Selasa, 24 November 2009

terima kasih cinta bahagian 3 (karangan surat tak rasmi)

Kepada awak.


Tahniah kerana bakal menjadi milik mutlak seorang lelaki hari Sabtu ini. Saya disini sentiasa mendoakan kebahagian awak. Memang la berbeza. Saya kutu. Dia orang persekutuan. Tapi saya harap awak buat keputusan yang tepat. Apapun saya memang terkejut. Seolah semalam baru awak kata sayang pada saya.


Oleh yang demikian, adalah besar hati di pihak saya agar awak jangan lagi ada perkataan sayang kepada saya sama ada dalam bentuk teks atau vokal. Ini amat merbahaya. Sudahlah sebelum ini kita banyak redah garis-garis merah. Tak mengapa. Saya rasa penghujungnya di sini.


Jangan. Saya tak pernah buang awak dalam hati saya. Permintaan awak tak akan saya hampakan. Kita memang buat silap. Tapi pengakhiran kepada kesilapan ini harus dirayakan. Bukan diratapi. Okey?


Pihak saya amat berbahagia andainya awak dapat menjalankan tanggungjawab yang bakal dipikul tanpa ada sisa perasaan terhadap saya. Sememangnya itulah harapan saya. Percayalah tiada tangis atau penyesalan bagi pihak saya atas keputusan awak. Malah amat bersyukur.


Apa yang paling manis sekali, kita mampu meneruskan perjalanan tak berdestinasi itu dengan begitu cekap biarpun hampir dihidu pihak yang tak mempunyai kepentingan dengan kita. Sekarang awak sudah temui destinasi itu. Biarlah saya seorang diri memandu dalam kegelapan malam menyusuri lebuh raya yang penuh ranjau berduri itu.


Tiada lagi iringan lagu cinta dalam perjalanan sekarang ini. Tiada lagi rintik hujan mendinginkan perasaan ini. Tiada lagi tutur kata membara jiwa agar saya tidak mengantuk sepanjang perjalanan ini.


Semoga berbahagia. Tak larat nak menaip. Nak pitam sekejap.



Dari saya,
Bang Juna





Soundtrack:

Success-Aku Cinta Pada Mu
Success-Kerana Cinta Aku Turutkan
Kristal-Cinta 3 Segi

10 ulasan:

Rahimin Idris berkata...

lagu kau terpaksa aku dipaksa tak ada keset ke?

notso_violet : seindah bunga seri pagi berkata...

sian bang juna.

dEs berkata...

surat cinta utk saya xda kah?

dzul berkata...

lagu anak ahmad dhani..superman..superman..pun boleh

Rembo berkata...

Dak2 2 step mmg macam ni.

Rileks la. Bekas makwe, makwe-makwe target gua semua dah kawen. Hidup senang lenang depan mata. Dah beranak pinak pun.

Gua? Relax sudah. Masanya ada nanti.

Tanpa Nama berkata...

ada ke org wat surat cinta macam wat karangan surat rasmi??

Mak Su berkata...

saya doakan encik juna sabar sentiasa, kerana sayang untuk anda di sana, di sana, di sana (cakap ada echo)

blackpurple @ jowopinter berkata...

Lebuhraya mana ada ranjau ni. Melampau betul lah. Dah la tol mahal..

Rajuna berkata...

min-mana musim sekarang kaset. jom ah karaoke.


violet-ala bisa tegal biasa dek.

des-nanti parent kamu marah.

dzul-itu tune sedih tak masuk. chait!

ram-jadahnya aku budak 2 steps. siak

manny-ada. dulu i pernah dapat. kepala surat pejabat.

maksu-sana mana? uruguay?

bp/jp-ha ha ha ha...jalan batu pahat-pontian la.

ofaghag berkata...

padan muka, dua dua pun gatal. *kejam sikit