“You. I dengar hisap rokok boleh kawal berat badan. Betul ke?” Tanya Ana kepada aku dalam sebuah restoran makanan segera.
Aku terus sibuk mengetik butang-butang telefon bimbit, “ Ah? Yeke? Entah. Ye kot.” Tanpa melihat anak matanya. Mata aku tertumpu pada skrin telefon. Mencari akal membalas mesej dari Sarah.
Bukan aku tak tau. Dia nak pancing. Nak bagi pembayang. Beritahu aku bahawa dia kini perokok. Helah. Aku malas nak layan.
Dia ingat bila dia dah hisap rokok, aku nak kucup bibir dia lama-lama? Kirim salam!
**
Aku tak ada masalah untuk muncul di majlis-majlis makan malam, rumah terbuka atau aktiviti marhaban. Biarpun hanya sebilangan kecil yang menegur aku, itu bukan perkara yang mustahak bagi aku. Hidangan makanan jauh lebih menarik perhatian aku berbanding tamu yang hadir. Kalau ada anak dara, barulah aku cuba mengawal tahap ketampanan aku. Tetapi, terdapat satu gangguan bila berada di majlis-majlis sosial sebegini.
Aku kurang selesa dengan mereka yang menghembus asap rokok sesuka hati. Biasanya para perokok akan menyalakan rokok selepas acara makan. Tanpa peduli akan kecenderungan orang lain terus hembus suka hati kepala bapak dia ke muka-muka orang. Ini perbuatan kurang ajar. Tak hormat langsung kepada individu yang tak merokok seperti aku. Kalau nak hisap rokok jugak sila jangan hembus ke muka orang. Jangan lupa kawal asap rokok yang keluar dari puntung. Jangan sampai terarah ke muka orang. Kena maki, sia-sia hidup ko.
Lagi satu bila di moshpit (tempat berjoget lambak sepak menyepak di hadapan pentas) di gig-gig. Ada jugak malaun jahanam macam haram menyalakan rokok kat tempat berasak-asak macam tu. Ini bengong ke apa? Kalau tercucuh t-shirt aku mampu nak ganti ke? Tau ke baju aku banyak yang rare? Kalau tercucuh dahi aku apa nak jadi? Nak kena sepak ke apa diorang ni? Dah la sesak. Asap rokok ko lagi. Sesak napas bodoh!Aku jadi panas hati. Rasa nak tumbuk si penghisap rokok. Rasa nak rampas puntung rokok dan cucuh ke pipi diorang. Nasib baik kat moshpit. Boleh pukul curi dari belakang. Aku mensasarkan bahu kanan sebagai tempat serangan. Nak isap rokok pergi belakang, bangang. Jangan menyibuk kat sini.
Aku sangat menghargai beberapa personal yang ada disekeliling aku yang cukup menghormati mereka yang tak merokok. Perbuatan meminta kebenaran untuk merokok adalah sesuatu yang digalakkan di sini. Di rumah sewa aku sendiri, tiada yang menyalakan rokok di dalam rumah. Kalau berani cubalah. Itu pun kalau nak tengok gusi berdarah dan kepala tersiat. Kalau nak hisap rokok, sila ke balkoni.
Bukan aku tak pernah hisap rokok dulu. Jangan ingat aku tak tau istilah ‘kapal selam’. Jangan ingat aku tak tau istilah‘chai’. Jangan ingat aku tak tau istilah ‘gulung’. Engkau di luar sana. Jangan ingat aku tak hisap rokok aku budak nerd.
***
18 tahun tinggal di kawasan pekan menyebabkan aku sukar menyesuaikan diri di kampung. Dalam masa enam tahun sejak aku tinggal di kampung, hanya tahun pertama yang lengkap 365 hari aku lekat di rumah. Bila aku melanjutkan pelajaran hanya beberapa hari sahaja aku kat rumah. Paling kuat sebulan lebih.itu pun waktu cuti semester. Lepas tu balik semula di kampus untuk latihan muzik dan aktiviti lain.
Aku sebenarnya tak ada masalah duduk dengan orang tua malah sangat senang sekali sebab makan minum sakit pening terjaga. Tapi yang menjadi masalahnya adalah tahap kesunyiannya yang di tahap maksimum menyebabkan aku tak keruan di rumah. Aku jenis manusia yang tak boleh kesunyian. Aku ingat kalau aku kahwin aku mahu isteri (?) dan anak yang ramai biar riuh rendah rumah aku, ha ha ha.
Untuk melepakkan diri di pekan, aku perlu berkenderaan 5 atau 6 kilometer mencari rakan-rakan. Ini satu lagi kerja yang aku paling malas sekali nak buat. Aku sangat malas memandu/menunggang. Bukan tak ada budak-budak kat sini, masalahnya nak sembang apa? Ikan? Memancing? Rempit? Awek sekolah? Ganja?
Pada awalnya, sewaktu aku mula-mula tinggal di kampung aku mengalami tekanan yang teruk. Ini menyebabkan aku mengalami kemurungan. Setelah dikaunseling oleh pak haji-haji dan Pak Long barulah aku Ok. Kalau di pekan kawan-kawan aku sentiasa mengetuk pintu dan datang berbondong-bondong dengan gitar tong. Sebaliknya, bila di sini aku langsung sunyi. Hilang sorak sorai kawan-kawan. Hilang segala aktiviti petang. Malam aku jadi sepi. Nak tengok awek berpeha gebu jauh sekali. Kalau ada pun awek di sini banyak yang sudah ‘dicop’ orang.
Kini, sekali lagi aku berhadapan dengan satu tempoh jangka masa yang lama di rumah. Badan aku mula sakit-sakit sebab otot-otot jarang digunakan. Otak pun jarang berkerja. Aku syak pemikiran aku pun jadi lembap. Nak bercucuk tanam berkebun, aku tak pandai. Malah aku sangat ngeri bila berjalan sorang-sorang di kebun. Kalau kena rogol siapa yang susah? Asyik baca buku, novel, majalah kepala jadi pening. Ada tak ada, aku berbasikal sambil dengar lagu.
Bukan aku malas kerja atau tak hingin cari kerja. Asal aku mintak kerja asik dapat sales dan marketing. Aku mintak lain dapat lain. Gomen pulak, asik panggil exam je. Encik, saya dah lulus periksa, apa cerita asik panggil periksa je ni? Bila nak panggil temuduga? Apa? Keputusan periksa ni valid sampai 8 tahun? Dush! Kepala otak kau berjambul. Kau nak suruh aku tunggu 8 tahun? Dush! Dush! Dush!
Ya. Memang aku memilih. Disebabkan pengalaman yang lepas kawan-kawan, aku jadi berhati-hati dengan tawaran-tawaran kerja ni. Aku tak kuat berhadapan dengan situasi stress melampau. Stress sikit-sikit sudahlah. Kalau stress banyak sangat, aku maki tak renti-renti engkau juga yang boring. Saham aku pun pasti jatuh. Mana ada awek suka boifren membebel macam makcik konduktor bas?
Budak-budak rumah sewa sekalian, sila recommend aku kerja di tempat korang. Kepala otak aku dah naik kusut kat rumah. Tak kisah gaji kecik. Janji ada life. Ikutkan hati aku, mau je aku cungkil tapak rumah aku dan tempat kerja bapak aku ni ke Kuala Lumpur. Senang. Abis cerita. Nak pilih menantu pun tak susah. Banyak pilihan.
Tapi orang bilang, gadis (yang diragui kegadisannya) di KL ini sombong dan jual mahal. Entah. Aku pun tak tau. Aku tengok murah je. Boleh bawak ke mana-mana. Ke hotel pun senang. Buat rakaman pun boleh. Cuma wang hantaran je yang mahal. Apa sebab wang hantaran itu mahal pun aku tak tau. Mungkin ikut harga lot tanah kot. Di sini bukan takde gadis. Cuma ia seolah-olah sudah hampir pupus. Ia mungkin dah dimilik orang. Ia mungkin menyorok. Mungkin juga berpunca sama ada sudah bermastautin di bandar atau disebabkan kesedaran orang kampung tentang alat pencegah kehamilan atau kontraseptif. Maklumlah, inikan zaman teknologi. Dah ramai orang berilmu. Pandai merancang keluarga mengikut keperluan semasa. Haha..pandai-pandai je aku ni. Lantak ko!
32 ulasan:
Berlabon la selagi boleh. haha. ek salah. Kah! Kah! Kah! :-p
hidup memang kene ada life kalo tak....cepat tua
daniel-kah kah kah. mi no spik inglis.
ibrahim-tak idup takde life. takde disko pun belum tentu takde life. ngagaga
tahap mengetik ko mmg berjanjang arithmetik dengan tahap kebosanan ko..haha..
apa fokus entri ni?
uhuhu
btw, selamat hari raya bang juna:-)
uhuhu..alaahai..siapa plak kata bang juna budak nerd..huhu..
Tak suka orang hisap rokok.Tidak selesa bila asap itu ditiup ke arah i. Hmm..mungkin sebab abah tidak merokok.. no exposure;p
tu artak design sungai ayam ade kosong..kalau tak pun keje kat pacific ok pe wat sementare...
*lu kaki pukul curi tu yea...
Pada orang yang tak biasa tinggal di kampung, mungkin 'kesunyian' menyebabkan kebosanan. Tapi untuk yang dah biasa, 'kesunyian' adalah 'ketenangan'. Tenang dari traffic jam, dan tenang dari kos sara hidup yang tinggi. Huhu.
jadi pegawai ladang elok lu ni.
kerja lu membebel dengan maki hamun je..sesuai dengan bakat lu!
HEH!
gua ingat lu tulis novel bagus rajuna. buat macam 'naratif ogonshoto' anwar ridwan.
hahaaa...
ko ni..kat mana ko tinggal ni.ape ko ingat kl tu best sgt ke? baik ko lepak jea b4 ko disibukkan diri ngan keje pas ni..
aku skang ni tgh pikir cne aku nk lari dari keje aku ni..penat weh!
mak aih...ingatkan senyap lama sebab sakan beraya.menuntut ilmu membebel rupanya.sapa la yang nak rogol kau kat kebun tu? malangnya nasib beliau.hehe..
bang juna, dah lulus exam SPA depa panggil sit exam lagi ke? letih haih~
Banyak motif cerita ko ni Juna. Tak sempat 'tangkap' otak aku ni hahaha!
Wo!
Entri 3 in 1 ni.
Aku mau bikin bisnes pil kuda ngan air ketum, mau join?
dzul-ini kira ikut lagu ko memang de bomb ke?
azie-fokus entri kali ini adalah lukisan bebas. biasanya dilakukan oleh cikgu ganti.
princessliyana-mereka2 yang seksi suka kata bang juna budak nerd. tak seswai..very2 de assalamualaikum!
apek-ko pandai je eh rekemen aku?! ha ha ha..masalahnya aku suka kerja pejabat.
*ngagaganga...jangan mare!
atiqah-nganganga..betul jugak. kalau ada geng kat kampung ni tak la rasa sangat. rasa nak kawin je la. orang kampung kenapa suka kawin awal?
poyotitos-ha ha ha ha...tak guna lu! ha ha ha
rahimin-sumpah gua tak guna paipon waktu menulis entri ni.
qaseh-takde la best sangat. best bila nampak awek seksi yang peramah je. sebab dorang peramah aku tak sunyi, ha ha ha
bebel-ko pernah dengar wanita hyperseks? ha ha ha ha
tasikmerah-gitu la gamaknya kak! ingat tak letih ke aku cari pusat exam?
waterlily-kak, dah cuba makan pil examo?
suparjo-kacang kuda boleh?
AHh. Bencinya orang yang merokok sewaktu bermoshing. Kita target untuk pukul curi dia ramai ramai!!
Lagi satu, yang merokok ketika melihat gig di studio-studio kecil yang tertutup.. buat berkabus tebal dan pedih mata beb! Haha.
Tapi at least kita dah tak perlukan smoke machine untuk efek dramatik band yang sedang perform! huhu..
bgus2...mmg xsesuai mrokok...
ko da start boring ddk kg?
meh blk rumah....
jgn lerr main sorok2 resume ko lg...aku try kan...k!
zaman nak2 gawat nie...xsesuai xde keje tau..
hehe(^v^)
*lame aku tggu...nak mengomen blog ko lg*
Aku tak tau nak komen yang mana satu.
Aku bukan perokok. Aku pernah cuba merokok. Paksa diri aku merokok. Nak nampak macho konon. Tapi gagal. Hahaha!
apa yg ko membebel ni weh?!!
kejap rokok, kejap gig, kejap awek.
take a deep breath oke? system mmg mcam itu. selalu salah. hehehe
sepinya hidup ko?ko dtg la cni teman kan aku..hehhe..ermm ko dtg la kl cari kerja tmpat adam..tmpat cmah pon leh ape..ermm..pe barang bace novel tgk cite spain la br best!..pasal perokok 2 aku xske pasal aku ske org penidur..hehe..take care kat kg 2 jg diri elok2 pe kate ko btanding pemuda umno ade gk keje ko skg!!
juna. tak payah lah carik keje lain. ko menulis ajelah. buat novel. jangan risau. aku pasti akan beli. haha.
mmg sungguh2 haru biru, eeehhmmm, kalau boring gaks, kerja kat taska aje ler rajuna, sambil2 tu leh ngorak cikgu tadika, kot kot ada rejeki, ahaks
woo ... jgn kata tak kisah gaji kecik. nanti asyik tak cukup jer. susah baaang!
hahaha kalah mak aku punya tahap bebelan ni.
tak boleh imagine kalau ko jadi cikgu, membebel kat anak murid. harus ramai anak murid yang dapat distinction dalam major exams
:D
saya tak ske rokok,merokok,asap rokok.
lemassss**
merokok bukan mengawal berat badan,
tapi membawa penyakit ke dalam badan...
huzai-tepat.kadang2 kita perlukan juga suara2 crowd yang pedih kena cucuh api rokok. untuk efek yang lebih berkesan
cimon-aku ingat 45 ribu kali aku forward resume kat bank negara tu
bp/jp-ceh, apa coolnya isap rokok. itu sangat tak hardcore! ha ha
tempe-temankan kau? alamatnya aku pun tidur sampai petang macam kau jugak!
art.isreka-ha ha ha..baru sorang pembeli. lain2?
maksu-betul gak! terang2 pandai jaga anak ye tak? pandai buat pandai la tanggung ha ha ha
life-boleh bayangkan punya. aku singsing lengan sambil pegang rotan. peh...marah!
tiung-ape citer bos?
bungaditepijalan-asap cinta suke? eh.apa aku mengarut ni.
albimasakti-tafsiran perempuan modernist sukar dijangka.
rambo-ha ha. sistem jugak yang salah? ha lantak ko.
denanz-aku minimalis. ceh!
ola rajuna.
hehe lame x bace blog ko.
aku kazen hafiz.niesa.kalu ko ingat lg laa.
psal rokok tuh aku pom bengang gak.
sbb arituh kat tmpat sesak2 ada la sorunk mamat nih gi nyalakan rokok.pastuh die gi pegang sambil burak2 dgn kwn die.di sbbkan tmpat tuh sesak dan manusia bertolak2.kwn aku kena tolak dan tgn die tercucuh rokok mamat td.sian kwn aku.slmt xde pape sgt.hoho
kpd perokok,jgnla isap rokok di tmpat sesak.fkir la psal org laen.ishk.
ko ni poyo sgt!!!!!!!!!!!!!!!
Catat Ulasan