Khamis, 30 April 2009

Awak, cuaca sering tak menentu sekarang ini kan, Wak?

Hari ini aku menjengah keputusan ujian bertulis bagi kursus perguruan bagi lepasan ijazah di bilik komputer.



Macam tahun lepas. Aku sampai ke peringkat temuduga. Lepas tu. Kecundang. Akhirnya merana. Ada lebih kurang 16 nombor telefon(tipu, saja sedapkan cerita) aku padam dari buku telefon bimbit kerana individunya mengajukan soalan-soalan yang terlalu 'menikam' aku.



Nampaknya, kali ini aku tidak sampai ke peringkat temuduga pun. Maka, kecundang lagi. Untuk kali kedua.


Aneh. Kali ini, aku tak hempuk papan kekunci. Aku tak ludah skrin komputer. Aku tak tunjuk isyarat lucah pada yang mengerling aku di pekan dan kafe siber. Aku tak menjerit-jerit mencarut tatkala di skrin tertulis, "Maaf, nama anda tiada dalam senarai calon temuduga."



Ini semua gara-gara si dia ada di sebelah aku. Gadis yang sangat ayu yang bisa mengubah suasana jadi sentimental. Jadi tenang. Jadi damai. Jadi sejuk. Walaupun hati ini hakikatnya umpama ditoreh-toreh sembilu bergetah dan berbisa.


"Awak, Orang tak dapat pergi temuduga tau Awak," aku bisik padanya di sebelah.


"Orang pun. Tak pe la Wak. Dah tak ada rezeki kan?" Katanya lagi.


Memang dah jodoh. Tak ke mana. Nasib pun sama. Tak perlu berduka. Kerana kami percaya ditakdirkan berdua. Sampai bila-bila.


Lalu.


Dia merebahkan kepalanya di dada aku. Lantas mengurut lembut dada yang berdegup kencang. Jadi reda!


Ok, aku tipu.


Oi, gila ke apa dia nak buat macam tu?
Dia takkan buat macam tu. Dia pakai tudung labuh. Berstokin tangan dan kaki.




Tapi, betul lah.
Aku tak bertindak agresif dan mencarut kali ini. Kalau kekasih aku jenis macam ni aku rasa aku jadi lebih baik.








Rasanya lah kot.

Jumaat, 24 April 2009

Sedetik Waktu Berlalu, Semusim Cinta Bertaut

Bila difikirkan, tak banyak yang berubah dalam kehidupan aku. Tak banyak juga pencapaian yang aku lakukan. Malah, apa yang ada dalam diri aku juga masih tidak berubah. Cuma kadang-kadang dalam keghairahan aku mengharungi kehidupan, adakalanya aku terlupa apa yang menjadi prinsip dan pengangan selama ini.

Umpama dalam cinta, adakalanya kita terbabas melewati garis kemanusiaan. Semata-mata memenuhi tuntutan cinta yang agung. Rupanya, ia sementara!


Realitinya juga sama dalam kehidupan. Kehilangan dalam pencarian. Tercicir. Terlepas apa yang dikendong selama ini. Entah ke mana. Bertaburan!


Jadi, kita perlu duduk sebentar. Lepaskan lelah dari keletihan kehidupan seharian. Lantas berfikir. Untuk seketika, ke mana arah seterusnya. Biarpun, adakalanya kita harus menyerahkan urusan itu kepada takdir.


**

Jiwa ini menjerit-jerit!

Ingin dilepaskan dari belenggu. Ingin lari menikmati keamanan sebenar dari dalam diri. Ingin menjadi diri sendiri. Sebagaimana yang telah di tetapkan dalam hati.

Tapi tak bisa. Aku perlu Akur dengan keadaan.

Pada tahun ke 25 ini, mungkin lebih sesuai sekiranya diri ini dikatakan mula menginjak ke usia dewasa. Kedewasaan-bukan dari sekadar apa yang dilakukan sehari-hari, malah ia meliputi cara bagaimana kita memandu pemikiran kita seiring dengan pengalaman yang pernah dilalui selama ini. Paling mustahak, adakah kita semakin bertanggungjawab?

***

Tiba-tiba bercakap macam mat puisi apa hal siak? Rileks-rileks sudah. Dah lama sangat aku tak ke Kuala Lumpur. Mesti baju-baju aku dah berhabuk dalam almari. Mesti komputer aku dah berdebu. Tuala yang tersidai mungkin dah luntur. Cumanya, aku berharap agar persahabatan aku dengan kawan-kawan di sana tak pudar.

Dalam akaun aku sekarang betul-betul tinggal RM 100. Jadi, aku tak boleh banyak 'bergerak'. Semua sumber kewangan aku telah aku gunakan untuk menyara kehidupan aku selama ini. Mungkin gaji yang bakal diterima akan memberi sinar baru dalam kehidupan aku di hari mendatang.

Apa yang pasti, aku akan bungkus semua barang-barang aku di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur bukan lagi kehidupan aku. Hingar bingar permainan muzik kawan-kawan bukan lagi menjadi alasan untuk aku lari dari memikirkan masalah.

Aku kena berhadapan dengan realiti kehidupan.

Berhadapan dengan anak-anak remaja. Yang baru mengenal erti kehidupan. Memang meletihkan. Apabila engkau terpaksa menjaga segala tingkah. Menahan nista di kala berkata. Terlalu banyak mata dan hati memerhatikan.

Mungkin di sini lah yang dikatakan tanggungjawab. Bukan sekadar akademik. Malah moral juga jadi ukuran. Oleh yang demikian, aku perlu bertanggungjawab dalam setiap pergerakan aku.

Sabau je la Senah!* mengeluh panjang sambil kibas-kibas tuala di leher*

Hidup memang berkaitan dengan moral. Tak ada moral tak ada kehidupan. Siapa pun engkau atau apa pengangan engkau, itu pun ada nilai moralnya.

Jadi, relaks-relaks sudah. Jangan mengada-ngada nak cari pasal.




Jumpa kamu nanti.
Warga KL, aku rindukan kamu semua.


Binatang!


Ha ha ha

Isnin, 13 April 2009

Sini kau, aku sepit kau kat pintu lrt!

Bang Juna nak cerita sikit. Pasal antara benda-benda/orang-orang yang Bang Juna paling menyampah. Senang cerita, sesiapa yang cuba menimbulkan perkara-perkara dalam top list benci Bang Juna biasanya akan berakhir dengan tragedi seperti tersepit di pintu lrt kerana dihimpit Bang Juna dan kaki terseliuh kerana dibentes Bang Juna di tangga Pavillion (terus tak larat naik monorel. Padan muka).


Bola sepak: Kadang-kadang Bang Juna pelik dengan perangai orang-orang yang sanggup bergaduh, maki hamun dan membakar kereta pak menteri kerana permainan cilaka ni. Buat apa siot kecoh-kecoh? Menyusahkan orang. Malah kadang-kadang orang yang tak berkaitan pun menjadi mangsa (aku), seperti menjadi ahli jawatankuasa peralatan ketika perlawanan bola sepak bawah 15 tahun peringkat daerah. Tak ke bangsat namanya tu? Terpacak menunggu permainan yang membosankan, tiada iringan muzik hardcore, disamping tiada ‘hot chicks’ berkeliaran adalah sesuatu yang lagha bagi Bang Juna. Fuck bola sepak. Long live boling padang! Siapa nak bergaduh dengan Bang Juna sila set tempat dan waktu. Bawaklah budak-budak kau. Aku bawak budak-budak boling padang aku. Terima kasih.


Perempuan ketawa kuat di tempat awam: Geli dan amat mengganggu. Macam dia sorang ada mulut. Macam dia sorang paling gembira. Rileks-rileks sudah, kak. Ketawa agak-agak lah sikit kak. Sampai nak rabak Bang Juna tengok mulut tu bila ketawa. Kalau muka cantik macam model kacukan boleh maaf lagi. Ini dah lah muka buruk. Berlagak. Ketawa kuat sambil dalam mulut ada isi kunyahan makanan. Peh…loya siak. Buat Bang Juna hilang sabar lah, kak. Karang, aku sumbat dengan..dengan..dengan.. ah malas lah nak sambung!


Lelaki bawak beg tangan awek/isteri: Apa siak bawak beg tangan perempuan? Apakah bertambah tahap ketampanan bila bawak beg tangan itu? Apakah nampak anda nampak lebih mengambil berat bila bawak beg tangan perempuan? Siap kepit kat ketiak, apa cerita siak? Yang Bang Juna naik hairan tu, si perempuan jalan lenggang lenggok tangan lenggang kang kong, tapi yang lelaki pulak bawak beg tangan perempuan. Kalau tangan perempuan tu bawak kotak ke, barang ke, tak apa lah jugak. Sekali lagi Bang Juna tanya; apa siak bawak beg tangan perempuan macam tu?


Muzik tekno: Bang Juna memang jauh ketinggalan dalam pengetahuan muzik moden era masa kini. Maklumlah orang kampung. Dalam memperkatakan tentang orang kampung, Bang Juna pelik dengan kecenderungan orang kampung Bang Juna pada hari ini yang suka dengan irama tekno (yang budak shuffle suka tu..tekno ke apa nama dia? Feng tau ke?). Baik yang tua mahupun budak sekolah. Dalam telefon genggam, masing-masing ada simpan sekurang-kurangnya satu lagu jenis macam gini. Bang Juna paling benci part yang bunyi dia macam, “tuwoot..tuwooot..tuwoooot”. Peh, bingit siak. Balik-balik ulang part yang sama. Kadang-kadang tunggu lama bila nak abis. Rupanya dari mula sampai abis, itu aje dia ulang. Apa best siak irama macam gini? Buat gua naik darah !


Baju polo, seluar pendek khakis, topi besbol: Bang Juna tiada masalah dengan baju polo, seluar bermuda dan topi besbol. Tapi bila setting dia lain macam, Bang Juna mula tanggap si pemakaian berminda ‘bukan-bukan’. Lantas, Bang Juna akan menjauhi umat sebegini. Mereka kesesatan!- topi besbol dipadankan dengan baju polo kolar terangkat dan seluar pendek khakis(potong)atas lutut adalah sesuatu kelukaan yang sukar dimaafkan oleh pemandangan Bang Juna. Belum-belum lagi ada satu hidayah telah menerjah jiwa. Bagi Bang Juna mereka ini ialah-mat rempit! Damn. Cuba lihat tangan dia. Ada gelang besi sebesar tali kapal tak? Kalau ada. Sah! Bye kepada mereka. Aku tak berminat nak berbual dengan orang sebegini.


Mat rempit(yang beraksi tak kena tempat): Perlukan penjelasan? Kita jumpa di stesen lrt berdekatan dengan rumah engkau. Kita tengok leher siapa yang tersepit di pintu lrt berulang kali.


Mat Beriya: Jangan cuba-cuba kenalkan aku dengan golongan ini. Mamat-mamat sebegini biasanya akan cerita benda-benda yang maha dahsyat sahaja. Dia kerja paling bagus antara kawan-kawan. Dia gaji paling besar antara kawan-kawan. Dia kerja paling rileks berbanding kawan-kawan lain. Dia lah paling gangster antara kawan-kawan lain(ramai geng itu lah, ini lah, geng nombor itu lah, ini lah, bla..bla..tak paham apa benda pun dalam bab ni walaupun diulang beberapa kali. Mantul). Dia juga tak kalah dalam isu cinta. Awek model lah, anak orang kenamaan lah, tidur dengan awek itu lah, ini lah. Cerita sebegini, diulam dengan neslo pekat tanpa gula sekalipun akan terus membuat Bang Juna menguap berulang-ulang kali. Biasanya Bang Juna cuba bertahan untuk menjaga hati kawan-kawan. Untuk itu, Bang Juna biasanya akan melakukan aktiviti riadah yang sering dilakukan di meja warung bila bosan-korek hidung, gentel-gentel dan jentik!


Skim Perniagaan Piramid: Bang Juna percaya, pembaca regular dikalangan kawan-kawan kenal siapa diri Bang Juna dan tahap kesabaran Bang Juna. Oleh itu, jangan cuba-cuba pancing Bang Juna cakap nak belanja Bang Juna makan kat hotel, jumpa kawan kat hotel atau kenalkan awek bergetah di kedai-kedai kopi mahal. Bang Juna dah masak sangat dengan labon-labon sebegini. Ini semua umpan masuk skim perniagaan air liur yang paling sial pernah Bang Juna tau. Ingat sikit. Bang Juna ni memang kampungan. Tapi tak hairan dengan makanan kat hotel dan kopi mahal tu. Bang Juna ni dah biasa hidup susah waktu jadi punk kental kononnya dulu. Kalau nak umpan, umpan lah dengan video 3gp terbaru. Mana tau, terbuka hati Bang Juna untuk jual penapis air engkau dari rumah ke rumah- Cuba lah kalau berani. Kalau tak aku terajang semua penapis air engkau dengan korset mangnet kau sekali!


Gitaris: Ha ha ha. Jangan mudah melatah. Bukan semua gitaris Bang Juna menyampah. Malah peranan gitaris amat penting dalam membentuk sesebuah struktur lagu. Tak ada gitar kepala tak boleh hangguk rambut pun tak boleh pusing. Tapi step yang Bang Juna menyampah adalah gitaris perasan rockstar. Sekali dia main lagu semua orang dia kasi tinggal kat belakang. Tempo semua terajang ikut suka kau. Orang tegur tak nak terima sebab dia pakai gitar Ibanez(ingat dah mahal sangat?). Mula tarik muka. Siak punya orang. Habis semua dia salahkan. Dari dram, bass sampai vokalis semua salah. Dia je betul. Semua orang kena ikut dia main. Fak ah. Man Kidal pun tak eksen macam ni. Pernah ada sorang cabar aku main lagu Slayer, South Heaven ke apa entah. Lupa. Tak ada hal. Tapi 4 kilometer dia tinggal aku. Bapak laju. Lepas tu salahkan aku. Cakap aku tak boleh pakai la, hapa la. Brader, rileks boleh? Lu ingat bapak gua hantar gua pergi kelas dram ke? Lu pikir bagi sehari dua gua boleh perfect sebiji-sebiji dalam mp3? Lagu Sharifah Zarina (Langit ke-7) pun dua minggu baru gua khatam tau. Arep yang perasan emo hardcore kental tu pun makan seminggu nak dapatkan lagu Bola-bola Api dengan sempurnanya. Lu memang buat gua sedih. Buat gua merajuk. Tak nak main dram lagi. Lebih baik gua balik kampung. Bawak diri. Masalahnya, kat kampung orang tak nak ajak aku main kompang. Jadi mana hala tuju kehidupan bunyian aku? sekali lagi aku salahkan gitaris akan kehancuran diri aku!

Selasa, 7 April 2009

Puisi Hamis Pekat Kekuningan Untuk Mereka

Lendir kehinaan mengalir deras
Membuak-buak melimpah ruah
Dari lohong kenikmatan palsu
Yang diciptakan manusia bejat
Bertuhankan syaitan berpandukan nafsu

Hijau pekat hamis kekuningan
Memenuhi segenap ruang yang kosong
Kesepian dari arus kemanusiaan
Kerna sekian lama ditipu anganan
Musnah dilembah durjana dan ompong


Kebinatangan bermaharajalela
Kebuasan mengigit keadilan
Keimanan dikoyak kerakusan
Kejujuran dirembeskan sogokan


Pasti suatu hari nanti
Engkau akan melutut sepi
Menangisi takdir diri
Takkan bisa berundur lagi


Kerna semuanya
Telah musnah
kini!

Jumaat, 3 April 2009

Saya dan Hantu Pongkes

Selain dari Ofa ada juga beberapa orang kawan-kawan perempuan lain yang sering menelefon aku. Ramai diantara mereka suka sembang lama-lama dengan aku dan ada diantara mereka yang bil telefon mereka dibayar oleh pasangan mereka. Ini bermakna mereka terdiri dari kekasih orang dan tunang orang. Mana yang telah menjadi isteri tak akan bersembang lama dengan aku. Mungkin mereka takut suami mereka cemburu. Sebab aku kan jambu(oh, no!).


Sebenarnya aku sedikit seram bila seorang lelaki berkawan rapat dengan wanita tanpa ada sebarang ikatan yang pasti. Kadangkala perkara-perkara ini boleh menimbulkan syak pasangan masing-masing. Lebih-lebih lagi apabila perhubungan itu dah terlalu ‘rapat’. Ini boleh menyebabkan kita ‘terbabas’ kalau tak ada jati diri yang kuat. Aku bercakap kerana pernah mengalaminya. Bila dah berdua-walaupun tidak mengisytihar sebagai pasangan kekasih, macam-macam boleh berlaku. Ini yang paling seram dan kalau boleh aku nak elakkan.


Semalam G telefon aku dari Bandar Aggerik di Selangor. Dia bakal menjadi tunang orang. Aku tak kecewa. Walaupun aku pernah cakap pada dia, kalau aku dah ada kerja tetap boleh je aku kahwin dengan dia. Dia cakap pun tak ada hal. Kalau berani masuklah meminang. Cuma itu lah, dah jodoh masing-masing. Bila dia telefon mesti dia akan komplen pasal diri aku yang masih relaks-relaks tak cari makwe. Alah, bukan apa. Aku ada maruah. Siapa nak aku, datang lah rumah aku cakap elok-elok dengan mak bapak aku yang engkau nak mempersuamikan aku. Bukan susah pun. Aku simple je orangnya. Tak memilih. Sesekali kita kena tunjuk ego kita(damn!).


Dia cuba kenalkan aku dengan satu makwe yang kecewa dipermainkan lelaki hidung jingga. Dia menganggap aku adalah insan kamil yang boleh mengubah persepsi makwe ini terhadap lelaki(wah!).


“Weh. Dia comel weh. Free hair. Manja. Badan sedap-sedap. Tak caya tengok gambar kat FS.”


“Orang mana?” Aku tanya dengan penuh minat.


“Orang JB je weh. Ok ah tu,” dia terus meyakinkan aku dan menarik minat aku, “satu lagi yang best nih.”


“Apa kot?”


“Tetek dia besar, weh!”


Hmmm..Ok(mengeluh lesu).