Sabtu, 29 Mei 2010

PD 1



Tiga bulan aku di sini. Mengajar di tempat lain dari tempat sendiri. Punya budaya yang lain. Suasana yang lain. Aku akui, ini benar-benar menguji kesabaran aku sebagai manusia yang paling mudah pertimbangan ini. Sewaktu aku mengajar di Johor jarang sekali aku menunjukkan taring aku. Tidak seperti di sini. Aku cepat berangin. Lempar kerusi dan maki hamun. Jadi mainan. Aku tau di sini ada kelemahan pada diri aku sendiri.


Aku tidak ada masalah di kawasan ini. Malah aku cukup menyenanginya. Tidak seperti di Tanjong Malim. Menyaksikan aku menerima implikasi fizikal. Kalau dicongak-congak boleh dikatakan setiap bulan aku ke klinik. Demam dan sakit perut. Aku terlalu kesunyian. Terlalu menjeruk rasa. Sampai jadi tak sihat sentiasa. Tapi di sini nampaknya aku okey. Walaupun sememangnya wujud tekanan tapi itu semua dapat ditangani dengan baik, aku kira. Atau mungkin kehadiran Si Dia dalam hidup menyebabkan sebahagian dari senak di dada ini terbang di bawa angin? Entah lah.


Tiga bulan juga aku tinggal dengan Shahril dan Borhan. Kedua-keduanya adalah bekas pelajar dari kampus lama aku di tengah-tengah Kuala Lumpur sana. Kalau dulu kami belajar di universiti tertua di Malaysia, kini kami melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan tertua negara. Dan ya, kami meningkat tua. Lebih-lebih lagi Shahril yang sememangnya dalam proses membesarkan keluarga. Aku dan Borhan hanya tumpang gembira. Berharap agar turut akan bahagia sepertinya suatu hari nanti. Ewah. Ni apahal ni? Hahaha.


Seronok jugak duduk dengan dorang nih. Walaupun Shahril langsung buta kuali. Tapi aku memang suka melayan masak-masak dengan Borhan. Aku, Shahril dengan Borhan memang tak ada nak berkira pasal makan ni. Apa yang kitorang mampu beli itu yang kita masak. Food not bombs orang kata. Setiap orang ada hak untuk makan! Jadi makan saja apa yang ada.



Kurang rehat. Kurang tidur. Tekanan perasaan dek students yang tak ambil port itu adalah lumrah. Macam-macam dah aku buat. Kalau dah cara berfikir tu tak boleh nak ubah nak buat macam mana lagi. Sabar je lah. Eh, aku tak sabar mana jugak sebenarnya. Aku ingat ada dua kelas yang aku pernah jerit-jerit hardcore, hentak dan lempar-lempar kerusinya sebab tak dapat kawal perasaan. Aku rasa itu lebih baik dari aku hentak siku budak-budak ni sampai retak!


Aku tak suka memaksa. Mampus kau lah kau nak buat apa dengan life kau. Tegur sudah. Marah pun sudah. Maaf aku tidak merotan kerana tak punya kuasa. Jadi untuk tidak melayan karenah segelintir yang menyebalkan, aku ajar pada yang sudi saja. Tak hairanlah, kalau kau tengok ada sesetengah kelas yang aku ajar umpama suasana gig yang mana pengunjungnya seciput berkumpul mengelilingi pentas. Bezanya aku berdiri di depan papan putih dan pelajar mengelilingi aku pada jarak kurang 1 meter.


Cukup untuk setakat ini. Nanti aku tulis lagi. Mata aku dah mengantuk. Haram betul.



















6 ulasan:

FAZ berkata...

Jenis entri macam ni kena baca sambil dengar lagu, Kau Pikir Kaulah Segalanya - Edane.

Sebab dia ganas manja manja.

dzul berkata...

kau tak penah pegi tanjung agas.? sana udaranya nyaman..awek2 uniti pn sejuk2 mata memandang..

bawalah si dia makan kerang bakar di restoran kayu atas air pada waktu bulan malu2 menunjukkan wajahnya..

cimon berkata...

ayat ko da lainn je skrg nie...

da mcm abang2...

heheh (^v^)

iyan berkata...

kamon cikgu...jangan putus asa...

Rajuna berkata...

faz-pala otak ko berjamboi


dzul-gila rabak bila orang lama berbicara kan? tanjung agas kat muar.


cimon-ye aku tau la ko adik2.


iyan-aku putus air yang paling boring sekali. nak berak susah

dzul berkata...

juna..ada kg.tanjung agas berdekatan pasir panjang, aku praktikal kat c2 dulu..masa UNITI pasir panjang dalam pembinaan. jauh juga dgn PD tp syok makan c2..rasanya aku x silap..