Khamis, 11 Disember 2008

Setelah Kian Lama Tak Jumpa

Lama jugak aku tak berblog. Bukan apa sangat pun. Bukan ada orang baca sangat pun. Bagi yang nak dapat modal mengutuk dan mengeji aku di meja makan memang suka blog aku. Biasalah tu. Ini belum glamour lagi. Kalau dah glamour, silap-silap kat pagar rumah aku ada orang hantar pakaian dalam perempuan la, gambar perempuan seksi la, nombor telefon terselit celah wiper kereta la. Hmm..orang, orang. Apa nak jadi agaknya. Macam Ofa. Dia ugut aku. Kalau tak jawab tag dia, dia akan cuba menjodohkan aku dengan kenalannya iaitu seorang model remaja di KL. Gila ke? Aku mana ada kerja nak tanggung model makan. Dah la cerewet. Makan memilih. Untuk mengelakkan syak wasangka kawan-kawan serumah bahawa aku seorang yang suka memilih teman wanita dikalangan mereka yang jelita sahaja, aku cuba menjawab juga tag Ofa ini.



1.Anda rasa anda hot?

Mau tak hot. Selagi tak dapat kerja yang cocok jangan harap aku nak berlagak cool. Tapi kalau kau rasa aku cool nasib la. Selalunya aku hot lah. Macam hot plate mee jugak. Lebih-lebih lagi bila ekonomi negara bergerak perlahan, aku merasakan lepasan-lepasan universiti bagi jurusan sains sosial haruslah terus dilupakan. Malah adalah lebih elok sekiranya nisbah pelajar sains dan sastera diubah, seperti 90 peratus sains dan 10 peratus sastera/sains sosial. Kita perlu mementingkan bagaimanakah cara kita untuk mempertahankan atau mencari sumber ekonomi dan kewangan berbanding hal-hal lain. Bagi aku, perkara-perkara seperti impak sosial dan alam sekitar harus terus dilupuskan dari kepala hotak mereka yang berkenaan kerana apa yang penting adalah kewangan dan ekonomi. Apabila timbul bencana alam contohnya, kita peduli apa? Bukan kita yang kena. Siapa suruh tak masuk insurans? Harus kita semat dalam hati bahawa hidup adalah duit duit duit duit. Setiap sumber harus dieksplotasi sehabis-habisnya. Peduli lah generasi akan datang. Pandai-pandai diorang lah.

Bila tak dapat duit perlulah kita menggunakan apa cara sekalipun termasuklah menikam belakang, sogok atau apa-apa sajalah. Ini zaman duit beb. Wang hantaran sekarang pun tak ada main bawah sepuluh ribu ringgit. Macam maruah anak-anak gadis kita lah. Semakin tinggi dan bernilai. Sendiri mau ingat ye ibu-ibu dan ayah-ayah.



2. Upload gambar kegemaran anda.



3.Kenapa anda suka gambar ini?
Kerana ada tiga karektor boleh dijelaskan di dalam gambar yang dirakamkan di hentian rehat Tapah ini. Wajah tawadduk, wajah malu-malu tak bertempat dan wajah tenang tiada masalah mahupun tekanan. Menurut Amirul si tukang gambar, gambar ini seolah-olah mengimbau zaman emorock 90'an. "Peh, Texas abis lah korang ni." Tak boleh blah.


4.Bila kali terakhir kamu makan pizza?
Syial....awal tahun 2008. Mustapha Kamal (budak rumah) belanja. Nak keluar duit sendiri beli pizza? Jangan harap.


5.Lagu terakhir yang kamu dengar?
Dari Crystal Castle bertajuk Crimewave. Entah kenapa aku dengar muzik elektro/rave/dance mengarut-ngarut sekarang pun aku tak tau. Lagu ini paling dibenci Pijan (budak rumah) kerana suara si vokalis yang comel itu porak peranda.


6.Apa yang anda sedang buat sekarang ini selain menyelesaikan tag ini?
Mak aku suruh bukak laman web hapabenda tah. Apa yang pasti, ia adalah web Kementerian Pengajian Tinggi.


7.Selain nama kamu sendiri,apakah lagi nama yang kamu suka orang panggil kamu?
Along - family, sepupu sepapat dan adik-adik karaoke kat Times Square
Rajuna - Kawan-kawan Myspace, kawan-kawan lepak di sekitar KL dan Bukit Antarabangsa (nak jugak.............).


8.Tag Lagi Lima Orang.
Mazlina
Syore
Yoshz
Rambo
Apek


9.Siapa Orang Nombor Satu?
Entah. Aku tak kenal dia sangat sebenarnya. Tapi bila kat YM selalu jugak aku mengadu domba dengan dia. Seronok berbual dengan dia ni. Lurus. Hahaha. Baru lepas lepak minum dan makan-makan dengan dia di Bangsar South minggu lepas.


10.Orang Nombor Tiga Ada Hubungan Dengan Sesiapa?
Yosh pernah ada hubungan dengan Hajimie. Yosh pernah datang bilik aku nak pinjam vcd metal hardcore fest aku sewaktu dia lepak di bilik Hajimie. Aku rasa dia tak ada hubungan mesra lebih sebagai kawan kot dengan Hajimie ni.


11.Kata Sesuatu Berkenaan Orang Nombor Lima.
Kita lepak Parit Raja la Pek. Bundle 501 ada sale tu!!


12.Bagaimana Pula Dengan Orang Nombor Empat?
Dia ni superstar hardcore Batu Pahat. Adik-adik macam aku ni, tengok je lah.


13.Siapakah Orang Nombor Dua?
Syore tinggal sama blok dengan aku. Dia aneh. Sebab dia ada bela nyamuk yang sangat bermasalah. Kadang-kadang bila nyamuk dia ada masalah aku lah yang kena ketuk. Nama nyamuk dia adalah Moskito. Nyamuk ini sangat teruk dan suka merajuk. Tukar baru lah weh!

32 ulasan:

Hajime berkata...

owh!
patut la rase pelik...
lame aku x singgah blog ko ruepnye...

en_me berkata...

hey kamoo adek tewww.. thanx komen blog me seadernyer itteww..

yoshz berkata...

oh aku tak ambik kan? aku ambik children of bodom je.

Tanpa Nama berkata...

kalau sampai ada org hanatr pakaian dlm perempuan ke ko harus2 repot pada polis, mungkin org gila tuh...

artsoul berkata...

oic..ok gak tu..tapi......

Darkkadabra berkata...

kalo ko tak mahu gadis model, ko pass kat aku.

hegira berkata...

apsal lama tak update.
update pun sebab nak balas tag.

kau kena sindrom blogger2 establish eh??

Sang Pencinta berkata...

menarik2 sume nak duit mcm gua nak pinang anak org pon xle pasal xda duit.

ceri masam berkata...

the pic's cool!

karekter ya amat!

Danielle_Corleone berkata...

juna oh juna. kamu bila mau bikin masakan sihir lagi? ahahahaha!

Rembo berkata...

superstar Hardcore Batu Pahat kepala hotak luu!!!!
Cis!

Rahimin Idris berkata...

kalau kau dah jadi blogger glemer jangan lupa hantar poskad kat aku yek?

nak dua.

Airinar anastasia berkata...

gua ada rasa skit tak puas ati psl moskito gua tu dikutuk2..kang gua angkut gilera kang..ada org nanges..lg gua rs tak senang ati..

p/s: oo..blagak lu skang ek..mentang2 gmbr masuk paper..takpe2..siap lu..haha

yoshz berkata...

rahimin, ko taknak poskad aku ke? aku pun glemer apa.kecik hati tau.

cimon berkata...

aku pun bdk sains sosial gak...

tak minat sains...(<----xpandai sbenarnye)

jgn lerr dketepikan....kite pun berguna gak kan?

huhu (*_*)

Mak Su berkata...

cantik gambar tu, hitam putih, yg penting ada wajah tawaduk, terasa ke'aura'an-nyer.

:)

ka-ii berkata...

woit.bile nk dtg uma aku?

dzul berkata...

rajin2 la bukak laman web jpa, jkr, ikram

kerajaan pun tengah cari ramai jurutera cerun skang.

apek terror berkata...

peh thrill siol...nanti gua jawab ok....

apek terror berkata...

jap bundle tu x de ape dh wei hampeh....

Rajuna berkata...

hajime-ahah! seniorisan!!!!

en_me-encik me ni kalau dibiarkan boleh melarat.

yosh-apakah? poskad panda ada lebih?


akim-oh, itu adalah penghargaan tak ternilai. tapi diharap ada maklumat pengirim la.

artsoul-huikkss..

darkk25-nak jugak?!!!


hegira-ceh, tak ada lah kak. cuma letih dengan keadaan persekitaran itu sahaja. back to nature? haha


tempe-jangan bagi alasan boleh? kau dah usung anak orang ke sana ke mari sampai rabak tilam aku. ahahaha

one love-bisa nggak gue jadi model kalian?

danielle-aku dah cakap sekali kau buat amalan hitam mesti kau ketagih. dah, 27 hb moh kita layan as sahar.

rambo-haha!

rahimin-ok rahimin. jangan risau. aku bungkus dengan sambal extra!

syoree-tengok! baru gua cakap. dah ada yang jeles!

cimon-kau memang anak yang berguna. jangan bandingkan dengan aku. aku punk! haha

maksu-aura seri ke D and Hans?

kaii-ada jemputan kahwin ke? tak mau datang la.

dzulkarnain-baeklah abang! moga wabak malas aku nih akan berkurangan.

apek-gua sambar sehelai jaket ala2 jepon tu!!!

Unknown berkata...

terlalu ghairah menjawab tag. hingga soalan 1 tersasar jauh

FAZ berkata...

Jawapan no.7 ko tertinggal 1..

Jambu!!(rujuk gambar yang ada)

Awwww~

Ki Kiey berkata...

hee.


rajin buat tag,

haha=)

kecik berkata...

mak ai..jawapan nombo 1...kompem pak lah nanges bace

Umie berkata...

Bukan takat ko lama tak memblog..aku pun dah lama tak singgah blog ko...pelik sungguh!!! hohoho

wey, kat parit raja dah ade delivery pizza skang nih...huhuhu

zairi berkata...

oldskool betul gambar tu.baju kotak2.

adin berkata...

bundle 501 yg kat depan shell pt raja tu ke..??!! ade sale ehh..??!!

l.i.f.e berkata...

hahaha...sungguh comel mereka2 yg dalam gambar itu!

tasekM berkata...

kanan sekali tu kamu ke bro?

S.YanaZ berkata...

Bro,
byk laa lu punye Texas...
ha.ha.

Rajuna berkata...

ofa-maaf. seorang yang artistik terlalu sukar menterjemahkan sesuatu dengan cara yang normal. :P

xfazx-jambu mesti lawannya asam serbuk. kan?

kikiey-boleh jadi calon suami?

kecik-lah mana kot? VE eh? hehe

umie-agak2 boleh hantar kat rengit hardcore city?

zairi-cakap pasal oldskool, jum jamm lagu Nostalgia sepam!

adino-kasi check. ugut mat2 bangla yang keje kat situ.suh bagi lagi less! hehehe

life-boleh jadi pemuda harapan?

tasikmerah-agak2 ada iras arash mohd?

s.yanaz-maklumlah orang kampung. texas je la tempat kite kan. selamat berblog cekguz!