Khamis, 29 Disember 2011

Tua Sebelum Usia

Perasan tak benda ni?


Bukan maksud aku rambut kau beruban sebelum usia kau cecah 30. Atau masalah keguran rambut tatkala tangan kau menggenggam ijazah sarjana muda yang kau usahakan hampir 5 tahun tu. Atau beg mata yang tercetus dari usaha kau siang malam menghafal formula dan fakta-fakta penting yang bakal dikarang dalam peperiksaan setiap semester.


Tua Sebelum Usia.


Yang aku maksudkan adalah dari pencernaan pemikiran dan kelakuan kita. Orang kita maksud aku. Tak kira melayu, cina, india, bla..bla..bla... Sama sahaja. Yang mana ada keistimewaan ke, tak ada keistimewaan ke, sama saja.


Semua terperuk di rumah. Memikirkan beban kerja. Beban pelajaran. Beban kewangan. Beban hutang. Beban itu. Beban ini. Beban di sana. Beban di sini.

Memang.

Mana ada manusia tak ada beban. Tak ada beban. Tak ada lah tanggungjawab kan. Tapi sekurang-kurangnya antara kita dan kawan-kawan ni aku yakin 90 peratus inginkan sesuatu untuk diri sendiri yang tak tercapai dek penangan desakan kehidupan.


Cuba bandingkan dengan kawan-kawan kita dari luar. Dari Eropah misalnya. Bebas. Tersenyum. Mengembara. Berbulan-bulan. Adakalanya bertahun-tahun.


Tapi kalau kau yang sama tahap dengan aku.


Beginilah kita. Seharian bekerja. Dimaki. Diherdik. Dicaci. Semata-mata untuk sepinggan mee goreng. Untuk sotong goreng tepung sebulan sekali. Untuk ice blended seminggu sekali setiap pasar malam. Untuk belanja awek dua bulan sekali sekiranya mampu di Secret Recipe. Kita tak ada enjoy-enjoy jalan-jalan cuti-cuti Malaysia berbulan-bulan. Yelah cuti-cuti Malaysia je la dalam otak aku nih. Nak jalan luar Malaysia memang tak lah. Dah senarai hitam kot? Elok sangat lah tu........ Berbasikal keliling Malaysia tak mungkinlah. Kalau tak sapa nak bayar bulanan kereta untuk cari makan. Siapa nak bayar bil itu. Bil ini. Bil sana. Bil sini tertunggak. Bila sana terkangkang. Adik mintak duit lah pulak kasut koyak. Atap rumah pulak dah bocor.


Inilah kehidupan kita. Terimalah seadanya. Sekurang-kurangnya. Kita dah mampu fikir kehadapan. Macam mana nak imbang belanjawan minggu hadapan. Macam mana nak hadkan perbelanjaan untuk ruang bagi duit kat mak bapak. Nak buat macam mana. Salam satu Malaysia.

1 ulasan:

cimon berkata...

bagus2...follow jek step buku tuh, insyaAllah,xlame lg cukup bajet lu utk kawen.

hehehe(^v^)

p/s:jgn lupe ajak gua g kenduri, kalo tak jemput pon - gua dtg jugak (^_~)