada gig, aku tak balik. Minggu depan balik. Minggu satu lagi ada gig, so aku tak balik. Selang seli. Jarang sekali aku tak balik kampung kerana berkelah di kawasan sungai Ulu Yam misalnya. Tak heran sangat dengan sungai.


Kalau nak dikirakan banyak pengalaman pahit getir ketika menaiki bas ekspress. Macam-macam jenis orang. Macam-macam jenis ragam. Dan yang lebih penting macam-macam jenis gadis. Dulu-dulu memang berharap duduk sebelah gadis yang cantik dan manis serta peramah. Tapi bila dah dewasa ni. Naik je bas mata aku akan jadi gelap. Ini memang terbaik. Aku hanya sedar bila berhenti di hentian rehat. Ini adalah masa yang tepat untuk aku dapatkan dua potong betik sebelum meneruskan perjalanan dan melelapkan mata. Dalam tiga setengah jam, dah sampai di Batu Pahat. Untuk berhenti di depan kampung aku perlu naik bas Pontian. Tambah lagi setengah jam. Kalau rasa mengada-ngada, aku akan berhenti di Batu Pahat untuk usya vcd metal di bus stand.



Kebanyakan bas sekarang mempunyai tempat duduk VIP. Ini bermakna akan ada barisan kerusi tunggal. Duduk di kerusi tunggal ini memang menjadi idaman setiap insan dengan alasan lebih privacy. Tapi mereka akan rugi sekiranya ada orang lain yang duduk di seat double dapat mengayat gadis/jejaka idaman. Nak mencarut pun tak berguna lagi!


Kalau duduk di sebelah gadis yang peramah aku jadi kurang tidur. Kena jawab pertanyaan. Pernah aku aku berulang-alik ke Kuala Lumpur sekali sekurang-kurangnya setiap bulan ketika menjadi guru sandaran untuk ke acara muzik. Ini semua lumrah bagi orang ketagih muzik keras macam aku. Jadi, aku duduk di sebelah gadis. Segala pertanyaan aku jawab dengan jujur termasuk persoalan tentang kerjaya aku ketika itu. Gadis itu hanya mentertawakan aku. Ya, aku nampak kusut masai pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.


Bas tiada penyaman udara, bas hampir menyondol kereta dan bas rosak tepi jalan itu perkara biasa. Yang jadi tak biasa bila aku dan beberapa penumpang lain terpaksa menumpang bas lain. Aku mengambil langkah untuk duduk di lantai. Tak larat. Ketika itu aku masih dalam pemulihan gastrik. Jadi aku terpaksa makan kuih pau yang beralas daun pisang (betul-betul kampung) yang mak aku bawakkan di atas lantai bas. Manakala penumpang lain duduk di kerusi seperti biasa. Menyaksikan aku melahap kuih pau dan makan ubat gastrik. Aku buat tak tahu. Nasib baik aku tak begitu stailo pada hari itu. Stailo kena bertempat..ingat tu.



Antara lain, aku juga pernah bertekak dengan pemandu bas di keheningan malam di Pudu Raya tanpa back up line dari sesiapa gara-gara aku buka tempat penyimpan barang sendiri. Bengang jugak. Bila orang berkumpul melihat aku bertekak. Aku terasa macam selebriti yang sedang melakukan pengambaraan drama aksi. Ketika itu aku stailo ala metal. Baju hantu hitam serta bandana terlilit di leher. Jadi 20 markah di situ. Markah keyakinan!


Apa akan jadi pada tiket bas ekspress pada tahun ni eh? Agak-agak ada bas tambahan? Rasa-rasanya penumpang akan rasa tertekan tak pada tahun ni sama seperti tahun-tahun yang dulu? Macam mana pula dengan perangai ulat? Dah dapat dibanteras? Apa jaminan pihak berkenaan terhadap rakyat yang kurang berkemampuan untuk memiliki kenderaan sendiri dan terpaksa bergantung harap pada pengangkutan awam?

Khamis, 22 Julai 2010

pung pang pung pang kita!

Pung Pang Pung Pang
kau di sana menjerit
kau di sini terpekik

Pung pang pung pang
Perjuang di sini
perlawanan di sana

Pung pang pung pang
tivi aku bergegar
radio aku bergoncang

Pung pang pung pang
gasak lah kau dengan dia
dia pun belasah kau

Pung pang pung pang
cukup bulan aku amek gaji
ada masa aku qadha tidur!

Ahad, 18 Julai 2010

Bising



Semalam ada acara muzik orang-orang muda di Batu Pahat terletak di The Wall. Kira macam studio shop space lah. Mungkin boleh disamakan dengan Haq punya kat Kl nu... Aku sebenarnya bukan dah sihat sangat dari demam dan sakit-sakit badan. Tapi aku layankan jugak. Sebab boring sangat. Duduk kat kampung dah dekat dua bulan. Tak buat apa-apa dan tak ada aktiviti seronok-seronok. Lama tak tengok orang perangai pelik-pelik. Disebabkan takdela jauh sangat aku naik motor Kriss je. Yang macam haramnya. Aku siap nak kena langgar lori kat depan venue dek kerana mata mencari venue yang agak tersorok itu. Hmmm...buat muka tak tau walaupun ramai mata yang memandang!


Aku bukan ada geng sangat kat Batu Pahat ni. Patutnya kat tempat sendiri la ramai geng. Mungkin disebabkan kawasan tempat tinggal aku terceruk di kampung, tak ramai yang aku kenal lagi-lagi batch-batch sekarang-sekarang ni. Jauh lebih adik-adik. Manalah nak kawan dengan orang tua macam aku ni. Dah lah pemalu. Tak pandai berbual. Lain sekali kalau kat Kuala Lumpur. Ramai kawan. Asik bergurau senda. Gelak-gelak. Menyakat tak sudah-sudah. Kadang-kadang lebih banyak bual-bual dari tengok kugiran. Haishh...time ni la aku teringat kawan-kawan ILS. Apa kabar agaknya?


Aku datang sorang-sorang. Aku rasa sangat skima. Tak tau kenapa. Mungkin sebab rambut aku tak rebonding dan tak pakai skinny jeans. Mungkin juga sebab baju aku tak kaler-kaler macam budak hardcore sekarang-sekarang ni. Layankan aje. Gig mula lambat. Aku dah naik boring. Nasib ada jual zine. Sempat aku belek-belek zine. Kenapa budak sekarang malas buat zine? Asik nak berjoget zapin hardcore je taunya. Macam mana minda nak berkembang? Balik dari gig habis gitu aje. Tak ada pengajaran diambil. Ceh. Apa pun ni bukan gig hardcore punk total. Campur-campur. Metal ada. Pop gesek kasut pun ada. Layan.


Aku berdiri tercegat sorang-sorang. Band first memang rock kangkang. Tak silap aku pernah tengok band ni. Sama ada kat UM atau kat video Lan budak rock rumah aku tu. 6 Jahanam tapi 5 orang. Macam biasa la. Lepas tu band screamo ala Eropah. Macam trend-trend kat KL tak lama dulu. Semua nak jadi Kias Fansuri. Semua nak jadi Daighila. Atau paling koman pun nak jadi Orbit Cinta Benjamin. Tapi tak apa lah. Kau punya suka. Tapi aku dah lama perhatikan. Gitaris dia lain macam sikit. Boleh dia sondol stack amp dengan gitar dia. Gila kau. Organiser mesti cemas. Ha ha ha.


Macam biasa lepas tu metalcore. Metalcore dan metalcore. Layan. Kadang-kadang best jugak. Tapi kalau dah banyak-banyak jemu lah pulak. Ada juga grunge. Tah. Aku keluar minum. Borak dengan Fadil. Banyak aku tak tengok. Tapi band-band yang ada dalam list tour kali ni banyak yang outstanding. Ada identiti sendiri. Wyken Dilirium misalnya. Kadang-kadang tengok dah macam Meshuggah pun ada. Tapi paling dekat macam..aduh lupa lah.


Dalam-dalam heavy. Ada jugak yang nak main ala britpop. Radio Antic ke apa ntah nama band ni. "Hari ni kami Greenday sikit sebab tiga orang," kata bassist. Bapak perasan. "Eh, kau tak nak joget-joget sikit ke apa ke? Tak nak eh? Tak nak tak pe ah.." terus main dan main buat tak tau. Budak-budak lain duduk bersila kat lantai. "Ha, macam ni lah aku nak. Aku harap engkau teruskan lah eh, hehehe.." selamba menyindir. Aku memang tak boleh blah dari awal lagi. Tengok muka pun dah kelakar. Paling tak tahan bila vokalis/gitaris terus sama-sama duduk bersila sambil main. "Engkau pun nak bersila jugak?!!" Kata si bassist. Layan! Ha ha ha..Sempoi! Suara pun sedap. Ok..go!


Lepas Predicate Not Define main satu lagu aku chow. Masa nak turun tangga ada budak tegur aku, "Nak balik ke brader? Rileks la. Ada dua band lagi! Esok nak pergi sekolah ke?"


Sekolah?

Sekolah?

Sekolah kau cakap?

Kau ingat aku budak sekolah?!!!!

Sabtu, 17 Julai 2010

Minyak angin mojarab

Aku bukan jenis banyak cakap. Kalau tak kena geng. Aku jadi pendiam. Lebih banyak sengih. Kalau dengar sesuatu yang orang lain anggap menarik (tetapi tidak bagi aku) aku hanya akan kata, "pergh!". Hinggalah geng-geng guru di sebuah sekolah pedalaman Batu Pahat menyindir aku. "Kau tak cakap pergh, pulak hari ni?"


Kepala bapak kau lah.


Aku lebih suka senyum. Dan berkata apa yang penting sahaja. Malas sangat nak borak-borak dengan orang yang baru aku kenal. Tapi orang-orang inilah selalunya akan tanya aku. Contoh orang-orang berkenaan adalah penjaga kedai fotostat, penggunting rambut, penjaga kaunter kampus, tukang urut di kampung dan sebagainya.


"Umur berapa?"


"Ish. Yeke? Kau nampak muda lah."


"Kau nampak macam budak-budak lah."


"Baru lepas SPM kan? Sekarang buat apa?"


Aku hanya senyum je. Takdelah aku cakap teknik-teknik penjagaan wajah supaya nampak awet muda. Mungkin raut wajah aku macam budak-budak. Tapi hakikatnya siapa yang tahu. Aku cukup terasa diri ini sudah dimamah usia bila badan dah tak selasak dulu.


Buat aktiviti lasak sikit. Mula sakit-sakit. Buat senaman-senaman sikit. Mula sengal-sengal. Baru-baru ni aku menggandakan aktiviti berbasikal yang dah lama aku tinggalkan. Hasilnya, badan aku sakit-sakit. Sendawa banyak kali. Banyak angin. Bila dah kena macam gini mulalah mengeluh.


Semalam baru aku pergi berurut kat rumah Pak Long. Kalau diingat-ingat lebih 8 bulan aku tak datang rumah Pak Long. Dia selalu pesan. Kot tak sedap badan moh le datang rumah Pak Long buat apa yang patut. Jadi, semalam berair mata aku. Gara-gara banyak sangat urat yang lari tune!


Memang terasa sangat perbezaan masa muda-muda dengan sekarang. Yelah masa banyak dihabiskan dengan duduk. Mengadap buku, kerja-kerja yang tak habis-habis. Tak ada masa nak bersenam. Sekali bersenam, hah. Tu dia! Badan sakit-sakit. Aku ingat aku kena susun balik jadual kehidupan aku supaya ada masa untuk riadah dan kerja. Seimbang. Badan sihat. Minda pun cerdas.


Takat naikkan harga gula belum tentu dapat jamin peningkatan tahap kesihatan rakyat. Lebih elok baiki servis kemudahan kesihatan dan kurangkan kos rawatan di hospital!

Ahad, 11 Julai 2010

Roda Dua Di Rumah Saya

Kehidupan aku banyak dipengaruhi dengan kenderaan beroda dua. Basikal dan motosikal. Kalau hari cerah dan poket tidak mengizinkan, memang motosikal atau basikal menjadi pilihan. Tetapi macam biasa. Sejak sudah memiliki lesen memandu. Aku tampak lebih selesa bermotosikal. Berkereta memang selesa. Boleh dengar lagu dan ada pendingin hawa. Tapi bab petrol kadang-kadang boleh membuatkan aku menyumpah. Kalau temu janji dengan teman wanita, biasanya salah seorang akan mengisi minyak dan sorang lagi akan biaya kos makan minum. Itu sweetnya teman wanita aku. Aku sayang dia. Ceh, macam budak kemaruk baru nak up buat statement macam gitu!


Motosikal pertama aku adalah Yamaha Cub 80 yang dimiliki pada usia 14 tahun. Nenek aku bagi. Bapak aku pun ada sebiji motor ni. Buat pergi kebun. Aku usik-usik jugak motor ni bikin laju tapi tak laju mana pun. Macam lahanat. Last-last bila dah disampuk ideologi punk, aku lebih memilih basikal. Motor ni aku biar je kat rumah. Ya, basikal yang ada bakul kat depan tu. Budak-budak sekarang geli nak pakai. Aku pakai dengan dress up seluar jeans koyak. Sehinggalah aku berusia 17 tahun baru la mak aku belikan basikal import dari Singapore. Katanya terpakai, tapi nampak macam baru. Kat Johor masa tu basikal ada absorber adalah rare. Tiap kali aku lintas kedai pisang goreng orang akan tanya, "beli basikal mana tu dik?"


Motosikal kedua adalah Kriss Modenas. Aku pakai motor ni sampai sekarang. Praktikal di Port Dickson pun sempat aku belasah motor ni dari Lukut sampai ke Telok Kemang. Seminggu entah berapa kali sebab bosan takde geng melepak dan kaki rayau. Bapak aku beli masa aku duduk di kampung. Aku separuh merajuk sebab susah nak ke pekan. Kena naik bas dan teksi. Nak naik basikal sikit punya jauh dan buang masa. Walaubagaimanapun aku enggan mengambil lesen. Rebel tak kena tempat! Motor ni dah kira banyak jahanam. Aku repair sikit-sikit bagi smart. Smart cukuplah. Nampak kemas. Takyah power-power. Macam budak baru nak up. Aku pasang sport-rim hitam, langsung pikap jadi lembap. Sabar jelah. Berat rupanya pakai sport rim ni. Nak kena tukar spoket belakang kot?



Setelah menjejakkan kaki ke universiti ke dua (selepas cabut dari Uitm) kat UM baru bapak aku belikan sebijik skuter Suzuki VS 125. Baru seminggu aku dah angkat cover set air brush. Aku pakai kat kampus. Memang gempak dan stailo. Asyik kerja nak ngorat awek hot. Damn! Pointer aku jatuh teruk semester yang kedua. Rasa nak cabut dari kampus pun ada. Leka main muzik dan usha perempuan. Tapi aku banyak berbelanja dengan skuter ni. Sekali dia bermasalah hampir botak bulu kaki aku dikerjakannya. Namun aku redha demi mempertahankan maruah! Dush...!!~ tumbuk pipi sendiri. Aku tak jual pun skuter. Ada tersadai kat rumah. Aku nak bikin bila ada duit nanti. Jadi lebih ganas. Bestnya naik skuter adalah sebab dia takde gear dan ruang kaki yang bebas. Macam-macam aksi akrobatik aku boleh buat bila boring naik motor jauh-jauh. Lagipun dia ada banyak laci. Boleh letak helmet, jaket naga ataupun sayur-sayuran.



Baru-baru ni mak aku beli Honda Wave untuk adik aku. Namun kalau kat rumah tiada istilah siapa punya. Nak pakai, pakai. Jangan leceh. Tapi dalam banyak-banyak motor seat Honda Wave ni lah paling aku tak berkenan. Kebas bontot buat jalan jauh. Keras. Kalau tak adik aku bikin memang lembap motor ni. Absorber pulak kenyal sangat. Cuak aku ambil selekoh tajam. Kena pulak masa baru beli tayar kecik. Gila cuak! Bergoyang-goyang kat selekoh.. Pergh.. Pernah jugak aku ronda-ronda dengan teman wanita malam-malam naik motor ni dengan jarak agak jauh. Memang masam muka dia, kah kah kah! Kalau jalan dekat-dekat takde masalah. Pasal seat dia keras lah.. aduhai. Kesian dia.



Baru-baru ni ayah aku beli Yamaha 110 SS. Aku tau dia minat motor ni dah lama. Pernah jugak aku perasan kalau kat kedai motor dia asyik pegang-pegang motor jenis ni je. Entah apa yang dia minat pun aku tak tau. Pernah satu ketika aku terpaksa tolong dia buat kerja kat sekolah. Urgent katanya. Dia punya berdesup aku ingat dalam 130km/j atau 140 km/j. Aku follow dari belakang naik skuter tak dapat kejar beb. Meter skuter aku dah kat 120 km/j cecah dinding. Hampeh! Memang diakui motosikal ni antara yang terkuat biarpun dalam keadaan standard badak. Tapi bulan lepas ayah aku terjatuh waktu balik dari kedai. Bukan laju pun. Kat jalan kampung. Orang kata, kalau benda dah nak kena...


Aku ingat kalau ada rezeki lebih ingin jugak aku nak beli jugak lah motosikal berkuasa tinggi tengok macam mana pergi dia kan.. Tapi masalahnya motor macam ni susah nak bawak pergi belanja kat pasar basah. Tak ada bakul. Leceh lah. Beli mahal-mahal tak boleh bawak barang, apahal? Haha. Aku cukup minatlah rekabentuk Suzuki Hayabusa ni. Dia takde lah membongkok sangat. Takde lah sakit pinggang ye tak? Tapi tu la harga dia macam haram jadah lah pulak. Ada jugak jenis member-member boleh adjust beli dari Singapore. Tengok lah nanti. Aku ni cerita lebat dan nak power padahal nak beli roti canai pun fikir 18 kali setengah.


Abang-abang MLM tak payah sembang la nak realisasikan hasrat aku nak angkat Suzuki Hayabusa ni. Tak makan dah. Fakyu.

Ahad, 4 Julai 2010

Gangguan Frekuensi Alam Maya

I.

Masa tinggal di Tanjong Malim sejak tahun lalu. Aku sering terdengar budak main guli tengah-tengah malam. Aku malas nak fikir bukan-bukan dan memang tak terfikir pun. Sebab balik dah penat. Tau nak tidur je. Tak ada masa nak fikir takut-takut walaupun tidur di bilik sorang-sorang. Man di bilik sebelah. Cuma bila Man balik jenguk anak isteri aku akan tidur di rumah Abe Lan.


Makin hari makin menjengkelkan. Setiap kali aku nak tidur aku dengar bunyi guli termantul-mantul di atas lantai. Aku takde syak orang lain. Ni mesti budak rumah Zaki main guli malam-malam. Dah tua-tua pun nak main guli. Apa nak jadi? Aku kumpul kemarahan aku. Maki dalam hati. Tapi bila jumpa Zaki aku buat-buat senyum.


Ada satu masa aku betul-betul dah tak tahan. Aku terpaksa bersemuka dengan Zaki. Aku kecam dia. Haram kau. Malam-malam main guli. Dah tak ada siang ka pe? Time aku nak tidur time tu la budak-budak rumah kau main guli.


Dia buat muka terkejut.


Aku makin panas.


Kau jangan tuduh sebarangan. Dia cakap. Dah engkau main guli, nak tuduh budak rumah aku apahal? Dan bertekak. Bertekak. Bertekak.


Budak rumah paling hujung. Wan Kulai menyampuk. Aku ingat aku sorang dengar bunyi guli malam-malam. Korang pun dengar jugak ke?






II.

Aku tinggal di tingkat lima. Di rumah enam tingkat. Hanya bertangga. Kalau dikira aras. Aku di aras empat. Memang letih. Bayangkan puasa-puasa aku naik turun tangga. Sebab tu la aku kurus sikit hehe.


Ada satu malam. Dua ekor budak ketuk rumah aku. Aku malas nak layan. Man yang jawab. Aku dengar suara soal-menyoal. Jawab-menjawab. Aku tak ambil kisah. Aku dengar pun sayup-sayup. Kat telinga terpasang lagu-lagu Metalasia album pertama.


Hinggalah Man bawak budak dua ekor tu pergi bilik aku.


Ni, mu ada main skipping malam semalam? Man tanya aku.


Abang ada main skipping kat koridor malam semalam? Tanya salah seorang dua ekor beruk yang datang rumah aku.


Aku jawab. Pekejadaharam aku nak main skipping malam-malam.


Budak dua ekor tu jawab. Bunyi tu datang tepat dari rumah abang. Rumah kami aras dua. Rumah tepat atas kami di aras tiga kosong. Saya bukan apa. Nak study terganggu. Tingkap ni ha. Bergegar!


Ah. Itu bukan skipping tu. Itu kaki aku hentak-hentak lantai dengar lagu. Aku sengaja mengaku benda tu dari aku. Bukan apa. Saja nak mengelak budak-budak dua ekor tu bukak kisah mistik. dan cepat berambus. Jadah ko! Rumah aku mengadap hutan gunung-ganang ni, siak.




III.

Pagi tadi lepas solat subuh dan membuat panggilan pada yang tersayang (ada orang bergayut dengan buah hati lepas solat subuh?), aku layan rancangan Tanyalah Ustaz dalam topik jin dan alam ghaib kalau tak silap.


Aku nak ke dapur. Terberhenti kejap.


Ustaz itu bilang.


Bunyi seperti guli jatuh ke lantai. Orang menumbuk. Pasir berterabur atas zink. Antara tanda yang menunjukkan sesebuah rumah itu mengalami 'masalah'.



Aku terkedu. Bulu roma meremang, seh.
Justify Full

Jumaat, 2 Julai 2010

Pelawaan menikmati khinzir

"Sini tempat makan mana best?" aku tanya beberapa orang anak gadis cina yang selalu melepak di keliling meja aku ketika waktu rehat. Takda muka lain. Memang muka budak-budak ni bertiga.


May jawab, " Sana la cikgu. Dekat taman sana. Ada bak kut teh."


"Ada babi lah. Mana saya boleh makan."


"Cikgu makan kuah saja lah. Babi tak payah makan."



Ye lah! Dush-dush-dush...~!


Nasib baik Kak Nora ringan mulut nak explain. Dalam ertikata lain. Menyampuk.


Konsep halal di dalam negara ini sebenarnya masih dalam kekaburan.

Selasa, 29 Jun 2010

Pakaian bundle: Sejauh mana ia mampu menendang kewarasan seorang insan berhati tulus?

Ini kali pertama gua menulis di blog selain Bayu Senja Di Selatan. Haha. Blog ini kepunyaan kawan gua dan gua dijemput untuk menulis di sini. Aku harap blog ini tidak jadi seperti BSDS yang penuh kecamuk perasaan yang bukan-bukan. Layankan je la gua ni. Bagi peluang gua tulis sesuatu yang gua suka. Walaupun gua suka kadang-kadang gua tak tau sangat pasal satu-satu benda tu. Jadi apa kata lu orang layan dan silalah berkongsi apa yang patut. Amacam? Gerek. Tak gerek lu jalan lah. Poser ah lu! Kah kah kah...


Gua perhatikan industri bundle atau pakaian terpakai di negara ini sedang meningkat maju. Permintaannya tinggi. Saban hari kita tengok kedai-kedai pakaian terpakai sangat bercambah macam taugeh-taugeh segar. Begitu juga blog-blog yang menjual pakaian terpakai secara online. Ini semua adalah perkembangan yang sihat walaupun pengusaha-pengusaha bundle ini boleh diragui tahap kesihatannya. Pergilah jalan dengan semua itu. Kita fokus pada tajuk perbincangan kita yang panas dan celupar ini-pakaian bundle.


Mari kita renung sejenak. Apekajadaharam binatang tak guna bangsat apa yang orang-orang dok terkejar-kejar dengan pakaian buruk dan telah dipakai orang lain? Bila kita ajukan soalan ala samseng begini kepada sepuluh responden gua percaya dengan teguhnya bahawa lu orang semua pasti dapat jawapan yang berbeza-beza terpulang kepada individu terbabit.


Ada yang berpendapat bahawa mereka perlukan pakaian terpakai yang murah harganya untuk menampung keperluan berpakaian mereka sehari-harian. Mereka-mereka biasanya adalah terdiri dari golongan pekebun, pekerja sektor industri dan pekerja sektor pembinaan. Jarang sekali eksekutif kanan Bank Negara membeli pakaian terpakai untuk pakaian mereka ke pejabat kerana mereka pastinya berpendapat itu adalah cikai dan tidak setaraf dengan kehidupan mereka. Bagi pekerja-pekerja bawahan, pakaian terpakai penting kerana ianya murah. Boleh dilasak sesuka hati mak bapak. Kalau koyak pun, no regret man! Beli baru apa ada hal? Takda hal jangan cari hal, nanti kau yang baghal. Gua sendiri merasakan diri gua diperingkat ini. Gua perlukan persalinan baju kerja dan baju jalan-jalan gua. Nak beli baru mahal. Lagipun nanti kalau jemu gua tak sampai hati nak humban baju yang mahal tu ke lantai untuk dijadikan mop gantian.


Ada yang berpendapat mereka perlukan pakaian terpakai untuk membentuk stail. Satu gaya yang mampu menampilkan kehebatan diri sebagai seorang mempunyai karektor persis pelakon layar perak mahupun biduan yang bakal menggegar dunia dengan alunan suara gemersik bak itik tertelan kerisik. Potongan anih. Fabrik terpilih. Rona warna berbeza. Atau mesej liar yang tertulis pada pakaian adakalanya menjadi piawaian mereka dikelompok ini. Mereka mahu kelihatan anggun. Kemilau. Bercahaya dan mempunyai satu aura persona tatkala mengenakan pakaian-pakaian terpakai yang digemari. Apa yang paling penting, mereka yang mengamalkan tabiat pemakaian pakaian terpakai tidak akan terjebak ke lembah hina lagi keji iaitu scene boria. Satu pakai baju polo ada nombor di lengan satu pasukan kompang pun pakai. baju polo Gila kool apa macam tu setan? Nak lagi najis, kolar kasi angkat! Pergh, sungguh Azman!!!


Lagi satu, apa yang aku perasaan adalah orang yang mementingkan jenama. "Ya, ini ada ramai,"- pensyarah gua mat salleh cakap macam ni, lintang pukang macam haram lepas tu mengamuk bila budak tak paham. Barangan berjenama memang diakui kualiti ketahanan dan rekabentuknya. Semuanya terkawal dan harganya pula diluar kawalan! Jadi bagi mereka yang berpendapatan kecil, nak makan nasi untuk diri sendiri pun berkira kedekut nak mampus nak jadi apa gua pun tau-memang sesuai sangat la menjadi penagih pakaian bundle tegar dan wajar dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak. Bundle adalah alternatif untuk memiliki barangan berjenama. Buruk sikit tak apa. Janji ada stail dan nama. Baru kelas adik-adik....Nak beli baru ratus-ratus, nak makan soto pun fikir 7, 8 kali nak beli baju ratus-ratus? Kirim salam, selamat malam! Jadi ini adalah caranya iaitu bundle. Dapat berlagak dengan member yang boros sekaligus dapat mengencing awek-awek melalui pengaburan cahaya mata dengan pakaian berjenama. Mereka-mereka diperingkat ini dilihat sangat analitikal dan mempunyai strategi yang sangat halus. Jangan terlalu rapat dengan manusia macam ni.


Ada jugak yang cari baju bundle sebab nak jual semula secara online atau by hand. Ini memang terbaik. Tapi ilmu kena tinggi. Banyak membaca sebab kalau tak tau senang je kena pancung dengan customer. Jadi gua cadangkan waktu golongan ini bershopping bundlesila bawa bersama notebook dan perkhidmatan broadband anda untuk rujukan brand-brand yang terkenal. Untung-untung dapat baju vintage tahun 1950 beli RM5, tolak kat orang jejak RM500. Memang nak kena tendang! Ini cuma pendapat gua. Gua sendiri tak tau apa yang lu fikirkan. Jadi apa lu orang fikir ada alasan lain ke orang beli baju terpakai ni? Kalau ada, kalau beran, kalau tak goyang. kasi cerita alasan lain yang lu orang rasa yang menyebabkan orang pakai baju bundle. Amacam? Kasi gegarlah mat~~~!!! Yang panas baran, Rajuna


-Dipetik dari Malaya Streets

-Baru sekali menulis kat tempat lain. Admin suka tampal banyak iklan sampai berat!

-Woi Pian, buatlah review barang ke apa ke? Baru la semangat!! Ni gosip Maya Karin pun kau sebat! Wahaha!

Jumaat, 25 Jun 2010

Emosi jangan dilayan sangat!

Gua cuba menafikan emosi di sini. Hahaha. Amacam?

Isnin, 21 Jun 2010

dagang di rantauan

Penat. Itu aje aku dapat simpulkan untuk 6 atau 7 tahun belakangan. Kuala Lumpur-Perak-Negeri Sembilan.


Tak ada kerja lain selain dari berpindah randah. Kalau aku puak nomad mesti aku antara yang terglamer dikalangan mereka dan mungkin aku ramai dayang masa tu. Ye aku tau ada lagi kawan-kawan yang hidup di perantauan lebih lama dari aku. Tapi aku dah letih. Cukup-cukuplah tu. Malas sangat-sangat. Walaubagaimanapun aku tetap dalam keadaan siap siaga macam pengakap. Mungkin aku akan ditugaskan jauh dari tempat asal. Aku redha *muka monyok*..


Banyak persoalan yang timbul dan sentiasa berjoget-joget lambak dalam fikiran dan otak aku yang berkapasiti kecil sederhana ni.



Besok aku mengajar kat mana la agaknya?


Pengetua botak tak? Kalau botak mesti kepala hangin...sebab kepala terdedah kepada udara kurang sihat. Tiada filter di situ.


Laser tak mulut-mulut orang dalam bilik guru tu?


Ada kedai runcit tak kat tempat tu?


Klinik ada berapa?


Ada kedai makan 24 jam tak? Pasal aku selalu lapar malam-malam bila berjaga buat kerja ni.


Ada kedai top up bukak sampai malam tak? Nanti kalau tiba-tiba rindu datang menyerang dan kredit tak ada itu satu masalah jugak!


Er...Macam mana pulak dengan pengangkutan awam? Aku malas sangat nak memandu/menunggang. Aku suka tidur dalam bas sambil dengar lagu dan makan buah betik. Cekap ke tak pengangkutan awam tu? Aku nak balik tiap-tiap minggu. Jumpa famili. Jumpa buah hati.


Ada tak tempat tu tempat lepak-lepak macam bangku-bangku ke, warong ada astro ke, pantai ke, tempat jamming yang jenis terbuka ke (orang ramai boleh tengok). Kalau ada bar yang main live band lagi cun woooohh...



Yang penting sekali, ada kedai bundle tak?


Susah la aku nak cari baju kerja kalau tak ada bundle. Nak beli neck-tie lagi. Aku benci beli neck-tie sebab benda ciput gitu pun harga mahal sampai puluh-puluh ringgit. Ikutkan aku suruh mak aku buat jek. Tapi fabrik dia tu susah nak jumpa. Beli kat Senggarang sehelai baru RM 1. Nampak ok jugak. Tak ada lah nampak rebel sangat. Tak pakai tie kang nanti dikatakan aku anti protokol pulak. Payah lah mulut orang ni. Tak sama macam mulut longkang. Boleh tutup pakai penutup besi.



Pening aku dibuatnya. Makan pun tak selera. Rasa macam nak gigit daun pintu je.. haduih.





skala

Gua dah naik bengkek. Bila gua bukak almari gua ternampak baju Cheetah. Bila ternampak baju ni secara tak langsung panas baran gua menendang.


Setelah gua imbas kembali, ada punca yang besar kenapa gua lebih suka pakai baju terpakai.



Kalau diingat-ingat kembali zaman kanak-kanak dan zaman transisi dari kanak-kanak ke remaja aku berpeluang membeli baju baru setahun sekali apabila tiba musim hari raya. Lu orang pikir gua seronok sangat nak bershopping hari raya masa tu? Gila bosan pasal mak gua dah tetapkan kuota. Dua helai kemeja t berkolar dan satu kolar bulat serta dua helai seluar jeans atau slack. Kasut? Dua tahun sekali baru ganti. Bila time shopping ini gua paling boring. Tempat yang dituju tak lain tak bukan.


The Store.


Bapak bosan nak mampus. Sampai sekarang pun aku boring-boring ayam nak masuk sini. Brand-brand baju kat sini dari dulu zaman gua kecik-kecik sampai sekarang tak berubah. Cheetah, Bonton, Snail dan entah pekejadah lagi. Disebabkan tak banyak shopping mall kat sini kemungkinan menjadi ahli kumpulan boria adalah terlalu tinggi. Ini sekali lagi menyebabkan skill mencarut gua bertambah dari satu tahap ke satu tahap yang lebih advanced lagi setiap kali terserempak dengan budak-budak yang pakai baju yang sama dengan gua.



Pemilihan saiz ketika adalah dikawal oleh mak aku. Tak cool langsung. Semata menjamin baju yang aku pakai dapat bertahan lama.



Berat badan setakat 40 kilogram pada usia 13 tahun membuktikan bahawa badan gua berskala kecil. Namun mak gua menetapkan saiz L untuk untuk gua.



Gua memang kecewa. Pakai baju oversized adalah sangat tidak cool dan mematikan mood melaram di hari raya ketiga.



Sampai umur 26 tahun baju itu masih boleh dipakai. Perghhh kejiiiiiiii siak!!!!!!

Jumaat, 18 Jun 2010

semua nak jadi buaya


Aku tengok sekarang orang mula suka pakai kasut(?)/sandal(?) Crocs. Kalau dulu harganya puluh-puluh ringgit. Ye lah yang asli. Walaubagaimanapun sekarang banyak yang cetak rompak punya. RM 15 pun boleh dapat. Macam-macam warna dan rekabentuk.


Ramai orang dah pakai dan dah jadi trend.


Aku tak pakai pun Crocs ni. Tak tau la nanti kalau aku terbeli sebab naluri aku tak terduga. Dulu aku tak makan Mekdonel sekarang aku bedal. Tapi aku boring lah benda dah jadi trend. Dah macam boria.



Bosan je.



Aku rela pakai kasut terpakai dengan harga yang sama dengan sebiji Crocs tiruan. Belasah je. Aku memang minat barangan terpakai ni. Bukan apa. Jimat berganda-ganda walaupun dah buruk sikit.Kalau kena yang berjenama dan agak sukar ditemui itu lain lah pulak kepuasan dia. Budak-budak bandar besar selalu tertipu dengan aku. Apa dia ingat aku banyak duit sangat nak beli kemeja dengan design yang hodoh dengan harga cecah ratus-ratus? Kirim salam. Dapat RM 5 aku sebat je lah. Bila dah boring, aku nak beli barang yang lain tak adalah menyesal sangat walaupun barang tu masih styliskus untuk dipakai.



Masalah akan datang bila barang-barang ni dah berlonggok. Kuantiti kian bertambah dari masa ke masa dan tempat untuk menyimpan barang-barang aku dah semakin terhad.



Mulalah.





Mak gua membebel macam m-16!





Ini lagi bosan, duh..

Sabtu, 12 Jun 2010

api/api/api

Aku tak pernah naik motosikal dengan teman wanita aku. Padahal. Aku dengan dia adalah penunggang skuter tegar. Pernah dia cabar aku, " ada beran naik motor la der..."



"Apa ada hal, lu tunggu depan rumah gua amek lu. Gua sms lu cepat-cepat keluar. Gua segan dengan mak dengan babah," aku jawab.


Jadi, beberapa malam yang lepas. Kami berjumpa di satu tempat. Dia parkir kereta di depan salun kegemaran aku. Aku menjemputnya dengan helmet KHI. Kami berbonceng dengan Honda Wave 100 pusing-pusing di sebuah pekan yang bukan tempat kami bermastautin. Seronok juga. Dah lama tak berperangai budak-budak ni. Rasa muda semula.


Cuma yang tak best kami ditahan abang misai. Ini secara tak langsung merencatkan tempoh perjalanan. Orang tua dua-dua belah dah mula bising kalau balik lewat.



Kad pengenalan, lesen, roadtax semua lengkap. Ok, cun. Aku disuruh turun dari motosikal untuk sesi temuramah di seberang jalan. Leceh. Aku layankan aje.



Kau nak pergi mana ni?


Ni awek kau ke apa?


Kau nak bawak budak perempuan ni pergi mana malam-malam ni?


Budak mana kau bawak ni?


Kau nak hantar dia balik ke apa?






Ok, ini adalah soalan lazim bila kau ditahan bersama wanita di sekatan jalan raya. Mungkin.





Dush!

Rabu, 9 Jun 2010

drama tanpa koma

Melihat akan kekacauan disekeliling menyebabkan aku berhenti sejenak dan berfikir. Kekacauan yang berlaku bukan dilihat dari aksi huru-hara semata-mata. Ia melibatkan segala bentuk kekacauan-ancaman politik perkauman, kemeningkatan kos sara hidup, keselamatan dan sebagainya.



Jarang sekali blog ini menyentuh hal politik. Aku terlalu jemu dan bosan. Di sana begini dan di sini begitu. Tidak berkesudahan. Dan percayalah permainan ini akan berterusan dan ini juga akan diwariskan.



Bagi aku sendiri aksi menentang atau penyuaraan-ketidak-setujuan itu adakalanya tidak perlukan kata sepakat. Aku sedar. Aku lakukan sesuatu. Itu sudah memadai.


Dari jauh. Aku memerhatikan drama politik di negara ini tak ubah seperti sebuah drama telenovela yang tidak berkesudahan. Biarpun begitu kita sebenarnya boleh mengagak apa kesudahannya. Cuma, kita masih lagi berharap. Pengakhirnya tidak lagi seperti selalu.



Kelakar.


Melihat mereka yang tidak berkepentingan bermati-matian 'berjuang' untuk sesuatu yang pastinya sia-sia. Sedangkan diri sendiri terus tersepit meneruskan kehidupan.


Kesian, kan?

Selasa, 8 Jun 2010

kias ala fansuri

Macam biasa. Kalau duduk dekat kampung. Ada saja isu yang hot dan diperkatakan. Apa sahaja. Jadi kahwin tak jadi kahwin. Jadi pergi haji tak jadi pergi haji. Rumah si polan kena pecah. Rumah si polan kena rompak. Macam-macam isu. Semua akan jadi perbualan. Macam isu bapak aku jatuh motor dan tangannya patah. Mak aku kemalangan dan kereta langsung rosak teruk. Satu kampung dah tahu.

Jadi aku hanya ada dua buah motosikal sedang dua lagi rosak. Langit yang mendung menyebabkan aku gusar untuk menguruskan hal-hal keluarga dan peribadi di bandar yang jaraknya hampir 30 kilometer. Semacam patah kaki juga. Aku beruntung punya teman wanita yang sentiasa di sisi. Adakalanya dialah yang menghantar aku ke sana ke mari kalau dia punya kesempatan. Kerapkali keretanya diparkir di halaman rumah ini. Keluarga aku pun dah mengenalinya. Pernah dia bersembang dengan mak di ruang tamu. Jadi tiada apa masalah di situ.


Cuma Ahad lepas. Masa orang sibuk-sibuk rewang.


Pak Abu. Jiran sebelah rumah aku. Bertanya khabar kedua ibu bapa aku. Aku macam biasa. Bercerita dengan penuh bersahaja sambil menjamah nasi minyak kenduri kahwin semeja dengan Pak Abu.


"Habis tu, kereta tu macam mana?" Pak Abu tanya aku. Padahal bukan dia tak tau dah berhari-hari garaj kereta aku kosong.


"kena tarik lah masuk bengkel."


"Oh...repair ke?"



"Yelah."


"Bukan kau beli kereta baru ke? Selalu nampak kat rumah warna coklat," hampas. Itu bukan kereta teman wanita aku ke? Kurang asam keping orang tua ni. Pandai pasang perangkap. Perangai macam abang rambut ketak. Sekali aku tetak baru tau. Aku potong kotak-kotak. Bagi makan katak.


Sebenarnya. Inilah stail pengorek cerita nak korek cerita. Macam wartawan. Tapi tidak terlatih. Memang cekap. Nak tanya, tanya lah direct. Bukan aku tak tau dia selalu mengendap. Cih!



Aku bangun tinggalkan meja. Cuci tangan. Balik.



Aku malas dah nak datang rewang sesi petang!

Jumaat, 4 Jun 2010

Hari Ulang Tahun

Hari ini hari lahir aku. Macam tahun-tahun yang dulu. Tiada apa yang berlaku dalam rumah aku. Mungkin kalau aku anak orang senang-senang, dah ada parti dalam rumah ni. Dah ada belon. Reben sana-sana sini. Kek barang sebuku dua. Beehun. Karipap. Air sirap. Eh, parti harijadi orang kaya mana ada beehun, karipap dengan air sirap kot? Sambung lagi. Er..ada topi kertas yang tiga segi tu. Lepas tu ada yang tiup-tiup bergulung-gulung tu. Ntah apa kejadah nama dia pun aku tak tau. Pergh. Mesti meriah beb. Kalau nak lagi havoc kat penjuru sana ada set kugiran atau turntable. Bagi kawan-kawan aku melalak tak tentu hala. Berjoget sampai siang.


Kalau mak bapak aku orang senang mesti dari malam semalam aku dah tak boleh tidur memikir binatang apakah hadiah aku untuk tahun ini. Kereta Swift ke? Persona H-Line ke? Suzuki Hayabusa kot? Apa? Perdana v6 tahun 2007? Bagi lah kalau nak aku merajuk bawak diri pergi Switzerland.


Tapi benda-benda macam ni tak berlaku.


Bapak aku terlantar patah tangan. Jatuh motosikal. Mak aku masih trauma dan ada bahagian badannya yang lebam kerana kemalangan. Kereta pun berderai. Tak apa. Aku terima semua ni sebagai suratan takdir. Biasalah. Hidup. Mana pernah sentiasa ceria. Kan macam roda? :)



Terima kasih atas segala ucap salam sejahtera.


Dah, aku nak keluar. Dengan Si Dia...

Sabtu, 29 Mei 2010

PD 1



Tiga bulan aku di sini. Mengajar di tempat lain dari tempat sendiri. Punya budaya yang lain. Suasana yang lain. Aku akui, ini benar-benar menguji kesabaran aku sebagai manusia yang paling mudah pertimbangan ini. Sewaktu aku mengajar di Johor jarang sekali aku menunjukkan taring aku. Tidak seperti di sini. Aku cepat berangin. Lempar kerusi dan maki hamun. Jadi mainan. Aku tau di sini ada kelemahan pada diri aku sendiri.


Aku tidak ada masalah di kawasan ini. Malah aku cukup menyenanginya. Tidak seperti di Tanjong Malim. Menyaksikan aku menerima implikasi fizikal. Kalau dicongak-congak boleh dikatakan setiap bulan aku ke klinik. Demam dan sakit perut. Aku terlalu kesunyian. Terlalu menjeruk rasa. Sampai jadi tak sihat sentiasa. Tapi di sini nampaknya aku okey. Walaupun sememangnya wujud tekanan tapi itu semua dapat ditangani dengan baik, aku kira. Atau mungkin kehadiran Si Dia dalam hidup menyebabkan sebahagian dari senak di dada ini terbang di bawa angin? Entah lah.


Tiga bulan juga aku tinggal dengan Shahril dan Borhan. Kedua-keduanya adalah bekas pelajar dari kampus lama aku di tengah-tengah Kuala Lumpur sana. Kalau dulu kami belajar di universiti tertua di Malaysia, kini kami melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan tertua negara. Dan ya, kami meningkat tua. Lebih-lebih lagi Shahril yang sememangnya dalam proses membesarkan keluarga. Aku dan Borhan hanya tumpang gembira. Berharap agar turut akan bahagia sepertinya suatu hari nanti. Ewah. Ni apahal ni? Hahaha.


Seronok jugak duduk dengan dorang nih. Walaupun Shahril langsung buta kuali. Tapi aku memang suka melayan masak-masak dengan Borhan. Aku, Shahril dengan Borhan memang tak ada nak berkira pasal makan ni. Apa yang kitorang mampu beli itu yang kita masak. Food not bombs orang kata. Setiap orang ada hak untuk makan! Jadi makan saja apa yang ada.



Kurang rehat. Kurang tidur. Tekanan perasaan dek students yang tak ambil port itu adalah lumrah. Macam-macam dah aku buat. Kalau dah cara berfikir tu tak boleh nak ubah nak buat macam mana lagi. Sabar je lah. Eh, aku tak sabar mana jugak sebenarnya. Aku ingat ada dua kelas yang aku pernah jerit-jerit hardcore, hentak dan lempar-lempar kerusinya sebab tak dapat kawal perasaan. Aku rasa itu lebih baik dari aku hentak siku budak-budak ni sampai retak!


Aku tak suka memaksa. Mampus kau lah kau nak buat apa dengan life kau. Tegur sudah. Marah pun sudah. Maaf aku tidak merotan kerana tak punya kuasa. Jadi untuk tidak melayan karenah segelintir yang menyebalkan, aku ajar pada yang sudi saja. Tak hairanlah, kalau kau tengok ada sesetengah kelas yang aku ajar umpama suasana gig yang mana pengunjungnya seciput berkumpul mengelilingi pentas. Bezanya aku berdiri di depan papan putih dan pelajar mengelilingi aku pada jarak kurang 1 meter.


Cukup untuk setakat ini. Nanti aku tulis lagi. Mata aku dah mengantuk. Haram betul.



















Rabu, 26 Mei 2010

autopsi

Kalau kita tengok perjalanan Bayu Senja Di Selatan hari ini dah lain dari tahun-tahun lepas. Dah tak ada kisah merapu Bang Juna. Lawak kecelaruan jantina misalnya. Balik-balik kisah emo. Sedih. Marah. Jiwang ada sikit.


Blog ini sebenarnya tiada direction.


Memang itulah tujuan blog ini dibangunkan. Blog yang bosan. Semata-mata untuk meluahkan perasaan dan emosi yang kacau bilau. Kadang-kadang ada beberapa perkataan atau ayat yang akan orang anggap gila kalau kita lafazkan secara verbal. Jadi aku rasa ini adalah platform yang baik untuk aku menyalurkan satu sudut yang gila ini.


Blog ini pernah dipadam dan diset peribadi untuk beberapa kali. Sebab ramai yang pernah baca blog ini akhirnya aku terjumpa batang hidung mereka. Aku jadi segan. Haha. Malu pun ye jugak. Ya sebagai blog merapu dan amat sampah ada sesetengah orang yang kurang senang dengan tulisan aku. Ada kakak yang memberi pendapat, "Engkau ni ada masalah kecelaruan ke apa?" hahaha. Tak pun cerita karut, dongeng yang dianggap betul, "Ish, cerita kau ni macam real."


Lantak lah. Ada yang betul ada yang tak. Pandai-pandai cari la benda yang logik dan tak logik.


Sekarang ni pun dah jarang kemaskini blog. Hidup pun dah berubah. Dah tak ada masa sangat aku nak berangan lebih-lebih buat cerita bukan-bukan macam dulu. Ada jugak aku menulis cerita pendek. Tapi aku simpan je lah. Ceh, simpan pun nak buat apa kan? Tulisan macam power. Hahaha. Nak balas komen-komen kawan-kawan pun dah tak sempat. Jangan marah dan kecil hati lah yer budak-budak.....



Kenapa Bayu+Senja+Selatan?


Bayu?


Nama ni spontan je aku bedal. Lagipun kalau ikutkan bila sebut bayu ni kita akan terbayang angin yang lembut menderu-deru menyapa wajah..Uh. Segarnya. Nak lagi bagus sampai rambut terbang-terbang. Angin jenis macam ni biasanya ada di tepi-tepi pantai. Kalau termenung-termenung tepi pantai senja-senja mesti ada je angin jenis macam ni..Lega rasa gelodak jiwa.


Senja?

Aku suka keluar senja-senja. Mak aku kata tak baik. Ye, kalau kat rumah aku memang jarang keluar senja-senja. Nanti mulut mak aku dok pet pot pet pot. Tapi sejak dah pandai berhijrah ni suka hati aku keluar bila-bila masa aku suka dan aku selalu keluar sendirian. Yang penting sekali aku dah tak goyah sangat nak keluar balik malam-malam. Malah sekarang dah pandai balik subuh.


Selatan

Saja lah. Memang datang dari selatan kot. Walaupun aku duduk pindah randah aku tetap layankan ajelah apa jua rintangan yang melanda. Sabar je lah aku tempuhi dengan redha. Peh.



Aku harap aku tak menyampah nak menulis. Sebenarnya bunga-bunga menyampah nak menulis sebab dah malas dan tak boleh kawal emosi menyebabkan aku tak menulis. Kadang-kadang dah tulis panjang-panjang aku delete. Macam terlebih emosi dan rabak sangat. Ini menyebabkan gua rasa paisey siak.


Ok, sambung lagi nanti.

Isnin, 17 Mei 2010

Salah Lorong

Aku jarang menghadirkan diri ke majlis perkahwinan. Melainkan dipaksa oleh mak. Atau dipaksa kawan. Wan menelefon aku bersungguh-sungguh mengharapkan kehadiran aku di hari bahagianya. Sebagai seorang rakan yang mementingkan tali persahabatan, adalah tidak wajar aku menghampakan harapannya. Setelah hampir enam atau tujuh tahun tidak berjumpa.


Aku bangun lewat hari itu. Macam biasa. Bangun lewat dan melengah-lengahkan mandi. Itu memang tabiat hari Sabtu dan Ahad aku. Menyedari hari mula menganjak ke petang aku jadi kelam kabut. Mandi, bersiap dan solat zohor. Tak perlu jamah masakan mak. Kejap lagi aku nak membedal nasi minyak. Jadi aku tak pedulikan mak dan masakannya di dapur. Aku hidupkan Honda Wave merah ber-rim aloi hitam. Panaskan sebentar sebelum aku perah pendikitnya. Meluru terus ke rumah Wan.


Untuk tidak menghampakan Wan, aku tunggu saat dia diarak dengan paluan kompang bersama isterinya. Aku tunggu sehingga acara selesai untuk berjumpa dengan Wan yang sememangnya sempat melambai kepada aku ketika dia sedang diarak.


Aku mendekati Wan ketika sedang dia menikmati makan berdamai/beradap (aku tak tau lah nak menyebut). Aku tepuk bahunya dan dia menangkap tangan aku dengan tangan kirinya. "Tunggu kejap, beb." Aku akur.


Dia mencuci tangan. Begitu juga isterinya. Lantas Wan memaut aku ke tepi untuk mendapatkan sudut paling selesa untuk bersembang ringkas.


"Kenalkan Yang, ini lah kawan Abang masa sekolah dulu..."


Aku hanya memberikan senyum dan mengatakan hai kepada sang isteri.


"Walaupun macam ni Yang, dia ni cikgu tau."




Haram.



Aku terpakai baju tengkorak berkepak lengkap dengan kapak double-sided ke kenduri kahwin!


Balik rumah kena leter dengan mak. Tak tau adat, katanya.






Sabtu, 15 Mei 2010

Jalan sehala

Undur balik dua atau tahun yang lepas.

Tahun dimana memang aku memilih untuk hidup tak berarah. Orang dah habis study aku masih rileks layan satu subjek untuk tahun tambahan aku di kampus. Aku tak sedih. Malah gembira kerana banyak masa untuk Kuala Lumpur. Merayau. Gig setiap minggu. Lepak di kelab-kelab jazz dengan senior kampus. Beli sayur murah di Mid Valley. Mulut tak pernah berhenti tersenyum walaupun kandas satu semester!


Jadi,


Aku agak sibuk pada hari itu. Tolong seorang kawan yang menganjurkan satu persembahan pentas untuk band-band. Kononnya. Aku bertindak sebagai pengurus pentas. Ke hulu ke hilir ber-walkie talkie. Cari band yang bersepah untuk bersedia dengan giliran mereka. Memastikan band yang ada di atas pentas tidak menggunakan masa yang lebih untuk persembahan mereka. Ini pengalaman pertama aku. Jadi, sedikit kehuru-haraan berlaku di situ. Biasalah. Dimaki abang-abang rock kapak yang berambut panjang menggerbang kerana tak puas hati sebab ada band main dah lebih masa. Aku buat pekak telinga. Memang silap aku. Tak perasan.


Aku ingat lagi. Pada hari itu aku berpakaian seperti selalunya. Selekeh. Seluar separas betis yang terlondeh dek kerana tak bertali pinggang. Sikit-sikit tarik seluar. Dipadan dengan hoddie sweater lusuh yang koyak-koyak yang dihiasi dua tiga badges. Rambut tak berminyak. Muka tak cukup tidur. Berselipar jepun. Itu wajib, okay?



Aku dengar suara memanggil aku di tengah hiruk pikuk orang ramai. Aku toleh belakang. Zura. Kawan lama aku sewaktu lepas SPM. Budak perempuan sekolah perempuan yang kemaruk dengan kultur skinhead. Aku menyambut salamnya. Sempat dia perkenalkan kawan-kawannya. Semuanya cantik-cantik. Ye lah. Budak Uitm. Sesekali keluar kampus. Mesti nak tunjuk belang. Lainlah budak UM. Dah jemu berbelang!





"Memang selalu pakai gini ke atau kau pakai macam gini sebab event ni?"



Dan soalan ini menyebabkan aku tunduk ke bumi. Memandang diri sendiri dari bawah hingga ke atas.


Sedih jugak lah... tapi sikit je. Macam lah teruk sangat aku pakai. Kenapa? Nampak macam budak-budak setinggan Kampung Abdullah Hukum eh?



***

Ah. Kalau fikir-fikir balik. Buat apa gua nak hirau cakap orang. Gua lapar ada orang peduli? Gua senang pun ada yang peduli? Pergilah mampus. Dulu, pernah gua minat dengan seorang gadis JB. Hanya kerana dia seorang perokok dan gua tak merokok. Itu pun menjadi isu. Banyak cakap-cakap belakang. Kerana tak tahan dengan cakap-cakap belakang gua buat tak tau dengan budak perempuan tu. Last-last gua lonely rabak. Fun-tart.


Cakap-cakap belakang nilah yang selalu melemahkan semangat gua dalam apa hal sekalipun. Buat gua panas dan menyirap lantas give up. Pelancau sial. Sampai hari ni, gua dapat sampai telinga ramai yang cakap bukan-bukan pasal diri gua sekarang. Terutamanya budak-budak kampung gua. Depan senyum belakang lu macam-macam. Masih tak berubah.


Terima kasih dan gua langsung tak peduli. Ini hidup gua. Gua yang tentukan. Tetapkan matlamat. Gua tak toleh kanan kiri lagi. Lu pergi jalan dengan kehidupan lu, bangsat.


Ahad, 9 Mei 2010

Saya belum boleh jadi pakcik kamu

Cuaca panas sekarang ni menyebabkan aku kelelahan memandu di waktu awal petang. Tangan jadi pedih. Tekak jadi haus. Mata disapa mengantuk. Si Dia dah mula kompelen. Lapar. Perjalanan ada lebih kurang dua jam lagi. Aku kasi signal belah kiri. Masuk hentian rehat Ayer Keroh.


Aku cadang nak layan makan makanan segera je. Senang. Pusing-pusing punya pusing kat restoran jejantas tu tak ada yang aku berkenan. Tapi mata aku dikail dengan pemandangan mee rebus. Macam best, getus hati aku. Aku stim nampak hirisan tauhu yang panjang-panjang.


Aku kasi angkat satu kali itu mee rebus. Aku mintak air pulak lepas ni. Tekak aku rasa dah pedih sangat.


"Air buah ada?"


"Tak ada Pakcik," jawab anak dara seusia 20-an awal itu. Aku diam. Aku order air lain.


"Tempat basuh tangan kat mana?"


"Belakang Pakcik."



Macam sial.


Aku nak buang janggut hujung bulan ni!

Selasa, 4 Mei 2010

literatur tanpa rasa cinta adalah suatu unsur seni penuh kepalsuan

Banyak lagi rupanya yang saya perlu belajar. Tapi pelajaran yang paling bermakna adalah mempelajari diri saya sendiri. Ini perlu sebelum saya mempelajari dan mendalami orang lain. Kerana itu saya sedar apa arah yang perlu saya turuti dan harus bagaimana saya menikmati jalan itu biarpun beronak dan berliku. Oleh itu, besar harapan dari pihak saya untuk kita saling percaya dan mempercayai kerana itu adalah aset paling penting dalam sesebuah pertalian antara manusia. Saya percaya bahawa kita tidak akan jadi apa atau siapa-siapa tanpa dokongan orang lain. Se-DIY mana kamu pun, saya percaya kamu masih memerlukan orang lain.


Seperti saya yang memerlukan dia. Juga sepertimana dia memerlukan saya. Maka terpaksa saya mempertaruhkan masa dan tenaga. Juga sepertimana dia. Terpaksa mempertaruhkan masa dan tenaga. Untuk memenuhi keperluan kami.




Pung-pang-pung-pang.



Pukul 3 pagi. Saya masih bersembang di restoran dengan dia.



Apahal saya bawak anak dara orang sampai gini hari?



Peluh mula menitik di keheningan pagi. Tangan mula memicit-micit dahi mencari alasan yang paling romantis untuk menjawab sapaan orang tuanya di depan muka pintu sebentar nanti.




Khamis, 29 April 2010

Jangan

Kau ingat gelak senyum aku tak mampu menerbangkan kerusi betul-betul tepat di atas ubun-ubun kau?




Jangan.



Cabar.



Ok?



Sekarang dah terbukti. Ada siapa-siapa lagi?

Isnin, 26 April 2010

Nafas kehidupan ini adakalanya seperti melodi sebuah lagu post-rock

Perasan tak?


Hidup kita adakalanya indah. Berbanding dengan orang lain. Walaupun kurang sepuluh sen dari Osman, misalnya. Tapi kita tetap tersenyum dan gembira.



Kerana apa?



Ya. Kerana kita bersyukur dengan apa yang dikurniakan. Pejamkan mata dan bawa diri kita ke tepi sedikit. Jauh dari mereka yang sibuk melangitkan kehidupan. Kita ada di horizon kita yang tersendiri. Jelasnya disini, usah bandingkan diri kita dengan orang lain. Kerana inilah kehidupan kita yang telah tertulis dan mahu atau tidak. Kita terpaksa tempuhinya.



Rutin harian yang meletihkan. Memang tak dapat dinafikan. Kerana rutin itu adalah dos-dos yang perlu diambil secara berterusan biar sampai ketagih kalau boleh. Untuk meneruskan kehidupan ini.



Andainya kelelahan.


Duduk sebentar. Bagi yang merokok. Nyalakanlah. Sedut dalam-dalam. Hembus perlahan-lahan. Bagi yang tak merokok macam aku. Apakata sandarkan kepala kamu sebentar di bahu teman kamu. Berehat di kerusi malas di beranda rumah. Tatap awan yang disinari suria. Renung ke lautan yang bergelora.



Mungkin di situ ada jawapannya.



Langit tak selalu cerah. Laut mana yang tak bergelora. Kan?

Jumaat, 23 April 2010

Dendam Berdarah Mendidih Di Jiwa Muda dan Liar ini

Kerja kadang-kadang membuat gua fikir benda yang bukan-bukan. Baru-baru ni gua terfikir cara apakah yang paling bijak gua nak lepaskan tekanan dan bebanan gua nih. Gua pernah teringat banyak benda yang gua tak dapat beli dan rasa masa budak-budak dulu. Gua nak buat semua benda-benda tu. Dendam gua betul-betul mendidih sekarang.


Gua dah tak ada masa nak main muzik. Gua dah tak banyak masa nak foya-foya sangat.


Last-last gua terfikir nak angkat satu Panther Jerung lah. Amacam?
.


.

.

.

.

Gua dengar itu motor RM800 pun boleh dapat. Gua dulik apa gua nak bikin lepas tu nak sesah kat highway naik 230 km/j, bangsat? Gua nak superman sekali lagi. Gua tak kira. Dulu pernah buat tapi pakai motor RC 80 arwah atuk gua. Apa rasa siak? Takde feel brader, takde!!

Khamis, 22 April 2010

Mengulit Kenangan Silam. Ini betul-betul mengulit ni.

Aku berborak dengan Chong yang rambut sikat tepi. Yang cermin mata nipis. Yang pakai pakaian ikut sempat. Sambil makan nasi tomato. Satu bekas papadom aku hadap dua orang je. Nasi dah habis dan mulut terus balun papadom. Krup krup krup. Dari satu isu ke satu isu. Sampai ke isu muzik.



Ini topik panas. Aku tuang air oren hasil bancuhan cap Double Lion. Air oren bau papan lapis.



Macam biasa. Berbual kisah band-band metal kegemaran. Jarang sekali anak cina suka muzik metal dan Chong sendiri mengakuinya. Dulu masa kat KL, aku ada seorang lagi kawan berbangsa cina, Ah Boon yang fanatik dengan band-band death/black metal. Dialah yang mula-mula tegur aku masa mula-mula aku belajar di UM dulu.



"Kenapa you pakai baju Assahar?" masih ingat lagi pertanyaan itu. Sekarang, aku dengar dia dah jadi seorang yang warak. Selalu ke gereja. Dia selalu cerita kat aku yang mak dia membebel teruk dengan perangai ala-ala metal dia. Sendiri mau ingat lah imej budak metal macam mana.



Berbalik kepada perbualan aku dengan Chong. Kami masing-masing masih berdendam untuk main muzik semula. Tapi macam biasa. Kami terpaksa akur akan kehendak tanggungjawab. Ini amat berbeza dengan abang kepada Chong. Cabut kampus. Main gig. Tak balik rumah dua tahun. Jadi mat grunge. Usung gitar ke sana ke mari. Berkawan dengan budak-budak Ampang. Nak jadi budak band yang hebat. Akhirnya, rebah.



Dari Black Sabbath ke Metallica ke In Flames ke Trivium ke AX7 ke Nidji. Dari kisah struktur muzik pergi ke lirik pergi ke etika dan falsafah.


Akhir sekali.



Chong angkat seluar sebelah kanan. Selak seluar paras betis.



"Ni. Nampak? Biasa lah. Muda-muda dulu bro, memories... Bila ada benda ni dulu kaki I rasa macam berapi tekan pedal!"



Kaki kanan Cikgu Chong ada tatu api.


Aku berdekah bagai nak gila.

Rabu, 21 April 2010

Bangsat

"Saya sayang mak saya macam babi." - Budak tingkatan 4



Macam haram kau.

Selasa, 20 April 2010

Baran Kak Nora siapa yang tahu

Kak Nora panas hati. Budak buat tak tau bila dia mengajar. Kak Nora sudah mula tukar topik. Suruh budak-budak buat surat tunjuk sebab kenapa diorang datang sekolah.

Rata-rata mereka datang ke sekolah kerana;


a) Kerana mak saya suruh

b) Kerana saya nak belajar matematik dan matematik tambahan. Yang lain saya tak minat.

c) Kerana nak Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

d) Kerana nak berehat di kelas yang saya tidak suka

e) Kerana nak makan nasi di kantin

f) Kerana saya ingin memikat perempuan

g) Untuk membazir masa





Walaupun jujur tapi bangang. Otak banyak perasa tiruan gini lah jadinya.

Ahad, 18 April 2010

soalan lazim

" Umur cikgu berapa?"


"Cikgu duduk mana?"


"Cikgu orang mana?"


"Cikgu ni orang melayu ke?"


"Cikgu dah kahwin ke belum?"


"Kenapa Cikgu tak macam cikgu?"


" Kenapa cermin mata cikgu mata macam gitu?"


"Cikgu punya cermin mata ni betul-betul ke main-main?"


"Cikgu cukur kening?"


*** Baru teringat ;


"Cikgu pakai Tancho eh?" (sapa tau minyak rambut ni? bau dia best sangat)

Khamis, 15 April 2010

Baran

Ah, korang ni.


Agaknya ramai yang suka aku carut marut maki hamun macam dulu. Jadi engko tunggu. Aku kumpul point je nih. Dapat satu point cantik aku maki hamun ala hardcore.


Siap. Aku dah jumpa target.

***


Bila dengar lagu berentak mosh hardcore aku terus set nak maki-maki. Tak boleh tersentuh sikit. Memang gua maki. Rasa macam nak bawak buku lima dalam kocek. Cakap banyak aku bubuh sekali. Gua tengah bengang dengan ada sorang tu. Cakap dengan gua elok sikit boleh? Sikap lu menyebabkan gua hilang hormat dengan orang-orang veteran. Sekali gua slam atas muka lu baru tau. Dia ingat gua senyum-senyum gua tak baran ala hardcore ke? Damn yuh!



Gua cuba membayangkan macam mana agaknya muka dia kalau kena sepak terajang dengan budak-budak yang hardcore joget ganas-ganas tu. Mesti lumayan. Sayang sekali aku tak pandai joget macam tu.

Kalau tak, siap lah.


*Sedang mendengar Call For Blood (Figura ep 1) dan One Step Down (Spring demo 09)