Isnin, 13 April 2009

Sini kau, aku sepit kau kat pintu lrt!

Bang Juna nak cerita sikit. Pasal antara benda-benda/orang-orang yang Bang Juna paling menyampah. Senang cerita, sesiapa yang cuba menimbulkan perkara-perkara dalam top list benci Bang Juna biasanya akan berakhir dengan tragedi seperti tersepit di pintu lrt kerana dihimpit Bang Juna dan kaki terseliuh kerana dibentes Bang Juna di tangga Pavillion (terus tak larat naik monorel. Padan muka).


Bola sepak: Kadang-kadang Bang Juna pelik dengan perangai orang-orang yang sanggup bergaduh, maki hamun dan membakar kereta pak menteri kerana permainan cilaka ni. Buat apa siot kecoh-kecoh? Menyusahkan orang. Malah kadang-kadang orang yang tak berkaitan pun menjadi mangsa (aku), seperti menjadi ahli jawatankuasa peralatan ketika perlawanan bola sepak bawah 15 tahun peringkat daerah. Tak ke bangsat namanya tu? Terpacak menunggu permainan yang membosankan, tiada iringan muzik hardcore, disamping tiada ‘hot chicks’ berkeliaran adalah sesuatu yang lagha bagi Bang Juna. Fuck bola sepak. Long live boling padang! Siapa nak bergaduh dengan Bang Juna sila set tempat dan waktu. Bawaklah budak-budak kau. Aku bawak budak-budak boling padang aku. Terima kasih.


Perempuan ketawa kuat di tempat awam: Geli dan amat mengganggu. Macam dia sorang ada mulut. Macam dia sorang paling gembira. Rileks-rileks sudah, kak. Ketawa agak-agak lah sikit kak. Sampai nak rabak Bang Juna tengok mulut tu bila ketawa. Kalau muka cantik macam model kacukan boleh maaf lagi. Ini dah lah muka buruk. Berlagak. Ketawa kuat sambil dalam mulut ada isi kunyahan makanan. Peh…loya siak. Buat Bang Juna hilang sabar lah, kak. Karang, aku sumbat dengan..dengan..dengan.. ah malas lah nak sambung!


Lelaki bawak beg tangan awek/isteri: Apa siak bawak beg tangan perempuan? Apakah bertambah tahap ketampanan bila bawak beg tangan itu? Apakah nampak anda nampak lebih mengambil berat bila bawak beg tangan perempuan? Siap kepit kat ketiak, apa cerita siak? Yang Bang Juna naik hairan tu, si perempuan jalan lenggang lenggok tangan lenggang kang kong, tapi yang lelaki pulak bawak beg tangan perempuan. Kalau tangan perempuan tu bawak kotak ke, barang ke, tak apa lah jugak. Sekali lagi Bang Juna tanya; apa siak bawak beg tangan perempuan macam tu?


Muzik tekno: Bang Juna memang jauh ketinggalan dalam pengetahuan muzik moden era masa kini. Maklumlah orang kampung. Dalam memperkatakan tentang orang kampung, Bang Juna pelik dengan kecenderungan orang kampung Bang Juna pada hari ini yang suka dengan irama tekno (yang budak shuffle suka tu..tekno ke apa nama dia? Feng tau ke?). Baik yang tua mahupun budak sekolah. Dalam telefon genggam, masing-masing ada simpan sekurang-kurangnya satu lagu jenis macam gini. Bang Juna paling benci part yang bunyi dia macam, “tuwoot..tuwooot..tuwoooot”. Peh, bingit siak. Balik-balik ulang part yang sama. Kadang-kadang tunggu lama bila nak abis. Rupanya dari mula sampai abis, itu aje dia ulang. Apa best siak irama macam gini? Buat gua naik darah !


Baju polo, seluar pendek khakis, topi besbol: Bang Juna tiada masalah dengan baju polo, seluar bermuda dan topi besbol. Tapi bila setting dia lain macam, Bang Juna mula tanggap si pemakaian berminda ‘bukan-bukan’. Lantas, Bang Juna akan menjauhi umat sebegini. Mereka kesesatan!- topi besbol dipadankan dengan baju polo kolar terangkat dan seluar pendek khakis(potong)atas lutut adalah sesuatu kelukaan yang sukar dimaafkan oleh pemandangan Bang Juna. Belum-belum lagi ada satu hidayah telah menerjah jiwa. Bagi Bang Juna mereka ini ialah-mat rempit! Damn. Cuba lihat tangan dia. Ada gelang besi sebesar tali kapal tak? Kalau ada. Sah! Bye kepada mereka. Aku tak berminat nak berbual dengan orang sebegini.


Mat rempit(yang beraksi tak kena tempat): Perlukan penjelasan? Kita jumpa di stesen lrt berdekatan dengan rumah engkau. Kita tengok leher siapa yang tersepit di pintu lrt berulang kali.


Mat Beriya: Jangan cuba-cuba kenalkan aku dengan golongan ini. Mamat-mamat sebegini biasanya akan cerita benda-benda yang maha dahsyat sahaja. Dia kerja paling bagus antara kawan-kawan. Dia gaji paling besar antara kawan-kawan. Dia kerja paling rileks berbanding kawan-kawan lain. Dia lah paling gangster antara kawan-kawan lain(ramai geng itu lah, ini lah, geng nombor itu lah, ini lah, bla..bla..tak paham apa benda pun dalam bab ni walaupun diulang beberapa kali. Mantul). Dia juga tak kalah dalam isu cinta. Awek model lah, anak orang kenamaan lah, tidur dengan awek itu lah, ini lah. Cerita sebegini, diulam dengan neslo pekat tanpa gula sekalipun akan terus membuat Bang Juna menguap berulang-ulang kali. Biasanya Bang Juna cuba bertahan untuk menjaga hati kawan-kawan. Untuk itu, Bang Juna biasanya akan melakukan aktiviti riadah yang sering dilakukan di meja warung bila bosan-korek hidung, gentel-gentel dan jentik!


Skim Perniagaan Piramid: Bang Juna percaya, pembaca regular dikalangan kawan-kawan kenal siapa diri Bang Juna dan tahap kesabaran Bang Juna. Oleh itu, jangan cuba-cuba pancing Bang Juna cakap nak belanja Bang Juna makan kat hotel, jumpa kawan kat hotel atau kenalkan awek bergetah di kedai-kedai kopi mahal. Bang Juna dah masak sangat dengan labon-labon sebegini. Ini semua umpan masuk skim perniagaan air liur yang paling sial pernah Bang Juna tau. Ingat sikit. Bang Juna ni memang kampungan. Tapi tak hairan dengan makanan kat hotel dan kopi mahal tu. Bang Juna ni dah biasa hidup susah waktu jadi punk kental kononnya dulu. Kalau nak umpan, umpan lah dengan video 3gp terbaru. Mana tau, terbuka hati Bang Juna untuk jual penapis air engkau dari rumah ke rumah- Cuba lah kalau berani. Kalau tak aku terajang semua penapis air engkau dengan korset mangnet kau sekali!


Gitaris: Ha ha ha. Jangan mudah melatah. Bukan semua gitaris Bang Juna menyampah. Malah peranan gitaris amat penting dalam membentuk sesebuah struktur lagu. Tak ada gitar kepala tak boleh hangguk rambut pun tak boleh pusing. Tapi step yang Bang Juna menyampah adalah gitaris perasan rockstar. Sekali dia main lagu semua orang dia kasi tinggal kat belakang. Tempo semua terajang ikut suka kau. Orang tegur tak nak terima sebab dia pakai gitar Ibanez(ingat dah mahal sangat?). Mula tarik muka. Siak punya orang. Habis semua dia salahkan. Dari dram, bass sampai vokalis semua salah. Dia je betul. Semua orang kena ikut dia main. Fak ah. Man Kidal pun tak eksen macam ni. Pernah ada sorang cabar aku main lagu Slayer, South Heaven ke apa entah. Lupa. Tak ada hal. Tapi 4 kilometer dia tinggal aku. Bapak laju. Lepas tu salahkan aku. Cakap aku tak boleh pakai la, hapa la. Brader, rileks boleh? Lu ingat bapak gua hantar gua pergi kelas dram ke? Lu pikir bagi sehari dua gua boleh perfect sebiji-sebiji dalam mp3? Lagu Sharifah Zarina (Langit ke-7) pun dua minggu baru gua khatam tau. Arep yang perasan emo hardcore kental tu pun makan seminggu nak dapatkan lagu Bola-bola Api dengan sempurnanya. Lu memang buat gua sedih. Buat gua merajuk. Tak nak main dram lagi. Lebih baik gua balik kampung. Bawak diri. Masalahnya, kat kampung orang tak nak ajak aku main kompang. Jadi mana hala tuju kehidupan bunyian aku? sekali lagi aku salahkan gitaris akan kehancuran diri aku!

30 ulasan:

leng berkata...

ape yg ko suke bang juna?pasni kasi up satu entri..

Danielle_Corleone berkata...

byk yg bang juna suka. antaranya ialah p***** mata. kah kah kah kah kah!!!!!

Rajuna berkata...

leng-tak boleh. nanti semua orang entertain aku.


danielle-babi. perkara kinky sebegitu jangan dibangkitkan di sini syiaaaaal. ha ha ha ...GILA!

dzul berkata...

huh, x dapat la kau nak minum air bertapis yg boleh membentuk air beroksigen produk universal..

hzrh berkata...

bang juna,part skim MLM apekejadah semua tu mmg tkleh blah..
member2 jauh yg selama ni tak penah hang-out sekali tetiba msg ajak keluar,smpaikan merajuk2 kalau kita taknak keluar sekali..mmg demm ah!

yoshz berkata...

i suka bila u laser. hati i tenang bila tengok u mawrah.

ofaghag berkata...

siak siak siak siak siak. bodo siak.

kecik berkata...

oh. bangjuna tau lagu langit ke-7?
adekah bang juna pengikut setia ayah pin?

sila kemsalam kat kawan bangjuna yang tahu main lagu bola2 api.
wooow!

A t i Q a h berkata...

jangan marah2 bang juna. nanti cepat tua taw.

BudAk hijAu berkata...

Lelaki bawak beg tangan awek/isteri..

ini pown wa menyampah!!

Yana Ismail berkata...

hu hu hu..bang juna, yana gelak sopan tau. caya tak?hahaha;)

Huzai Mansor berkata...

"Tuwooot, tuwoooooot.. dish dish dish dishdishdish.."

Haha. Shuffle shuffle ditepi jalan dan didalam mall saja sambil bunyi-bunyian tekno dari telefon bimbit. Kesian, nak masuk kelab malam tak mampu dan tak cukup umur.

Rahimin Idris berkata...

i suka tom morelo ratm/audioslave. tak speed gila babi pun. tapi dia guna gitar dan efek sampai ke tahap maksima. dari jari, tapak tangan, lengan, siku habis semua dia boleh buat bunyi. kalau setakat nak jadi shredder atau gitar hero macam malmsteen tu ramai yang boleh jadi. tapi nak explore kreativiti macam tom morelo tu yang susah. harap kau bersabar berdepan dengan penghinaan demi penghinaan. hik3

FAZ berkata...

Kalau nak sepit orang kat pintu lrt nanti gitau gua.gua bagi dia gesel dengan kulit khinzir.baru grind-deathcore

..dah la sakit lepas tu nak kena samak lagi!!

hegira berkata...

haha.

ok. ni saja.

Mak Su berkata...

aduh...tak tahanlah kalu terserempak ngan promoter korset magnet tu.... lari cepat2. bila pulaks maksu bilang mahu kurus. lecehlah, kan.

dEs berkata...

rileks-rileks suda bang juna..

cool..

meh sy belanja eskrem mat kool kt kg..mahu?
hehe..

iyan berkata...

nasib baik lu x carik pasal dgn mat basikal...
gua da nak dail no talipon geng basikal gua dah...

Rembo berkata...

agak fasis tulisan anda kali ini.
hu hu hu

zairi berkata...

fak bola..fak bola..fak bola..

S.YanaZ berkata...

u nih bang Juna...
Tak koser tawww boling padanggg.

alaaaaaaaa...

Adry berkata...

salam ziarah... ya ya.. aku rasa semua yang ko tak suka .. aku pun tak suka.. hehehe

Adry @ http://www.adrysabry.com

King berkata...

patut laa ko dh jarang singgah blog beta yer...

ko x minat bola rupenyer....

tp,

boling padang mantop juger,

satu2nya subjek beta dpt A ms d U'siti dulu...

ada brani??

apek terror berkata...

byk benor yang lu x suke....ah lu nie rockstar sangat...haha...

Enraged Man Turn Simple Guy Thanks To Marriage berkata...

Penapis air & korset magnet = Niamahai-O.

cimon berkata...

perghh...

memilih siot...

cam *********

hahaha(^v^)

Hajime berkata...

ello2? dengarkan lagu terbaru siren... apa aku pada waktu ini... di sini -> http://budakyangbijak.blogspot.com silelah komen ya!

tasekM berkata...

fuh.... penat aku baca juna. he he.


:)

KARKADEWA berkata...

lu sepit kepale gitaris mcm tu!
gua men kompang pon speed medium lagi..
sial!

Rajuna berkata...

dzulkarnain-cara..cara pendekatan tu membuat aku jengkel, faham?

hazirah-memang. persahabatan berlandaskan materialistik, untuk apa? dem ah!

yosh-u know how much i miss u?

kecik-ayah pin adalah abah segala nombor pin di mesin atm. kawan bang juna tu dah mula eksen sekarang sejak dapat keje kat kilang samsung!

atiqah-i memang tua tapi jiwa muda. tau?

ofa- lek lek sudah. sekali aku pinang baru tau.

budak hijau-lu tau beg tangan dari kulit ikan tilapia?

huzai-arghh..pening ah kan?

rahimin-betul2.gila kadang2 aku tengok dia boleh buat sound macam scratching kat turntable. cabut kabel tonyoh sana sini. gila ah. tiba2 main kat audioslave dah jadi boring ah. aku tak minat chris cornel.

xfazx-lu memang true seh! ini baru death/grindcore. kijam!


hegira-huhu. aku sudah macam hilang arah.

maksu-auw.maksu, siapalah mereka nak menghalang nafsu makan kita?

dEs-auw. aiskrim mesia sudah cukup ok.

iyan-gua hardcore beskal yan. jangan risau. tapi gua pakai basikal nenek gua.

rambo-hmm...*termenung sekejap*. ya ada beberapa point di situ. maaf terlalu emosional sejak akhir2 ini. tak perasan.

zairi-yeha yeha yeahhh

s. yanaz-apa? nak cari gaduh dengan klik2 i la tu...huhu

adry- ya rabbi... :)

king-halllameeeeek... hait master!

apek-kalau gua roksta gua mungkin dah ada disamping obri.

Mak Ai Panjangnya Nama Engko(Thee..)-ha ha ha ha ha ha..oi oi..sebut brand tu!

cimon-dah pandai mencarut? nak kena terajang? ha ha ha

hajime-saya sentiasa menantikan material dari band black metal ini.

tasikmerah-terima kasih kerana sudi meluangkan masa.

karkadewa-lu zalim sangat tak baik. apa kata kita sembur mata dia dengan serbuk lada hitam?