Dalam meniti usia yang semakin tua kita sebenarnya berhadapan dengan banyak rintangan. Aku rasa tak perlu mengulas dengan lebih lanjut akan hal itu kerana diantara kita, semua sedia maklum. Aku sendiri berhadapan dengan banyak konflik dalam kehidupan aku. Ia bukan berpunca dari sesiapa dan ia berpunca dari diri aku sendiri disamping keadaan sekeliling yang ada. Pada ketika ini, semua keputusan di tangan aku. Kedua orang tua aku kini memberikan sepenuh kepercayaan kepada diri aku untuk membuat keputusan kerana mereka percaya pada ketika ini aku sudah mampu berfikir secara matang walaupun raut wajah masih kelihatan seperti anak-anak liar. Berseluar pendek lusuh. Rambut tak terurus. Jarang mandi. Mendengar muzik bingit 24 jam sehari. Kepala semakin hari semakin berserabut. Fikiran pun semakin celaru. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Semata-mata untuk meneruskan kehidupan aku dan hati-hati mereka yang pernah berjasa pada aku selama ini. Maz, kau ingat otak orang macam aku ni, ada ruang lagi ke nak fikir pasal cinta? Hahaha.
Rintangan, dugaan dan cabaran sebenarnya mampu mematangkan kita. Itu pun setelah dapat ditangani dengan waras. Pengalaman diri sendiri dan orang disekeliling kita mendidik kita untuk berhati-hati membuat keputusan. Biarpun keputusan yang dibuat tidak melibatkan individu lain, kadangkala kita harus memikirkan bahawa adanya hati-hati lain yang perlu kita jaga. Dalam hal ini, sebarang keputusan yang diambil tidak perlu lagi disesali. Kekuatan dalaman amat penting dalam menerima nasib dan ketentuan dari Nya. Berserah. Mungkin itu yang terbaik. Setelah usaha dilakukan sehabis dan sebaiknya.
Dalam kehidupan hari ini, aku terlalu banyak bersemuka dengan persoalan yang dikaitkan dengan pilihan. Ya. Pilihan yang mana menentukan hala tuju kehidupan aku. Kemewahan atau kemasyhuran tiada langsung dalam kamus hidup aku. Kerana aku percaya, kehidupan ini harus dihargai. Pengorbanan yang dilakukan seharusnya sama nilai dengan apa yang diperolehi.
Masa sangat berharga. Aku menyangkal pendapat dan cakap-cakap yang berkata masa itu emas. Ini sebenarnya secara tidak langsung mendekatkan unsur materialistik dalam kehidupan kita. Pengaruh materialistik yang keterlaluan inilah yang akhirnya menjadikan manusia itu tamak, mementingkan diri sendiri dan sanggup berbuat apa sahaja semata-mata untuk memenuhi kehendak material. Jangan sesekali masa dihargai dengan unsur material. Ini akan menyebabkan kita semakin jauh dengan unsur kemanusiaan dan kasih sayang.
Ada antara rakan kepada rakan kepada rakan kepada rakan punya rakan yang berpendapat. Sekiranya terdapat peluang dan kuasa. Pasti. Antara kita akan mengambil kesempatan. Menarah. Memijak. Menipu. Menindas. Segalanya demi harta. Kita sememangnya tak dapat melawan nafsu dan pasti akan berpinar biji mata bila nampak duit(?). Oi. Sawan ke apa kau ni? Mana agama kau? Untuk apa dan sampai ke mana semua ni? Terkenal dengan harta yang melimpah ruah tapi dikenali dengan seseorang yang busuk hati? Kemegahan? Ini tujuan hidup? Mana perginya akal fikiran yang sihat? Mana perginya unsur kemanusiaan dan kasih sayang dalam diri? Apa mak bapak mereka terkangkang menganga ketika anak-anak mereka bergelendangan di tengah kota pada waktu malam? Apakajadahnya semua ini? Apa kau dah nak mampus ke apa, lahanat? Sedang mak kambing pun tau kesian anak kambing yang lain ini kan pula manusia? Apa ke babi sangat mereka ini? Setan atau kerbau landau? *Bercakap sambil duduk atas meja dan kaki goyang-goyang. Ala Wan Kamaruddin.
Aku cukup rimas mendengar impian-impian bodoh seperti ingin kereta yang maha mewah, rumah serba mozek, isteri dari golongan model/selebriti atau lainnya. Sedang pada hakikatnya, kita kian tersepit untuk mencari arah hidup. Apa hilang jiwa apa mereka ini? Aku memberi contoh diri aku sendiri. Dengan pendidikan dan pengalaman yang tak seberapa ini, harus aku sedari apa sangatlah yang aku boleh buat. Pada mereka yang sama situasi macam aku, toksah la kau nak gebang tahi dengan aku. Kau pun dah macam sial haram jadah. Berpijaklah pada bumi yang nyata. Sampai bila kau nak jadi puaka? Jalan atas angin.
Jali,
sekali lagi kau cerita pasal angan-angan cilanat kau, aku tak teragak-agak membocorkan ubun-ubun kau. Kau buat aku hilang mood beratur beli setem nak antar resume kau tau? Lembu!
24 ulasan:
hahaha! tapi memang btul pun. kadang2 hidup orang ni macam dah kena program. hari ni dah siap2 ckp aku idup mesti ada itu, mesti ada ni. haish. mcm2 la kan. apa2 pun, kita idup, kita tentukan jangan ngada2 nak banding idup sendiri ngan orang lain, kita pun ada cermin sendiri. btul x? :-)
ermmm angan-anagan mat jenin ker angan-angan mat jali
c'mon. mana ada org antar surat pakai setem skarang ni. menjilat setem membawa pada radang lidah.
jobstreet sudah....
ko kena buli dengan jali ke? tuh pasal kena suh hantar resume jali tuh..
ish..uish..
Woo..garangnya :p
daniel- di dalam kehidupan kita sering berada ditengah pertelingkahan. diri kita, kita yang tentukan
lady-angan mat jali boleh membawa kecederaan!
yoshz-selagi ada jenis lubang, aku akan gunakan. tak dapat depan, belakang pun aku sapu. HAHAHAHA
Fahmi-jali umpama menyiram limau pada air sirap.pedih. banyak asid.
kak waterlily-memang. itu belum keluar cakar harimau lagi, auumm!!
saudara, impian itu kadang membawa kita kepada kejayaan tp kadang khidupan x seindah apa di bayangkan kerna masa depan yg belum tentu menjajikan kejayaan..sedarlah perjuangan kita belum selesai bnyak liku yg harus kita jalani..anggap la dia sbgai cabaran mana tau satu hari kita berjaya dan ini mnjadikan kita org yg semakin tunduk dan rendah diri kerana kita pernah susah dahulu..semoga hidup anda berjaya dan penuh makna!!
tempe-maaf. nukilan kali ini berbaur kekecewaan yang melampau. bosan dikelilingi insan yang terlalu kebendaan menyebabkan saya hilang kawalan. ya memang betul. tapi pada satu peringkat,ia begitu menjengkelkan!
Bercakap sambil duduk atas meja dan goyang-goyang kaki ala Wan Kamaruddin...
ha.ha. sempat lg tuh!
lol..berangan kalo dengan usaha yang gigih insyaallah..nampak la apa yg diangankan
..material menjauhkan manusia dr unsur kemanusiaan dan kasih sayang..
aku stuju..
apakah yg sesuai diganti dgn 'masa itu emas?' Cakap...!
Hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah.
Alahai.
lu xtau lg kan....
penat dow bce entri pjg2 cmni!!
s.yanaz-amcam? ada bakat jadi pengacara rancangan moral?
tiung-betul. tapi kalau dah memang tak mampu nak buat camna?
tasik- setuju? pak mat, teh tarik untuk kak tasik merah ni ok?
bima-masa itu kesempatan? boley?
atiqah-selalunya kita berada di bawah? :(
xfazx-kata minum kacip? takkan lemah lagi kot?
jgn marah2 bro..
azie-sekadar coretan melepas perasaan.
It's not the chances you take to make u success but it's the choice u make that determined ur success.
Responsible on ur life make u an adult.
(^v^)
setiap kenyataan dimulakan dgn impian dan cita2 bro..
cimon-kau ingat seronok ke jadi dewasa ni?
areleaf-cita-cita biar realistik sikit.
mmm.
idup orang memang nampak lagi best sebab kite tak sedar yang ramai lagi orang laen yang jealous dengan hidup kite. betul ke?
tassy-ini bukan masalah cemburu, sayang. ini masalah tertekan dengan orang disekeliling :)
cemburu tak bawak ape pun..kekeke
huhu cool la bro:p
seronok bro...
if u can see it...
at the "seronok" 'angle' eyes...
Catat Ulasan