Jumaat, 25 Disember 2009

Batu Pahat-Kuala Lumpur-Batu Pahat-Tanjung Malim (perjalanan paling post rock si dia)


(piston skuter aku terbarai. Aku sedih macam sms tak berbalas)



Orang selalu sindir aku. Mengenai motosikal yang aku pakai. Outdated lah. Macam budak-budak lah. Macam pondan lah (sebab tak ada gear). Kos selenggaraan yang tak munasabah lah. Tapi. Aku masih pakai skuter yang ayah belikan dengan duit tunainya. Ya, keputusan aku untuk menukar cover-set menyebabkan orang tua aku tak sentuh skuter ini untuk beberapa tahun. Sanggup diorang naik motor buruk kalaupun mereka terdesak ketika itu.


Kalau nak diikutkan. Memang banyak aku dah berhabis untuk skuter ni. Aku akui, kos untuk penyelenggaraan skuter sememangnya amat memeningkan. Sebab itu aku sentiasa bersedia dengan wang simpanan. Jarang aku bikin skuter kat KL ni. Sebab harganya 'menggiurkan'. Jadi, setahun sekali, aku akan bawak pulang ke kampung. Untuk diselenggara. Tahun lalu, sewaktu aku menjadi penganggur. Piston skuter aku berlubang. Ayah tahu. Aku mesti sedih bila perkara ni berlaku. Memandangkan dia tak nak aku menjadi emo-rabak, dia dengan sendirinya memanggil pomen datang rumah ambil skuter aku bawa ke bengkel. Aku? Termenung depan kandang kucing sambil bertuala dan hanya akan mandi ketika bilal sedang adjust mikrofon untuk azan Zuhur.



Ramai yang berpendapat aku harus menukar motosikal lain. Atau beralih arah kepada penggunaan kereta. Tapi hati aku masih belum terdetik untuk berkereta. Walaupun mat-mat yang ikut aturan norma masyarakat tipikal melayu-mengatakan usia lelaki seperti aku sekurang-kurangnya ada Myvi baru awek mau mari. Mana ada wanita terpikat dengan lelaki berskuter conteng-conteng lagi? Its so awal tahun 2000 You know? Ini bukan zaman hip hop Bangsar. Lagipun nampak tak matang. Tak ada gaya eksekutif (memetik sumber seorang rakan) . Tak ada penampilan eksklusif.


Tapi. Aku tak peduli dot kom dot mai. Skuter ini masih gagah bermain-main dengan aksi nakalnya di sepanjang jalan Pekan Tanjung Malim-Proton City.


Memandang keupayaan kewangan aku belum kukuh. Aku buang jauh-jauh hasrat nak pakai kereta. Aku tak peduli sangat jenis-jenis kereta ni. Asal murah. Jalan sedap, layan je. Kadang-kadang pilu jugak, meredah hujan dalam mengejar waktu. Baju basah. Seluar basah. Kasut basah. Tak apa lah. Rileks sudah.


Beberapa bulan lalu. Aku terdetik mahu menukar skuter ini kepada model yang lebih ranggi. Lebih laju. Antaranya adalah skuter jenama tempatan. 180 cc. Peh. Kerangkanya cukup seksi. Kira, kalau bawak awek rambut karat pun tak segan lah. Tapi bila jurujual cakap, "Bang, baik angkat Nouvo LC," aku terus lemah semangat. "Sparepart susah carik, Bang...."


Setelah difikir masak-masak. Aku rasa. Aku pakai je lah skuter ni. Banyak kenangan pahit manis dengan dia. Dengan skuter ni jugak lah, aku berjaya siapkan ijazah aku. Dengan skuter ni jugaklah dia bawak aku ke mana-mana mengubat kesunyian aku. Kalau boring-boring, sekali sekali aku bual-bual dengan skuter ni. Dia pun boring. Tak ada awek jugak. So bila aku ajak sembang-sembang, tak lah dia emo-hardcore sangat.


Aku tak mahu jual skuter ni. Aku pakai sampai bila-bila. Buruk pun buruk lah. Hodoh pun hodoh lah. Gadis-gadis di luar kalau nak benci, ludah lah aku. Kalau kau nak tolak lamaran aku, tolak lah. Aku akan pinang awek Singapore. Aku akan merisik awek Batam dan aku akan terus pakai skuter ni.


Kerana.


Skuter ini adalah lambang kasih seorang ayah kepada anaknya yang kuat memberontak. Nilai post rock ini amat sukar dibuang dalam dada seorang aku.

7 ulasan:

faqhrule berkata...

sedih siak baca entri lu. gua rasa lu patut bagi nama kat skuter lu. gua panggil moto gua belalang tempur sebab serba serbi hijau. redah jalan mana tak ada hal.

Rahimin Idris berkata...

post rock la sgt. jom test meter dgn rgv gua..

FAZ berkata...

kalau skuter lu hidup pakai picit butang lagi memang tak hardcore.skuter gua dah 2 tahun nak jalan kene kickstart manual.


kaki gua besar sebelah jadinya!!

dEs berkata...

isk.isk.mntk tisu.

cimon berkata...

gilerr...

tangkap rock lelehh gua

hahaha (^v^)

Airinar anastasia berkata...

perh nanges air mata darah beb gua baca entry lu..kita serupa la weh..moskutuk aku pon sering dipandang hina dan dicaci marba tp aku tak kesah..bila dia wat hal ngn aku..aku majuk jap dlm 2-3 bulan naek bus pi keja..then bila aku dh tak ngajuk lg..aku pi antar bengkel..pastu..aku meronggeng la ngn dia semula..bak kata ko..psl dia la aku dh ada ijazah beb..huwaaa..sedihnyeeeee aku nye signal rosak lagik tak de masa nak pi betulkan la gila tak kooll btol

Rajuna berkata...

faqhrule-dah ada nama dah. aku panggil dia Bang Aji.

min-min. dia satu kampeni. segan la nak main.

xfazx-baru beberapa bulan electric starter aku hidup. sebelom ni aku stail tarik macam mesin rumput!

des-you lap dengan lengan baju i.

cimon-nak kena lempang tak?


syore-i tau ramai yang lelaki yang rebah dengan aksi u bersama skuter u kan?