Isnin, 28 November 2011

Ekspress Rakyat VVIP NON STOP

Dari aku seusia remaja pengangkutan bas memang sinonim dengan kehidupan aku. Untuk ke bandar. Untuk pergi kelas tambahan. Untuk pergi jamming. Untuk sampai ke venue gig. Semuanya menggunakan bas.

Sehinggalah usia aku menjengah 20 an', aku mula mengembara menggunakan bas dengan jarak yang lebih jauh. Batu Pahat-Kuala Lumpur, Batu Pahat-Kuala Lumpur-Tanjong Malim dan Batu Pahat Seremban-Port Dickson.

Macam-macam peristiwa pahit aku lalui ketika menaiki bas. Pernah aku bergaduh dengan lawan aku yang bersenjatakan kapak. Ada sebilangan kawan aku yang tak percaya macam mana si sial tu boleh bawak kapak masuk dalam bas dan tak ada orang berani leraikan pergaduhan tu. A bunch of loser kids. Pakai weapon berani la kau. One by one tengok macam mana?

Tak kurang jugak pengalaman aku dimaki pemandu bas Mayangsari ketika mahu pulang ke Johor. Ini semua gara-gara seorang pakcik yang memandai-mandai suruh aku letak beg aku yang besar di dalam perut bas. Aku yang keletihan pulang dari membuat kajian lebih 10 hari di Langkawi mestilah nak cari tempat letak barang. Akhirnya aku diherdik di Puduraya pada lewat malam yang menyebabkan ramai 'abang-abang beg silang perut dan rantai basikal di leher' datang menyaksikan pertengkaran. Namun kita kena cool menghadapi semua ini. Bahasa maki hamun terbaik dan penuh kualiti telah digunakan. Sejak hari itu aku jarang sekali menaiki bas Mayangsari. Berikut adalah ulasan peribadi aku mengenai bas yang paling kerap aku gunakan.

KKKL adalah bas yang selalu aku cari untuk pulang ke Johor atau pulang ke Kuala Lumpur. Perkhidmatannya cekap. Tepat pada masa. Bas selesa. Ada dua tingkat. Aku suka duduk tingkat atas. Pemandunya pun berhemah. Tak pernah lagi aku nampak pemandunya merokok dalam bas. Tapi punyalah hazab nak dapat tiket bas ini kalau kau nak pulang pada pada hari pembelian tiket.

SnS adalah bas kedua yang aku cari kalau KKKL dah habis. Ini pun sangat okey. Tepat pada masa. Pemandunya pun tak la gelabah puyuh bawak laju-laju. Keadaan bas pun okey. Pemandu tak pernah hisap rokok dalam bas dan tak pernah maki penumpang yang salah tempat duduk. Masalah kadang-kadang muncul bila ada pertindihan nombor tempat duduk bila sampai di satu-satu stesen yang mengambil penumpang. Itu saja. Lain-lain okey. Berita baik untuk kaki fixed gear yang keletihan nak mengayuh pulang. Angkut basikal pun tak kena cas apa-apa bayaran. Haha.

Hasri-Selalu lambat. Lagi-lagi dari KL menuju Selatan. Tapi, kalau ada kosong tak payah beli tiket. Bayar upah driver terus jalan. WAHAHA. Masalah lain? Ekzos bas yang menuju ke Batu Pahat macam ekzos chamber. Punyalah bising woi. Hahaha.

Transnasional- Bas ni okey. On time. Aku boleh cakap bas ni menjaga kebajikan penumpang. Masa zaman aku kat Puduraya dulu, siap ada pengumuman bas dia dah tiba dan berada di platform mana. Ada pondok maklumat sendiri. Sangat senang. Cuma seat kecik gila dan tak ada pemijak kaki (dah ditanggalkan, tak tau kenapa). Kadang-kadang tak ada kocek buat selit roti dengan air mineral. Siak betul. Semua aku sepit celah peha.

Mayangsari- Boleh aku cakap brand ni paling celaka? Sebelum aku kena maki dah banyak kali aku tengok orang kena maki sebab duduk tempat ikut suka-suka bila tiada penumpang. Maki bukan main-main siap jerit-jerit. Kali terakhir aku tengok adalah seorang Ah Soo. Orang tua. Dimaki semahu-mahunya. Janganlah sebab dia cina awak maki macam tu. Bangang punya driver. Akhirnya aku sendiri pun kena maki. Kow-kow. Sebut bapak. Babi. Anjing. Lempang. Terajang. Memang sial. Bas ni selalu rosak. Aku pun tak faham kenapa. Selalu tukar-tukar bas dipertengahan jalan. Isi minyak lah. Repair lah. Senang cerita tiap-tiap kali aku naik mesti ada masalah dan akan terlewat satu hingga dua jam. Aku juga pernah saksikan sendiri di pekan Benut selamba bas ni langgar lampu merah. Pemandu hisap rokok dalam bas? Pun pernah derr...Gua macam nak lempang!

Ini semua berlaku dua atau tiga tahun lepas. Aku harap mutu perkhidmatan bas sekarang dah baik. Aku juga harap driver-driver kurang hajar tu dah beralih ke sektor pertanian atau pembersihan. Boleh lah dia maki tanaman dia atau maki longkang yang tersumbat. Mulut dia pun macam longkang, apa ada hal. Sejak ada hentian bas baru ni aku tak pernah lagi sampai Kuala Lumpur. Daniyal ada tanya, aku merajuk ke dengan (kehidupan) Kuala Lumpur.

Aku jawab.

Mungkin.

2 ulasan:

cimon berkata...

Mai larr sini...boleyy jalan2 kat Midvly (^v^)

LydSunshine berkata...

Driver bas yg bercakap tepon masa drive ada tak? Siap berSMS ke. Itu pun salah satu ciri tak berhemah pemandu bas.