Ahad, 20 Julai 2008

Kisah Luka

Simpanan semakin menyusut. Aku perlu cari jalan. Apa cara lagi perlu aku hidup tanpa mengharap belas orang tua disamping terus nampak cool berbelanja tanpa batas. Ya. Aku seru diri aku ke pejabat pos. Lantaran cukai jalan skuter aku sudah diperbaharui. Ini adalah masa yang tepat untuk memeras ugut petugas pejabat pos supaya memberikan aku duit minyak yang dijanjikan.

Aku beratur. Berbaju saiz besar. Seluar rabak. Berselipar lusuh. Rambut tak berminyak. Kaki berdebu. Sumpah kampungan gila. Ada perempuan mencelah di sebelah aku. Potong barisan. Perangai macam orang tak sekolah. Bangang.

"Setem 30 sen. Minta 25." Katanya lagi.


Budak kelas aku. Tahun 2003. Tingkatan enam. Jadi, aku tegur. Supaya dia tak tegur aku dulu. Kalau dia tanya kerja aku, kan naya?


"Apa kat tangan kau tu?" Kata aku kepada dia tanpa dimulai salam.


"Kad jemputan. Aku nak kawin. 2 haribulan 8 ni. Eh, datang tau."


"Eh, alamak....tak boleh. Aku tak sempat. Aku ada hal la. Kena pergi kampus." Aku tolak. Biasalah. Dengan nada yang paling lembut.


"Oh...takpela.." Dia capai setem yang dihulur oleh abang kerani pos. "Okla..aku jalan dulu. Kalau sempat datang tau."


"Okeh"

Dan hati aku berkata,

"Kau ingat aku sanggup datang rumah kau jumpa budak-budak kelas yang macam jibraun punya berlagak tu? Kau ingat aku sanggup jumpa bekas teman wanita yang sudah berkerjaya sebagai guru tu di hari perkahwinan kau? Datang berpimpin tangan dengan teman lelakinya? Kalau diorang datang salam kat aku apa nak jadi? Kau ingat aku suka tengok kau bersanding kat atas pelamin tu?"





"Lagu ni, untuk kau dan bekas teman wanita aku (Peh, boleh tahan jiwang taste aku kan? Kehkeh)."

Dan korang.


Yang membaca tu. Karaoke. Nyanyi kuat-kuat sikit. Tau?

38 ulasan:

areleaf berkata...

x sangka sang arjuna pon ade kisah luka jugak...hahaha..

yoshz berkata...

aduh...pilunya hati aku ini.
dahal dengar kat ofis...aduh...pilu sepilunya.

tak sanggup aku nak hidup.
kalau aku dilahirkan semula, aku nak jadi jalanraya.

ofaghag berkata...

dont try to be so sarcastic la darling. life is good. support product LG. bet ur life getting better. its a curse.

Rajuna berkata...

areleaf-ada sesapa sini yang hidupnya sempurna? oh, ya. aku ada terbaca blog yang asik nak gembira je. apsal tu? penyakit?

yoshz-nasib baik kau tak berazam nak jadi hantu raya di putrajaya

ofa-am i acting like a clown? hahah.

tasekM berkata...

ko bila plak nk bg kad jemputan bang?

:)

Tanpa Nama berkata...

Barang lama jangan diingat, nanti merana diri.

ladylikeme berkata...

kisah cinta luka sang rajuna...
xpe....rajuna cari dare yang len ek...:)

Lily Abdullah berkata...

Aha,kad jemputan kau bila lagi?

Luka sungguh!

Akak nampak darh meleleh-leleh ahaks!

Rajuna berkata...

kak tasik-kalau mak aku paksa, terpaksa la aku print kad jemputan tu. itu pun aku potostat je. takyah letak gamba mempelai.

lain la kalau bini aku model


phu ying-apa kan daya, hati tiba-tiba diusik huhu


lady-malas la kak. aku ingat nak bukak pusat jagaan orang-orang tua.


kak waterlily-itu bukan darah. itu hingus. aku tak matang lagi. ada ke yang sudi jadikan aku suami? haha

artsoul berkata...

yoshz..awak pun sama nak jadi jalanraya mcm pipiyapong tuu..

jgn la sedih2...bnyk lg gf,bkn tak laku..

yoshz berkata...

artsoul,
betul. sekarang saya faham perasaan pipiyapong.

d o m i n o berkata...

ish3 sunggoh memilukan.rilek laa bro..masih ramai lg cewek2 diluar yg tegila2kn kamu.hehe. :D

Ayu Hasman berkata...

touching lak lagu nih
aihh...
baru sedar,lagu jiwang best gak eh
hihihi

hegira berkata...

waahhh... jiwang gitu!

tapi ada sesetgh manusia ni suka tragedi. kannnn? kata plato la.

Yana Ismail berkata...

Alahai. Bunga bukan sekuntum kan bro?
Aiyok!huhu guru kah bekas teman wanita kamu. guru apa?

Janganlah bersedih. mari kita berkaraoke:P lalalala

Rajuna berkata...

artsoul-er, saya tak jual apa-apa. semua ikhlas2 belaka. haha

domino-cewek yang gile? eiiii meremang bulu pusat i.

areyou- i rasa i lagi jiwang berbanding lagu tu. cuma tak diberi peluang untuk berjiwang dan berjuang je. dunia tak adil!

art-halamak..! macam betul cakap abg plato tu.tapi seboleh-bolehnya aku tak mau ada tragedi.

liyana-ya betul. tapi saya benar2 hilang selera. serik!
dia? guru yang mengajar orang cara mencarut dengan betul.

yoshz-ewah2..macam blog kau pulak ye? moh kita tengok Caliban 2/8 ni.

Danielle_Corleone berkata...

hahaha! tak apa la. kalo tak pegi. dapat tak duit dari kerani pos?

Rajuna berkata...

daniel-harus! jahanam duit tu aku buat beli seluar Padini.

Danielle_Corleone berkata...

hahaha! power.

azie berkata...

bro, selekeh bukan bererti kekampungan oke. duk mana pun, kalau kemas bergaya, orang tak mengata,ahaha

p/s: jgn layan duka lara tu. kan tasya dan lain-lain maseh ada?

cimon berkata...

bunga bukan sekumtum...
kumbang pun bukan seekor...
so...aku sarankan ko dgr lagu
Yovie & Nuno - dia Milikku
(^v^) hepi sikit ek bro... peace.

t i u n g berkata...

haha mengingatkan ko kepada kesah lama aa? keke

Rajuna berkata...

daniel-power violence je!

azie-engkau pandai ye azie? haha

cimon-kau pernah tengok aku dengar/nyanyi lagu gembira kat rumah?

tiung-lendir lama meleleh kembali. haha

Yana Ismail berkata...

Alahai. Jangan gitu bro:)life must go on!

Eerr..ada ek cikgu ajar benda tu?:P
ha ha ha, subjek apa tu ek?

Rajuna berkata...

liyana-haha.benar.serik sekali untuk bercinta lagi.tak mau lagi dah. sakit.hahaha

Huzai Mansor berkata...

(sila baca dengan nada jiwang)Ahh,, chenta.. haha. Aku tak benci chenta, tapi dah putus asa dengannya. [ketawa]

Rajuna berkata...

huzai-kau terlalu banyak mendegar lagu emo barangkali.tak lepak times square? haha

Mak Su berkata...

eehhhmmm, test test, eeeehmmm (test sora nak nyanyi), eehhhmmm

ofaghag berkata...

ape u ni. lari topik. benci!

Rajuna berkata...

maksu-pitching kena jaga. lagi eye contact.penting


ofa-alalalala...jangan la merajuk sayang.

~ mizzAmy ~ berkata...

~ kalo i jadi u pun, tak sanggup utk bersemuka dengan ex. nasib la my ex tuh bukan satu sekolah. kalo tak jenuh jugak la kot tak pi kenduri kwn2. :P ~

Rajuna berkata...

amy-kenape kite ditakdirkan begene?ouhhh..tak sanggup!

uranus berkata...

hahahaha..part yg tak boleh blah..lagu kumpulan axl's tuh..

memang hardcore kental la ko nih..hahahahah

Bila Diary Bercerita berkata...

Awek xde? Mcm tak berapa nak percaya je. He..he.. cari awek/kengkawan tu senang. Nak cari bakal isteri tu yang payah.

Makin akak baca blog ni. Makin sukalah. Terhibur. Baca entri 'BING' gelak sensorang depan PC. ha..ha..ha..

Mak Su berkata...

tukar layout?

Rajuna berkata...

fahmi-hardcore cinta bukan cinta hardcore tau, hahaha

kak esah-jangan gelak lebih-lebih,nanti ada yang bawak akak jalan-jalan kat wad psikatrik plak.

maksu-ini selera pemberani.

FAZ berkata...

gua sarankn lu g bomoh minx sihir bg org tidur.pastu malam lu msk culik sme pengantin perempuan.

jaga2!!kemungkinan utk pengantin lelaki xkne sihir dan hentak lu gne kapak adalah tggi.

.farah. berkata...

bang juna..wiken ni aku nk try la nyanyi lagu ni.dh lame tak dengar.

kalau kalau jumpa ex kt tepi jln ke kt majlis ke, aku buat je tak kenal or tak nampak.bole tak?