Khamis, 26 November 2009

3 setengah jam dan satu perdebatan

Adalah menjadi impian aku sebelum menjejakkan kaki ke dalam bas ekspress untuk duduk di sebelah si jelita.


Tak perlu solekan berat. Hanya perlu beberapa ulas rambut yang diwarna terang. Beberapa lakaran tatu di lengan. Atau tindikan di beberapa bahagian di sekitar muka. Berkaca mata. Lengkap dengan t-shirt kugiran kegemarannya bersama seluar jeans separas lutut. Cukup. Simple, kan?


Tapi ini memang tak pernah berlaku andainya kau naik bas dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat. Maknanya, lupakan. Kalau ke Singapura. Itu mungkin.


Kebarangkalian untuk duduk sebelah mat skima adalah sangat besar. Berbaju jersi bola sepak yang menjelikkan dan menghisap rokok di hentian rehat serta membawa bersama bau rokok di dalam bas. Itu disgusting. Kenapa tak minum arak terus? Atau layan barang khayal? Mabuk. Buat perangai sial. Senang aku terajang-terajang perut dia.


Jadi, semalam aku duduk di sebelah di sebelah ahli akademik. Yang kononnya cuba merahsiakan identitinya. Tapi kantoi. Setelah aku twist soalan-soalan perangkap aku. Itu bukan masalah major.


Cuma aku jadi bengang bila aku lihat dia sukar menerima idea orang-orang muda. Caranya bercakap terlalu berat ke kanan. Hingga menafikan fakta-fakta logik akal yang mudah. Baginya semua laporan media adalah tepat. Orang yang belajar agama semata-mata disyaki militan. Apa ni? Suka hati lah orang nak belajar agama. Hak masing-masing. Kenapa perlu ada syak wasangka dengan orang-orang yang berkopiah dan berjubah? Kenapa perlu ada rasa curiga pada mereka yang belajar agama? Pedulilah. Cara hidup masing-masing, bodoh.


Aku pasangkan mp3. Dia angkat punggung ke kerusi lain.


Good luck, orang tua.


Boleh jalan.

9 ulasan:

Unknown berkata...

orang tua?? :)

Rajuna berkata...

cik epal-boifren kamu ye?

Rahimin Idris berkata...

muka dia ada macam jalaludi hassan tak? biasanya orang muka macam tu kurang budi bahasa.

Rajuna berkata...

min-macam latip borgiba la min.

FAZ berkata...

Gua imagin si jelita yang lu impikan mengikut kriteria yang lu bagi...

dia berkaki ayam siak!!

Rajuna berkata...

xfazx-sial aku lupa tulis dia pakai kasut apa. binawe!!!

Mak Su berkata...

pakcik itu memandang berat ke kanan... janganlah pakcik, be fair and square ler

salam aidiladha

faqhrule berkata...

selamat dia bukan latip borgiba, kalau tak mungkin lama dia dah bagi kunci maut dekat kau juna

Rajuna berkata...

maksu-salam dengan bukan muhrim haram. :P

faqhrule-itu lah. masak aku. haha