Khamis, 29 Disember 2011

Tua Sebelum Usia

Perasan tak benda ni?


Bukan maksud aku rambut kau beruban sebelum usia kau cecah 30. Atau masalah keguran rambut tatkala tangan kau menggenggam ijazah sarjana muda yang kau usahakan hampir 5 tahun tu. Atau beg mata yang tercetus dari usaha kau siang malam menghafal formula dan fakta-fakta penting yang bakal dikarang dalam peperiksaan setiap semester.


Tua Sebelum Usia.


Yang aku maksudkan adalah dari pencernaan pemikiran dan kelakuan kita. Orang kita maksud aku. Tak kira melayu, cina, india, bla..bla..bla... Sama sahaja. Yang mana ada keistimewaan ke, tak ada keistimewaan ke, sama saja.


Semua terperuk di rumah. Memikirkan beban kerja. Beban pelajaran. Beban kewangan. Beban hutang. Beban itu. Beban ini. Beban di sana. Beban di sini.

Memang.

Mana ada manusia tak ada beban. Tak ada beban. Tak ada lah tanggungjawab kan. Tapi sekurang-kurangnya antara kita dan kawan-kawan ni aku yakin 90 peratus inginkan sesuatu untuk diri sendiri yang tak tercapai dek penangan desakan kehidupan.


Cuba bandingkan dengan kawan-kawan kita dari luar. Dari Eropah misalnya. Bebas. Tersenyum. Mengembara. Berbulan-bulan. Adakalanya bertahun-tahun.


Tapi kalau kau yang sama tahap dengan aku.


Beginilah kita. Seharian bekerja. Dimaki. Diherdik. Dicaci. Semata-mata untuk sepinggan mee goreng. Untuk sotong goreng tepung sebulan sekali. Untuk ice blended seminggu sekali setiap pasar malam. Untuk belanja awek dua bulan sekali sekiranya mampu di Secret Recipe. Kita tak ada enjoy-enjoy jalan-jalan cuti-cuti Malaysia berbulan-bulan. Yelah cuti-cuti Malaysia je la dalam otak aku nih. Nak jalan luar Malaysia memang tak lah. Dah senarai hitam kot? Elok sangat lah tu........ Berbasikal keliling Malaysia tak mungkinlah. Kalau tak sapa nak bayar bulanan kereta untuk cari makan. Siapa nak bayar bil itu. Bil ini. Bil sana. Bil sini tertunggak. Bila sana terkangkang. Adik mintak duit lah pulak kasut koyak. Atap rumah pulak dah bocor.


Inilah kehidupan kita. Terimalah seadanya. Sekurang-kurangnya. Kita dah mampu fikir kehadapan. Macam mana nak imbang belanjawan minggu hadapan. Macam mana nak hadkan perbelanjaan untuk ruang bagi duit kat mak bapak. Nak buat macam mana. Salam satu Malaysia.

Ahad, 25 Disember 2011

Rajuk dan ugutan

Aku pernah terdetik nak beli Samsung Galaxy yang 7 inci tu. Sebab pc aku terbarai dan netbook aku dah tinggal 3/4 skrinnya. Sebab kena tarikan magnet dari speaker kata member aku. Tapi lepas aku beri ugutan selama beberapa minggu nampaknya netbook aku ni jarang buat masalah. Boleh view full screen pulak.

Betul ke orang-orang cakap barang-barang ni macam paham kalau kita 'bengkek' dengan dia?

Sabtu, 17 Disember 2011

Laporan Bunyi-Milisi Kecoa, Harda Tider, Carburetor Dung, Alexander Mansuri-16/12/11

Pergi gig melenggang kangkung. Maknanya aku tak bawak kamera. Ini perkara paling rare sejak aku mula memiliki kamera sendiri pada tahun 2009. Boleh pulak Pak Itam aku nak bawak kamera buruk aku ke Langkawi. Pakcik sendiri punya pasal. Aku mengalah. Ditambah pulak seteru perniagaan aku towkay Gedey Gombal tiba-tiba tak jadi datang lagi aku menyirap. Siang tadi call aku beriya ajak jumpa. Nak ajak wrestling la. Nak kungfu-kunfu la. Cis. Nasib baik ada Obey.


Bila tak ada kamera. Aku tak merayau sangat. Badan mula rasa bahang kepanasan The Wall sebab tak jalan-jalan ke hulu ke hilir. Aku tak banyak bergerak. Melainkan tengok diorang setting alat dan menyakat student aku yang terkinja-kinja sewaktu set Milisi Kecoa. Sempat jugak aku humban dia dalam moshpit dua kali. Padan muka. Kat sekolah aku rotan kat gig aku humban dan tolak!



Persembahan ok-ok saja. Band tempatan Alexander Mansuri sebagai opening. Macam biasa metalcore kangkang ada cover lagu dari The Devil Wears Prada. Band lokal band kawan-kawan, tak ada yang support. Tapi bila Milisi Kecoa crowd berasak-asak. Bila band dari Sweden, Harda Tider crowd makin meriah tapi aku yakin tak sampai 40% pernah dengar lagu band ini. Akhir sekali. Punk pakcik-pakcik Carburetor Dung mengambil alih. Ya, mikrofon tak berfungsi. Tapi anak-anak Batu Pahat memang sporting. Boleh sing a long. Alak tak payah nyanyi pun okey, hanya perlu conduct budak-budak ni. Obey dah mula bosan. Tarik muka. Aku layan je. Sesekali pergi ke meja belakang tengok-tengok stuff. Tapi di akhir-akhir set, mikrofon kembali berfungsi. Okey jugak ada main lagu-lagu lama. Mengembalikan memori aku ketika zaman Ricecooker dekat CM dengan Bau-Bau Cafe. Tak tau kenapa. Mungkin sebab banyak kenangan aku dengan Mirul dan Farhan kat situ.

Lepas ngeteh dengan Obey. Aku balik. Seram jugak drive sorang-sorang nih. Tapi aku cucuk belakang sebijik Honda CRV ni. Last-last CRV ni berenti tepi jalan lepas tu dia cucuk aku dengan lampu hi-beam sampai rumah aku. Anjing!