Khamis, 2 Jun 2011

Harqirqarth (sebenarnya aku nak tulis 'Hakikat' tapi saja bagi nampak macam nama band metal)

Manusia akan biasanya akan bertindak balas atas sesuatu perubahan dalam hidupnya. Begitu juga aku, engkau dan sesiapa sahaja.


Sebulan dua ni dada aku berdebar. Lagi-lagi bila mula menyelak atau mengetik papan kekunci untuk membaca berita-berita sama ada di atas kertas atau paparan komputer. Baik kanan, kiri atau berita yang sekadar laporan.. Semua menyebabkan dada sesak pada istilahnya.


Kenaikan kos sara hidup yang semakin menyesak. Aku rasa ramai yang mula memicit kepala tatkala membaca berita-berita begini. Aku cuma mampu cakap, "habislah kalau macam ni.." Tipulah kalau aku tak carut-carut sikit. Tapi malas lah aku nak tulis kat sini.


Aku terfikir apa lah agaknya yang dirasa pada bapa berkelulusan SPM kepada 5 orang anak yang masih bersekolah, tak punya pendapatan atau pendapatan kecil, lagi pula tetap tinggal di tengah bandar. Anak-anak perlu disekolahkan, lauk pauk mesti dibeli, lampu harus dipasang hingga lewat malam kerana ada anak yang mahu mengulangkaji pelajaran-menghadapi peperiksaan penting. Setiap malam harus memikirkan apa yang bakal dibelanja esok. Jangan dilupa untuk menjengah kocek, ada tak lagi agaknya belanja untuk ke tempat kerja esok? Ditengah-tengah bulan biasanya, mereka akan menjengah akaun, ada lagi tak baki? Boleh tak agak-agaknya dibawak ke bulan depan? Ada tak duit untuk sakit pening anak-anak? Kos perubatan pun kadang-kadang boleh bawak kepada gadai tanah sekarang ni.


Sekarang kita pergi kepada graduan yang baru bekerja. Ada pulak buah hati. Berkawan dah bertahun. Ulang alik ke tempat kerja saja sudah hampir 1/3 gaji belanjanya dan aku percaya akan terus meningkat dari masa ke masa. Setiap bulan harus menyelenggara kenderaan yang kosnya bukan main-main. Itu belum sewa rumah atau bilik. Kalau di bandar-bandar besar kadar sewa ni boleh bawak kepada pertelagahan etnik haha. Tiap bulan takkan tak hulur sekeping dua not 100 kepada si ibu (masa belajar dulu si ibu lah yang menghulurkan not 100 tu!). Nah, kalau dah graduan tu, berapa kerat sangat lah yang dapat biasiswa. Rata-rata meminjam PTPTPTPTPTPTPTPTPPTTPTPTN untuk meneruskan pengajian yang mana kos pengajian di sini pun bukan main-main harganya. Nak bayar suka-suka pun tak boleh. Kena panggil masuk court lah pulak. Nak tak nak terpaksa lah ikut rate. Dah tu, takkan hujung minggu nak duduk di rumah je? Jangan dilupa kos sara hidup pun tak boleh ditolak ke tepi. Segala macam bil yang sedang mendaki harga sekarang ni pun harus diselesaikan. Tolak-tolak tinggal berapa sen? Agak-agak kalau macam gini, umur berapa lah agaknya si graduan ni boleh mendirikan rumah tangga? Belajar tinggi dah, tapi hidup sama je macam orang lain yang ada sijil lepasan sekolah. Tak ada perubahan sebab kena bayar hutang belajar.


Aku suka menjengah reaksi atas situasi yang berlaku.


Ada yang merungut. Ada yang marah. Tak kurang jugak yang sedih. Aku sendiri ada di dalam satu daripada ketiga-tiga reaksi ini. Ini lumrah. Yang di 'pucuk' sana tak abis-abis cakap suruh berjimat. Lagi sempit, lagi suruh jimat. Kalau dah habis jimat, gua nak buat apa lagi? Idea bukan-bukan jugak la si 'pucuk' ni bagi nanti. Ada suruh tanam ubi waktu harga beras naik, ada pulak yang suruh tanam sayur bawah kabel elektrik!! Pejadah haram apa tu?!!! Nak bagi lega sikit, si 'pucuk' ni tadi akan cakap harga makan pakai sini lagi murah banding tanah sebarang sana, seberang sini. Tapi tak pikir plak gaji kat sana berapa?!! Nokharooommmmm..macam pelaq ang ni..!!

Tapi ada jugak yang steady. Terima hakikat. Bersabar. Khusyuk dan tawaduk dalam mengharungi kehidupan sehari-hari. Malah berkata inilah yang dikatakan kemajuan... Malah orang inilah yang akan berdiri panjang beratur dan menjadikan 'pucuk-pucuk' tadi terus mekar mewangi di atas sana hasil berkat doa restu rakyat mereka terus gembira dan meneruskan kehidupan super-selesa penuh kegemilangan mereka..


Sekian terima kasih wabilahitaufikwalhidayahassalamualaikumwarrohmatullahiwabarokatuh....

7 ulasan:

faqhrule berkata...

jagn tanya pendapat orang yang rambut macam sarang tebuan..kerja dalam ekon..naik keta perdana kerajaan . cuba pergi tanya yang duduk rumah flat..anak 5..kerja tengah panas..ada shift..anak skolah...tak pun yang baru grad baru nak mula idup..naik moto...kata bodo kang marah plak

Rajuna berkata...

aku nak tanya ada dia pergi pasar?

faqhrule berkata...

jejak kaki kat pasar borong pun sebab banyak kamera tayang dalam dada surat kabar

cimon berkata...

dulu belajar kerana minat, minat dari hati, tapi sekarang terpaksa kerja kerana duit, demi menjaga hati2 mereka yang kita sayang, tapi hati sendiri jgak yang sedih setiap hari,berganjak ke minggu, bulan & bertahun2, kenkadang minat muncul dalam mimpi,ketika minda melayang dgn bebas menerobos ke dunia lain, d sana. hakikat.

Rajuna berkata...

cimon,
aku faham perasaan ko. bukan baru semalam kita kenal. nak buat macam mana. ada tak ada kau sendiri kena berubah. kau kena melawan. untuk kebaikan kau tanpa mengabaikan orang yang kau sayang.

dzul berkata...

bawa rm50 ke pasaraya misti tak cukup..kadang2 dapatla seplastik kecil barangan..sadis sungguh2 bila difikir2kan.

- ANAK MUDA BANGUN MELAWAN -

Rajuna berkata...

dzul mana ilang? lepas berumahtangga senyap je kau ye? haha