Isnin, 30 November 2009

Coretan Jejaka Meletops~ <3

Hobi gua adalah berjalan-jalan. Tak dapat berjalan-jalan dengan awek yang gua idamkan, gua begitu fleksibel untuk berjalan-jalan dengan teman-teman gua yang pada lahiriahnya sukar berfikiran secara siuman apabila ternampak gadis-gadis manis. Tak dapat berjalan-jalan dengan teman-teman se-mereng-an, gua mempertaruhkan kesempurnaan fizikal ini untuk berjalan-jalan seorang diri.


Aktiviti berjalan-jalan atau merayau-rayau tanpa tujuan sememangnya menjadi papadom dalam kehidupan gua. Kanan. Kiri. Kanan. Kiri. Gua suka merayau di kompleks membeli belah. Sejuk. Ada pendingin hawa. Lagipun gua bebas bereksperimen dengan pelbagai ragam fesyen. Sama ada berjeans koyak bertampal perca-perca anarki atau berlabuci persis Azwan Ali. Adakalanya seperti Jaafar Onn-berbunga matahari.


Bila merayau-rayau, kita akan dapat berjumpa dengan ramai orang. Tinggi. Pendek. Rendah. Kurus. Gemuk kedempol. Pongkes plastik. Sekeping papan terbang. Mahupun ketua tar jalan. Semua mempunyai potensi untuk kita temui.


Ada juga yang gua jumpa mereka itu berpasang-pasangan. Itu sangat menarik. Mereka menjadi inspirasi gua untuk hidup bahagia di masa depan. Itu juga menyebabkan diri gua berusaha untuk menjadi manusia diyakini mampu bertanggungjawab terhadap seorang makhluk yang dinamakan perempuan.


Setiap pasangan yang gua jumpa kelihatan amat mengasihi antara satu sama lain. Biar berlainan kaum. Biar berlainan agama. Biar si gemok kedempol babat lembu si lelaki. Biar selebar pongkes punggung si perempuan. Biar sekelabu arang si gadis. Biar sehitam ketua pasukan mengetar jalan raya. Mereka tetap menerima pasangan mereka seadanya. Oh, indahnya tika bercinta.


Gua biarkan mereka. Terbang dan hanyut lemas di dalam karam bercinta bersama kekasih masing-masing dan gua terus begini. Kemas. Tersisir rapi. Tampan. Anggun. Berkilau. Ayu. Berkeyakinan. Menawan. Langsung jelita. Yang penting, GLAM! Okey?!


Bila dah step-step glam ni noks, faham-faham je lah. Ramai yang memerhati setiap inci tubuh I yang meletops ni. Ha, I pun apa lagi lah noks, kontrol steps la..hawau! Ahaks.


I pun melangkah dengan seksinya. Left. Right. Left. Right. And, one more thing. Ada jantan-jantan. Macam cilaka. Sudah jeling-jeling...No.... No....No...... No.....



First, dia tak jeling I, okay? Teka dia jeling siapa?



Dia jeling aweks dia lah uols! Wakakakakaw! Tak cukup jeling, dia terus kepit aweks diorang kuat-kuat tau. Hello, takut aweks uols lari berganti-ganti 400 meter ke? Eiii..so sweet la korang ni. But, but, but (sambil tunjuk jari telunjuk)... Tau tak sebab apa jantan-jantan cilanats ni buat macam tu?


Sebab.

Aweks dia telah memandang Bang Juna dengan pandangan yang menghairahkan. Auw. Dari atas. Sampai ke bawah. Hey... uols know what, dey all tenung lama kat abdomen Bang Juna.. Ups... terbuncit skit. Ahaks... Sorry okay?


Well.


Siapa suruh you pakai jersi bola sepak bila dating? Lagi-lagi Manchester United. Dah macam jembalang gurkha I tengok. Very-very de meluats okey? Wakakakakaw. Eiiii please lah..Kena pulak dengan rambut terkumpul kat tengah tu, euuuww....berminyak melekit...Hello? Pakai Tancho ke? Wakakakakaw.



I malas nak cakap banyak dengan jantan-jantan cemburu celik ni. Nanti ada orang kata I menyanyah bukan-bukan macam Eric Kasa Impian pulak. Oh, please......lah. Tak kuasa okey?


Cuma,

Bang Juna nak beri amaran. Jauhkan teman wanita kamu dari terserempak Bang Juna sebelum uols berputih mata. Ahaks. Dan. Kalau rasa diri tak jambu. Jangan cuba ada teman wanita. Faham?


Yeyeh!!

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

huhuh..

nagus2 bang juna!!!!

Rahimin Idris berkata...

lu macam ahadiat akashah la.

Rembo berkata...

macam pundek.

tapi bab Man U tu gua memang sokong sangat2.

Tolong review sekali yang dating pakai kasut futsal Nike. Boleh?

dzul berkata...

wakaka,
meNci tawW kalau awekSz skew jewlinG2 jejaka jambu mcM bang junA..eowwW

blackpurple @ jowopinter berkata...

Tu la. Lain kali pakai la jersi Blackburn Rovers atau Bolton Wanderer...

Rajuna berkata...

ghost-:)

min-ada nampak macam blogger amno tak min?

rambo-ahahaha. suar jeans levis siam kalau kena hujan luntur tu masuk sekali tak?

dzul-i booducks gewdiks taw dzooouullls.


bp-ahaha. gua nak pakai Deportivo.

Mak Su berkata...

saya harap para jejaka di luar sana, please, please.... take precaution... lihatlah saja kepada bang juna.

kecik berkata...

oh. bangjuna.

kami kaumm-kaum gadis ni sangat suka lelaki yang perut buncit.

tak, tak. sebenarnya kami suka yang iras-iras bangjuna dan berperut buncit.

Rembo berkata...

boleh juga.

Dengan baju polo ada kuda besar kat dada. Sekali dengan tulisan besar nak mampos belakang kolar yang akan nampak bila berdirikan kolar.

Auuuuuu!

Rajuna berkata...

maksu-oyeha!

kecik-kau bior betul?

rambo-hahahaha. perghh. pasar lambak!

dEs berkata...

abah I pakai tancho..tp dulu2 la..
bkn style yg kumpul2 kt tgh..tp ala2 sikat tepi tahun 1970..