Selasa, 15 September 2009

Resistansi Yang Bebas Berlari

Memang punk itu bukan agama. Pada pandangan personal aku sendiri, ia adalah satu cara resistansi dalam keadaan yang tersendiri. Disokong dengan rona muzik dan literasi yang berwarna-warni.

Kadang-kadang prinsipal punk itu sendiri membuatkan kita menyedari. Adanya satu lagi kehidupan tanpa istilah gagal. Kita belajar menerima realiti. Bahawa diri ini ada limitasi. Kerana adanya masyarakat yang hidup berhierarki. Maka dengan itu punk sebenarnya membuka mata kita untuk meneutralkan segalanya.

Anarki. Kebebasan dan kesamarataan. Hanya satu yang diharapkan. Keharmonian. Demi satu senyuman. Tanpa kezaliman. Tanpa kekejaman. Lengkap dengan penolakan unsur kapitalisme, militarisme dan feudalisme.

Semua punya hak untuk hidup dengan happy mengikut jalan sendiri. Diri yang dipercayai sendiri. Awas, jangan terpijak kaki yang lain ya?

9 ulasan:

iyan berkata...

yeah setuju!

Rembo berkata...

tak terpijak, tertumbuk muka dek 2 step. duduk tepi drummer lah!

faqhrule berkata...

UWAHHH...lu punk rupanya juna, gua ingat lu brader tektonik..dush cit dush cit dush cit bengkok2 tangan hahaha.

yeah anarkisme memang satu sudut pandang yang baik. kesamarataan dan solidariti, tapi bukan ke anarkisme menolak fahaman tuhan? where there is no god no master? bagi aku yang moralist ini, aku percaya dengan falsafahnya tapi aku bukan seorang anarchist.

bahasa lu sedaplah!

Dewajiwa berkata...

bagus.
ini luahan dari seorang true yang intelek dan ada isi. bukan luahan emosi kosong, yang cuma berdengung tiada motif.

terpijak kaki boleh dimaafkan kalau meminta maaf, terpijak tumit kasut atau selipar boleh gaduh tu.

Danielle_Corleone berkata...

Pergh. Juna Intelek skarang. :-p ha ha ha ha ha!

Yana Ismail berkata...

Bang juna,
lari topik sikit..hehe nk ucap..slmt hari raya, maaf zahir batin..huhu jmptla ke rumah :D

Brader Black berkata...

Punk pon sambut raya gak kan, bro?

Selamat hari reyerrrr nyah!

cimon berkata...

slmat hari raya, maaf zahir n batin!

(p/s:jgn ponteng kelas esok!)

Buah Pulasan berkata...

menjadi anarkis bagi aku adalah pilihan.menjadi jamaah tabligh pun pilihan sendiri.

ini semua adalah tentang diri kita.apa kita fikir dan kita rasa.

aku faham sangat apa bang juna nak cakap dan beritahu.aku sudah masak memikir.

hehe

tapi,bagi aku ini,apa pun kita percaya,kita hendak juga percaya yang orang lain juga percaya sesuatu.

menimbulkan kebencian pd apa yg manusia percaya aku kira tak bawa kita kemana.

terima kasih boss