Rabu, 28 Mei 2008

Dosa Senja

"Kenapa kau tak hadir di hari perkahwinan ku?" Tanya Praveitriana. Hiasan bunga kenanga di setiap celah tocang gagal sama sekali menyembunyikan perasaannya yang menjeruk. Muncung di bibir munggilnya seakan panjang sedepa. Pandangan mata dilempar sejauh mungkin dari wajah Rajunapurnamaveitra.

Rajunapurnamaveitra terkedu. Hembusan bayu senja tidak lagi mengujakannya. Nada suara yang didengar hari ini berbeza dengan hari-hari biasa pertemuan mereka. Akal berpusing-pusing menyusun ayat bagi sang puteri yang tercegat dihadapannya."Apa kau benar-benar ingin aku hadir di hari pertunangan mu?"

"Bukankah sudah lama kita bersama? Engkau seolah tak menghargai kehadiran aku dalam hidupmu. Engkau kejam."

"Bukan aku tak mahu memunculkan diri, sayang. Tapi aku amat berharap akan dirimu agar memahami perasaan aku."

"Apa lagi yang mahu aku fahami? Bertahun kita menyulam kasih. Tak cukup lagikah selama ini aku menyelami hati dan perasaan mu? Aku fikir kau jua begitu. Namun, engkau yang gagal memahami isi hati aku," desah Pravietriana diiringi juraian air mata yang berguguran dari kelopak mata. Deras mengalir membasahi pipi licinnya itu.

Rajunapurnamaveitra diburu perasaan bersalah. Apatah lagi melihat sang puteri merebahkan kepala di dada jantannya. Hujan air mata sang puteri menambahkan lagi sebak di hati. Rajunapurnamavietra tahu bahawa dirinya harus kuat menerima kenyataan. Dia tidak harus bermuram durja melayan lara. Tapi tidak untuk kali. Dia tak mampu terus-terusan bersandiwara. Mana mungkin kembang yang dipuja selama ini dimilik orang? Mana mungkin kaki ini kebal berdiri di hari persandingannya?

Bibir berkumis Rajunapurnamavietra didekatkan ke cuping telinga Pravietriana, "Sayang. Percayalah, kasihku takkan pernah luntur. Biarpun kau disunting orang, aku berjanji kan setia bersama mu. Takkan pernah aku tinggalkan mu."

"Janji?" Senyuman terukir di bbir Pravietriana. Matanya tepat memandang mata Rajunapurnamavietra. Tidak berkelip. Lantas tangan didakap pada tubuh jejaka.

"Janji."


.......Dan dua insan kini terus hanyut dalam noda remang senja. Selamanya. Ini rahsia.

18 ulasan:

Head Shot berkata...

salam..faq..mana pergi entri yang lain?

Airinar anastasia berkata...

oi...entri ko yg klakar2 tu mane..alemarkk

FAZ berkata...

perghhh!skrip filem boliwud ke nih?

*gua ingt mate gua rosak...mne pg entri lu yg len?

blackpurple @ jowopinter berkata...

Aku cadangkan kau tulis novel hantar ke Alaf21 bro'.

Rajuna berkata...

the hazim-saya sudah padam semua nukilan saya. entah kenapa rasa seronok menekan "delete". maaf. nukilan-nukilan saya hanya dipenuhi semangat rebelious melampau. haha.

syore-lepas ni kau kena copy paste letak dalam satu folder semua tulisan aku. Aku hanya ikut rasa hati.Kalau gua nak delete, gua delete!Tapi lepas tu menyesal.

xfazx-cuba nak jadi bangsawan malaya boleh? haha.

kang pinter- haha. tak apa la bro. Tulisan spontan je tu. Teruk. Main buat je. haha.

ka-ii berkata...

aku igt ak slh bukak blog. apsal ko delete. xrase syg ke?

Rajuna berkata...

kai-ermm....

areleaf berkata...

aku tau jantan keras mcm ko masih ade lembutnye jugak...hahhaaha..

Rajuna berkata...

areleaf-chisss....!

azie berkata...

bro..sorry..dua tiga menjak ni takde mood lah nak blog hopping.
sorry ye..i still love ur writing, tho..nape mesti kamu delete???????

Rajuna berkata...

azie-tak mengapa. Resah di hati jangan dilayan sangat. Terima kasih. Jarang ada yang suka tulisan saya. Syok sendirilah katakan.

Danielle_Corleone berkata...

hahaha! bisnesman la lu! :p market tester! hahahahaha!

Rajuna berkata...

daniel- bangsat, bangsat, bangsat!!! hahahaha

Mazlina berkata...

hmmm..tu la psl.ko cube test customer feedback ke?

tp menarik lah post kali ini.xmo sambung?

Yana Ismail berkata...

kenapa delete?
waaahh..bollywood mode kah?:)

Muki berkata...

cintanology sadis?

SATIRA + KACAU berkata...

Sdr. Kasihan sungguh menjadi senja. Dosa dipalitkan ke jasadnya.
kenapa, ya?

Satira + Kacau.

Rajuna berkata...

mazazazass-haha. Apa kau ingat aku berniaga? Tengoklah. Kalau aku ada berfantasi aku tulis kat sini.

liyana-ini bangsawan purbakala adaptasi dari kisah curang di pejabat. haha..

muki- Bukan. Curanglogy. haha

satira+kacau- haha. Biarkan senja berwarna warni. Kelak tidak bosan dihadapi.