Sabtu, 24 November 2012

Kita kawan awak. Tapi tak taulah awak kawan kita ke tak.

Aku pun tak tau lah. Dah berapa kali aku buat entri pasal kawan. Memang tak cool. Tapi aku peduli apa. Ini adalah blog. Ini adalah tempat menulis. Dan apa yang pasti blog Bayu Senja Di Selatan adalah blog yang tiada pendapatan. Sama ada secara elektronik mahupun yang diulang cetak dalam bentuk makalah. Tiada unsur keuntungan. Hanya perkongsian pendapat sahaja. Yang baik jadikan tauladan. Yang jahat, kalau okey boleh praktiskan.

Ada brader-brader yang tulis kat FB menyatakan bahawa ada kawan yang dulu okey sekarang macam macibai. Buat tak kenal. Buat lupa. Tak ingat langsung. Otak tercicir.

Itu biasa. Lumrah manusia. Itu proses evolusi. Masing-masing membina prinsip. Untuk mencapai matlamat masing-masing yang mana aku percaya dari 10 orang, daripadanya bermatlamat dalam bentuk materialistik semata-mata. Nak kaya dalam tempoh 5 tahun. Nak jadi jutawan dalam tempoh 20 tahun. Nak pakai kereta Inspira tahun depan dan sebagainya. Itu lumrah.

Dalam usaha mencapai matlamat itulah penambah-baikan dilakukan. Mana yang tak perlu, diletakkan dibelakang. Apa yang penting matlamat tercapai. Impian untuk menikmati gaya hidup tersendiri tampak lebih berjaya dari manusia-manusia biasa. Macam kita. Macam saya. Macam awak.

Yelah. Nak kecik-kecik hati tak dah tak guna. Dah besar-besar. Dah dewasa. Mana yang baya-baya aku dah ada anak dua. Ada komitmen. Takkan lah nak berkawan dengan kita yang masih terkinja-kinja. Kenyataan. Ada jugak kenalan-kenalan aku yang selamba hantar mesej dalam inbox mengatakan aku macam beruk. Gaya berpakaian macam bangla. Biasak ah tu. Orang jeles.

Ada tu pulak kawan baik aku. Bila dah ada makwe, kita ni dia buat tak nampak je. Bila dah bertunang, buat-buat bizi. Dah tak nampak nak datang rumah. Bila kahwin langsung tak jemput. Memang kelas kau Jah! Siap tayang-tayang anak lagi. Okey lah tu. Awak dah berjaya. Kerja bagus. Bini cantik. Anak sihat wal-afiat. Kita ni apa lah yang ada. Teringat lagi orang yang aku cakap ni. Dia pernah tergelak tengok aku balik turun bas ekspress. Dia tunggu abang dia jemput kalau tak silap.

Yelah. Dia smart. Kerja kat pejabat kompeni kerajaan. Kita ni apalah sangat. Masa tu pelatih guru. Beli pun baju bundle. Aku ingat lagi dia pandang aku atas bawah. Dengan topi aku tak tentu hala. Seluar jeans koyak aku pakai je sebab malas nak kotorkan seluar lain. Bandana ikat kat leher-sebenarnya buat lap mulut. Baju tengkorak jahanam. Kasut pun rabak-rabak. Tak pe. Memang selekeh. Nak buat macam mana. Aku makan burger dalam bas ekspress.

Lepas dia jumpa aku tu. Dia tak jemput aku dalam majlis apa-apa pun. Tapi tak pe lah. Aku sentiasa fikir positif. Mungkin orang macam aku buat kecah je dalam hidup dia.Kerja pun biasa-biasa aje. Pernah mak dia cakap kat mak aku, kerja macam aku ni otak tak berkembang. Hmm mungkin jugak. Sebab tu lah aku dengar muzik hardcore dari dulu sampai sekarang. Patutnya usia-usia aku ni dah dengar SM Salim.

Ada jugak geng-geng yang lain buat tak nampak walaupun nak terlanggar batang hidung. Yelah aku rabun. Dia tak rabun. Bergaya pakai cermin mata hitam. Kalau aku pakai cermin mata hitam mungkin batang hidung aku yang hitam pasal asyik terlanggar tiang stesen bas.

Hmm...takpe lah. Hidup masing-masing. Cara masing-masing. Kita buat steady sudah. Kalau kita ikhlas dalam apa-apa jugak perbuatan yang baik, tetap nampak cool di mata orang. Tak semestinya kau pakai MYVI nombor plat tempah kau nampak hebat dan ekslusif. Pakai kereta keluaran terhad dan menyumpah-nyumpah bila susah nak cari sparepart pun nampak cool jugak sebenarnya!!!


Tiada ulasan: