Bila tengok orang galak berpuisi, aku pun nak gak. Apa ingat Daniel je ke hero puisi? Aku pun boleh la oi!! Lagi garang la...(nak jugak....hmpkhh). Berikut adalah puisi tak tentu arah aku. Nak jugak...
Yang Mana Akan Berubah, Yang Mana Akan Abadi?
Nah
Kini sudah tersurat
Apa yang pernah tersirat
Hamburan kata sumpah semangat
Setia apa dikota?
Taat apa yang bersyafaat?
Dusta
Mudah kau menggampangkan janji?
Begitu senang janji kau aborsi
Pada mereka yang setia menanti?
Kebuasan serakah mengasap kebencian
Bara panas membara bakar kesucian
Najis sumpah bernanah kebendaan
Kau biarkan mereka dalam keseksaan
Tersepit dicelah kehinaan
Meneruskan keterpaksaan
Dalam setia janji dipertahankan
Sedang engkau lali dibuai bidadari
Kesialan!
Tidak aku tidak akan tidak
Ya aku akan mengiya
Hempas aku pastikan menghempas
Segala kelas yang engkau peras
Agar tidak lagi bertembok
Antara sang pemeras dan yang diperas
Mengapa engkau mula menjarak?
Sedang aku kini menginjak
Ke dasar mulut puakamu kelak
Engkau dan aku pasti
Undang atur sedia berubah
Setia tunduk hanya yang akur
Sedang keadilan tertiarap bersepah
Apakah ini tanda bersyukur?
(p/s: Engkau jangan nak kompelin. Aku tau tak best. Babab kang?!)
26 ulasan:
zaman aku blajar dulu..kertas bm ada kefahaman puisi, sastera klasik.
aku punya tak minat puisi..
larat aku jawab soalan hikayat awang sulung merah muda daripada soalan sajak..haha..
sori ek..
Haa...mcm ni kan bagus.
tak sangka Juna ni good boy rupanya...
bagus juga tatabahasa anda. Sahibba sepam kalau berani?
betol!!
sugguh syahdu nukilan ini.
p/s:perilaku tersebut adalah perbuatan untuk menjaga hati orang
dzul-kau ingat aku ada asas ke benda-benda ni? aku budak sains tepu. macam haram busan beb.
yoshz-aku pandai main dam ular je. sumpah aku tak tipu.
xfazx-aku budak emo sebenarnya. malas je nak lepak dengan geng-geng aku.hohoho
ku cari damai di longkang! hahaha! kalo berani main kuda longkang jom! :p
wahh..dah main puisi pulak.
bagus.
Hayakallah,
Hari Sabtu dan Ahad adalah hari, yang paling bosan buat blogger.
waa..puisi yg sgt hebat...bilala aku nk wat puisi lak nie..
Wow!
Ini berkisar ttg kisah benar?...
marah nampak?? huhu. tak rock lah beb!
pandai ko berpuisi bro...
gue tak paham...
tolonggg...
aku xpaham la....:)huhuhuhu
ok la ni,biar tak best dari mengaku best tapi tatau nk hasilkan nukilan apa².sekurang-kurangnya ko telah mencoba..nice try :D
daniel-peh ini dah macam ala Dollah je?
marjerin-kalau ada band nak amek wat lirik sila biarkan mereka coy paste, tau?
amien-ya la mien.kalau ada teman steady, ya ga kaya' gini khaan?
alep-ala ayat nak amek ati, bla la lu! ngahahaha
s.yanaz-kisah ini berlaku ketika i berumur 6 tahun.
art-eh, i budak fengtau tau!
kaktasik-aku sebenarnya mat bunga.suka dengar lagu scoin.
cimon-ah lantak kau! hahah
lady-pun sama? empkhh!!
tiung-aku ingat nak buat citer pasal kejayaan bisnes MLM je la macam ni.
haha
apa barang tuduh-tuduh orang beb. kang dapat dosa kering jer...
abg bima-peh ada gak dosa kering? haha..lek bang. ini gurau senda mengeratkan saudara.
ceh!
gilak lu bro..boleh masuk sayembara puisi nih
Uh...hari ni banyak betul entri yang berpuisi. Otak I dah tepu. Kena hadam perlahan-lahan. Tapi I suka.
azie-aku nebes bila pegang mic
atiqah-jangan paksa nanti muntah
bila mase ko buat puisi ni?..hehhe..hebat la bro mcm pak jaggut putih la lo..ermm..mane puisi aku sdg bertiarap memandang skrin tanpa henti ko?..hehhe
Cewah!berpuisi la plak dia..huhu best pe:)lalalala
"Kebuasan serakah mengasap kebencian"
whooaaa men asap² lak..
cam bomoh²
haha :))
tempe-itu aku tengah buat research pasal puisi ni la tu. habis semua website/blog pawang aku redah. kira kalau nak carikan kau jodoh boleh la.
liyana-ala. u ni buat i goyang la. hik hik
areyou-eh..macam tau-tau je. i selain mengandam, i pun seorang pawang kuda kepang.
Perestankan pemimpin zaman korupsi, semua perangai nak bunuh bangsa sendiri. tolong jangan terus terusan memangkah mereka ini. tapi yang tak dipangkah sebelum ini, layakkah? semua mereka sama saja tamak. kita jadi mangsa
mat bebel-maaf mat. gua tak percaya untuk mengundi. sistem di sini bukanlah citarasa gua dan gua tak akan mengundi hahaha
Catat Ulasan