Manusia. Bila wang dan pangkat menjadi ukuran, segala-galanya yang indah akan menjadi bodoh. Bagi mereka, tiada apa yang lebih menggiurkan selain dari wang dan harta. Silap hari bulan nampak gadis seksi pun tak akan ada selera lagi. Macam pernyataan di atas. Biasanya ayat begini adalah mereka yang melihat setiap sisi kehidupan perlu diisi dengan wang semata-mata. Sangat kasihan. 45 ekor siamang laut untuk mereka yang pernah mengeluarkan pernyataan sebegini.
Ada perasaan jangan dibelakangkan. Nanti, sampai satu peringkat kau tak ada perasaan baru tau. Hidup ini bukan sekadar nak mencari harta. Mencari kebahagiaan bukan atas nama wang semata-mata. Sebenarnya kita silap. Kesilapan pada hari ini kalau tak diperbetulkan malah diturunkan kepada generasi seterusnya, akan menjadi luka yang tak sembuh-sembuh. Bukan macam luka bercinta. Senang sembuh kalau jumpa orang pandai bergaya dan berbahasa. Warna bumbung rumah awek/pakwe lama pun boleh lupa beb.
Tamak, mementingkan diri sendiri dan suka mengambil kesempatan atas orang lain. Semua ini adalah hadir akibat sikap dari dalam diri yang ingin terus menerus menjadi sekeping kertas yang bermaruah. Ini kerana, hanya dengan sekeping kertas yang bermaruah itulah harga diri akan lebih dihargai. Terus terang aku katakan ini adalah kesilapan yang besar dalam menilai ertikata kehidupan. Malah lebih besar dari perut abang yang cuba memperkenalkan kau skim cepat kaya baru yang mendakwa berpendapatan 6 angka walaupun hanya berkereta Kancil turbo. Makan di warung sendiri-sendiri bayar. Ok la tu. Nak jadi kaya kena berkira. Kau jangan banyak komplen. Dengan awek kau tak berkira pulak.
Piawaian kehidupan yang berpandukan ukuran kewangan dan harta semata-mata sebenarnya menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan dalam kehidupan. Akibat ledakan tarikan harta, ada yang sanggup membelakangi agama. Kita kena terima. Masyarakat hari ini sememangnya mahu menjadikan kuantiti aset sebagai satu pencapaian kehidupan. Sebaliknya, prinsip diri, maruah, kasih sayang dan nilai murni tiada lagi dalam kamus pencapaian kehidupan yang sempurna. Itu semua dah tak stailo. Sekali lagi, ini satu kesilapan yang amat menarik seperti menjadi ahli kumpulan kongsi gelap berasaskan kaum. Eh, ada ke macam tu? Entah lah. Aku dengar orang cakap je.
Menjadi seorang yang berilmu itu, pada hari ini diukur kepada tahap pencapaian kariernya. Pendapatannya. Kemewahan gaya hidupnya. Tetapi bukanlah tindak tanduk pemikiran. Moral. Mahupun sumbangannya kepada masyarakat. Kali ketiga, ia adalah satu kesilapan yang amat bergaya seperti menjadi abang trendy berbaju nombor di lengan kiri jenama Polo dan berhelmet Appolo pulak tu. Tambah pulak dengan Levi’s Siam. Kasut Timberland Uptown. Peh. Hensem abis dan cukup rabak.
Medium siber pada hari ini yang kita gunakan sehari-hari. Pada aku bukanlah semata-mata diaplikasikan untuk membuat duit 365 hari 24 jam 7 hari seminggu. Aplikasinya adalah pelbagai. Untuk berkongsi pendapat, pemikiran, meluahkan perasaan mahupun info, malah lebih dari itu. Kalau nak cari video budak-budak melayu bertudung buat aksi, itu kau punya pasal. Lantak kau dan aku-aku sekali. Duit hantaran sendiri-sendiri cari.
Bangangnya, ada yang melihat kegiatan menulis blog ini adalah satu yang sia-sia. Man, u had no fun in yer fucking life. Peh mencarut dalam bahasa inggeris. Ya. Pada mereka yang memandang hidup adalah tentang duit, blogging memang bodoh. Mengarut. Untuk para pecundang. Tapi bagi seseorang yang minat berkomunikasi, berkawan dan berkongsi, ia bukan satu masalah yang besar. Malah, pada satu tahap mungkin ia terapi yang bagus bagi mereka yang memerlukan satu platform untuk minda yang tertekan. Daripada merancang nak pukul orang sana nak pukul orang sini, duduk diam-diam depan skrin komputer lagi bagus. Bukan dapat apa pun tunjuk hero ni. Kalau dapat jadi pelakon lagak ngeri tak pe jugak. Boleh bergambar dalam kolam renang bersama selebriti perempuan yang baru nak naik sambil bercerita tentang makanan kegemaran.
Aku menyampah bercakap dengan orang terlalu komited dengan duit, duit dan duit. Sampai apa yang orang lain buat pun akan dinilai berdasarkan harta. Gila tak seronok. Aku ingat orang macam ni bila sebiji butir nasi yang jatuh di atas lantai pun akan membawa kepada gejala insomnia sampai tertonggeng-tonggeng. Biasanya aku akan sengaja menumpahkan air dari dalam gelas apabila berkongsi meja makan di warung dengan golongan ini. Buang masa. Orang begini tak usah dilayan. Skema dan langsung tak hardcore. Mungkin mereka lebih suka mendengar lagu dari Adam iaitu Robot kalau tak silap aku. Atau lebih afdal lagi, mereka mungkin budak shuffle.
Hidup ini seperti mendaki gunung. Saban hari kita akan mendaki gunung. Memang sukar untuk mencapai puncak kesempurnaan kehidupan. Oleh itu, jadikanlah ekspedisi pendakian kamu lebih bermakna dengan menghidu haruman bunga-bunga yang ada disekeliling kamu itu. Jangan jadi bodoh. Memikirkan benda yang bukan-bukan. Itu lagi bosan. Kamu adalah diri kamu. Kamu yang tentukan. Usah menjadi orang lain untuk mencapai nikmat bahagia. Siapa dah join bulu*ma^ angkat tangan? Bagus. Teruskan cari skim yang lain. Anda memang usahawan glokal.
27 ulasan:
Iye betul .. ini semua ekau yang punya pasal! ahaha..
ok layan2 kancil turbo kasi masuk sunroof!
peh!mmg berbulu telinga gua dengar orang ckp gitu!!!
selamba badak kutuk hobi kte sbg blogger tegar....
bro,
cudn't agree more with u!
sorila bro. aku lahir2 je mmg dah kapitalis. bulohmas tu apa jadah?
Kau suroh budak politik tu tulis blog.
Tgk gian x gian.
pergh!!
Penolakan terhadap idea kapital ni!
Dalam bahasa yang panjang.
hahaha.
bu***m** tu ada jugak kawan aku promot..macam tak boleh percaya je skim dia..
hish..kau ada info x?
ahahah..gud2
aku da kja
tp benti kja
kna cr kja balik
adehh..tak bestnya jd aku :<
dgr cerita dah byk dah orng dpt duit dari iklan kat blog.... ada hasil jugak ler kaedahnyer
yeh. pedulikan saje mereka tuh.
wachaa!!
aah. letak la nuffnang kat sini. blog u ni kan feymes. mesti cepat dpt duwet. huhuhu.
bro apa crita Provinsi Kata ni. haa! haa! :-p hahahaha!
wah menarik penulisan saudara..tapi kalo hidup susah akan membawa perkara2 yg xbaik spt curi dan melacur so bukan kah e2 bende yg di laknat..hehhe..sje provoke kalo x provoke x cun la xde debat..ermm..gua rasa masa kini xda wang xle jalan nak kencing pon bayar beb
Aku setuju ngan ko..ASyik nak pikir duit je tak masuk kubur pun..Wei,ko kena tgk cite KAMI.Best kot.TP,kena tapi,kena tgk drama brsiri dulu la.Bru paham..
;-)
bukan semua benda duit boleh beli.....
gua sepanjang tahun miskin rilek aje beb!yang penting hati gua senang!
tapi ada masa tak rilek juga..
aku suka duit, nanti boleh beli cinta dan perempuan
nak tanya jugak. buluhmas tu menatang apa? MLM?
sangat marah dgn org yg memandai2 kutuk blogger....huh!
bagus betul posting nieh:D
buat la zine wei...
btul-btul-btul...(baca mcm epin)
boleyy mnulis...mengekspresi...
...
*ayat seterusnya sila tgk tema filem KAMI*
This post has been removed by King.
*sebab penuh dengan makian kepada Mamat berkarier dan aktif berpolitik kental sampai tegang urat merih.
marah betul bunyinya ni. lantak lah ke dia. bukan dia yang bayarkan bil internet kan?
hidup memang pendakian... unt maju. siapa kuat dan tangkas... dia akan ke depan...
hihi.tak leh imagine kalau BANG JUNA jual kuih;p..
owh!no...huhu
oh
dh lame aku x berkunjung ke sini
ape khabar bang junaaaaaaaaa (suara gile gedik thp dewa langit ke-8)
aliff-kasi sikit set L5 peh!
padel-jum kita suntut lubang hidung mereka?
azie-tau ke pedigree ape? ha ha
yosh-sila gugel encek yos!
suparjo-dia gian 3gp je, ha ha ha
rambo-takde kapital pun meleleh jugak dibuatnya. apapun berpada-pada!
dzul-aku pun tak tau sangat. cuba google
tiung-kuatkan semangat bro!
maksu-malas la maksu. memang malas!
atiqah-letak gamba sendree boleh?mesti ramai dapat marka!
daniel-tau sabo?! ha? ha? huwarrgahhhh!!
tempe-bersederhana. saya tak menafikan kuasa kewangan dan kepentingannya.
jagatraya-ehmm..akan diusahakan.
pendekar-kadang2 boleh beli maruah jugak
poyotitos-perkara yang paling takleh nak relax bila aweks ajak date. dem mana nak cekau?
stam-bagus. anda boleh jadi ahli politik :P
tasikmerah-google.sekian
apek-tunggu. akan terbit!
cimon-macam la dah tengok.cih!
king-:)
life-betul.cuma kalau dah join MLM tu paham2 la sendree. bayarkan duit teh dengan mee goreng tu!
albima-hakikat zaman kapitalis.
princess liyana-tak sampai dua jam mesti dah licin!
mash-rindu tak?
Catat Ulasan