Lendir kehinaan mengalir deras
Membuak-buak melimpah ruah
Dari lohong kenikmatan palsu
Yang diciptakan manusia bejat
Bertuhankan syaitan berpandukan nafsu
Hijau pekat hamis kekuningan
Memenuhi segenap ruang yang kosong
Kesepian dari arus kemanusiaan
Kerna sekian lama ditipu anganan
Musnah dilembah durjana dan ompong
Kebinatangan bermaharajalela
Kebuasan mengigit keadilan
Keimanan dikoyak kerakusan
Kejujuran dirembeskan sogokan
Pasti suatu hari nanti
Engkau akan melutut sepi
Menangisi takdir diri
Takkan bisa berundur lagi
Kerna semuanya
Telah musnah
kini!
12 ulasan:
Lu sajak pun nak merembes ke?
eh gua punya suka la binatang
gua sepit lu kat pintu lrt nanti!
huhu. semangat mesti mahu!
salam puisi
sang rajuna tapa..road to paradiseeee haaaa....tak ppsmi la lu niii..muakakaka
erks.
memang garang
sejak lu jadi cikgu lu dah lain macam!!
lu layan m.nasir ke sekarang?!
puitis khak tuih sungguh..
yelle pette yellek!
kenapa la aku tak ada seni berpuisi nih...
.
merembes hingus pekat hijau ditepian bahu jalan...
err, lu tolong buatkan lirik untuk gua. Haha.
hegira ke hijrah?-kalau ehem2 menaaang....saya akan dot dot dot
wahyuni-peh..macam mana tu? hehehe
syore-jangan sebut pasal shelby dan kawan2 kat sini. kantoi!
kecik-tak koser
xfazx-m. nasir membawa budaya sekular! kata orang tu lah.
leng-jeles! agagaga
tasik-meh sini. mula2 kita pupuk perasaan benci.
karkadewa-jijik siak. jum buat band goregrind. cerita pasal hingus dan kahak.
huzai-jum buat band goregrind. cerita pasal nikmat berak dan kencing. ha ha ha
Catat Ulasan