Selasa, 17 November 2009

Aku bukan beruang kutub cuma manusia tropika

Hahahahaha. Aku private blog. Jadi apa ada hal? Ramai orang private blog. Aku try sepam. Tengok apa feel dia. Orang lain private invite kawan baca, aku satu haram pun tak invite. Tak dinafikan ada rasa sikit nak delete terus blog ini. Tapi nanti aku tak ada tempat nak mendokumentasi kemarahan, kekecewaan dan kebencian pulak. Tak apa. Maintain.


Kadang-kadang meluahkan segala isi hati kat sini menjadikan kita tidak cool. Melanggar pantang yang telah kita laung-laungkan juga tidak cool. Jadi dengan private blog ini aku merasa sedikit cool. Kerana ada beberapa pantang yang pernah aku gariskan dalam diri aku telah aku langgar.


Bila dikelilingi orang yang bukan dikalangan ‘kita’ sebenarnya kita akan lebih terdedah pada ancaman garis-garis larangan yang kita ciptakan. Untuk menolak kehadiran orang lain dalam hidup kita, itu pula adalah mustahil. Kerana walau apa cara sekalipun kita masih memerlukan antara satu sama lain biarpun berlainan etika dan pegangan. Ini kehidupan namanya.


Perlu berani menghadapi kehidupan sebenar. Dan kehidupan sebenar itulah medan ujian prinsip dan pegangan kita selama ini. Anda straight edge, teruskan dengan cara anda. Anda anarkis, biarkan anda dengan cara anda. Anda budak B-T-N, layan sudah. Ha ha. Ini kehidupan. Perlu berfikiran terbuka. Perlu ada toleransi. Perlu ada penerimaan dan pastinya perlu adanya penolakan. Semuanya kerana ada pertimbangan dalam diri untuk sebarang perkara yang baik atau buruk.


Perkara paling penting adalah kebaikan untuk diri anda tanpa meminggirkan hak orang lain. Perlukah anda berubah untuk memuaskan orang lain? Perlukah anda berubah untuk keuntungan orang lain? Perlukah anda berubah hanya kerana cinta yang tak pasti hujung pangkalnya? Sampai bila anda harus membohongi diri menjadi orang lain untuk diterima orang lain?


Well, fuck you.


Aku tak mahu berubah.

8 ulasan:

ainunL muaiyanah berkata...

aku pun ada terfikir nak private kan blog.. urm..

FAZ berkata...

Kalaulah terjadi pem-private-tan blog lu, camna gua nak dapatkan pas masuk VIP untuk baca luahan hati lu.

ada kriteria tertentu tak?
bape rib duit kena bagi?

Rahimin Idris berkata...

kau memang tak ada wawasan. bila nak pakai baju batik ni?

ahmdsyhmi berkata...

betul.

tak perlu puaskan hati orang lain kalau hati sendiri tak puas.

dan mustahil untuk puaskan hati semua orang

dzul berkata...

suka hati lu je nak pervert blog..sepol buhari pn x buat perangai mcm tu.

Sang Pencinta berkata...

wah ayat sorg cekgu xdpt dilawan..boleh buat lagu ni

Rajuna berkata...

ainul-silakan. andainya terdetik di hati.

xfazx-lu doakan gua cepat dapat awek. mesti gua bagi pas penginapan 2 hari 3 malam utk dua oarang.

min-cilakak min,macam tau2 aku selalu mengelak pakai baju batik. hahahahaha


ahmd-siapa org2 itu sebenarnya?

dzul-aku ke sepul yang pervert ni? hahahahahaha.dem!

tempe-ayat seorang pegawai bank lagi dasat. dah ramai perempuan terlentok dek ayat2 pegawai bank ni. haha

Danielle_Corleone berkata...

ini semua kerja test market.