*
Sudah dua minggu aku berkeliaran di Kuala Lumpur. Menghadiri temuduga dan melunaskan lain-lain tuntutan. Tak lupa. Berseronok sakan bersama rakan-rakan. Seronok kena ada. Walaupun tak kerja. Baru la nampak muda, macam adik-adik lepas SPM ha ha ha. Hari semalam diisi dengan aktiviti membuang masa bersama rakan-rakan sekampus dan kampus sekitar Kuala Lumpur. Duduk melepak seharian dengan alat muzik masing-masing di dalam kamar sempit. Sekadar berbual dan bergelak sakan di dalam ruang itu. Sebuah rumah yang dihuni oleh pelbagai lapisan kaum dan agama dari negara yang berbeza. Ada cina, ada india ada melayu. Dan yang lebih penting. Ada perempuan sebagai penyeri. Ha ha ha.
**
Acara terakhir yang aku dihadiri pada hujung minggu lepas bukanlah persembahan muzik bingit seperti selalu. Aku cuba berevolusi. Datang ke acara pembacaan naskah, puisi, berlakon dan dendangan lagu akustik iaitu Maskara pada hari Sabtu yang lepas di rumah PENA. Ini semua angkara racun yang aku telan secara tak sengaja oleh Daniyal. Tarikan utama adalah Dewangga Sakti. Review dari blog Abang Sam Langsuyr mengenai Dewangga Sakti betul-betul menarik perhatian aku. Aku beranggapan bahawa Dewangga Sakti merupakan salah satu kesinambungan kepada perubahan irama melayu asli pada masa kini. Sekurang-kurangnya kita tak lagi jemu disogokkan lagu melayu asli lama yang asyik diperbaharui dan dikitar semula. Pada aku, mereka telah mencetuskan idea segar dalam muzik asli. Tajuk lagu-lagu mereka pun semacam je. Macam sindir sesetengah pihak je bunyinya bang? Entah. Aku bukan power sangat cerita-cerita muzik ni. Sekolah tak tinggi. Takat ijazah sarjana muda je. Tu pun nak kena ketuk baru jalan.
Menyaksikan mereka bermain dihadapan mata aku, menyebabkan aku kurang senang duduk. Nasib baik aku bersila. Kalau berdiri, mesti dah berjoget sakan. Setiap lagu diberikan penerangan yang terperinci mengenai apa yang cuba mereka sampaikan walaupun sekadar muzik instrumental. Terbaik, beb. Mampuslah apa kau nak cakap, aku memang jakun dengan persembahan begini. Rasa nak rampas je alat muzik ketuk-ketuk mereka. Aku cakap pada Daniyal," Weh, ni kalau dapat join main sedas ni, cara beb!"
(Gambar cekai. Pakai telefon bimbit. Kau ingat aku mampu nak beli kamera SLR? Kepala otak kau lah)
Mulut Daniyal yang sememangnya celupar macam Michelle Melody selamba je dia bilang dengan abang Dewangga tu, "Bang, budak ni nak main. Dia power nih!" Jahanam kau Daniyal!
"Hah, meh la. Duduk sini. Kita main relaks-relaks. Cepat la.." Abang yang bermain darbuka pelawa aku. Habis satu je lagu, beliau ajak aku lagi. Ni ajak-ajak ayam ni. Aku tau.
"Eh, tak de la. Mana ada bang. Tak reti lah." Aku menolak ajakan ayam ini dengan harapan ada ajakan yang lebih serius dan menekan selepas ini. Dalam hati aku berkata, kalau dapat ketuk mesti aku naik syeikh dan keadaan akan jadi tak terkawal. Showmanship akan lebih-lebih over kepimpong bajet power. Ini perkara biasa bila aku main muzik ha ha ha.
Apa yang menarik di Maskara selain dari persembahan serba kreatif yang jarak kita dapat lihat di kaca tv atau kaca mata yang memang degil adalah makanan percuma yang diperuntukkan semasa sesi rehat. Kadang-kadang ada juga rasa nak tanya, sumbangan dari manakah makanan tersebut?
Ah, malu pulak. Dah la baru sekali datang, banyak songeh pulak aku ni. Akhirnya aku pulang dengan senyuman bersama sekeping CD Dewangga Sakti dan zine Innerview. Ho ho ho..(macam Santa Clause lah pulak)
***
Dah. Aku nak packing barang. Nak ke New Jersey dan Rhode Island. Kau ingat aku nak pergi menonton persembahan kumpulan muzik emo ke, kat sana? Kepala otak kau berjambul! Ada urusan keluarga sikit la. Mak bapak aku bising-bising suruh uruskan masalah perniagaan keluarga kat sana. Leceh bila berurusan dengan negara luar ni. Penat badan nak berulang alik. Sebotol Minyak Serai Wangi Wak Dakam pun belum tentu meredakan sakit badan dan angin aku ni. Kalau boleh buka tingkap masa perjalanan tu syok juga kan? Boleh keluar kepala rasa angin. Tu belum masalah imigresen lagi. Nasib baik aku tak ada jambang. Kalau tak, percuma je aku kena tuduh Taliban. Dah la tak dapat tengok Caliban kat MCPA Hall Sabtu lepas.
Kau tau ke sekarang KLIA tengah renovate? Dia tukar operasi ke Pudu Raya? Ini yang panas ni. Aku rasa inilah punca tiket bas naik. Ya lah, nak kena bersaing dengan pengusaha kapal terbang.
Kalau macam ni, aku naik bas je lah. Senang kan? Boleh berhenti turun kencing dan beli buah potong. Seronok jugak tu.
"Kak, tiket Batu Pahat (KL-New Jersey-Rhode Island non stop) paling awal pukul berapa?"
40 ulasan:
ya allah..sejak bila BP tu jadik new jersey weihhh :))
kulaifornia aku penah ah denga :-j
Makanan tu Geng Jurnal yang taja, katanya.
ko dah balik kg ke faq? laa...
nanti dtg balik time konvo kan?
(^v^) jgn duduk lame2 kat kg tu... nanti terkawen pulaks. hehe.
KLIA dah pidah pudu? laaa, aku ingat bas ekspres kat pudu hari tu..rupanya kapal terbang bentuk bas la? hahaha
ha. jangan lupa datang lagi untuk maskara seterusnya ya!
nanti pergi tgk masraka ajak aku.
rugi ko tak gi caliban!
salam
Terima kasih.Lain kali rampas sahaja darbuka tu.Kasi main.he he
hye bang, lama x nampak. pigi kl xkolling2 pun. adik rindu tau
rampasan darbuka???
sori la beb,nnt aku akan wat satu segmen khas utk sesi rampasan darbuka...nyahahahaha!!!
p/s: waktu aku ajak ko, ngape xnak ikut main skali? aku terlihat wajahmu dalam samar2 cahaya lilin dlm cawan tuh...xdapat nak ku agak betapa ayamnya ajakanku...huhuhu
harap dapat ketemu next maskara..
ermmmm...sejak bila KLIA dah pindah...huhuhu
dewangga sakti yer..hehehe
ini kes beranggan nak duk kat Us la nih
Minyak Wak Dakam,
made in BP gak eh?
New Jersey New Jersey ko,
ttap gak pki mnyak angin Wak Dakam tu.
ha ha.
dude, cepat nye ko balik.
terima kasih kerana datang
haha! mulut gua celupar utk kesenangan lu! hahaha!
huh? tgh renovate dan beroperasi di Pudu Raya? biar betulllll
Ohoh. Kau ke Maskara. Ok. Aku jeles.
kalau JB-BP, pe plak namanya?
erm, tak lama lagi bas pun akan ada surcaj bahan api gak ke?ahaha
Alahai bang juna ke maskara?kancil clan tak jd g. ada hal.
next maskara g ke?ha ha ha, teringin mahu jumpa kamu;p
wakakaka:)jgn perasan ok!
Makanya,
dah sampai New Jersey naik bas kat Pudu,bro.?
gambar cekai ko unik aper.. huhu!
ckp byk mmg xde guna.ko mmg terbukti degil
:p
hahah..sume tpgaruh g maskara..aku jek kental x g lagi cz aku nak stdy main corleon ni puas ati dapat bnuh awek jalan2..hahha..ermm..balik BP naik kapal terbang la kalo bran?
lain kali datang lagi ye.
gua tau lu nie minat mawi gak kan..
life-ha..itu la. dia kalau tempat2 kat johor ni dari sudut geografinya sama macam US.Taktau la kelantan mcm apa, kih kih kih
dugongsenyum-terima kasih banyak-banyak..dah la masuk free, ada makan lagi? peh maskara terbaik!
*mengampu ha ha ha
cimon-jgn mention nama aku boleh tak? aku tampar karang.
rahimin-oh..binatang yang bakal naik harga tambang tu namanya bas ke? aku fikir kapalterbang.
op-bang, terima kasih sebab sudi ambil gambar 3 ekor berok di malam maskara masa sesi rehat,keh keh keh
yosh-takpe. aku dengar morbid angel pun nak datang. ha ha ha
dewangga-lepas boleh rampas. dah hafal part2 darbuka dah. ha ha ha
ofa-kehadapan adek ofa ku sayang. kau fikir kau punya rindu je? boipren kau nak letak mana, jahanam? ha ha ha
wahyun-lepas ni aku rampas terus sebab sedang study lagu2 dewangga.cantek sangat la tu bang. kasik joget skit pun cara gak!
tasikmerah-aku pemalu. harap paham2 sendiri gerak tubuh aku langsung tegur aku dulu, ngahahahaha
ladylike-sejak ada pengumuman akan ada harga kenaikan surcaj bas.
marjerin-kau kena datang dan duduk di batu pahat johor.
memang lifestyle ala us. dalam wikipedia pun cakap batu pahat adalah little paris. cuma agak berbau tempe.
suparjo-sapot lokal prodak tuh.tempat jauh lagi dikenang inikan pula tempat chret!!
cempaka-engkau ni dah kenapa tak update blog? macam nak kena tampar dengan aku je? ha ha ha
sinaganaga-seganla hi hi hi
daniyal-kalau gua jadi bos lu, gua letak bahagian hiburan. bongkar kes rumah tangga orang. lu memang pakar benda macam ni.
maksu-sekarang, penjual tiket pun dah pakai skirt merah tau maksu
atiqah-kalau jeles leh ke los angeles. kalau nak datang new jersey pun ok.
azie-sendree mau ingat.kalau ada air asia kt bp dah lama aku naik.
jb-bp? tak lain tak bukan adalah iowa-new jersey
liyana-kalau jumpa tapi tak ajak dating apa barang?
s.yanaz-pudu seperti brooklyn bagi aku. terlalu ramai thugs hi hi hi
ajami-bang ajami.puisi abang menyentuh naluri seorang anak derhaka macam aku. dem. bila nak ajak aku berlakon? aku hensem dan berbakat. ha ha ha
mashliner-tapi kau tetap sayang aku kan? malam ari tu kau cakap kan?
tempe-boleh. suroh pakcik lu melabur kat bp buat lapangan terbang? berani?
art-ko buat aku suspen seh!
apek-lu silap. gua cuma minat latif ibrahim the legend.
setiap kali org sebut maskara msti aku teringat kenduri kawen..xtau nape..ish ish..
sama-sama. mula-mula nak tekan punat, aku konpius, apasal lens kamera dia ni wide sangat? nampak lilin je, rupanya kau zoom habis. har har.
kl-new jersey?
aii slalu naik bas kl-new castle
sakit montot yuu..lame sgt duduk
ehh juna...tau tak pontian juga dipanggil PONTIAC. tau tak?
haha
mangkok btol!
new jersey kunun!!!!
:P
Alahai.haha,jomla dating!ooppss
lariii...;p
ekke new jersey ya
ooo...nak tampar aku konon..nak gerakkan aku dr tempat tido pun tak larat...ade hati nak tampar...skali aku bg ko makan tempe...baru tau...hehe(^v^)
areleaf-kau ni emosional sangat. asik pikir nak kawen je. apahal? tengok macam aku manada piker2 nak kawin? awek pun takde? dan tak sapa pun sudi hi hi hi
op-entahla bang. aku bukan tau teknikal2 kamera ni. al maklumlah. dari new jersey. banyak aparatus yang masih analog. he he he
areyou-oghe kota baghu? guano mu nih, sakik montot? ha ha ....
life-tau. sebab tu kat situ ada litar lumba sebelah pantai kat town tu. macam kat pontiac betullah. cuma sini dorg race guna proton saga tahun 93 dengan kancil mira je huhuhu alahai..
domino-kuantan macam apa? kasik info sikit?
liyana-sila buat tempahan dengan kadar segera, ok? hi hi hi
tiung-kedah orang kata macam oklahoma betul ke? ei konpius!
tempe-kau nampak tempe pun muntah. bukan kau penyokong makanan barat ke? hi hi hi
kalau kena tempah,malasla:)
lainla kalau kamu mahu bawa princess ke citron cafe, ok?;p
chot!!Innerview kasi pinjam bole?
klu lu xkasi gua sumpah lu awek ramai tp xbole kawen.biar padan muka lu!!
bro, ko datang malam maskara ari tu? aku pun datang. apesal kita tak berkenalan aa? aku cadangkan, maskara lain kali, bloger yang datang kenalkan diri. masa tu je la kita boleh berkenal-kenal. setuju?
yana-ha ha
xfazx-hamboi!!!
denanz-betul gak kan?
Catat Ulasan