Bila mengingatkan zaman dahulu, kadangkala aku akan berbangga pada apa yang telah aku lakukan. Walaupun nampak bodoh ketika itu, namun pada hakikatnya segala perbuatan aku adalah rentetan dari pemberontakan yang ikhlas dari hati yang suci aku ini.
Nenek aku pernah menghadiahkan sebuah motosikal pada usia seawal 15 tahun. Namun, sejak usia meningkat ke alam menengah atas, aku tak peduli pada motosikal itu. Aku biarkan berkarat di garaj. Aku naik basikal. Ke mana-mana sekalipun. Ke kelas tambahan yang terletak sejauh 3 atau 4 kilometer, misalnya. Kalau diikutkan ketika itu, ia adalah lambang penolakan yang total kepada produk kapitalis(pengusaha petrol) dan sekaligus menyelamatkan alam sekitar. Bayangkan kalau ada 40 ratus orang yang terpengaruh dengan
Aku benci pakaian berjenama di usia remaja aku. Ayah pernah bawa aku ke butik Nike. Dia suruh aku pilih mana-mana barang yang aku mahu. Akan tak mau. Sebab banyak baju Nike cetak rompak di pasar lambak hari Jumaat di Rengit. Di belakang Ayah, mak cubit aku. “Jangan jadi baik sangat. Ambik je mana-mana.” Akhirnya, aku tewas. Aku ambil satu jersi Nike berharga yang agak mengerikan juga bagi seseorang di usia 16 tahun. Aku pakai 2 atau 3 kali. Lepas tu humban entah ke mana. Tak cool dan tak rare. Orang semua tahu brand ni. Jadi takkan ada orang tanya mana aku beli baju tersebut.
Mak aku sekali lagi cubit aku sewaktu aku berusia 17 tahun dikhalayak ramai di sebuah pusat membeli belah. Gara-gara menolak pelawaan ayah untuk menikmati makan malam di sebuah restoran makanan segera terkemuka. Ini amat bertentangan dengan prinsip aku. Pada aku, makanan di restoran makanan segera adalah penyumbang kepada kegemukan. Berminyak. Berajinomoto hingga boleh mengurangkan tumbesaran bulu kaki kau tau tak? Lagipun, mereka ni. Mana fikir pasal kebajikan? Mau untung je. Makanan tak abis pun dia humban tak kasi staff makan. Mana boleh? Sesekali buatla sedekah. Kenduri doa selamat ke? Open house ke?
“Kau nak kena penampar?” Itulah ayat mak aku ketika di depan sebuah kedai telefon bimbit sewaktu aku berusia 18 tahun di saat-saat mahu melanjutkan pelajaran di UiTM Segamat. Aku tak mau guna telefon bimbit. Walaupun dipaksa oleh mak aku. Aku tak suka. Sebab pada aku ketika itu, ia membebankan. Hanya akan menguntungkan sebelah pihak semata-mata. Ini adalah penindasan! Mungkinkah ini satu propaganda kapitalis? Ah.. Aku juga tak mau diri aku diganggu oleh panggilan-panggilan gatal atau sms berbunyi, “nak kenal leh?”. Akhirnya aku akur. Beli jugak telefon. Dengan telefon itu jugaklah akhirnya aku mengugut kedua orang tua aku supaya mengambil aku semula pulang ke rumah atau aku lari ke
Tapi,
Sejak semalam selepas menghadiri sesi temuduga dengan institusi kewangan terkemuka di Jalan Ampang.
Otak aku bagaikan ada layar besar lengkap dengan projector. Menggambarkan pakaian berkualiti tinggi ala abang-abang. Pastinya bukan buatan Siruba, Kiko atau Tollyjoy. Di tangan aku da seperti telefon yang agak bagak besar, tapi siap ada pen dia lagi. Ini hi-tech punya mimpi ni? Kadangkala menayangkan kereta mewah buatan Jepun dan Jerman. Kejap-kejap skuter buatan Itali. Pastu pulak, ternampak restoran makanan Perancis. Tak cukup dengan itu, hidung terbau kopi import Amerika. Paling tak best sekali, ada nampak bayangan gadis gebu berambut kuning, beralis halus lengkap dengan tumit tinggi dan sepersalinan suit merah berskirt terbelah di peha. Tersenyum manja. Siap lentok belah kanan lagi. Peh!
Siak punya HR Department. Kenapa kau cakap aku gaji yang kau tawarkan? Aku tak nyenyak tidur, douhh! Berdebar-debar aku dibuatnya.
45 ulasan:
jln ampang? *geleng² pale cam x caye*
muahahaha...
jejangan opis sebelah²
ouucchhh...maleww
areyou-yeke?meooww!! aummm...ngkrr!! hehehe
waaahhh anti kapitalis yang tidak materialistik.. huhu. sgt rare! ahha.
art-sumpah.bibir i yang merah takde kena mengena dengan lipstik *tunjuk tapak tangan lima jari ala ikrar*
tahniah...
selamat terjun ke alam pekerjaan. kalau pandai renang, selamat. kalau tak, ke dasar la jawabnya
hahaha..tergugat juga iman anti kapitalis.
dapat la kerje tu dh siap mimpi2.
sori ek..ada masa aku link blok kau ni ek
lepas ni gua tau lu akan terpikat dengan hidangan "muntah kucing" tu kan? hahahaha!
l.i.f.e-peh.nasihat pedih. aku pernah kerja kejap ari tu. dem. takleh renew contract
dzul-doakan aku berjaya. aku bagi secubit roti perancis untuk kau.
daniel-haha.muntah badang lebih menjadi keutamaan, kau tau.
Institusi kewangan terkemuka di Jalan Ampang? Aku macam sudah boleh mengagak saja. Bolehlah kita selalu minum-minum petang bersama nanti ya. Ha ha ha!
rajuna,
aku doakan kau la..offer rm10,000.00 ke?
Wei sori ek..aku tak puas ati pasal teori musang pulut. Betul ka bunyi dia tu?..sekampung aku pn dah dengar..meremang beb.
kalau betul aku nak kasi tau tok umi n kuncu2 kasi tak risau dah..aku serius bro.
kalu btul,aku kasi kau pangkat supernatural.
kang pinter-iso2...doakan aku entok kerjo iki. hahaha..kue neng ndi si?
dzul-dulu kawan aku pernah lepak warong. ada bunyi macam tu. member aku goyang.tapi cek asan lek je. member aku tanya asal lek je cek asan? dia bilang, lek ar..musang pulut pun kau nak kecoh.kawan aku dalam listblog si tempe pun pernah alami benda yang sama. ala, kalau mau tau, kasi tengok la dulu, k? kalau tak jejak tanah, memang makhluk tuhan yang lain la hahaha
rajuna aku taipkan hal ni di tagboard aku sbb takmo kacau blog kau. baca ya.
Sikit akak tak caya dengan cerita ko ni Juna. Part yang last tu boleh caya.
ps: Jangan2 ko rempit ngan motor tu ahaks!(ko tak rempit kan? Ye..ye..aku caya ko budak baik dan akak cuba bersangka baik hahahah..)
Dzul-peh dah macam abang2 silat la pulak bila sembang ala misteri nih!
kak waterlily-percayalah, bahawa aku pejuang kesaksamaan antara manusia, haiwan dan alam sekitar.
kalau tengok avatar, aku macam rempit ke? hampas....:P
anti kapitalis kunun..mimpi mengalahkan george soros punya mimpi,ahaha
kesimpulannya... kau kerap tertewas daslam paksaan, bro...
aku doakan, mimpi indahmu jadi kenyataan.
ah, lepas nih boleh beli lipstick jenama 'lenkem', untuk awek berskirt terbelah di paha!
whoaaaaa...
anti kapitalis?meh makan makanan melayu makan pasembor sok ade bran?..ko xle tdo pasal 2 ke?cewah!!power la lu..lu idola gua la skg..hiphip horay!!bj nike?e2 sut g futsal..hehheh..tnye abg2 la kalo xcaye.hahaha
weh salam punk rockers..weh kopi sedap stesen keretapi kluang la bukan dari amerika haha...
sudahla! u pro kapitalisme!
dah. jangan call i lagi!
salam dik...mesti banyak company to offer, tu yang x nyenyak tido ye
azie-itu pun dah kira ok. kalau i mimpi akil baligh macam mana? tak ke bergetar dunia selebriti? auw!
albima sakti-hmm..godaan dan ranjau berduri di kiri kanan jalan.
s.yanaz-ape kelass 'lonkom'? NYX(new york) pernah dengar?
tempe-pale owtak qau berjambol..aku serik dah main futsal lepas si Danial Cendol sepak bola kena bibir 2 tahun lepas. Tak pasal macam Anita Sarawak.
apek terror-itu tak dapat dinafikan. aku dah beberapa kali mencuba di kl dan kluang sendiri. tapi orang ala2 kaya mana nak support local product? tak nyhc/bronx series la macam ni, hahahah
yosh-yosh yosh...
*terjelepak sambil menarik seluar yosh hingga terlondeh*
gilacantek88-wsalam kak.tak de la banyak mana. cuma aku yang jakon. maklomlah orang kampong.bila dapat duit dah macam berrouk!
wah..semoga selamat semuanyer....
apsal tak tanya plak berapa gaji tu?
good luck bro untuk interview kamu..
adakah saudara sudah menghampiri kehidupan untuk bekerja dengan kapitalis??
Radikal betoi hang.
Dah kaya jangan lupa sokong industri seni tempatan (maksud aku macam seni halus, teater, tradisional, bukannya program segera yang belambak tu).
salam... semoga berjaya dalam temuduga itu... institusi itu terletak di sebelah sebuah hotel terkemuka ke?
baguslah rajuna ni, senang nak bela
lady-insya allah
tasik-aku siap pitam sekejap lepas aku tanya gaji tersebot.
pegawai khalwat-mesti. aku tak suka mainstream.nak muntah dan berak cair. wek wek wek.
kak sastri-insya allah. lebih kurang la kot. aku dah berdebar. aku nampak menara pejabat kewangan itu sahaja. awek berskirt denim pun aku dah tak pandang. dem.
maksu-maksu ingat aku anak ikan ke? kah kah kah
Alahai.berdebar2 plak bro ni:)huhuhu
hah! syarikat kewangan terkemuka? jangan suruh kami ambik kredit kad, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjama kenderaan pelabagai sudah la...muak hidup keliling ngan hutang ni
neway, selamat!
liyana-i nampak je macho tapi pemalu dan lemah lembut
l.i.f.e- ini bukan company aku. dulik apa ku.janji tiap bulan ada bahagian aku, sudah. kalau aku bisnes pisang goreng cicah sambal kicap kau nak singgah tak?
Bila dah ada kemudahan tu gunakan ajelah. Ko tolak tuah ni dik.
Ye ke?
Lepas dah kerja ni ko tgk pulak camna perangai org KL yg gila brand! Letih woo...
Akak - Ukur baju dibadan sendiri. Tak kan nak ukur ikut saiz kucing lak. he..he..:)
Gaji riban2 ke bro?
Nak tgk gak camne ko defend prangai non-materialistik tu nnti.
ChreT bro!
waa....serius???
kalo dpt keje tu...bley la open table ngak?
hehe (^v^)
anyway...keje ngan ikhlas...jgn keje semata2 nak tengok gadis berbaju merah & berskirt terbelah di peha ek...
haha (^v^)
mesti gaji riban riban hingga masuk ke alam mimpi. rajin rajin lah simpan dan tunaikan kata katamu, rajin rajin sedekah jariah. nanti kubagi nombor akaunku.hahaha
salam ziarah bro..:)
cimon-aku dah dewasa. aku memang suka awek skirt merah. wek!
sukabebel-aku belanja semua pembaca aku sorang sebiji kaca salut tepung goreng.
marjerin-rotinya mana?
laaaaa...mati2 gua ingt lu nk jd artis.rpenye keje opis.cmne dgn impian lu nk snap pix tepi kolam keliling gadis.pastu klua front mangga mangga.awwwwwww~
p/s:avatar bru u merembes mak tgk.amboi!amboi!amboi!! *smbl cangkuk jri kelinking
ni mesti kompeni baik punya ni hehe
suparjo-hahaha.sedangkan iman lagi dicuit
xfazx-macam mana kau boleh tau isi hati aku ini? auw!
tiung-takla. ini kompeni goyang punya ni. seram! haha
pisang goreng cicah sambal kicap? mesti lah naaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
mana ada jual kat kl ni macam gitu...sila buat! saya akan jadi pelanggan tetap (kalau dekat la)
life-ha baru kau tau penangan abang bila di dapur!!!
allah :))
abang la sangattttttttttttt :))
kirenye ko anak orang kaya...ei menyampah btul...dasar poyo...
Catat Ulasan