Khamis, 30 April 2009

Awak, cuaca sering tak menentu sekarang ini kan, Wak?

Hari ini aku menjengah keputusan ujian bertulis bagi kursus perguruan bagi lepasan ijazah di bilik komputer.



Macam tahun lepas. Aku sampai ke peringkat temuduga. Lepas tu. Kecundang. Akhirnya merana. Ada lebih kurang 16 nombor telefon(tipu, saja sedapkan cerita) aku padam dari buku telefon bimbit kerana individunya mengajukan soalan-soalan yang terlalu 'menikam' aku.



Nampaknya, kali ini aku tidak sampai ke peringkat temuduga pun. Maka, kecundang lagi. Untuk kali kedua.


Aneh. Kali ini, aku tak hempuk papan kekunci. Aku tak ludah skrin komputer. Aku tak tunjuk isyarat lucah pada yang mengerling aku di pekan dan kafe siber. Aku tak menjerit-jerit mencarut tatkala di skrin tertulis, "Maaf, nama anda tiada dalam senarai calon temuduga."



Ini semua gara-gara si dia ada di sebelah aku. Gadis yang sangat ayu yang bisa mengubah suasana jadi sentimental. Jadi tenang. Jadi damai. Jadi sejuk. Walaupun hati ini hakikatnya umpama ditoreh-toreh sembilu bergetah dan berbisa.


"Awak, Orang tak dapat pergi temuduga tau Awak," aku bisik padanya di sebelah.


"Orang pun. Tak pe la Wak. Dah tak ada rezeki kan?" Katanya lagi.


Memang dah jodoh. Tak ke mana. Nasib pun sama. Tak perlu berduka. Kerana kami percaya ditakdirkan berdua. Sampai bila-bila.


Lalu.


Dia merebahkan kepalanya di dada aku. Lantas mengurut lembut dada yang berdegup kencang. Jadi reda!


Ok, aku tipu.


Oi, gila ke apa dia nak buat macam tu?
Dia takkan buat macam tu. Dia pakai tudung labuh. Berstokin tangan dan kaki.




Tapi, betul lah.
Aku tak bertindak agresif dan mencarut kali ini. Kalau kekasih aku jenis macam ni aku rasa aku jadi lebih baik.








Rasanya lah kot.

20 ulasan:

hzrh berkata...

kenapa "kot"??
hehe~

kecik berkata...

hehe.sudah tukar template.

definisi untuk 'the other half'?
when we're better when we're with them.

=)

Darkkadabra berkata...

Rase LAH kot.

Danielle_Corleone berkata...

Awak dapat buku seronok la. :-p

joegrimjow berkata...

xperlu agrasif
buat bese sudaa

H berkata...

alaaaaaaaaaaaa...
dah ade gf?
kecewa nye.
baru ingat nak tekel2.
hahaha...

Yana Ismail berkata...

huhu bang Juna, kuciwa tau!tkpela. dia lebih layak utk bang juna.yana mgalah ;P..

Kah kah tiba2 emo..huhu papepun, just be yourself..;)

Airinar anastasia berkata...

oii..ek eh silap..hye..sy skang pon dh bertukar jadi mcm tu.pakai stokin tgn dan stokin kaki..ditambah pula penutup muka..sy rs..sy seswai utk kamu la..tak gitu?hahah ek eh..silap hihih (ketawa kecil smbil menunduk bwh dan menutup mulut)

p/s: bai..layout baruu kott..haha

dEs berkata...

ada org sudah sedia jiwa dan raga..

*mak, saya mahu kawin..

leng berkata...

chis...ngan awek tak nak bawak lepak kat kedai aku...time frust menonggeng pandai plak carik kedai aku...harapkan pagar, pagar tumbang kene panjat!!

FAZ berkata...

Perghhh...dah ber-awak awak pulak!!!
Awek jenis tudung baggy pulak tu. Lu memang ganas!!!

ka-ii berkata...

xpe fakh rezki ade dmana2.

cube lagi..

yoshz berkata...

u, u dah masuk ABIM ke?

S.YanaZ berkata...

awaaaaaaakkkkkkkkkkkkk...
baeekkkkkkkknye awaaaaaaaaakkkkkkk!!!

KARKADEWA berkata...

awak...
cinte boleh mengubah segala...
kan awak kan?

hegira berkata...

ini musim orang tukar sarung blog ke?


awak, kita doakan awak je lah eh. amin!

Umie berkata...

ko tak wat rayuan ke amsa kantoi interview tu last year?? rugi tau.. mostly sesape yg sampai interview stage tu mmg akan dpt kalau diorg buat rayuan.. "ke ko tak main arr merayu2 nie...".... hehehehe

cimon berkata...

awak, bile awak nak dtg KL?

Hahaha (^v^)

Rajuna berkata...

hazirah-biskot kot ha ha

kecik- hmm :)

darkk-jadahnya! ha ha

danielle-awak binatang tulis nama saya sampai posmen tergeliat lidah!

joegrimjow-i cuma agresif bila mengandam

h-jadah! mana ada gepren.

liyan-pecaya lah yana abang masih solo. dia hanyalah saudara (macam lirik lagu je ni)

syorreiskateperry-astaghfirullahalazim!

des-tak koser aku mana nak cekau duit hantaran?

xfazx-gua memang maintain brutal death metal ala california dari dulu lagi.

khai-aku nak cuba apa aku pun tak tau.

yosh-jadahnya aku masuk abim?

karkadewa-mengarut ah. aku maintain je dari dulu. tetap as sahar dari dulu sampai sekrang. lek je?


hegira-awak. saya lek je. jarang ah orang doakan saya kecuali mak bapak saya. kalau ada pun x-gepren saya cakap kenang daku dalam doamu. puih!

umie-walaupun bapak saya seorang kakitangan kementerian pendidikan tetapi manusia kelas ke tiga tetap dilayan di dalam kelas ketika. fuck hierarchy go anarchy (gila menyanyah!)

cimon-selagi awak tak turunkan berat badan sampai 20kg saya tanak dtg sana.

CoOkiE MoNSter berkata...

xpe...len kali apply lg. sampai 400kali pon xper..