Ahad, 17 Ogos 2008

Terharu Yaammatz lantas Merembes!



Sekali sekala buka blog, tiba-tiba Bang Juna terperasan bahawasanya blog ini telah di anugerahkan satu bentuk penghargaan yang tak ternilai pada biji mata coklat badam Bang Juna ini. Eh, tiba-tiba melatah "Oh, kepala bapak berseri!" Terkasima sekejap Bang Juna dibuatnya. Kelasss...


Apapun Bang Juna mengucapkan ribuan terima kasih buah bidara sayang selasih hamba turutkan kepada dua makhlok Tuhan yang taat dan tawaduk biarpun tak berwuduk dan mengangkat hadas besar iaitu saudara Yoshz dan L.I.F.E (apa nama timang-timangan kau sebenarnya nih? Tak ada nilai komersil. Ha ha)


Sebenarnya Bang Juna ni agak glam. Dah lama berangan nak jadi Huss, Mama Jawiez, atau BAMbino. Siap gentel-gentel rambut bagi nampak macam kerinting nak ikut macam idola-idola Bang Juna itu. Namun masa dan kewangan tak mengizinkan. Lagipun kecenderungan muzik Bang Juna agak berfalsafah. Mungkin kalau ada majalah hiburan buat ruangan Member Rock Melampau Dan Kejam barulah Bang Juna mempertimbangkan cita-cita Bang Juna untuk menjadi wartawan hiburan. Lagipun, kadang-kadang Bang Juna suka juga mengorek perihal rumahtangga orang, hi hi hi.


Dulu pernah juga Bang Juna cuba-cuba menerbitkan newsletter secara fotostat dengan harapan dapat memberi saingan kepada majalah hiburan di arus perdana. Namun semuanya gagal. Bang Juna pasrah. Lagipun dulu Bang Juna tak ada komputer. Tulis tangan. Tulisan pulak macam orang perempuan. Halus-halus dan sebijik-sebijik. Fancy, lagi. Ekor huruf G siap berputar alam.


Di saaat ini, Bang Juna pun tak tau nak tag siapa. Sebab Bang Juna habis paiseh kalau tag orang tak layan, hu hu. Mana nak letak muka licin, tampak muda, jadi muda dan terus muda ini? Apa pun kau orang semua patut letak sendiri anugerah ini, sebab bukan semua makhlok tuhan sanggup mengadap pc berjam-jam menulis tulisan yang tak ada macam suratkhabar? Itu sudey kreatif beeeebb..


Okla bai. Bang Juna nak cari resepi Lompat Tikam. Pencuci mulut ni nampak macam berpuaka je?

Rabu, 13 Ogos 2008

Sedikit Catatan Separa Penggal

Beberapa hari aku tak berkesempatan menjenguk blog-blog kalian. Komen-komen di blog aku juga tak sempat aku balas. Nak kata terlalu sibuk tak juga. Semenjak dua menjak ini emosi jadi tak stabil. Terlalu banyak perkara yang menekan-nekan ubun-ubun aku sehingga menyebabkan aku malas dan lesu berkomunikasi. Apatah lagi bila di kampung, segala-galanya jadi terhad. Faktor kewangan juga menyebabkan keadaan aku menjadi sedikit goyah. Temuduga punya temuduga masih tak nampak rezeki. Bahagian perkhidmtn awm pulak asik panggil ujian bertulis je. Apsal ni? Aku dah lulus 4 jawatan pun kena ujian lagi ke untuk jawatan yang sama? Ni bila nak panggil temuduga ni? Kau ingat aku ada masa nak layan? Kalau bapak kau bagi tambang ok jugak. Ini lokasi ujian bertulis semua mengarut-ngarut tempat jin bertendang semua ni. Peh, menyirap limau aku.



Kadang-kadang di dalam penulisan picisan sebegini kita menjadi perhatian sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan. Perkara yang santai, akhirnya berubah menjadi rantai yang cuba membelenggu kebebasan kita. Seperti aku contohnya, yang kerap bercerita tentang masalah aku dan persekitaran yang mana berkait rapat dengan keadaan ekonomi aku serta karier yang masih tak tentu hala disamping hidup aku yang sentiasa bersepah ke hulu dan ke hilir. Rupanya, masih ada manusia-manusia yang cuba mengambil kesempatan atas aku. Haha. Kadangkala lucu mengenangkan apabila masih ada orang percaya bahawa aku adalah manusia yang berguna untuk mereka menjalankan perniagaan “angin dan air liur” mereka. Jadahnya nak ajak aku main multilevel? Duit haram pun tak ada? Apatah lagi yang halal? Ha ha ha



Maaf ya, aku langsung tidak berminat menjalankan perniagaan angin sebegitu. Dan sekali lagi aku menegaskan bahawa kekayaan dan kemewahan bukanlah impian atau tujuan utama aku hidup di dunia ini. Bukan berlagak baik atau tidak punya matlamat. Cuma pada pandangan aku, sekiranya kita terus dibutakan dengan harta, pangkat dan kekayaan percayalah suatu hari nanti kita pasti akan hilang kehormatan diri. Keghairahan terhadap harta yang tak dapat dibendung akhirnya boleh memusnahkan integriti kita sesama manusia. Sedangkan, perhubungan kita sesama manusia sebenarnya lebih dari sekadar unsur harta, kewangan dan pangkat. Semaikanlah kasih sayang sesama manusia. Peliharalah alam sekitar. Bebaskan diri anda dari belenggu arak, rokok dan kapitalis. Renong-renongkanlah. Selamat beramal, cewah...



**

Sabtu lalu, merupakan antara hari bersejarah dalam hidup aku apabila berlangsungnya hari konvokesyen. Ia boleh dikatakan sebagai kemuncak kehidupan aku sebagai pelajar kerana aku sudah tidak sanggup lagi belajar ke peringkat seterusnya, hahaha. Seperti biasa, acara sebegini dimeriahkan dengan kehadiran kedua ibubapa, adik dan nenek aku. Selain tu, si Tempe dan Daniel pun ada datang sama. Relaks-relaks sudah. Aku tak ada kekasih hati. Jadi aku tak dapat merasa peluk teddy bear besar pakai topi ‘murtabak’ tu. Sepanjang sesi pengambaran pun tak ada gadis perempuan yang menghiasi kiri dan kanan aku. Aku relaks-relaks je. Cuma aku menerima teddy bear dan cawan berdekorasi berskala kecil. Aku tak tau pemberian siapa. Mengikut kad yang diberikan, ia terdiri dari budak-budak rumah sewa aku dan budak-budak blok 5 Vista Angkasa. Apapun terima kasih semua. Aku tak dapat nak sms semua sebab aku malas nak top up. Rabak giler weh. Takkan aku nak kiss pipi masing-masing kot? Ramai tu….ha ha ha



Sewaktu konvokesyen inilah biasanya para graduan akan memperkenalkan pasangan masing-masing kepada ibu bapa. Cehwah. Ibu bapa mana tak hati tak berbunga bila tengok anak sudah tamat belajar dan dah ada calon pasangan untuk berumahtangga. Peh. Time ni la paling sesuai nak peluk-peluk arab dan salam cium tangan para bakal bapak dan mak mertua. Jangan lupa bawak sejambak bunga sekali. Nak lagi best bawak sekali belon hidrogen. Baru cool. Aku tak cool pun, simple-simple sudah. Bergambar dengan famili dan budak-budak junior yang perangai sebijik-sebijik macam setan tu je. Kadang-kadang terfikir juga, bila dah gambar-gambar dengan awek/pakwe disamping ibu bapa tercinta ni, mesti nak letak dalam frame dan gantung di dinding rumah kan? So, kalau ditakdirkan Tuhan tak de jodoh macam mana? Peh sakit mata memandang, pedih lagi hati tersoyat bila melihat foto-foto kenangan itu! Kalau aku, aku sorok awek aku tu. Tak kasi datang. Kalau awek aku betul-betul lawa dan comel macam model baru aku tunjuk dan bergambar. Baru lah stylo.



Walaupun begitu, aku sangat terhutang budi pada individu-individu yang banyak selain dari ibu bapa aku sendiri yang terlalu bersabar kerana makan hati berulam jantung pisang dek kerana perangai aku. Adi, Sepet dan Cikgu Lan yang merupakan antara budak kelas aku. Tanpa mereka entah di mana aku sekarang. Budak bilik aku si Pendek yang selalu bersabar dengan karenah dan muzik bising aku (akhirnya si Pendek ini pun terpengaruh dengan muzik bising, ha ha ha). Kawan-kawan sekolej senior/satu batch/junior yang selalu bagi ‘can’ aku guna internet diorang untuk ber myspace dan MIRC (terutama bilik Daniel dan Tempe) ha ha ha . Begitu juga dengan geng-geng mat Kelantan macam Pok Nik, Uden, Kama dan Mat Yie. Junior-junior yang sanggup membantu aku yang slow ni dan sanggup bersengkang mata study dengan aku dan..er..ah, banyak sangat ni nak buat thanks list. Siapa yang rasa pernah berbudi pada aku, tolong tuntut terima kasih pada aku di ruangan komen, boleh? Nak belanja korang? Jangan harap. Nak belanja diri sendiri pun susah. Duit pergi cyber cafĂ© ni pun amoi saloon kat tingkat bawah ni yang pinjamkan duit. Itu pun lepas aku puji-puji peha gebu dia.



Special no thanx kepada mereka menipu, menindas, yang tikam belakang aku, tersenyum simpul bila melihat aku jatuh dan terduduk, pengurusan dan pentadbiran yang rasis dan bersifat kenegerian, mereka yang memandang rendah kepada kebolehan aku serta mereka yang selalu menghina aku. Peduli apa aku kau nak panggil aku si Jebat? Kau dengan jalan kau dan aku dengan jalan aku. Engkau boleh pergi jalan!


***
Ada lagi beberapa siri temuduga. Harap dikuatkan semangat, dilancarkan lidah untuk berbicara dan disinarkan ketrampilan diri yang tak hensem ini. Ha ha...

Rabu, 6 Ogos 2008

Binatang Haram 696 Berpentagram

Boleh tolong listkan kepada aku berapa banyak binatang haram yang kau tau? Tapi aku yakin. Yang ini mesti tak ada dalam list kau.


Binatang haram yang pandai forward email mengkhabarkan bahawa kita gagal temuduga. That's it. Darjat paling tinggi binatang haram ialah 696 iaitu binatang haram tahap khurafat yang biasa ada kat baju band Black Metal belah-belah utara Eropah. Dah la najis, ngeri, hodoh pulak tu. Dia tak ada belas kasihan dan main kabel-kabel. Dia peduli apa kau datang jauh-jauh dari Rhode Island, cilaka? Lahanat. Puaka.


Dah. Aku malas nak kerja. Aku nak main band. Lagi bagus. Aku hensem. Majalah Dot Dot mesti suka. Aku nak ambil posisi vokalis sebab suara aku sebiji macam Scoin. Kau tau ke Dimmu Borgir dah main ala-ala Scoin? Tak tau sudahlah. Mampuslah kau. Aku malas layan. Poyo. Asyik-asyik Aizad, Aizad, Aizad..Bosan. Takde life.


Pergi layan lagu ni. Lagu best. kthanxbaifakyuh.



Isnin, 4 Ogos 2008

Catatan Awal Pagi Isnin

*
Sudah dua minggu aku berkeliaran di Kuala Lumpur. Menghadiri temuduga dan melunaskan lain-lain tuntutan. Tak lupa. Berseronok sakan bersama rakan-rakan. Seronok kena ada. Walaupun tak kerja. Baru la nampak muda, macam adik-adik lepas SPM ha ha ha. Hari semalam diisi dengan aktiviti membuang masa bersama rakan-rakan sekampus dan kampus sekitar Kuala Lumpur. Duduk melepak seharian dengan alat muzik masing-masing di dalam kamar sempit. Sekadar berbual dan bergelak sakan di dalam ruang itu. Sebuah rumah yang dihuni oleh pelbagai lapisan kaum dan agama dari negara yang berbeza. Ada cina, ada india ada melayu. Dan yang lebih penting. Ada perempuan sebagai penyeri. Ha ha ha.


**
Acara terakhir yang aku dihadiri pada hujung minggu lepas bukanlah persembahan muzik bingit seperti selalu. Aku cuba berevolusi. Datang ke acara pembacaan naskah, puisi, berlakon dan dendangan lagu akustik iaitu Maskara pada hari Sabtu yang lepas di rumah PENA. Ini semua angkara racun yang aku telan secara tak sengaja oleh Daniyal. Tarikan utama adalah Dewangga Sakti. Review dari blog Abang Sam Langsuyr mengenai Dewangga Sakti betul-betul menarik perhatian aku. Aku beranggapan bahawa Dewangga Sakti merupakan salah satu kesinambungan kepada perubahan irama melayu asli pada masa kini. Sekurang-kurangnya kita tak lagi jemu disogokkan lagu melayu asli lama yang asyik diperbaharui dan dikitar semula. Pada aku, mereka telah mencetuskan idea segar dalam muzik asli. Tajuk lagu-lagu mereka pun semacam je. Macam sindir sesetengah pihak je bunyinya bang? Entah. Aku bukan power sangat cerita-cerita muzik ni. Sekolah tak tinggi. Takat ijazah sarjana muda je. Tu pun nak kena ketuk baru jalan.


Menyaksikan mereka bermain dihadapan mata aku, menyebabkan aku kurang senang duduk. Nasib baik aku bersila. Kalau berdiri, mesti dah berjoget sakan. Setiap lagu diberikan penerangan yang terperinci mengenai apa yang cuba mereka sampaikan walaupun sekadar muzik instrumental. Terbaik, beb. Mampuslah apa kau nak cakap, aku memang jakun dengan persembahan begini. Rasa nak rampas je alat muzik ketuk-ketuk mereka. Aku cakap pada Daniyal," Weh, ni kalau dapat join main sedas ni, cara beb!"

Image Hosted by ImageShack.us

(Gambar cekai. Pakai telefon bimbit. Kau ingat aku mampu nak beli kamera SLR? Kepala otak kau lah)


Mulut Daniyal yang sememangnya celupar macam Michelle Melody selamba je dia bilang dengan abang Dewangga tu, "Bang, budak ni nak main. Dia power nih!" Jahanam kau Daniyal!

"Hah, meh la. Duduk sini. Kita main relaks-relaks. Cepat la.." Abang yang bermain darbuka pelawa aku. Habis satu je lagu, beliau ajak aku lagi. Ni ajak-ajak ayam ni. Aku tau.

"Eh, tak de la. Mana ada bang. Tak reti lah." Aku menolak ajakan ayam ini dengan harapan ada ajakan yang lebih serius dan menekan selepas ini. Dalam hati aku berkata, kalau dapat ketuk mesti aku naik syeikh dan keadaan akan jadi tak terkawal. Showmanship akan lebih-lebih over kepimpong bajet power. Ini perkara biasa bila aku main muzik ha ha ha.

Apa yang menarik di Maskara selain dari persembahan serba kreatif yang jarak kita dapat lihat di kaca tv atau kaca mata yang memang degil adalah makanan percuma yang diperuntukkan semasa sesi rehat. Kadang-kadang ada juga rasa nak tanya, sumbangan dari manakah makanan tersebut?

Ah, malu pulak. Dah la baru sekali datang, banyak songeh pulak aku ni. Akhirnya aku pulang dengan senyuman bersama sekeping CD Dewangga Sakti dan zine Innerview. Ho ho ho..(macam Santa Clause lah pulak)



***

Dah. Aku nak packing barang. Nak ke New Jersey dan Rhode Island. Kau ingat aku nak pergi menonton persembahan kumpulan muzik emo ke, kat sana? Kepala otak kau berjambul! Ada urusan keluarga sikit la. Mak bapak aku bising-bising suruh uruskan masalah perniagaan keluarga kat sana. Leceh bila berurusan dengan negara luar ni. Penat badan nak berulang alik. Sebotol Minyak Serai Wangi Wak Dakam pun belum tentu meredakan sakit badan dan angin aku ni. Kalau boleh buka tingkap masa perjalanan tu syok juga kan? Boleh keluar kepala rasa angin. Tu belum masalah imigresen lagi. Nasib baik aku tak ada jambang. Kalau tak, percuma je aku kena tuduh Taliban. Dah la tak dapat tengok Caliban kat MCPA Hall Sabtu lepas.


Kau tau ke sekarang KLIA tengah renovate? Dia tukar operasi ke Pudu Raya? Ini yang panas ni. Aku rasa inilah punca tiket bas naik. Ya lah, nak kena bersaing dengan pengusaha kapal terbang.


Kalau macam ni, aku naik bas je lah. Senang kan? Boleh berhenti turun kencing dan beli buah potong. Seronok jugak tu.



"Kak, tiket Batu Pahat (KL-New Jersey-Rhode Island non stop) paling awal pukul berapa?"





Khamis, 31 Julai 2008

Makhlok jahanam 666

Kita selalu dengar adanya makhluk perosak yang kerja merosakkan tanaman atau perabot. Kita juga biasanya mendengar akan perihal makhluk haram. Iaitu spesis makhluk yang tak boleh disentuh sebarangan dan dimakan sesuka hati bagi yang beragama Islam. Kadang-kadang binatang tak haram pun aku labelkan sebagai haram sebab aku geli atau rupanya hodoh. Tapi pernah ke engkau dengar perihal makhluk jahanam? Aku bilang kau, ini makhluk jahanam memang macam sial punya ciptaan.


Aku tak ada tafsiran spesifik mengenai spesis makhluk jahanam yang biasa aku ketemui ini. Apa yang pasti makhluk jahanam adalah ciptaan Tuhan yang paling menyebalkan dan menyusahkan manusia. Kehadiran makhluk ini sebenarnya kalau dipandang pada sudut rasional adalah pelengkap kitaran psikologi manusia. Kalau tak ada makhluk jahanam, tak menyumpah seranah lah kita. Tak ada perasaan geram dan marah-marah. Kalau gembira seumur hidup pun tak best jugak, apa?


Makhluk seperti ini, biasanya kita akan jumpa waktu kita sedang menjalani ujian temuduga. Datang sengih-sengih sebagai calon untuk ditemuduga dan pesaing dengan diri kau. Dia akan duduk antara calon lain dan bukan main bangga bercerita yang pakcik dia, mak dia, abah dia, tok saudara dia ada berkerja di pejabat/ jabatan berkenaan. Hal ini biasanya terjadi di kantor sektor-sektor awam atau badan berkanun.


Engkau,


Sekiranya sebagai manusia perengus macam aku. Orang kampung berbau lumpur. Tak punya kontak besar-besar. Tak ada surat sokongan. Bukan dari ahli parti tertentu. Hanya bersandarkan keputusan peperikasaan kau dan sijil kegiatan-kegiatan bongok sewaktu di sekolah dan kampus. Sudah tentu terang-terangan engkau cikai di mata mereka kan? Jadi apa harapan kau selepas sesi temuduga?


Engkau akan balik semula ke kampung mengharungi perjalanan berjam-jam, membayar tol, membayar duit minyak, bersengkang mata dan terpaksa menjegilkan mata ketika memandu semasa hujan. Pulang dengan tangan kosong dan harapan yang punai, eh punah. Sepanjang jalan memaki hamun mencarut marut. Sampai di rumah, terus cari kaset dan cd berkonsep unholy Black Metal atau Punk dan sambung maki hamun carut marut sumpah seranah ikut lirik sampai kau letih dan tertidur dengan baju temuduga kau. Ini memang terapi yang baik.


Aku secara tak langsung memandang makhluk jahanam dan makhluk haram adalah dalam kategori yang sama. Najis dan menyusahkan orang. Yang susah makin susah yang senang makin senang. Baguslah. Teruskan dengan agenda kamu. Ya. Yang macam kamu lalak-lalakkan di kaca televisyen bermula setiap jam lapan malam tu.



Agenda menyatukan…BZZZTTTTT..BZZZZTTTT..BBZZZZTT…apa? BZZZZTT…ZTTTTT..Tak dengar la..apa? ZTTTT..ZTTTTTT


(video ini amat mujarab sekiranya dipasang sambil membaca entri kali ini. Marah betul abang-abang ni. Bang Juna tak suka la marah-marah macam gini. Seram!)

Selasa, 29 Julai 2008

Ragam Bang Juna: Bila Bang Juna Berceloteh

Nak dikesahkan la kan, semalam memang hari penting buat Bang Juna. Bang Juna bangun awal. Tidur semalam pun tak nyenyak. Memandangkan hari ini merupakan antara hari penting dalam kehidupan abang. Bang Juna nak ambil baju Batman sempena meraikan tamatnya kesah loka Bang Juna di kampus. Sebelum pukul 6 pagi Bang Juna dah bangun. Senam-senam sikit, pastu terus capai tuala lusuh Abang. Walaupun kepala Bang Juna masih senoneng, Bang Juna gagahkan jugak nak mandi pagi. Ini juga yang menyebabkan Bang Juna tersepak pasu kaktus di balkoni rumah Bang Juna. Berterabur tanah. Bang Juna biar je. Tak sempat nak sapu.


Selesai mandi, Bang Juna capai t-shirt Lacoste biru belang-belang dan seluar jeans dari Perancis yang Bang Juna kirim dari kawan di Eropah. Lepas Bang Juna sembahyang Subuh, Bang Juna terus capai kunci motor kawan Bang Juna iaitu si Edy Kulim. Sejak semalam Bang Juna terus mengancam kehidupan Edy supaya dia bagi Bang Juna pinjam motor. Tapi, yang tak bestnya motor Edy tak ada cermin sisi. Dah kena curi. Bang Juna terus pulas throttle menuju ke kedai mamak. Teh tarik dan 2 keping roti kosong sebagai alas perut. Diet paling cocok untuk orang ramping macam Bang Juna.


Bang Juna tahu, memang hari ni Bang tak stylo. Kelam kabut. Rambut Bang Juna pun dah semakin panjang. Macam Adam AF. Tebal. Kusut sikit. Kata rock? Takkan naik Kriss kot? Kurang-kurang Gilera sebijik. Ah, Bang Juna peduli apa. Yang penting hari ni, Bang Juna perlu ke kampus yang tak lain tak bukan adalah Universiti Malaya.


Sampai di kampus iaitu di kawasan Bangunan Peperiksaan manusia dah ramai ya amat. Bang Juna selitkan motor Edy Kulim di celah-celah motor lahabau lain. Cantik punya parking. Kelihatan orang dah beratur kira-kira sepanjang tak kurang 50 meter. Semua mempunyai tujuan yang sama dengan Bang Juna. Pada mulanya Bang Juna bajet Bang Juna lah yang paling awal. Rupanya sangkaan Bang Juna meleset macam ekonomi Negara Dot Dot Dot. Bang Juna mula memaki-maki dalam hati. Pukul 7 dah ramai orang? Makhluk-makhluk jahanam ni datang pukul berapa? Bang Juna terus memaki dan menyebut-nyebut binatang haram tanda protes dan kecewa. Lagak orang putus kasih.


Bang Juna sms Syore. Ntah mana jibraun ni pergi. Cakap nak saing Bang Juna tapi dia pulak hilang. Rupanya dia sedang melantak. Disebabkan Bang Juna seorang pelajar lebih masa (tambah semester) Bang Juna tak ada geng. Adik-adik junior Bang Juna semua tak boleh harap. Masih membuta. Siak. Bang Juna buat-buat tengok jam dan berjalan di tepi barisan sikit-sikit. Sesekali kepala Bang Juna buat-buat pusing kanan-kiri konon nak cari orang. Ada pulak waktu yang kadang-kadang Bang Juna jingkit-jingkit kaki konon nak tengok kawan Bang Juna yang di barisan depan. Sikit-sikit Bang Juna potong dan menuju ke barisan paling hadapan. Akhirnya, Bang Juna ternampak segerombolan makhluk bermuka rabak seperti tak mandi pagi yang agak familiar.


Sah. Mereka warga kolej Bang Juna sebelum Bang Juna membuat keputusan untuk tinggal bersama sebuah keluarga korporat (bakal bapa mertua tak jadi) di Petaling Jaya. Ya. Mereka adalah Wan Jari, Asrul Mentakab, Najib Ganu, Khairul Jambu, Ustaz Pah Rengit, Puan Mazlina Nilai, Khai Benut, Liza, Atik dan Aini Tangkak (wah ramai geng Johor ni apasal?). Mereka kelihatan seperti tahanan perang. Bang Juna naik hairan. Apa yang berlaku sebenarnya, kan? Ha…ni yang Bang Juna nak cerita ni. Diorang dah tercangak kat situ kat situ seawal 3.30 pagi. Wow! Gila semangat. Sah tak mandi dari malam semalam ni, ha ha ha. Bang Juna pun macam biasalah. Salam ala-ala kenduri doa selamat. Dari hujung ke hujung semua Bang Juna salam. Buat-buat sembang dan terus masuk barisan. Ha ha ha …Bang Juna berjaya memotong kira 347 orang di belakang. Ha..ha..ha..Bang Juna gembira.


Terdengar juga suara-suara sumbang. Tapi Bang Juna buat dek je. Kira Bang Juna macam otai kat situ lah kan..Buat relaks tapi dalam goyang seh! Ha ha ha…Lama-kelamaan keadaan makin tegang. Wan Jari sendiri kelihatan bertikam lidah, berpatah arang dengan seorang gadis Cina yang mempersoalkan Wan kerana membawa terlalu ramai orang ‘kampung’nya masuk barisan. Bang Juna malas nak layan. Lebih baik Bang Juna senyum-senyum dengan awek dari fakulti Perubatan. Tapi, dengan kuasa cincin pertunangan Aini Tangkak masalah ini dapat diselesaikan dengan kuasa mistik. Ha ha ha…


Bila sampai giliran, Bang Juna pakai sauk je segala macam aksesori di situ. Malas nak test. Sebab ada mat-mat dan minah cakap, “badan lu ni saiz L bro,” dan Bang Juna percaya bulat-bulat. Topi rambu tu pun sama. Pakai sauk dan tak test langsung. Lepas selesai semua, Bang Juna terus berdesup chow. Langsung tak cakap terima kasih pun pada Wan Jari dan geng-geng yang datang sebelum Subuh tu tadi kerana diorang lah Bang Juna dapat potong barisan. Bukan apa, kepala Bang Juna dan berdenyut-denyut. Malam semalam Bang Juna tidur lewat sebab main sms dengan ex-girlfriend yang nak nikah bila entah (tak amek port). Dalam kepala Bang Juna hanya ada tilam dan bantal yang mak Bang Juna bawakkan. Bang Juna ngantok giler ni dek… Start motor dan balik ke rumah sewa Bang Juna.


Tempe masih terkangkang tidur. Bang Juna kejut dia. Paksa dia tengok Bang Juna melaram dengan baju Batman Bang Juna. Mula-mula Bang Juna pakai baju Batman tu. Untuk melengkapkannya mestilah ada topi rambu.


Kaedahnya, apasal topi ni kecik sangat? Asal Bang Juna headbanging sikit dah jatuh. Tak selesa! Itu la, padah potong barisan. Dapat topi kecik. Padan muka Bang Juna. Hati Bang Juna punyalah berasap kan..Eiii sabar je la waktu tu. Very de geram tau tak? Terpaksa lah Bang Juna start motor pergi kampus semula berlaga dengan manusia-manusia ni nak tukar topi. Tengok, dah kena buat kerja dua kali. Benci betul. Sebagai implikasi buruknya, Bang Juna lewat ke gelanggang bola jaring. Member-member Bang Juna pun tarik muka. Okelah, Bang Juna nak pergi berlatih ni. Perlawanan bola jaring peringkat Blok Rumah Pangsa KL pun dah dekat. Baii...



(P/S: Thanks pada uols yang selitkan Bang Juna dalam barisan kamu. I lurve uols, muah!)

Sabtu, 26 Julai 2008

Kuang assam!

Aku tau. Mesti ada mulut-mulut celupar yang mengata aku. Tak ada kehidupan. Apa barang update blog hari Sabtu petang? Kurang asam kau. Malam tadi aku dah berpesta tonggang langgang la dengan kawan bukan melayu aku..Arghh! Daripada kau, apa barang hujung minggu pergi Masjid India? Jalan TAR? Apa kellas oi?!! Hahahaha..

Bila tengok orang galak berpuisi, aku pun nak gak. Apa ingat Daniel je ke hero puisi? Aku pun boleh la oi!! Lagi garang la...(nak jugak....hmpkhh). Berikut adalah puisi tak tentu arah aku. Nak jugak...


Yang Mana Akan Berubah, Yang Mana Akan Abadi?

Nah
Kini sudah tersurat
Apa yang pernah tersirat
Hamburan kata sumpah semangat

Setia apa dikota?
Taat apa yang bersyafaat?
Dusta kan ini kan dusta?

Mudah kau menggampangkan janji?
Begitu senang janji kau aborsi
Pada mereka yang setia menanti?

Kebuasan serakah mengasap kebencian
Bara panas membara bakar kesucian
Najis sumpah bernanah kebendaan
Kau biarkan mereka dalam keseksaan

Tersepit dicelah kehinaan
Meneruskan keterpaksaan
Dalam setia janji dipertahankan
Sedang engkau lali dibuai bidadari
Kesialan!

Tidak aku tidak akan tidak
Ya aku akan mengiya
Hempas aku pastikan menghempas
Segala kelas yang engkau peras
Agar tidak lagi bertembok
Antara sang pemeras dan yang diperas

Mengapa engkau mula menjarak?
Sedang aku kini menginjak
Ke dasar mulut puakamu kelak
Engkau dan aku pasti kan beradu

Undang atur sedia berubah
Setia tunduk hanya yang akur
Sedang keadilan tertiarap bersepah
Apakah ini tanda bersyukur?


(p/s: Engkau jangan nak kompelin. Aku tau tak best. Babab kang?!)