Ahad, 30 November 2008

Kisah sehari di Ipoh dan sedikit huraian dari kesimpulan rutin harian




Macam aku cakap. Selagi engkau kawan aku, selagi itu kalau ada kesempatan aku akan cari engkau yang cuba melarikan diri. Macam Hidayat. Yang tiba-tiba hilang dari Kuala Lumpur. Jangan ingat aku tak akan sampai Ipoh. Walaupun dalam keadaan tiada punca sara diri yang stabil, itu semua tak jadi halangan.


Perjalanan ke Ipoh tidak terasa lama bila dihiasi gelak tawa teman-teman. Kadangkala, hujan menyerikan lagi perjalanan selama 3 jam itu. Ini adalah kali pertama aku ke Ipoh menyaksikan beberapa aksi kugiran dari Kuala Lumpur, Kajang dan sekitar Perak.


Layanan mesra dari rakan-rakan di Ipoh memang aku tak akan lupakan. Tetapi apa yang lebih tak dapat aku lupakan adalah bilangan golongan 'manusia dua alam pencari rezeki haram' yang ramai di Ipoh dapat dilihat semasa perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Pusing sana ada. Pusing sini ada. Paling aku tak tahan apabila ada seorang dari mereka dengan muka tak bersalah menyelak skirt mereka lalu ditunjukkan isinya kepada rombongan kami. Lu gila apa kalau gua tak terlopong?! Ini aksi ekstrim, ok? Tetapi sekadar melihat, tak salah kan? Melainkan seorang brader cina dari ahli rombongan Kuala Lumpur yang selamba sekadar bertanya. RM50 sekali cas, beb. Ha ha ha.


Namun, sayang sekali. Kamera DSLR Amirul habis bateri. Ini semua gara-gara Farhan. yang suka snap gambar bukan-bukan. Ini menyebabkan aku sangat marah-marah manis. Macam mana aku update gambar kat Myspace nanti? Oh, dem. Nggrr..


Sesekali berkumpul dengan rakan-rakan memang banyak yang disembangkan. Bukan hanya isu muzik atau etika. Malah melewati kisah-kisah kehidupan. Berada dalam lingkungan set sosial yang mempunyai corak pemikiran yang hampir sama, sememangnya memberikan semacam inspirasi dalam kehidupan aku. Kalau boleh, aku ingin terus begini. Bersama terus rakan-rakan. Tapi, harus kita sedari. Kita punya tanggungjawab untuk diselesaikan. Terutama terhadap individu-individu yang telah lama menanggung, mengasuh, menyokong dan berjasa kepada diri kita. Aku tahu, ramai berpendapat pada usia sebegini aku tak harus melakukan rutin kehidupan remaja aku.


Ramai yang juga berpendapat. Di usia sebegini aku sudah harus mempunyai karier yang bagus, mempunyai kereta nasional atau sudah berkira-kira untuk berumah tangga seperti mana rakan-rakan aku di kampung. Mulut tempayan boleh ditutup, tapi adakah mulut manusia boleh disepak? Tentu tidak. Tak faham-faham? Aku belum ada rezeki lah bodoh! Aku dah malas nak jadi kuli-kuli batak handalan ni, celaka. Fak!


Bulan depan ada budak kelas aku kahwin lagi. Aku nak menyorok. Jangan cakap siapa-siapa aku kat kampung pulak, tau? Aku malas pergi kenduri kahwin. Nanti kawan-kawan aku paksa aku pergi kenduri. Aku segan. Sebab aku kuat makan. Itu je sebabnya. Percaya lah, pleaaaasee?


(p/s: Terima kasih kepada mereka yang sudi menghabiskan masa, melayan karenah, menjawab soalan dan mendengar masalah aku Sabtu lepas. Terima kasih)

33 ulasan:

yoshz berkata...

Ah poyo la. perlu ke nafsu mengawan masing-masing dijadikan bahan bualan?

Rajuna berkata...

yosh-dung..ini isu sensitif. bak kata pak lah kita, tak perlu dibincangkan.

ultramantarojuga berkata...

jmper mmber lme mmg best,,,
klo 1 hri pn xabes cter

FAZ berkata...

susah mau tgk smbl mosh sembang pasal keje.haibat!!

Rajuna berkata...

ultromeng-kalau jumpa awek lama amacam?


xfazx-ya allah. tak kan la gua nak moshing sambil berbual emo? nak kena sepak?! ha ha

ceri masam berkata...

heheheh!
sebab kuat makan ha?

i dun like kenduri kawen too!
pegi kalau betul2 terpaksa dan dipaksa...

haish..

hzrh berkata...

incik Rajuna..
saye nak mintak pendapat anda.
anak kepada datuk saye,adik kepada maklong akak saye,maklang kepada sepupu saye pesan
"kalo awak taknak pegi kenduri org,kang org taknak dtg kenduri awak,padan muka"
ape yg perlu saye jawab ye?

ps:saye maw link kamu.xD

A t i Q a h berkata...

Baik pegi kenduri tu. Nanti kita kawen orang tak datang wo. Hik hik.

Tanpa Nama berkata...

mulut manusia boleh disepak jika terpaksa...

cimon berkata...

pegi je la kenduri kawen tuu...

bukannye ko kene dressing ape...

pakai t-shirt sudah...

pas MAKAN...salam tuan rumah...balik lerr...

hehe (^v^)

ijan berkata...

eh... kat umah org kawen kn ramai mambang...

.farah. berkata...

lu kawen org tak dtg baru tahu.pegi la weh.bukan susah.makan free kasi perot tembam skit dah tu chow je la.haha.
*gua nak jerit jap lagi cakap lu semunyik kat kampung.

Rajuna berkata...

onelove-ya. memang kuat makan. dah makan tambah lagi. lepas tu, 'bang, yang bungkus bawak balik punya ada?'


this-kau jawab begini sajalah, 'sekarang engkau kahwin ke aku yang kahwin?' atau 'sapa yang buat personal nak bayar duit hantaran. kau ke laki aku?'


atiqah-tanak datang takpe. i boleh jemput rakan2 artis i. nanti kita boleh lihat yang tak dijemput pun akan datang, yang dijemput tanak balik2.


cimon-bab makan kau memang laju. bab bersenam macam mana? ha ha


sultan-kalau mereka mambang, aku sumbangnya. sumbang mambang.


farah-masalahnya nak ke dorang datang. majlis resepsi gua akan diadakan di Venice. Ok, gua jemput lu la kalau nak datang sangat.

Rajuna berkata...

akim-itu terlalu ganas. cukuplah kita ikat mulut itu dengan getah tiub motor.

Mak Su berkata...

asalkan kita bahagia, sudah...itu yg penting (kita? maksu dan rajuna? oops!)

Sang Pencinta berkata...

macam mane marah2 manis 2?

Danielle_Corleone berkata...

marah2 manis tu sama dengan kelecuran kaki akibat tumpahan neslo tempe. :-p hahahahahaha!

.farah. berkata...

hahah cilakak.takde jaoh lagi ke nk kawen ?

zairi berkata...

kengkawan membuat kan kita sentiasa gembira jika kita dlm keadaan gembira.keluarga menerima kita seada nya.

kenduri kawen wajib dihadiri jika dah di jemput.kenduri kawen haram dihardiri jika x di jemput.

Rahimin Idris berkata...

ko kuat makan? bela jin islam ke apa ni juna?

Rajuna berkata...

tempe-macam ni *sepak perut* dush!

daniel-marah-marah manis kiranya macam mengata orang kaya minum arak dan ada bar di rumah! ha ha ha


farah-i nak kahwin dengan u. boleh?
hahaha


zairi-tau. cekgu pesan. mak pun dah marah. hati parah, macam mana?


rahimin-ada tak jin atheis? aku tak penah dengar lagi yang ini.

Bila Diary Bercerita berkata...

Alamak dik.. baca entry ni rasa cam malu pulak nak mengaku asal orang Ipoh. Ha...ha..
Masalah sosial ni kat mana-mana pun ada. Undang-undang dah termaktub tapi bila nak di 'kuatkuasakan' lembab maka hampeh le jadinya.

blackpurple @ jowopinter berkata...

sebab kau kuat makan. Ingatkan sebab kau tak 'menyumbang'. Hahaha!

tasekM berkata...

selak-selak ni yg gua seram nih...

apek terror berkata...

bacteria records attack...

Yana Ismail berkata...

Sebab kuat makan je bang juna?tipuuu.huhu

ofaghag berkata...

sebelum aku mencarut dkt kau. baek kau jawab tag aku

hegira berkata...

aku ada member asal ipoh.

kecik berkata...

inche,nak tanye!
'manusia dua alam pencari rezeki haram'

ni..er yang tak brape tulen ke atau pun,yang memang tulen tapi lebih gemar memilih jalan blakang sebagai tempat kegemaran?

ke 2 2 salah?

l.i.f.e berkata...

lama kamu tak membebel

en_me berkata...

hi abang ittewww.. nak tawen ghupernyerrr

Rajuna berkata...

aisyah jamal-hmm mungkin juga. tapi kalau itu cara hidup diorang nak buat macam mana?

bp/jp-becek ye? ha ha ha..memang pun!

tasik-hahaha...rileks. sila dapatkan extra joss!

apek-yeahhh!!!


liyana-aaaa..betul laaa!~

ofa-baek puan!!!

hegira-entah2 kawan aku jugak?! ha haha..yang sedang 'bekerja' tu ke? ha ha ha


kecik-aku rasa dua2 boleh pakai kot? ha ha ha

life-aku benci pc. aku nak imac sebagai hadiah graduate aku.

en_me-hak hak hak ahaks..encek me macam nak kene sekeh pulak? ahaks winks winks!

Darkkadabra berkata...

saje tinggal tanda..

tahan je la..