Kita selalu dengar adanya makhluk perosak yang kerja merosakkan tanaman atau perabot. Kita juga biasanya mendengar akan perihal makhluk haram. Iaitu spesis makhluk yang tak boleh disentuh sebarangan dan dimakan sesuka hati bagi yang beragama Islam. Kadang-kadang binatang tak haram pun aku labelkan sebagai haram sebab aku geli atau rupanya hodoh. Tapi pernah ke engkau dengar perihal makhluk jahanam? Aku bilang kau, ini makhluk jahanam memang macam sial punya ciptaan.
Aku tak ada tafsiran spesifik mengenai spesis makhluk jahanam yang biasa aku ketemui ini. Apa yang pasti makhluk jahanam adalah ciptaan Tuhan yang paling menyebalkan dan menyusahkan manusia. Kehadiran makhluk ini sebenarnya kalau dipandang pada sudut rasional adalah pelengkap kitaran psikologi manusia. Kalau tak ada makhluk jahanam, tak menyumpah seranah lah kita. Tak ada perasaan geram dan marah-marah. Kalau gembira seumur hidup pun tak best jugak, apa?
Makhluk seperti ini, biasanya kita akan jumpa waktu kita sedang menjalani ujian temuduga. Datang sengih-sengih sebagai calon untuk ditemuduga dan pesaing dengan diri kau. Dia akan duduk antara calon lain dan bukan main bangga bercerita yang pakcik dia, mak dia, abah dia, tok saudara dia ada berkerja di pejabat/ jabatan berkenaan. Hal ini biasanya terjadi di kantor sektor-sektor awam atau badan berkanun.
Engkau,
Sekiranya sebagai manusia perengus macam aku. Orang kampung berbau lumpur. Tak punya kontak besar-besar. Tak ada
Engkau akan balik semula ke kampung mengharungi perjalanan berjam-jam, membayar tol, membayar duit minyak, bersengkang mata dan terpaksa menjegilkan mata ketika memandu semasa hujan. Pulang dengan tangan kosong dan harapan yang punai, eh punah. Sepanjang jalan memaki hamun mencarut marut. Sampai di rumah, terus cari kaset dan cd berkonsep unholy Black Metal atau Punk dan sambung maki hamun carut marut sumpah seranah ikut lirik sampai kau letih dan tertidur dengan baju temuduga kau. Ini memang terapi yang baik.
Aku secara tak langsung memandang makhluk jahanam dan makhluk haram adalah dalam kategori yang sama. Najis dan menyusahkan orang. Yang susah makin susah yang senang makin senang. Baguslah. Teruskan dengan agenda kamu. Ya. Yang macam kamu lalak-lalakkan di kaca televisyen bermula setiap jam lapan malam tu.
Agenda menyatu
(video ini amat mujarab sekiranya dipasang sambil membaca entri kali ini. Marah betul abang-abang ni. Bang Juna tak suka la marah-marah macam gini. Seram!)
33 ulasan:
ape bang juna cube nak sampaikan nih..
bace seploh kali pun x phm..
cube bg ayat2 ringkas skit :))
waahhh, betul punya marah nampak! sebab makhluk jahanam yang bawa surat ada sain dakwat kuning ka? atau mengaku 60 pupu dengan PM ka?
haha.
bagi je makhluk jahanam tu sarapan lutut. (kalau interview tu pagi lah).
dah la pakai kabel, pastu cakap banyak pulak tu.
Ala, juna. Kalau ko nak kerja ko bagi je resume kat kawan aku,ipah. sepupu dia kawan adik khairy jamaludin.
sy pun tk bole tahan dgn sikap manusia yg suke ckp besar...nasib la kat tmpt keja sy tkde org mcm ni...klu ade alamat die blk keja tak pakai baju laa..sbb kitaorg kat cni semua kaki buli..hahahahah
hahahahaha! dah tersepit baru nak ajak bersatu! kalau bersatu memang sebijik macam melepaskan ANJINGGG!!! yang tersepit.
ayu-pernah tengok jaluran kabel elektrik di tepi2 jalan. sekarang, dalam pejabat pun ada kabel jugak.
rahimin-eh mana ada aku marah. aku gurau2 sayang je.
hahaha...
shahril-biar dia sarapan dengan maki aku. santapan rohani. :)
yoshz-ye ke? cun. tapi aku bagi fotostat resume je la. nak bagi ala-ala proprinted tak ada peruntukan! haha
artsoul-ho ho ho melampau ni sampai tebogel-bogel! ha ha ha ...lucah!
danial- wo wo wo statement.. ala guruh sabung menyabung!
memang benci perangai makhluk jahanam, bantu kaum kerabat sendiri tanpa kira logik. SPM tak lepas pun boleh jadi DO! kurap tul. kepada yang takde kabel mahupun sekutu makhluk jahanam, teruskan usaha menjaja kebolehan diri.jangan putus asa,mesti ada yang akan hargai penat lelah di kampus dulu. point yang baik telah kau jelmakan juna.
haha. takpelah abg juna. keje kat opis yang ada suku sakat pun tak best. tak berkembang minda. cari lagi ye!
i doa untuk u.. auw!
Bro.,
rezeki ada laa tuhhh.
Nasib diaorg x ckp anak sedara kpd Datin Sheripah Aini.
ni yg buat gua nk marah jugak ni..ingat dieorg ade kabel besar dieorg bagus ker?klu berani one by one la..jgn maen bangsat..ape barang maen tagteam??puaka btol!!
dah la ada KABEL, pas tu guna lak kete KEBAL ... haha.
saya suka marah2 macam abang itu..hehehe
ssAku faham.
Sangat faham tentang kemarahan itu.
"Puan, saya rasa puan tidak sesuailah untuk jawatan ini"
Damn!
kalo gua la bro,musti gua dptkan jugak peluang utk pegi final interview ngan makhluk2 jahanam tu, time tu musti gua sebat@basuh die habis2 sampai sedara die yg interview kami tu naik hangin tak pasal2. hahaha (^o^)
(p/s: pastu...mmg confirm la xdpt keje kat situ)
alaaa, frustler, tak leh join marah2, sbb tak dpt nak tgk vid tu.... huhuhu
bro bebel-semoga begitu la adanya hehe
art-auw...kadang rasa cam tak koser kan?hik2
s. yanaz-erk. kalau macam tu ramai la yang mc sebab kene suntik
areleaf-manusia lupa diri bila berkuasa.sanggup memijak antara satu sama lain.
denanz-kereta bebal kot? ha ha ha
kak waterlily-sikap org melayu macam ni la..hadoi..
cimon-jgn garang sangat. nanti lambat kawin.
aku cukup tak setuju dengan sistem kabel kabel..kuat rosak..mentenen tinggi.
Org dah lama pakai wayerless..
kalo takat nk amek kaum kerabat xyah wat interview la cmtu..
wat semak ofis je..
ye dok?
Alahai. berkias2 pula Abang juna ni..auwww~huhu
sabar ek bang juna..
p/s: saya sedang dalam terapi penyabaran juga.
Haih. Pantang aku main orang-orang dalam ni. Kasi sedas, taulah.
dzul-itu la. bila dah rosak, kita semua kena tanggung akibat. macam mana nak download maria ozawa baru punya ehem kan?
efie-bukan setakat semak. malah kalau ada kesempatan dia samun sekali.
liyana-kadang-kadang bang juna dengar jugak kugiran nama kias fansuri. nak baca buku kias fansuri tak faham la pulak.
azie-rumah terbakar nampak asap, hati terbakar sapa yang tahu? ha jawab jawab!
atiqah-itu la. kalau nak main orang2 pergi la di tengah sawah kan? kalau tumbuk pun dia diam je. burung, tupai pun takut dengan orang2 ni.
marjerin roti bakar-yeke? aku seram la muzik begini, keh keh keh
Alahai. kias fansuri plak:p
Ehehe,sabar ok?kalau marah2,nanti muka bang juna bkedut2. tak macho;p
dah namanya jahanam dan haram. Tentulah bendanya tak elok kan...?
kita marhaen
maksu-alamak maksu. tengok mami jarum je la ye.
liyana-bang juna tak heran. bang juna pakai SKII
albimasakti-kalau elok mesti lah namanya hamid atau ahmad kan?
tasik-kita sang patuh tunduk mengeluh.
sabar saja...dunia ini bulat...penuh karma
life-kalau empat segi kan senang. boleh nyuruk2 kan?
abg juna jgn marah2
=X
domino-mana ada marah. sayang lagi ada
ulasan:
anda marah dengan siapa?
makhluk jahanam yang disebut2?
atau sekadar menggunakannya sebagai topeng?
saya mungkin mengerti.
Catat Ulasan