Lepas berbasikal di awal pagi biasanya aku akan melayan saluran televisyen Indonesia. Seawal pagi selepas berita pagi akan ada cerita-cerita mengenai gosip artis. Memang layan. Segar. Maklumlah pelakon dan penyanyi memang cantik-cantik. Mata bundar, kulit halus. Tubuh berhias rapi. Seksi. Agak-agak diorang pakai susuk tak?
Tiba-tiba terpacul iklan mengenai persembahan Bullet For My Valentine (BFMV) minggu hadapan di Jakarta. Kota besar itu sememangnya tidak pernah sunyi dari kehadiran band-band besar. Tak lama kemudian seorang sahabat dari Jakarta mengirimkan pesanan teks ringkas.
“Sales tiket BFMV slow. Aku baru lepak dengan krew-krew gig. Aku lupa nak mintak poster untuk kau,”
Ah, alasan. Aku cemburu. Sungguh. Siap boleh lepak dengan krew-krew gig. Silap hari bulan boleh masuk free lagi. Apa yang aku faham dia akan ke Muar hari ini. Padan muka kau. Tak dapat tengok show BFMV. Duduklah kau kat Muar tu. Jadi macam aku. Jadi batu di Batu Pahat. Kau pulak jadi ular gergasi bawah pasar Muar tu. Ha ha.
Aku tanya, “ Bila kau nak balik sini?”
“Hari ni. Flight tengah hari kang.”
“ Turun mana?”
“ Turun kat LCCT. Terus pergi KL. Malam ni lepak Laundry. Mabuk-mabuk tengok Republic Of Brickfields. Hihi. Kau bila nak datang sini? Rindu siak,”
Rindu mu tak berguna lagi. Enjoi lagi. Enjoi. Enjoi. Enjoi. Siak. Abis tu nasib aku kat sini macam mana? Tak kira, aku kena buat production team bawak Metallica main kat Rengit. Lokasi di kawasan lapang tapak jualan barang terpakai di sepanjang sungai Rengit. Kira macam beach parti. Ada siapa-siapa nak jadi krew? Sila angkat ibu jari kaki bercagu anda. Yang tidak bercagu boleh usulkan rayuan. Kalau kabel kuat aku boleh terima. Kalau tak, pergi jalan masuk mana-mana parti politik.
19 ulasan:
pigi semayang jumaat. jgn nak menyimpang
jom2..
dulu masa gua study...
bdk umah gua xtau ape tuh cagu..
ade ke dorang panggil cagu tuh cekam?
tak komersil langsung nama...
err..ade keje kosong jual tiket tak??
kesian aku dengaq citer hang. apa lagik, try la buat gig kecik2 kat situ..
dude. denial kau meruntun sesuatu ni. atau menutup sesuatu.
oi! ikut gua berdemo la esok kat Sogo!
apa ko ngarut siang siang jumaat ni? baik ko cakap kurt cobain idup balik buat gig kat batu pahat tu.hehe
Aku mahu jadi soundman untuk abang Kirk! Aku!
eh, ibu jari tade cagu.
cemane?
kalu apek ngan rembo kire kabel kuat tak juna?
hehe.
:)
benci hidup?
bosan?
payah la...
gua ahli persatuan belia kompang pemuda MIC..
agak2 lu boleh terime ke?
gua boleh bawak set2 groupie drpd chow kit,brickfield, dan juga rumah2 merah berdekatan.
amacam?gua diterime masuk tak?!
aku ade kabel ngan ayob rengit. cukup kuat tak?
bisnes bakso la juna time metalika datang. masyuk gak!
Rengit belah mana tu? hahaha
nak jadik penyambut tetamu lah.
nk jual kaset nasyid kat konsert tu nti..
faq..jom pi konsert rihanna..baru la bole.. ellaa...elllaa...elllaaa sket smbil angguk2 kepala time tggu bas..haha
Catat Ulasan