Selasa, 15 Julai 2008

BING!!!

"Loh, lo apa-apaan ni Sya. Pagi-pagi sudah di kamar gue? Emang siapa yang bilang gue di sini?"Gua terkejut. Bukak-bukak mata, Tasya ada di depan.


"Nyokap lo yang bilang. Benernya, gue nelpon lo pagi tadi. Nyokap lo yang ngangketin. Terus, dia bilang lo di sini. Ayoh dong, mas. Bangun. Ntar kita jalan-jalan ke mall yuk?" Pelawa Tasya sambil meniarap. Beralaskan bantal panda gua.


Lu tau. Gua punya la bersyukur bila si Tasha dah tak masam muka dengan gua lagi. Lagi yang menyebabkan gua bersyukur, tiba-tiba dia buat suprise pagi-pagi gini. Peh. Serius happy tonggang tonggek punya. Umpama mentari pagi yang bersepah vitamin D.


Wangi betul Tasha pagi ini. Rambutnya masih basah. Memang hubungan gua dengan dia diketahui kedua ibu bapa kami. Mungkin lantaran kami datang dari susur galur yang sama. Jawa. Bezanya, Tasha dari Cilacap, Jakarta. Aku dari Batu Pahat, Johor.


"Ya, udah. Kamu mandi aja. Gue lagi bete nunggu lama-lama kaya' gini."

"Nyokap gue mana Sya?"

"Dia lagi di dapur," balas Tasya. Menguntum senyuman. Gua toleh kiri kanan. Clear. Aku muncungkan bibir. Gua paut bahu Tasya. Tapi ditolak oleh Tasya. Sambil terkekeh-kekeh ketawa kecil. Dia menunjukkan jari telunjuknya. Digerakkan ke kiri dan kenan. Tanda jangan.


Mana boleh. Gua rindu gila baboon ni . Geram cangat-cangat aw. Gua tarik rambut dia.


Tapi, jap.


Apsal hidung gua terhidu bau nasgor( nasi goreng )? Apsal gua terhidu kopi Nakhoda? Hajat gua terhenti seketika. Gua lepaskan rambut Tasya. Bau semakin menyedak. Sampai tersangkut rongga hidung gua untuk bernafas. Ah, tak dulik. Gua tarik bahu Tasya. Biar rapat dengan gua. Dia melawan. Mulutnya termengah-mengah. Ketawa yang disorokkan sememangnya banyak mencuri nafas. Kami mula bergelut. Tasya cuba menggeletek aku. Cis, geli tau.


Bing!!!- Kepala gua terhantuk di kepala ranjang stainless steel. Kaki gua jadi sejuk tiba-tiba. Apsal ni?


Tasya ketawakan gua. Ewah. Gua apa lagi, gua pun..


"Oi, apa sengih-sengih. Dah, bangun. Sarapan," bayangan mak gua jelas kelihatan. Di tangan, ada gumpalan selimut hijau. Sah selimut gua.


Potong stim.





p/s: "Brengsek lo, Sya. Emang lo cuma hadir dalam mimpi gue? Mampus lo. Kurang ajar ini anak. Dasar lo. Sialan banget!!"


27 ulasan:

Sang Pencinta berkata...

hahahha..tasya?wa lu tdo xbace doa eh..ahahhah

yoshz berkata...

Pak rajuna, permisi untuk buat pembetulan...

Cahaya matahari penuh dgn vitamin D. Vitamin jenis ini gunanya untuk mencegah penyakit riket dan beri-beri.

Lain kali sebelum tidur kamu harus bilang lompatan kambing...

areleaf berkata...

kdg2 wa rasa lo perlu jumpa pakar terapi la bro..

Rajuna berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Rajuna berkata...

tempe-haha ya kot

yoshz-ya ya aku lupa hahahaha

areleaf-carikan untuk aku sorang. perempuan sahaja.

t i u n g berkata...

lol mimpi

Airinar anastasia berkata...

woi bai..lu kate nak lagu cite anak metropolitan dr gua..lu tak online..camne gua nak bg beb..bukan satu je gua download...smpai 5 version gua download khas utk lu..hahah

cimon berkata...

rambut basah = selimut + air liur basi kan?

haha (^v^)

bangun la wei, usaha cari awek, jgn terus bermimpi je...k?

hoho (^v^)

Danielle_Corleone berkata...

haha! agak2 lu time lu tido gua bleh mintak nombor tak? takpun soklan ape yg kuar dalam ujian PTD boleh? hahaha

A t i Q a h berkata...

Bau nasi goreng lagi sedap. Nyum2!

Rajuna berkata...

tiung-pelamin anganku musnah :(

cimon-sapa lah yang sudi hulur simpati?

daniel-gua boleh ramal jodoh. gua boleh menurun jadi tok piah. berani?

atiqah-memang betul. apa secret recipe.

King berkata...

aik..
time beta mimpi ngan Tasya lain plak endingnyaa...

ps: terpaksa mandi sebelum solat subuh dan cadar serta seluar terpaksa dibasuh kerana ada kesan 'tompokan'.. huhu

Amiene Rev berkata...

Hayakallah,

Ini cerita Indon ke apa ni?

Rajuna berkata...

king- hoi, tak senonoh!! Eiiii...

amiene-bener mas. Ini gala sinetron. Ayuh deh. Goyang!

ladylikeme berkata...

uitttt.....wah mimpi rupenyer...sadisnyerrr

tasekM berkata...

boleh buat teater muzikal ni bro... :)

Rajuna berkata...

lady-hampir jadi 'kenyataan.'

tasik-kalau cerita begini, muzik apa ya yang seswai?

blackpurple @ jowopinter berkata...

Engko banyak sangat tengok Sinetron Indon ni kot. He he he!

Mak Su berkata...

kesiannnyer, sambung balik

uranus berkata...

aku ingatkan tasya tuh bibik ko tadi. mana tahu skandal dengan bibik.

d o m i n o berkata...

kehidupan bibik telampau!hahahah.. :P

azie berkata...

rajuna,
mimpu u semua best2 kan? untung,ehehe

Amiene Rev berkata...

Waduh. Gimana gak ketinggalan. Gue langsung layan. Lho cerita ini lagi! Yea Goyang! Yea!
Goyang!

Yana Ismail berkata...

hoho. mimpi itukan mainan tido:p ahaks..tasha mesti happy u mimpi dia:P

Mak Su berkata...

anda dijemput ke blog maksu, ceritakosong

Rajuna berkata...

kang bp- kang, dah tengok ayat2 cinta? ada berani? hahaha

maksu-hahah. tak mengapalah. aku dah merajuk nak bercinta. merajuk sampai turun.

fahmi- kau banyak sangat baca 'my first time' ni kan? hahah

domino- ada dalam format 3gp. nanti i forward kat u k?

azie-pernah tau apa jadi pada kenyataan i? hampas!

amien-emang lo tau goyang koplo?nah cari youtube sekarang!

liyana- dia poyo. janji nak belikan teh botol sosro. hampas takde.

FAZ berkata...

npe lu xsmbg blk tdo cpt2.mne la tau smpt lg lu nk ciom die sblm sarapan.