Ahad, 11 Julai 2010

Roda Dua Di Rumah Saya

Kehidupan aku banyak dipengaruhi dengan kenderaan beroda dua. Basikal dan motosikal. Kalau hari cerah dan poket tidak mengizinkan, memang motosikal atau basikal menjadi pilihan. Tetapi macam biasa. Sejak sudah memiliki lesen memandu. Aku tampak lebih selesa bermotosikal. Berkereta memang selesa. Boleh dengar lagu dan ada pendingin hawa. Tapi bab petrol kadang-kadang boleh membuatkan aku menyumpah. Kalau temu janji dengan teman wanita, biasanya salah seorang akan mengisi minyak dan sorang lagi akan biaya kos makan minum. Itu sweetnya teman wanita aku. Aku sayang dia. Ceh, macam budak kemaruk baru nak up buat statement macam gitu!


Motosikal pertama aku adalah Yamaha Cub 80 yang dimiliki pada usia 14 tahun. Nenek aku bagi. Bapak aku pun ada sebiji motor ni. Buat pergi kebun. Aku usik-usik jugak motor ni bikin laju tapi tak laju mana pun. Macam lahanat. Last-last bila dah disampuk ideologi punk, aku lebih memilih basikal. Motor ni aku biar je kat rumah. Ya, basikal yang ada bakul kat depan tu. Budak-budak sekarang geli nak pakai. Aku pakai dengan dress up seluar jeans koyak. Sehinggalah aku berusia 17 tahun baru la mak aku belikan basikal import dari Singapore. Katanya terpakai, tapi nampak macam baru. Kat Johor masa tu basikal ada absorber adalah rare. Tiap kali aku lintas kedai pisang goreng orang akan tanya, "beli basikal mana tu dik?"


Motosikal kedua adalah Kriss Modenas. Aku pakai motor ni sampai sekarang. Praktikal di Port Dickson pun sempat aku belasah motor ni dari Lukut sampai ke Telok Kemang. Seminggu entah berapa kali sebab bosan takde geng melepak dan kaki rayau. Bapak aku beli masa aku duduk di kampung. Aku separuh merajuk sebab susah nak ke pekan. Kena naik bas dan teksi. Nak naik basikal sikit punya jauh dan buang masa. Walaubagaimanapun aku enggan mengambil lesen. Rebel tak kena tempat! Motor ni dah kira banyak jahanam. Aku repair sikit-sikit bagi smart. Smart cukuplah. Nampak kemas. Takyah power-power. Macam budak baru nak up. Aku pasang sport-rim hitam, langsung pikap jadi lembap. Sabar jelah. Berat rupanya pakai sport rim ni. Nak kena tukar spoket belakang kot?



Setelah menjejakkan kaki ke universiti ke dua (selepas cabut dari Uitm) kat UM baru bapak aku belikan sebijik skuter Suzuki VS 125. Baru seminggu aku dah angkat cover set air brush. Aku pakai kat kampus. Memang gempak dan stailo. Asyik kerja nak ngorat awek hot. Damn! Pointer aku jatuh teruk semester yang kedua. Rasa nak cabut dari kampus pun ada. Leka main muzik dan usha perempuan. Tapi aku banyak berbelanja dengan skuter ni. Sekali dia bermasalah hampir botak bulu kaki aku dikerjakannya. Namun aku redha demi mempertahankan maruah! Dush...!!~ tumbuk pipi sendiri. Aku tak jual pun skuter. Ada tersadai kat rumah. Aku nak bikin bila ada duit nanti. Jadi lebih ganas. Bestnya naik skuter adalah sebab dia takde gear dan ruang kaki yang bebas. Macam-macam aksi akrobatik aku boleh buat bila boring naik motor jauh-jauh. Lagipun dia ada banyak laci. Boleh letak helmet, jaket naga ataupun sayur-sayuran.



Baru-baru ni mak aku beli Honda Wave untuk adik aku. Namun kalau kat rumah tiada istilah siapa punya. Nak pakai, pakai. Jangan leceh. Tapi dalam banyak-banyak motor seat Honda Wave ni lah paling aku tak berkenan. Kebas bontot buat jalan jauh. Keras. Kalau tak adik aku bikin memang lembap motor ni. Absorber pulak kenyal sangat. Cuak aku ambil selekoh tajam. Kena pulak masa baru beli tayar kecik. Gila cuak! Bergoyang-goyang kat selekoh.. Pergh.. Pernah jugak aku ronda-ronda dengan teman wanita malam-malam naik motor ni dengan jarak agak jauh. Memang masam muka dia, kah kah kah! Kalau jalan dekat-dekat takde masalah. Pasal seat dia keras lah.. aduhai. Kesian dia.



Baru-baru ni ayah aku beli Yamaha 110 SS. Aku tau dia minat motor ni dah lama. Pernah jugak aku perasan kalau kat kedai motor dia asyik pegang-pegang motor jenis ni je. Entah apa yang dia minat pun aku tak tau. Pernah satu ketika aku terpaksa tolong dia buat kerja kat sekolah. Urgent katanya. Dia punya berdesup aku ingat dalam 130km/j atau 140 km/j. Aku follow dari belakang naik skuter tak dapat kejar beb. Meter skuter aku dah kat 120 km/j cecah dinding. Hampeh! Memang diakui motosikal ni antara yang terkuat biarpun dalam keadaan standard badak. Tapi bulan lepas ayah aku terjatuh waktu balik dari kedai. Bukan laju pun. Kat jalan kampung. Orang kata, kalau benda dah nak kena...


Aku ingat kalau ada rezeki lebih ingin jugak aku nak beli jugak lah motosikal berkuasa tinggi tengok macam mana pergi dia kan.. Tapi masalahnya motor macam ni susah nak bawak pergi belanja kat pasar basah. Tak ada bakul. Leceh lah. Beli mahal-mahal tak boleh bawak barang, apahal? Haha. Aku cukup minatlah rekabentuk Suzuki Hayabusa ni. Dia takde lah membongkok sangat. Takde lah sakit pinggang ye tak? Tapi tu la harga dia macam haram jadah lah pulak. Ada jugak jenis member-member boleh adjust beli dari Singapore. Tengok lah nanti. Aku ni cerita lebat dan nak power padahal nak beli roti canai pun fikir 18 kali setengah.


Abang-abang MLM tak payah sembang la nak realisasikan hasrat aku nak angkat Suzuki Hayabusa ni. Tak makan dah. Fakyu.

5 ulasan:

faqhrule berkata...

wave 100 ke wave 125? kalau 125 gua tau la sikit nak buat macam mana. bab selekoh tak berani nak baring, tayar belakang kasi besar dan lebar sikit saiz 80/90 pun cantik. absorber tukar pakai kayaba kaler florecent beang-belang, keras sikit bila ambik koner dia yakin tak goyang sangat. sporket kena setting baik sikit. 14-33 okey tapi pick up kurang. nak lagi? nanti gua sambung

Rajuna berkata...

rul-wave 100 la. aduhai...tapi adik aku dah setting kira sedap la. enjin dah sedap. tayar dan besar. cuma absorber je kecik lagi.setakat cuak2 aku kalau naik motor ni dapat jugak la 100km/j. tapi mengikut kisah sebelum wave 100 ni pernah layak LC. Aku pun tak tau betul ke tak adik aku ni.

Rahimin Idris berkata...

aku ada lagi 110SS tu. memang power. RGV pun ada lagi. Memang sedap. Tapi dua2 tu aku nak bikin jadi motorcross. senang nak bawak masuk hutan memburu badak sumbu.

Rajuna berkata...

kat ayer hitam johor ni pun ada tempat cub cross. tapi lepas ada tragedi nampaknya macam dah slow. kriss antara yang byk org buat cub cross ni...

cimon berkata...

no comment

p/s:gua & tempe naik LRT jek