Nak dikesahkan la
Selesai mandi, Bang Juna capai t-shirt Lacoste biru belang-belang dan seluar jeans dari Perancis yang Bang Juna kirim dari kawan di Eropah. Lepas Bang Juna sembahyang Subuh, Bang Juna terus capai kunci motor kawan Bang Juna iaitu si Edy Kulim. Sejak semalam Bang Juna terus mengancam kehidupan Edy supaya dia bagi Bang Juna pinjam motor. Tapi, yang tak bestnya motor Edy tak ada cermin sisi. Dah kena curi. Bang Juna terus pulas throttle menuju ke kedai mamak. Teh tarik dan 2 keping roti kosong sebagai alas perut. Diet paling cocok untuk orang ramping macam Bang Juna.
Bang Juna tahu, memang hari ni Bang tak stylo. Kelam kabut. Rambut Bang Juna pun dah semakin panjang. Macam Adam AF. Tebal. Kusut sikit. Kata rock? Takkan naik Kriss kot? Kurang-kurang Gilera sebijik. Ah, Bang Juna peduli apa. Yang penting hari ni, Bang Juna perlu ke kampus yang tak lain tak bukan adalah Universiti Malaya.
Sampai di kampus iaitu di kawasan Bangunan Peperiksaan manusia dah ramai ya amat. Bang Juna selitkan motor Edy Kulim di celah-celah motor lahabau lain. Cantik punya parking. Kelihatan orang dah beratur kira-kira sepanjang tak kurang 50 meter. Semua mempunyai tujuan yang sama dengan Bang Juna. Pada mulanya Bang Juna bajet Bang Juna lah yang paling awal. Rupanya sangkaan Bang Juna meleset macam ekonomi Negara Dot Dot Dot. Bang Juna mula memaki-maki dalam hati. Pukul 7 dah ramai orang? Makhluk-makhluk jahanam ni datang pukul berapa? Bang Juna terus memaki dan menyebut-nyebut binatang haram tanda protes dan kecewa. Lagak orang putus kasih.
Bang Juna sms Syore. Ntah mana jibraun ni pergi. Cakap nak saing Bang Juna tapi dia pulak hilang. Rupanya dia sedang melantak. Disebabkan Bang Juna seorang pelajar lebih masa (tambah semester) Bang Juna tak ada geng. Adik-adik junior Bang Juna semua tak boleh harap. Masih membuta. Siak. Bang Juna buat-buat tengok jam dan berjalan di tepi barisan sikit-sikit. Sesekali kepala Bang Juna buat-buat pusing kanan-kiri konon nak cari orang.
Sah. Mereka warga kolej Bang Juna sebelum Bang Juna membuat keputusan untuk tinggal bersama sebuah keluarga korporat (bakal bapa mertua tak jadi) di Petaling Jaya. Ya. Mereka adalah Wan Jari, Asrul Mentakab, Najib Ganu, Khairul Jambu, Ustaz Pah Rengit, Puan Mazlina Nilai, Khai Benut, Liza, Atik dan Aini Tangkak (wah ramai geng Johor ni apasal?). Mereka kelihatan seperti tahanan perang. Bang Juna naik hairan. Apa yang berlaku sebenarnya,
Terdengar juga suara-suara sumbang. Tapi Bang Juna buat dek je. Kira Bang Juna macam otai kat situ lah
Bila sampai giliran, Bang Juna pakai sauk je segala macam aksesori di situ. Malas nak test. Sebab ada mat-mat dan minah cakap, “badan lu ni saiz L bro,” dan Bang Juna percaya bulat-bulat. Topi rambu tu pun sama. Pakai sauk dan tak test langsung. Lepas selesai semua, Bang Juna terus berdesup chow. Langsung tak cakap terima kasih pun pada Wan Jari dan geng-geng yang datang sebelum Subuh tu tadi kerana diorang lah Bang Juna dapat potong barisan. Bukan apa, kepala Bang Juna dan berdenyut-denyut. Malam semalam Bang Juna tidur lewat sebab main sms dengan ex-girlfriend yang nak nikah bila entah (tak amek port). Dalam kepala Bang Juna hanya ada tilam dan bantal yang mak Bang Juna bawakkan. Bang Juna ngantok giler ni dek… Start motor dan balik ke rumah sewa Bang Juna.
Kaedahnya, apasal topi ni kecik sangat? Asal Bang Juna headbanging sikit dah jatuh. Tak selesa! Itu la, padah potong barisan. Dapat topi kecik. Padan muka Bang Juna. Hati Bang Juna punyalah berasap kan..Eiii sabar je la waktu tu. Very de geram tau tak? Terpaksa lah Bang Juna start motor pergi kampus semula berlaga dengan manusia-manusia ni nak tukar topi. Tengok, dah kena buat kerja dua kali. Benci betul. Sebagai implikasi buruknya, Bang Juna lewat ke gelanggang bola jaring. Member-member Bang Juna pun tarik muka. Okelah, Bang Juna nak pergi berlatih ni. Perlawanan bola jaring peringkat Blok Rumah Pangsa KL pun dah dekat. Baii...
35 ulasan:
euuww 'bang juna' *gelak guling²*
ckp lerr dr awal nk amik jubah convo..
adeyh bace pepanjang ngan penuh harapan..
ingatkan apedaa :P
itu ler Bang Juna ni.. lenkali beratur, ek
areyou-abang memang suka main bola jaring.eh, lari topik eh?
maksu-bang juna rimas la maksu, ramai orang eii..semua jeling2 bang juna.
Weh..lawan la rumah flet aku punya team. semua skirt pendek.
yoshz-damn. ini yang Bang Juna tak suka. Menyalahgunakan tarikan seksual!!
*duduk menung pikir apa lah yang sedap ditengok kalau jantan main bola jaring*
hahaa! gua dah bagi cadangan dekat lu!
aku jumpa blog kau dalam blog dzul. aku nak link boleh? kalau rajin cakap la terima kasih pada dzul. kalau malas pun tak apa. boleh ke link ni? kalau kau cakap boleh baru aku link. serius ni.
hai,
bang juna amik baju batman gak ke semlm. saya pun amik semlm. ramai gila org ingatkan dtg awal pagi x ramai org. konvo bahagian ke berape?
life-bukan susah. bayangkan je la bang juna meliuk lentuk cuba memasukkan bola ke dalam gawang. hik hik hik..
daniel-cadangan ditutup, ok?
rahimin-weh,aku tak kisah seh. sila sila..
engkau ni macam mat-mat pasar seni je?
donut-ow ye ke?!! verry de same la kitew kan? abg juna sengal waktu belajar di sekolah rendah dulu. abg juna punya majles very very de last one punya la ahaks
bang juna main bola jaring ye.... oooooo....
bila konvo? tahniah!
akhirnya bang rajuna grad juga..ntah bila giliran gue menyusul..sigh..
nampaknya bang juna kenalah belajar lagi..
tasik-kadang2 bang juna suke main skipping gak
denaz-ish macam nak jadi raja sehari la plaks kan?
areleaf-lek ar bai!
azli-er, BTN ni bley masuk suke2 ke? ha? ha? ha? keh keh keh
mak aihhhh...(asap kuar kat tinger)..ni gua marah ni..pade asalnye niat utk membace blog ni tlh membawa kepade pengomenan yg berjaye ye..stelah melihat name ku di salah gunakan..cess...ni nak tny sket..sape yg nak saeng sape ni?..aku ajak kol 6.15 pon br bgn..-->alamak..saje kantoikan rahsie..hahah..ewah2..aku lak yg kena..bagus2..haa..
pasal topi tu kan aku soh ko try dulu time ko tny aku.."eh syorre..tak kecik ke topi ni"..then..ko trus smangat2 pi amik baju batman saiz M tanpa sempat aku mengucapkan babai..last2..trus lesap..jejak tak dpt dikesan..haha..aku pon rs kite patut wat satu majlis thanksgiving la kat derang..kot nak ikut kol 6.30 aku smpai tu..kol 10 belom dpt lg kot..haha
Sdr Rajuna: Panjang kautulis. Kalau dibakukan ayat dan katanya, dan sambung sikit lagi, boleh jadi cerpen yang menarik. Tidak mahu mencubakah?
Kalau boleh tolonglah juga kempem kawan-kawan kita supaya guna bahasa Melayu yang baku dalam penulisan, jaga tata penulisan uruf besar dan kecil dan kurangkan menggunakan slanga.
Giman si kawan-kawan? Bisa saja kan?
Satira + Kacau
ish..ape da..beratur ambik jubah..syok la tu.
naik berbuih mulut aku terangkak-rangkak membaca..
dah la laptop aku kecik saiz 1'..
kau memang nak kena babab!..
bang juna..penat baca entri u.
Abang Rajuna mahu hadiah kah untuk konvo?;p
syorre-gua ngantok dol..sekalung mekasih untuk bdk2 4th ari tu. nak belanja korang tak mampu. maklumlah suri rumah.
pak kacau-alahai pak kacau. aku budak hingusan. tatabahasa banyak silap. ejaan tunggang langgang. lagipun, kadang-kadang tulisan aku di luar kewarasan orang-orang 'melayu' ha ha ha..kalau untuk cetakan bawah tanah tidak mengapalah juga :)
kempen? ha ha..hati kawan-kawan aku sudah gelap.
azie-habiskan baca. nak kena babab?
dzul-aku taksub pada keseksian papan kekunci. kalau lah aku punya teman wanita yang boleh diketik. memang aku tak berhenti mengetiknya! ha ha ha
liyana-biarlah bang juna meraikan kegembiraan ini seorang diri dan bersama keluarga. selama ini pun, bang juna meraikan apa jua kesejahteraan yang ada berseorangan...
:)
Bang Juna main netball posisi hape?
WA ke GD???
;p
muke rabak???oi.muke rabak lah ko dpt baju batman tu awalllll tauuuuuu.pdn muke topi xmuat ngahahahahah.
Yang Benar dan Emo,
Pn. Mazlina Nilai
wahh akhirnya..name aku ade dlm entry blog kau.glemer sekejap. bangee..
muka rabak xmandi ye? huh! memang nk kene back hand ko ni.
ko xtry dpt topi kecik. aku try seket punya lama sampai kene halau. dapat jubah...alahai..kire cam xyah pakai baju kat dalam pon xpe.(gabak beb) ape kes?
yang xberapa nak emo,
Khai Benut.
Alahai. Bunyi sungguh kesepian lah Bang Juna ni. Jangan sepi2:)
P.s:Baru ingt nak bg hadiah. Tapi,takmo kan. Selamat:)huhu
tahniah. Kau dah diiktiraf sebagai dewasa. Pak Juna...[ketawa]
s. yanaz-apalagas kalau tak GA. Goal Attack la baru merembes. semua mata tertumpu kat i ok? hik hik hik
maz-thanx a lot weh..gila la nak belanja tak mampu ni. sebab poket aku gila rabak..ha ha ha emo-emo pergi dengar This Will Kill Us All la!
kaii-aku tau ia adalah hari kebanggaan ko. kot ye pun nak melaram, takkan sampai tanak pakai baju dalam? dah macam halle berry la pulak. ha ha ha..thanx weh!!
liyana-ha ha ha. eh takde la. mane ni mane ni mane semua org ni..anda harus menonton filem sepi-afdlin shauki
huzz-aku akan menggelarkan diri sebagai pak juna bila sudah berumah tangga dan tinggal di pondok indah, jakarta. faham? ha ha ha ha
hahaha..skang dah panggil 'bang juna'..auw..
waaahhh buleh tect ngn x aweks yang nak kawin esok.. huhu.
waa...
potong barisan ek...
siot je...
ngelat...
tu larr...orang da suruh g sebelum suboh...tak nak...pastu...tak test laks topi koboi tu...
aper arr...hehe (^v^)
bang juna, patut bratur kol 11 mlm..br dpt dpn skali..
xdpt topi kecik..
ahax!
marjerin-haha..ini semua terjadi bila abang menyertai kelab bola jaring merah jambu..
art- i kuat semangat :P
cimon- sebuk la kau. dah la selalu missed maghrib! bila nak main bola jaring dengan aku?
efie- bang juna tak tahan sezuk...kalau bang juna sezuk, sape nak peluk? keh keh keh
salam...tq, sudi sggh & tggl jejak kat blog saya...saya link blog awak ye...
hihihi....macam2 la awak ni....
kamarhati-er..terima kasih. er macam2? macam azwan ali ke? sampai ati, huhuhuhu
Catat Ulasan