Rabu, 9 Disember 2009

Aku jentik hati mereka dengan pisau pemotong daging

Sewaktu aku mengajar dulu, aku suka berbual dengan pelajar-pelajar aku di waktu senggang. Bagi aku, guru tidak sepatutnya bercakap tentang hal-hal akademik sahaja. Walaupun, realitinya itu yang kita kejar dan bangga-banggakan. Aku terpaksa menafikan dengan cara aku sendiri.



Aku melihat akademik itu hanya sekadar wadah bekalan yang menyokong kehidupan. Untuk diaplikasikan. Selebihnya, terpulang kepada anak-anak itu memandu kehidupannya melalui pemikiran, pandangan dan pengalaman.



Ini yang kadang-kadang kita terlupa. Kita terlepas pandang. Pengisian itu telah kita cicirkan entah di mana.



Kita merengek. Mendengus. Membebel tentang perangai anak-anak sekarang yang kerap menimbulkan masalah kepada kita semua. Tanpa menyedari mana silapnya. Tuding jari. Salahkan ibu. Salahkan bapa. Salahkan guru. Salahkan sekolah. Semua salah. Salah. Salah.



Kejayaan yang tercatat di atas kertas. Bukan penentu mutlak kejayaan seseorang dalam memandu kehidupan hari mukanya. Pernah kau jumpa orang yang bijak. Kaya raya. Terkenal. Tetapi, punya satu sisi kehidupan yang cukup memualkan? Andai, kekayaan. Yang dikeranakan oleh kebijakan menjadi indikator satu tahap kehidupan yang paling sempurna. Bagaimana pula letaknya prinsip dan pegangan hidup?



Aku memandang anak-anak yang rebel pada sudut yang lain. Aku faham benar. Kerana aku juga membesar dalam jiwa yang amat memberontak. Hingga hari ini pun aku rasa semangat memberontak itu masih mekar dalam hati aku. Jadi, aku rasa anak-anak yang memberontak jiwanya ini umpama api. Ada sesuatu yang dalam hati mereka yang mampu menyalakan api ketidakpuasan hati mereka yang dicernakan dengan perbuatan bukan-bukan. Maka dengan itu, aku merasakan pendekatan cikgu seperti minyak tanah bukanlah satu cara yang bijak. Memaki. Menghina. Mencerca. Merotan. Itu hanya akan memarakkan lagi api dendam dalam diri budak-budak ni.


Jangan. Jiwa mereka terlalu halus. Dekati mereka. Berkatalah dengan lembut.



Beberapa bulan lepas. Dalam kelas Tingakatan Empat Bestari. Sewaktu azan dilaungkan. Ada sekumpulan pelajar lelaki melayu yang beragama Islam. Rancak berborak. Ketawa terbahak-bahak. Sedangkan aku dan yang lain. Membisu seketika menghormati seruan tersebut. Jadi aku bertanya dengan lembut sesudah tamat laugan azan.



"Tak ada agama ke? Orang tak beragama pun hormat orang yang beragama."


Sambil tersenyum manis.
Kelas kembali menjadi tenang setenang malam yang dicurah gerimis.

12 ulasan:

Dewajiwa berkata...

budak-budak dungu memang patut sangat kena sound begitu. mesti dari kecil tiada asuhan hormat azan.

Brader Black berkata...

Perghhhh!!

Terhiris pasti hati mereka.


"lembut" betol cara ko tu.

FarhanaLicious berkata...

Ko misti jadi cikgu yg garang kan. Jadi cikgu disiplin molek jugak ni.

Plain Jane berkata...

aku emo siot klu dengar orang cakap "teruknya perangai budak ni. mak bapak dia tak ajar ke apa?"
sumpah emo
aku mcm tak boleh terima la orang blame mak bapak bilamana anak dia perangai mcm haram
tak tawu la exact reasons walaupun aku ni jenis anak terbiar dari segi kekeluargaan kot
hehe

Plain Jane berkata...

btw ko mengajar subjek apakah?
just asking :)

kecik berkata...

ah. ada orang, (dia tu memang ex-con) kata saya unpredictable dan memberontak. dan dia tak mau saya jadi mcm dia. and sepanjang dia jaga saya, saya realized 1 benda. dia x pernah nak marah2 if saya buat benda bodoh atau buat benda xelok. dia tegur dengan cara yang..em berhemah.. dia xkan nak memaki cakap "oi mak ayah x ajar ke" or mcm tu la. tak

sebab dia kata, kalau tegur kasar lagi tak jalan.

and saya rasa betul. tegur secara lembut, berhemah, memang jalan. bagi saya.

dEs berkata...

teringat dulu2.

CITA-CITA ANDA:
1. bukan GURU
2. bukan GURU
3. bukan GURU

tapi, guru itu mulia kan?

p/s: 4 bestari dulu kelas sy juga.

dzul berkata...

berhemah sungguh nasihat lu..sejuk hati budak2 tu dengar..hahaha

blackpurple @ jowopinter berkata...

Syabas! Kau dulu ngajor kat mana Juna?

Guten Tag berkata...

wah, naik punya sound yer..

faqhrule berkata...

budak-budak bising ketika azan:
"kami anarkis cikgu, no go* no master"

Rajuna berkata...

dewajiwa-haha. mungkin ya mungkin tak. mungkin kurang peka.

suparjo-haha. mekasih la yek.

farhana-aku tak pernah sepak budak. aku tonjol kepala je.

jane-hm. ye la. kdang2 orangtua dah asuh elok2. tinggal budak tu jela nak pandu hidup dia macam mana. aku ajar subjek kemanusiaan je.

kecik-berontak ni macam api. kena cari jalan redakan dia. jangan pulak kau curah api. semakin menyala.


dEs-saya tak pernah ada cita-cita pun. sebab orang jawa kata the higher yr expetation the harder you fall. so saya malas nak berharap apa. cuma kalau ada peluang, itu yang saya ambil.


dzul-orang kata sejuk-sejuk thinner. kalau aku cucuh api menyala jugak.

bp/jp-aku mengajar kat daerah batu pahat je.


guten-trebel dgn gain aku pulas abis.

faqhrule-anarki bukan tiket untuk menghina agama orang lain.