Sabtu, 2009 Julai 11

Sepuloh Fakta Lebih Kurang Enam Puloh Menit Dari Kuala Lumpor

1)Keadaan kucar kacir semasa mendaftar. Seperti pasangan yang disergah ketika berzina di tangga pusat membeli belah. Ada sembilan kaunter pendaftaran. Aku kena pergi satu-satu untuk isi borang. Buang masa. Dari kaunter 1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 9 dan patah balik ke kaunter 7. Aku berharap dalam keadaan kelam kabut ini aku tak keciciran dokumen penting.


2) Akhirnya salinan surat tawaran dan kad pengenalan tercicir. Hanya menyedari apabila nama aku diumumkan dikhalayak ramai pada sebelah malamnya. Aku jadi terkenal seperti Amy Mastura. Nasib baik aku baru beli kasut Nike. Jadi tak malu sangat jalan depan orang ramai. Ini adalah kali pertama aku pakai kasut Nike dalam hidup aku.


3) Aku dikehendaki berevakuasi setelah 3 hari. Barang aku hampir mencecah 1 tan. Aku pikul sendiri. Naik turun lif dan tangga. Tak ada siapa tolong. Aku cuba berbual dengan pengawal keselamatan kampus mengenai isu pindah randah ini. Malangnya dia mengherdik aku dikhalayak ramai," Engkau merungut lah!! Merungut!!! Lain nanti jadinya! Kau jangan main-main!!!" Aku tidak sangka, ditengah-tengah hutan sebegini manusia berketurunan melayu juga adakalanya hilang kawarasan. Mungkin dia sudah biasa bergaul dengan beruk dan tupai.


4) Aku ditempatkan di kawasan yang amat horror suasananya. Jauh dari pekan. Pokok kering. Rumput panjang. Kilang tinggal. Sunyi. Papan tanda sudah dinaiki tumbuh-tumbuhan menjalar. Bukit-bukit tarah yang ditinggal. Hanya ada dua kedai runcit cekik darah dan satu kedai makan cekik halkum-order hanya akan sampai setelah 3 slot drama televisyen swasta habis. Ini sangat 'binatang'. Jangankan perkhidmatan jalur lebar, cyber cafe adalah mimpi basah yang indah bagi aku ketika ini. Jadi aku tak ada masa nak baca blog engkau semua.


5) Rumah sewa yang disediakan kosong. Tiada langsung perabot. Ini bermakna, kalau tak ada duit dalam akaun aku akan tidur diatas mozek. Mujur ada sedikit duit simpanan dan aku tak buang iklan jual perabot secara pakej. Aku beli tilam, almari dan meja belajar secara pakej dengan harga agak menggerunkan kerandut. Tilam yang aku dapat adalah span basuh pinggan yang disalut kain. Gua panas. Gua maki. Gua panas. Gua maki. Rupanya bilik gua tak disediakan kipas siling. Patut lah panas. Gua naik kereta sapu Gen-2 Abang Rizal untuk ke Pekan membeli kipas hangin. Belakang rumah gua macam ada kuari/kilang simen. Gua tak pasti. Tapi mengeluarkan asap dan bunyi bising. Pencemaran, sial~!


6) Aku duduk dengan Man. Budak Kelantan. Anak dua. Bini kerja cikgu. Budak dah dewasa. Jauh tak jauh sangat beza umur dengan aku. Budak Kelantan memang suka kahwin awal walaupun mendepani saat-saat tragis tak ada kerja. Mereka 'gambel'. Kat bilik dia tak ada tilam, tak ada almari. Lek sudah. Aku duduk bilik lain. Sorang-sorang. Aku tak ada radio, tak ada tv, tak ada komputer riba. Ada telefon bimbit yang mampu bertukar menjadi pemain mp3 dan radio. Balik-balik dengar lagu-lagu Another Side dengan Groundrule. Duduk dalam keadaan begini memang kena betul dengan darkside hardcore ala KL ni. Kalau boring gua dengar Sinar fm. Ucapan Muah Muah membuat gua loya macam pembawakan budak.



7) Gua (dah panas, sebab tu tukar jadi gua pulak) pergi kelas naik bas. Macam haram. Kelas pukul lapan, bas sampai pukul 8.45. Kalau kat KL, gua perah je skuter gua. Tapi gua pikir dua kali nak bawak skuter yang serba boros dengan petrol itu ke sini kerana stesen petrol terletak pada jarak yang agak menyeramkan dengan tempat tinggal gua. Gua hanya harap Bonot Muar (junior di UM) dapat membawa bersama Yamaha Lagenda 11occ nya minggu depan. Gua dengar minyak motor ni jimat. Minyak takdahal. Gua payung. Janji gua ada kawan nak keluar malam karaoke satu lagu singgit dengan pergi bus stand sudah. Gua tak pikir awek di sini mempunyai nafsu berpeleseran dengan gua menaiki skuter gua yang serba warna warni itu. Awek di sini step 'akak-akak'. Boring siak.


8) Gua macam putus harapan lah pulak bila misi kedua gua seakan susah nak direalisasikan. Maksud gua harapan nak mencari awek brand new. Yang cun, yang nampak bijak, yang tinggi lampai, yang bermata galak, yang berbulu mata lentik, yang berkulit mulus. Adalah tunangan orang dan isteri orang. Abis, gua dapat yang sisa-sisa je lah? Ini tak adil. Gua kena atur strategi macam mana nak lepak Bangkok Jazz Jalan Raja Chulan atau Alexis Bistro Jalan Ampang di malam minggu. Pada hemah dan pengalaman gua yang lepas-lepas, awek di situ agak senang diajak berborak.


9) Aku (macam dah cool down sikit bila sampai part yang ni) bukan nak mempersoalkan apa-apa tentang kenegerian. Cuma kadang-kadang ingin tahu. Apakah ada polisi atau kouta tertentu dalam pengambilan pelajar sesetengah negeri ke IPT. Aku cakap begini kerana sepanjang pengalaman tiga kali bertukar-tukar institusi pengajian tinggi aku tengok jumlah pelajar dari negeri Kelantan jauh lebih ramai berbanding dengan negeri lain. Paling rare adalah budak KL, Negeri Sembilan dan Melaka. Apakah budak-budak Kelantan jauh lebih bijak? Apakah budak-budak Kelantan lebih berpesonaliti? Apakah budak Kelantan lebih bagus penguasaannya dalam Bahasa Inggeris dan Matematik? Atau Budak Kelantan memang sedap kalau masak tom yam putih? Itu aku tak pasti. Cuma nak bertanya dan berkongsi pendapat, itu saja. Kalau ada pandangan sila kemukakan.

Tak kan tu pun tak boleh bai? Gua tanya je. Lek ah. Bukan cari pasal bai. Lempang kang. Budak-budak Perak ejek gua jawa ponorogo makan tempe ulam pucuk pegaga kentut berapi senang hati pun gua lek je. Tak ada marah-marah. Gua memang jawa apa. So, lek ah.



10) Blog ini hanya akan ditulis di Batu Pahat sahaja setakat ini. Ini sangat mengharukan. Tiada capaian internet yang baik setakat ini. Malah talian telefon aku juga kurang menarik. Terputus-putus. Adakalanya sms tiba lewat. Maaf kalau aku sukar mendengar suara kamu dihujung talian. Bukan buat-buat tapi real-real punya tak dengar.


Jumpa lagi di lain waktu.

Selasa, 2009 Jun 30

Dari Lubuk Hati Sang Penulis

Ada sesetengah orang yang mempertikaikan status aku sebagai pelajar dalam bidang perguruan kali ini. Ada yang cakap aku guna kabel, mandrem (jampi serapah) dan entah apa benda lagi. Aku faham, aku bukan seorang yang berkualiti dan berkelayakan untuk bidang yang aku pilih ini. Tapi aku redha dengan apa yang telah tertulis. Aku menadah tangan penuh kesyukuran kerana berkat kesabaran (sabar ke? Selalu carut-carut je aku ni) akhirnya aku boleh dikatakan menemui satu jalan yang agak selesa untuk proses peningkatan kematangan diri dan setidak-tidaknya melegakan ahli keluarga aku.


Aku sedar aku seorang yang 'ikut kepala sendiri', keras kepala dan suka memberontak dalam senyum. Tapi seingat aku, aku tak pernah meminta-minta untuk sesuatu kerja atau peluang melalui kabel-kabel politik.


Ibarat ayam bertelur riuh sekampung, kampung aku yang kecil ini akan riuh rendah apabila ada kedengaran orang kampung ini akan menghadiri temuduga. Maka akan ada dua tiga orang yang berhati 'mulia' konon sudi menghulurkan bantuan memudahkan proses temuduga. Seolah-olah menunjukkan bahawa dia mempunyai kuasa.


Sebagai seorang yang malas nak cari pasal, aku iyakan sahaja. Namun apabila keputusan yang diterima mendukacitakan maka orang yang berhati 'mulia' ini akan muncul kembali bertanyakan khabar.


"Keputusan mendukacitakan? Nah, ambil borang ahli PEKEMBAR ni. Memang susah kalau tak jadi ahli PEKEMBAR nak cari kerja."


Terima kasih.



****


Sejak minggu lepas aku nak letak jawatan. Pengetua tak bagi. Habiskan bulan ni. Katanya. Dia tak fikir aku kata apa. Aku kata dem yuh. Aku layankan aja. Aku mintak cuti dia tak layan pulak. Kesannya ada beberapa kelas yang aku tak masuk dan ada pula aksi berdarah bibir di situ. Zas!




Aku hantar surat letak jawatan pada kerani pagi-pagi buta. Serah duit-duit yang aku pegang. Berborak dengan Cikgu Amin yang sama baya dengan bapak aku untuk buat-buat lupa kelas Sivik dan Kenegaraan.




Aku tak beritahu budak-budak kelas yang aku ajar bahawa aku nak chow. Tapi ada dua kelas yang dapat tau. Ada cikgu yang pecah lubang. Paling seronok dalam kelas Tingkatan Dua Bijaksana. Anep tanya kepada aku, "Cikgu, esok bawak kertas lukisan tak?"



Jiwa yang membara untuk terus melakar setelah aku ajar dia cara nak lukis robot itu telah aku bunuh di situ.



"Esok aku tak mengajar lagi, ngok!" <- Ini bukan bahasa yang baik kepada pelajar. Jangan ikut.



Aku tinggalkan kelas itu dalam kebingungan dan mulut terlopong.



Salam empat lima orang rakan guru.


Hidupkan skuter.



Berlalu pergi.



Tiada ucapan terima kasih oleh pihak pentadbiran.



Terima kasih.



*********

Penulisan di blog ini bukan ramai yang baca pun. Aku ingat tak lebih tujuh lapan orang pembaca dalam satu entri. Ini bukan gaya penulisan yang boleh membuat orang ketagihan pun. Tiada unsur seni, jauh sekali nilai moral. Anggap sahaja ini penulisan sampah yang terlepas lalu di mata engkau.



Kepada kawan-kawan, penulisan di sini mungkin berehat seketika kerana si penulis akan berhadapan dengan persekitaran yang baru. Tidak lagi berlenggeng terkangkang di rumah dengan lagu-lagu bising sepanjang zaman.



Aku mungkin berhadapan dengan keadaan peraturan yang ketat, budak skema, budak amno, budak politik, biro tahtahnegarah, pakai baju masuk dalam, sepatu sukan, budak sukan, pengakap, kadet itu ini, berjiwang step nak kahwin, tak boleh balik lewat, tali leher, awek tudung, awek tudung dan awek tudung. Aku tidak banyak pengalaman dalam hal ini sewaktu di kampus UM dahulu. Terlalu bebas menyebabkan jiwa ini sering memberontak dengan peraturan yang remeh temeh. Apatah lagi peraturan yang dikeranakan kepentingan politik. Fak yuh.



Penulis kembali menjadi pelajar untuk satu tempoh yang tidak lama. Jadi, penulis akan riki line dulu tengok mana port baik untuk mencarut di tempat pengajian nanti.



Penulis tak bawak komputer riba ini walaupun dikhabarkan tempat kediaman penulis di kampus ada perkhidmatan jalur lebar. Ini kerana komputer riba penulis sangatlah ol-skool hardcore. Tebal, berat dan skrinnya kecil aja. Malu pulak nak bawak. Dah lah aku tak hensem (tapi comel), tak pandai berbahasa, komputer pun hodoh. Cukup-cukuplah hinaan yang telah penulis terima setakat ini. Janganlah komputer yang berjasa ini menerima tohmahan orang-orang melayu yang bermulut zass! Dia tak salah. Dia tak mintak dilahirkan kedunia dalam keadaan begini. Ini semua telah ditakdirkan Ilahi dia jadi komputer riba yang hodoh. Agak-agak siapalah yang sudi jadi teman hidup komputer riba yang hodoh ini? Hai...nasib, nasib. Okey, ada masa aku taip lagi. Walaupun tak ada yang baca.


*Terima kasih pada yang mendoakan kesejahteraan penulis dan memberikan suntikan semangat. Semoga kalian beroleh keberkatan. Ekstra kredit kepada rakan-rakan yang sentiasa ada di sisi saat jatuh/bangun terutama-Danielle, Tempe, Cimon dan Budak Rumah Sedap Banyak Murah, Bukit Kerinchi (Barang-barang aku, nanti aku clear kan).

Ahad, 2009 Jun 28

Titik-titik noda

Semalam Sing Ee nampak lain benar. Dia tak pernah macam ni. Pakai skirt pendek. Sangat. Aduh. Dah la engkau ni cantik. Tinggi. Manis. Ini betul-betul menyebabkan aku cuba memfokuskan otak aku ke perkara-perkara yang menjengkelkan seperti masalah rasuah, kabel politik dan penindasan kaum pekerja. Hingga sampai satu tahap, aku cuba berfikir macam mana agaknya kalau aku jadi kukur kelapa.


Semalam juga Sing Ee macam kurang puas hati dengan stail potongan rambut yang dibuat kepada aku. Jadi sesi memotong rambut semalam berlangsung agak lama. Lagi pula, dia tak menggunakan berus rambut untuk membuang cebisan rambut yang dipotong yang melekat pada leher, telinga dan wajah aku. Dia lebih gemar menggunakan jari jemari halusnya untuk menyingkirkan anak-anak rambut yang melekat di wajah aku. Disapu dan dibuang satu-satu.

Hmmm..

Hati lelaki mana yang tak meruntun hiba. Bagaikan dimanja oleh sang kekasih. Lama sangat rasanya tak ada jari jemari halus perempuan membelai-belai wajah aku. Kalau dulu, zaman-zaman tak fikir masa depan benda ni biasa je. Tapi sekarang dia punya tune sudah tukar jadi sentimental. Hati lelaki ini. Peh, kalau tengah jiwang ni paling seronok sekali makan ais krim dengan pisang. Tak pun duduk tepi pantai kena sepam lagu XPDC. Tapi aku tak pandai main gitar.


"You sudah ada boyfriend ke Sing Ee?"


"Ada la... hehe"


Bayangkan. Betapa remuknya hati dan 'perasan' ini.

Sabtu, 2009 Jun 27

Sisihan Piawai

*
Kau ingat aku main-main?
Aku tak masuk kelas semalam tanda protes.



Apa akibatnya?
Budak bertumbuk sampai pecah bibir kerana ketiadaan guru.
Biar. Ini eksperimentasi namanya. Kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya? Kalau tak pecah bibir, bila lagi kau nak berhenti cari pasal? Sekarang macam mana?


Aku tak da hal. Kau bergasak lah. Aku tengok. Siapa kalah, aku sepak.



**
Kau suruh aku buat. Aku patuh. Tunduk. Hidung ditarik ke hulu ke hilir. Aku patuhi resam orang berkhidmat. Hormat menghormati. Untuk dapat laba. Untuk terus hidup. Sebab ramai yang ingatkan aku. Melayu. Perlu berbudi bahasa dan bersopan santun.


Hati aku meronta.


Apa kaum-kaum? Bapak kau. Kalau nak biadap, siapa pun boleh biadap. Binatang.


Sekarang, gua punya turn.
Gua mintak sikit je. Bukan banyak.
Gua nak lek sehari.
Lu tak nak bagi can?
Lancau.




Gua ponteng!
Fak yu.


***
Kemaskini(8.48 pagi-mood ponteng kerja)



(Apasal terlebih-lebih plak ni? Siak.)



Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku


Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau


Bak kata Ofa, tacing. Dua rangkap lirik yang sangat tacing dan makan dalam. Kalau aku jumpa penulis lirik ni aku nak 'basuh' dia. Lirik tepat ke muka. Agak berbisa dan nampak loser. Main ibu-ibu bapak-bapak lah pulak. Aduh. Lek ah weh. Elak jadi modal kutukan anthem seteru-seteru aku je lah lagu ni. Harap-harap tak popular.

Dem so mac.

Rabu, 2009 Jun 24

Stanza Resistansi

Bos kata ok.
Gua boleh cuti. Tup tup Bos ghaib.
Tinggal Penolong Bos. Cuti gua tak approve.


Cibai.


Gua tak kira.
Gua nak protes. Gua orang muda. Gua perlu memberontak. Ini hak gua. Gua bukan hidupan robotik. Gua banyak benda nak buat. Gua nak beli sabun. Gua nak beli penyangkut baju. Gua nak beli berus sabut. Periuk. Sudu. Cawan. Spender. Siak! Banyak benda tak selesai lagi dan cuti tak approve!


Oh baby, baby
Oh baby, baby
Ah, yeah, yeah
Oh baby, baby
How was I supposed to know
Oh pretty baby
I shouldn't have let you go
I must confess, that your cibainess
Is killing me now
Don't you know I still believe
That you will be here
And give me a sign
Hit her cibai one more time


Gua nak tidur dalam perpustakaan dengan esok. Lantak. Gua akan notis malas selama 48 jam. Sebagai tanda protes gua pangkah tangan gua dengan dakwat hitam sewaktu dalam mesyuarat siang tadi.



Fak 'Penolong Bos'!

Selasa, 2009 Jun 23

Aku Selebriti Di Hati Mu, Sayang

Aku paut pinggangnya. Menghadap mentari yang menyinar pukul 6.45 petang. Rambut menghurai sedikit keperangan itu bertempiaran dihembus angin senja. Adakalanya menampar pipi aku. Indah sekali. Lemah gemalai.


Dia memulakan dialog pada petang itu dengan desiran suara lembutnya yang menusuk jiwa.


"Saya rasa awak tak sesuai jadi cikgu."


"Dah tu? Awak nak saya jadi penari kebudayaan Rakan Muda?"


"Tak. Tak. Maksud saya awak lebih menyerlah bila awak mengetuk dram. Nampak persona awak kat situ."


"Mengampu ye?"


"Tak. Tak. Saya ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam."


"Mengarut lah awak ni."


"Tak. Tak. Awak rock. Saya cuma ingin awak jadi orang kumpulan rock."


Aku kecup keningnya lantas hati berkata, "Jadi kau rela lihat jantan mu ini bergambar di dalam kolam renang tidak berbaju untuk majalah murahan itu? Bodoh."

Isnin, 2009 Jun 22

Saya tau awak-awak semua pun pernah....

Mungkin awak-awak semua pernah rasa macam ada orang tak suka kita.


Kita rasa kita dah buat dan dapat apa yang kita inginkan dan kita rasa ia sangat cool. Orang dok congrats kanan dan kiri. Tapi, pada masa yang sama ada yang mencemuh, mengejek dan memerli. Ya, mungkin kerana kita tidak cool untuk perkara yang kita sedang buat atau kita kecapi sekarang ini.


Ini ada sikap-sikap yang sedang saya mukai sekarang. Ini membuatkan saya "setubuh di atas".


Mungkin awak-awak sudah biasa dan lali dengan perangai orang-orang berketerunan melayu yang mempunyai daya pemikiran tipikal iaitu tidak boleh lihat orang senang apatah lagi selain dari bangsanya sendiri.


Ini semua sindrom-sindrom yang tak perlu kita tangani. Mungkin dengan hanya sebutir ludahan bisa menyelesaikan segala.


Saya tahu saya tidak cool untuk bekerja sebagai penjawat awam apatah lagi di dalam bidang yang saya pilih.


Tidak berjanggut, tidak berjambang tetapi sedikit boroi, berpakaian aneh di masa senggang, tidak bermain futsal dan tidak merokok (Dalam sesetengah kelompok orang melayu merokok adalah lambang cool dan lambang kedewasaan. Sesiapa yang tidak merokok adalah tidak 'membesar'. Saya tidak faham bahagian ini. Ada perokok-perokok boleh jelaskan?)


Saya biasanya tidak ambil tempat dengan perkara-perkara berkenaan. Saya hanya melakukan apa yang saya rasakan perlu. Saya perlu akur dengan ketentuan, menghargai masa dan nilai kewangan yang saya ada (alahai berapa sen sangat lah) untuk meneruskan kehidupan saya. Saya tidak perlu inspirasi dari makhluk yang menjadikan nilai komersialisme untuk lari dari kedukaan atau perasaan depress.


Saya ada muzik-muzik indah yang membuatkan saya bernyanyi kecil atau hmm-hmm di bilik yang mana kadangkala disahut oleh ibu.


Saya ada kanak-kanak kecil disekeliling yang mempunyai daya ketawa yang membuatkan fikiran melayang tersenyum riang.


Saya ada binatang yang membuat saya tersengih melihat telatah mereka.


Saya ada tumbuh-tumbuhan dan kehijauan alam untuk saya nikmati dengan dua mata saya dan hidung untuk saya hirup udara segarnya.



Sebenarnya kita terlupa akar kita dan kita sering terlepas pandang terhadap apa yang ada disekeliling kita untuk dihargai.


Jadi, apakah mungkin manusia seperti saya tidak harus dihargai?


Terpulang lah. Saya tak paksa awak-awak semua. Bagi saya semua manusia punya hak yang sama untuk menikmati kehidupannya sendiri. Siapalah kita untuk mengadili kehidupan orang lain?


Saya bukan hakim di mahkamah.
Saya bukan Tuhan untuk mengadili awak-awak semua. Saya orang biasa-biasa aje.


Dan lagi penting,
Saya bukan pengadil bola sepak. Pengadil bola sepak ni satu hal. Suka berat sebelah. Rasuah ke apa? Ni yang saya malas main bola sepak. Fak bola sepak!


Penghargaan bukanlah dalam bentuk sanjungan. Tetapi memadailah dengan menghormati pandangan dan keputusan orang lain asalkan ia tidak menyebabkan anda berasa sedih dan pilu di waktu petang (apa benda lah aku mengarut petang-petang ni. Dengar Taking Back Sunday banyak sangat gini lah dapatnya).