Jumaat, 24 April 2009

Sedetik Waktu Berlalu, Semusim Cinta Bertaut

Bila difikirkan, tak banyak yang berubah dalam kehidupan aku. Tak banyak juga pencapaian yang aku lakukan. Malah, apa yang ada dalam diri aku juga masih tidak berubah. Cuma kadang-kadang dalam keghairahan aku mengharungi kehidupan, adakalanya aku terlupa apa yang menjadi prinsip dan pengangan selama ini.

Umpama dalam cinta, adakalanya kita terbabas melewati garis kemanusiaan. Semata-mata memenuhi tuntutan cinta yang agung. Rupanya, ia sementara!


Realitinya juga sama dalam kehidupan. Kehilangan dalam pencarian. Tercicir. Terlepas apa yang dikendong selama ini. Entah ke mana. Bertaburan!


Jadi, kita perlu duduk sebentar. Lepaskan lelah dari keletihan kehidupan seharian. Lantas berfikir. Untuk seketika, ke mana arah seterusnya. Biarpun, adakalanya kita harus menyerahkan urusan itu kepada takdir.


**

Jiwa ini menjerit-jerit!

Ingin dilepaskan dari belenggu. Ingin lari menikmati keamanan sebenar dari dalam diri. Ingin menjadi diri sendiri. Sebagaimana yang telah di tetapkan dalam hati.

Tapi tak bisa. Aku perlu Akur dengan keadaan.

Pada tahun ke 25 ini, mungkin lebih sesuai sekiranya diri ini dikatakan mula menginjak ke usia dewasa. Kedewasaan-bukan dari sekadar apa yang dilakukan sehari-hari, malah ia meliputi cara bagaimana kita memandu pemikiran kita seiring dengan pengalaman yang pernah dilalui selama ini. Paling mustahak, adakah kita semakin bertanggungjawab?

***

Tiba-tiba bercakap macam mat puisi apa hal siak? Rileks-rileks sudah. Dah lama sangat aku tak ke Kuala Lumpur. Mesti baju-baju aku dah berhabuk dalam almari. Mesti komputer aku dah berdebu. Tuala yang tersidai mungkin dah luntur. Cumanya, aku berharap agar persahabatan aku dengan kawan-kawan di sana tak pudar.

Dalam akaun aku sekarang betul-betul tinggal RM 100. Jadi, aku tak boleh banyak 'bergerak'. Semua sumber kewangan aku telah aku gunakan untuk menyara kehidupan aku selama ini. Mungkin gaji yang bakal diterima akan memberi sinar baru dalam kehidupan aku di hari mendatang.

Apa yang pasti, aku akan bungkus semua barang-barang aku di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur bukan lagi kehidupan aku. Hingar bingar permainan muzik kawan-kawan bukan lagi menjadi alasan untuk aku lari dari memikirkan masalah.

Aku kena berhadapan dengan realiti kehidupan.

Berhadapan dengan anak-anak remaja. Yang baru mengenal erti kehidupan. Memang meletihkan. Apabila engkau terpaksa menjaga segala tingkah. Menahan nista di kala berkata. Terlalu banyak mata dan hati memerhatikan.

Mungkin di sini lah yang dikatakan tanggungjawab. Bukan sekadar akademik. Malah moral juga jadi ukuran. Oleh yang demikian, aku perlu bertanggungjawab dalam setiap pergerakan aku.

Sabau je la Senah!* mengeluh panjang sambil kibas-kibas tuala di leher*

Hidup memang berkaitan dengan moral. Tak ada moral tak ada kehidupan. Siapa pun engkau atau apa pengangan engkau, itu pun ada nilai moralnya.

Jadi, relaks-relaks sudah. Jangan mengada-ngada nak cari pasal.




Jumpa kamu nanti.
Warga KL, aku rindukan kamu semua.


Binatang!


Ha ha ha

19 ulasan:

Huzai Mansor berkata...

Bos, jangan lupakan kegemilangan kau di KL. Haha.

*ahem* pernahkah kau termencarut didepan pelajar? eheh.

Rajuna berkata...

huzai-hari selasa lalu. aku ter sebut 'oh shit' depan murid tingkatan 3 gemilang.

hzrh berkata...

ala bang juna..mak baru je ajak pegi kolumpo esok..

iskkk..
perlu ke sy ikut emak?
dilema sungguh!

>__<

kecik berkata...

3 gemilang? sekolah mana? mahu apply situ.

*huiyo profile picture bang juna...wiwit*

Danielle_Corleone berkata...

lu gerek la. skang lu nak kena ludah? sheikh pinjam motor sheikh. jgn ludah lantai bilik sendiri sheikh. hahahahahaha.

yoshz berkata...

tinggal 100 jer? sampai bila u nak hidup mcm ni? meh sini kita sama2 jual gelang magnet meh.

KARKADEWA berkata...

cikgu...
jgn byk emosi nnti termencarut2 lagi kat budak2 3 gemilang..
ha ha...

Yana Ismail berkata...

Wah bang juna sudah jd guru kah?ahaha..bkhidmat di sek mana yer? bleh minta posting skali..kah kah ;P

FAZ berkata...

sejak lu jadi cikgu ni cakap pon dah ke arah sasterawan.
lu dah makin melupakan sisi gelap yang mengembirakan. Zouk jom!!

azie berkata...

bang juna kalau berbahasa poning ai membacanya

Rozita berkata...

salam ziarah

H berkata...

ah, bile nak ke kelumpo???
pakse rembo bawak juna jumpe ciki!!!!
hehe.

Airinar anastasia berkata...

oi bai..ek eh..silap..hai cekgu faqrizzz...bile u nak dtg kl nii?? i dah tak sabar nak lepak2 smbil makan2 dan dgr2 cite u yg bestt tewwwww...muakkaka..oi bai..cepat la dtg kl..pasni..kot gua dh pi obersi..baru lu nyesal..mcm ayna aritu..haha

Mak Su berkata...

hhmm, gapo tu? berat bebanan di bahu tu.... delegate-delegate ler.

cimon berkata...

cepat larr blk rumah!

bleyy la lepak2 lg kat kdai mamak hijaz sambil pekena megi goreng & teh tarik!

hehehe(^v^)

Rajuna berkata...

hazirah-anak ibu. baguslah. macam aku.

kecik-wiwit semula...ehe

daniel-gua ludah ke langit bai!!

yoshz-cit!

karkadewa-terpancut jua kata2 itu adakalanya!

liyana-auww jangan nak mengada! hah

xfazx-dem yuh....lessgooo bebeh!

azie-sila carik minyak pengasih untuk hilangkan pening kepala. ha ha

rozita-bersalaman antara bukan muhrim haram!!!!

h-rembo tak boleh harap! ha ha

syorre-lu nak pegi songkhla ke? ikut? kirim toto~

maksu-ah maksu terlalu naif

cimon-makan je kau tau. awek2 cun kat stesen lrt amacam?

Suka Bebel berkata...

ye, jangan carik pasal.carik aku masa kat kl nanti takpe.aku belanja makan.makan angin je la dulu sebelum aku dapat kerja baru.hehe

Rajuna berkata...

sukabebel-bila dah berkeluarga pun masih nak tukar2 kerja ke brader?
ewah2 hahah

ka-ii berkata...

Kedewasaan-bukan dari sekadar apa yang dilakukan sehari-hari, malah ia meliputi cara bagaimana kita memandu pemikiran kita seiring dengan pengalaman yang pernah dilalui selama ini.


yang ini best.

hebat kau berkata2.